KeJohanan Sukan Sekolah 2012


Tak banyak aku nak cakap pasal sukan untuk tahun ini... sebab aku merasakan sangat 
bosan yang sampai nak kejar orang saja atas padang ! *tengok betapa dasyat effect yang aku terima ?
HAHA :P dah macam orang gila nak berlari pun ada...kejam sungguh kejam.. * Bila Feel dah tak ada
nak sokong pun semangat tak semangat ajaa. Terasa perbezaan dulu dan sekarang..Ya Allah aku
pasti merindui kenangan aku beraksi di atas padang dan balapan.Macam kejap masa berlalu..


Korunk pun dah tahu kan tahun nie tingkatan 5 tak akan terlibat langsung dengan sukan...
Jadi budak-budak Amanah Land banyak masuk Jerobik , Zapin dan sejalan dengannya..
Yang seronoknya aku tak perlu jual dan bagi muka dekat matahari di tengah padang sebab
aku menolong berniaga kecil-kecilan * ceh niaga lah sangat.. duduk tunggu orang duit hulur ajeee..
Sedikit sebanyak buat aku merasa yang frust aku dilegakan dengan berkeadaan begitu....

See ? siket saja budak yang nak bagi semangat ? tak semangat tol kan.. -.-


Acara yang aku tak dapat bagi point masa sukantara bulan 3 hari itu..dah selalu berlari
kan , bila dah habis baling kaki aku laju meluru ke depan.. dah batal :'<

Acara hari ini tak banyak just ada 100m , 4x400m dan acara 8x400m buat cikgu.. comel aje 
masa aku tengok coach kesayangan aku berlari , laju jugak woo , kalau aku lawan dengan coach
kompem-kompem aku kalah sebabnya aku dah berat :'/ Gemoks sudah ! sobsobsob.. -.-
Unexpected moment bila tahun ini , Rumah Helang aka Biru yang Juara.. sejak 4 tahun dah kering dengan pingat juara tahun ini naik secara mendadak.. dan pasukan rumah aku Merak aka merah hanya berpuas hati pada tempat ke-2 , juara yang tak berapa nak tahan setiap tahun pun jatuh gedebuk dengan teruknya iaitu Rajawali aka Hijau.. haha * budak Rajawali tak payah nak bangga dengan pencapaian yg sebelum ehh ? -.- tengok sekarang siapa raja ? tingtinggg , //jangan cari aku pulak pasnie nak bagi makan pasir.. maafkan saya.. :) // 
Tahniah Kepada Helang  dan pengambil takhta Olahragawati aku !!! :'(


Kempen Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Sepatutnya Wordless Wednesday , tapi nak taipp dan cakap juga !

Salam , sihat semua ? ? Tak tahu kenapa minggu nie badan rasa  penat 2 3 macam , 
padahal minggu nie paling happy sebab selalu balik sekolah pukul 2.30 dicepatkan
pukul 1.40 .. Belah petang ada Pra-Kejohanan disebabkan tingakatan 5 tak terlibat langsung , 
jadi aksi demonstrasi  mogok serta merajuk tak nak pergi tengok padang sekolah kesayangan ! 
// jangan diekot nie , ekoran jeles tak dapat serta :'( , sampai hati kan //

Cukup dulu... Nak cerita hal yang baru terjadi sepanjang aku berada di sekolah hari ini..
Apa yang best hari ini ? ? Sekolah aku sebagai tuan rumah untuk Kelab Persatuan Keselamatan
Jalan Raya Peringkat Negeri Johor untuk Daerah Kota Tinggi.. 
Apa motif buat semua nie ? ?
Merupakan salah satu usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar 
peratusan kemalangan jalan raya melalui pendekatan dan pendedahan terhadap
aspek-aspek keselamatan kepada pelajar , Melentur buluh biar dari rebungnya, right ? ? ^^

Pelajar yang terlibat ting. 5 , ting. 6 bawah dan ting.6 atas... Ting. 1,2,3 berjemur dekat padang
buat raptai perbarisan untuk hari Kejohanan Sukan Sekolah yang akan berlangsung esok hari...
Act , dari semalam lagi sekolah aku didatangi Pegawai JPJ untuk buat litar motosikal 
di kawasan dataran perhimpunan sekolah.. wittwiitt..
Antara acara yang dilakukan :
  1. Mengadakan ceramah pada belah pagi.. 
  2. Pameran-pameran dari Agensi Anti dadah , Cawangan Polis Diraja Malaysia dan Polis Trafik
  3. Kuiz Keselamatan Jalan Raya..
  4. Pertandingan Litar Motosikal > aspek : titi , ziq zaq , pusingan 8 , selekoh tajam , brek mengejut.
  5. Soal dan Jawab.
Sungguh ! semua acara ini seronok even ada beberapa saja yang aku ikuti..Terubat juga hati
disebabkan merajuk melampau tak dapat lari atas padang,yg paling aku tak sangka masa majlis
Perasmian penutup bila tiba part bagi hadiah kepada pemenang yang bertanding.. Nama aku 
disebut untuk menerima hadiah tempat ke-3 dalam Pertandingan Mengarang 
Tema Keselamatan Jalan Raya ,


Hampir bluurr sekejap aku sampaikan kawan-kawan sebelah aku kena marah siket jee sebab
sebab aku tak masuk apa-apa pada hari ini.// masalah bluurr ,maafkan saya , maafkan saya.//
Masa naik pentas , Pengetua sekolah duk sarungkan helmet dekat kepala aku.. segan wooo !
dah lah kena ambil gambar , budak-budak dok gelakan aku kat belakang... Aishhh , sabar jelah..
HAHA , sekarang pun still tak percaya lagi.. ^^
 Lepas ini JPJ Johor akan bergerak ke daerah-daerah lain pula..Segala info yang aku perolehi hari ini sangat berguna dan mesti diaplikasikan semasa berada dijalan raya juga.. terasa semakin semangat nak ambil lesen motor dan kereta niehh,, :) " Mak , nak ambil lesen sekarang ! !  :'> "
Nota Sayang :  *Gunakan tali pinggang anda ! Sayangi Nyawa Anda ! :D
Klik dan Klak Mampu Menyelamatkan Nyawa Anda.. 


Thanks Kak Long , I Heart Daim ._. ~


Salam semua , Selamat Hujung Minggu ! ! Korunk semua sihat jek kan ? Mesti tengah berjalan nie , kan kan.. ker sama macam aku ? cakap pasal weekend , teringat dah pulak dengan segala kerja sekolah yang diberikan cikgu.. =.= Ehh , mestilah kita buat.. kita kan nak jadi pelajar   yang cemerlang dunia dan akhirat ! ^^  Doakan aku dan teman jadi best student yar :')

Semalam kelas pagi petang ada.. sanggup cikgu berkorban masa cuti hari minggu untuk luangkan masa bersama dengan pelajar demi melihat anak didiknya berjaya , Terima kasih Cikgu ! Pagi biasa dengan kelas bahasa Inggeris 9am - 12 pm , petang start dengan kelas AddMath 3pm-5.30pm ..Sangat seronok belajar macam niehh , lagi-lagi subjek add math , serius ! Makin jatuh cinta dengan subjek ini , dan aku yakin aku boleh bagi A+ buat subjek ini.. Insya'Allah !


Balik dari rumah aku baru perasan something atas meja makan , aku saja buka beg tuh , taraa ! seronok sekali bila aku nampak sampul coklat dengan nama macam artis popurlar , Daim !  Bukan kemain aku melompat ! haha , Thanks kak Long Sya sebab bagi coklat Daim niehh , dah  lama sangat tak makan Daim niehh,padahal adashopping mall yang berdekatan.. tapi minta  jauh nie dari Lagkawi sana.. //ehh , mengubat hati yang luka lettuw sebab tak dapat pergi lagi //

Aku akan make sure tahun depan aku dah akan jejak Pulau Langkawi tuh.. tak kira tak kira..  Mana lah taw boleh jumpa Kak Ara dengan Abg Eit tengah date dekat sana,mesti seronok kan.. ^^ Ubat siket rindu , asyik communicates dekat blog aje.. hehe ,Tinggi angan kau Insya'Allah... Happy sangat-sangat ! At least  terubat juga kesedihan aku yang semalam...  Senyum kan comel Nurrul Hazieqah ! Aku tak suka tengok muka kau yang monyok ,  rasa macam nak minta penampar ! // bagi karang nak ? HAHA..//

abaikan muka budak comel yang chubby niehh -,-
Huuhhh ! aku rasa sudah lama gila kott tak berjogging , kalau blogwalking jari jemari aku nie  yang kurus , tapi kalau tak jonging alamatnya *Kembang semngkuk lah akuh* Habis lah.. Ada siapa-siapa yang nak jogging sama ? Jom teman aku ... hehe , Demi menjaga badan sebelum makin membesar dan terus membesar , aku tak nak join Chubby Club Family =.=  HAHA
Siapa Suka Daim ? Nak tak ? Kita makan sama-sama :D


Kelab Bola Baling


Maaf semalam , tiba-tiba hidup memang indah bertukar rasa sebak dan aku tak dapat 
nak update apa yang sepatutnya.. Maklumlah bila hati tiba-tiba merintih kesakitan siapa pun tak
nak kan... dah terjadi , habis hilang semua mood aku nak blogwalking dll. :'/ Terima kasih juga
kepada siapa-siapa yang memberi komen membangkitkan semangatku semula.. Sumpah.. Aku
memang sayang gila dekat bloggers semua ! :D Korunk lah teman sejati aku.. Terima kasih 
yang teramat sangat buat korunk , Maaf terpaksa baca apa yang tak diingini oleh diri ini :/

Cukup dulu , tak perlu dikenang benda yang sedih , kan.. kan ? :D Ballik pada tajuk utama aku..
Semalam kena duduk menghadap matahari yang terik pada waktu petang.. Fuuhhh ! ! Rasa rindu
pula dengan kehijauan padang yang luas , bau rumput yang kering + basah dan suasana seperti
kanak-kanak riang ria berkejar sana sini... lama tak jejak kaki ke sini.. *ayat atlet pencen* Haha

Buat apa di tengah padang ? ? Saja buat hitamkan muka aku yang hitam ini , lepas ini boleh jadi 
sama macam arang boleh kawan dengan Baby Face.. HAHA :P Bukan sebab itu , 
Aku ditugaskan sekali lagi untuk menjadi pengadil bola baling anjuran kelab permainan.
Guru penasihat kelab minta aku turun sama , tanpa menghampakan mereka

Aku turut serta.. Memandangkan aku pengerusi kelab bola baling aku mesti turun padang dan
support mereka semua ! Sambil tuh aku carikan pelajar yang bakatnya boleh diasah..
untuk mewakili sekolah tahun hadapan.. Why Not kita cari pelapis kan ?
// dengan niat aku nak train diowg sungguh-sungguh tahun 2013 ! ! // 
Berrrr , next week Kejohanan Balapan Sukan dan Padang SMKBM berlangsung... yang hampir buat aku sedih sebab dah tak boleh nak join sama , 13 hingga 16 tahun sahaja yang terlibat.. Errr , sentap k sentap ! setiap tahun masuk tahun ini tengok orang berlari jaa.. Aiishh , ini tidak adil !tidak Adil bagiku... ~ lalala ~ Apa aku nak buat tika itu ekk ? Any idea ?
1 Murid 1 Sukan !! Aku ? ?


Freebies : Header Random Animated

Ini header Animated percubaan kali ke-2 :D sebelum nie tak berapa nak omeyhh sangat.. First Try .. hehe.. simpel aje kan.. memang konsep ini yang digunakan macam header Nurrul  harap yang ini lebih memuaskan dan simple serta sangat berguna buat yang mengambilnya :D
http://i.imgur.com/rQiPb.gif
http://i.imgur.com/rsQJb.gif

http://i.imgur.com/InUdxhD.gif


http://i.imgur.com/Y9I4uE4.gif

Kalau nak ambil sila copy url images tuh , masuk dalam header dalam blog korunk okey ? :) P/s :Baru ini yang terhasil.. nanti Nurrul upgred lagi yer :D Ambil kalau kamu suka. :) just tinggalkan jejak..


Perhatian ! Pembetulan Nama Si Comel .


Neeenooo neenoooo " Ambulance nak lalu !! Tepi tepi ! ! " siap bawa berita ini...


Perhatian !
Pembetulan ! Di sini ada pembetulan ! Sebelum ini aku ada buat entry khas sempena kelahiran
baby girl yang comel aka anak buah kedua aku.masa tuh memang excited sangat kan.biasalah
Dan aku mention kan di situ namanya ialah Nur Hanan Umairah ! betul kan... Yeahh , 

Klik gambar kalau nak baca entry tersebut ! :D

Disebabkan ayah kepada si comel tak mahu dengan nama itu , maka ditukarkan kepada nama
Nurul Irdina Hanan  // baru hari ini abang aku membuat confirm kan nama anaknya. //
serabut juga ekk fikir nama anak nie ? HAHA , mungkin sebab hari ini abang aku daftarkan
nama si comel nie.. hehe.. korunk jangan tendang aku pulak sebab saja-saja jak tabur nama.
Masa aku nak tulis dalam entry bergaya kegembiraan dan sangat suka..Aku dah pun
tanya ibunya nama baby girl ini siapa , bukan aku yang letak taw... // Maafkan saya //

Sedap juga nama tuh.. Aku suka .. suka , // act tak kisah pung semua tuh janji nama yer nama 
yang baik-baik maksudnya , yer dak ? :D , lebih memberi penekanan kepada makin bertambah 
tentera comel dan kacak dalam skuad aku ! Huuhu... dapat bermain dengan happy ! ^^ //
Nieh yang tak sabar tengok Danish kick ball dengan Irdina.Suka Danish dapat kawan.
Perempuan pulak tuh , lagi lahh suka melompat-lompat keriangan Danish ! :)


Tengok Danish , bila tengok Irdina bukan main dia melenting-lenting atas badan Mak Teh..
Sayang , awak tuh dah lah berat ! duduk diam-diam boleh tak , Haha.. ^^ Bila letak kan
dekat sebelah Mak Long koottt koottt akotttt katanya Danish sambil dipeluk erat Mak Teh..
// seronok dapat pelukan Danish ! :P HEHE // bukan selalu nak buat Danish takutt , kan .. kan..

Bila Kamu Berdua Mahu balik Jumpa Mak Uteh ? ?  
Nanti kita main bubble sama-sama :D


Lepaknya Rasa Lepas Balik sekolah !


Huarrgghh ! mata ini dah sepet sangat aku rasa.. macam tak mahu buka langsung.... tengok screen lappy pun kecik besar kecik ajee tulisannya... Perut lapar dua macam... nak muntah ke , nak ajak makan ? haiihh , main tanda soal pulak perut dengan minda aku nie..pandai bergurau. Korunk pernah rasa macam aku rasa  Err , kenapa hari ini rasa penat semacam ekk .. 

Balik dari sekolah tadi aku tumpang Zahidah naik motor , tengok tayar motor kempess ! dengan perasaan marah Jedah kata " Err , abang aku nie kata nak betulkan... Geram ! Geram ! " aku hanya mampu tersenyum , sebabnya aku tahu , dia penat aku pun penat... " tak apa jom pergi bengkel .Aku temankan." errkk ,takkan nak bonceng juga.tak boleh jadi..Jap.jap..

Akek dengan gayanya membawa motor ala-ala bermutu , unggul aku tahan dia.. HAHA.. " Akek,tolong bawa pergi bengkel boleh tak? kau kan lelaki tak segan sangat.. "aku meminta dengan keadaan selamba dia turun dari motor dan start motor Jedah , " Okeyhh , aku tunggu dekat bengkel ehh , " brrommm ! terus jalan , amboi budak akek nie.. bukan ke main dia meneruskan perjalanan sambil menayangkan kekacakan yang ada... // thanks lah Akek ! //
Nasib sekejap sangat .. boleh tahan lama juga kott.. HAHA .. then terus balik rumah ! Aku lapar , lapar ~ lalalala ~ nasib baik ada choki-choki punya stock ! huhu , jom makan coklat ! Dah tak ada orang nak bagi aku coklat lagi...
Siapa suka Coklat ? ? ?  Jom beli dan makan sama-sama :P


Result Turun Naik !


Macam biasa , bila exam paper dah habis keluarlah pulak keputusan atas apa yang telah
dicontengkan di atas kertas, kalau banyak yang betul tinggilah markah.. senyum ke telinga..
tapi kalau banyak yang merapu... Aiishhh , kompem-kompem banyak pen warna merah , 
diwarna cikgu barunampak cantik ... Flying colours gtuh...ye dak ? ? // ayat perli cis ! //

Difikirkan macam tak nak mula-mula kongsi dekat korunk mengenai keputusan yang aku dapat..
Tapi bila difikirkan balik , apa nak malu .. siapa suruh main-main jawab paper... dapat lah
sebagaimana yang aku usahakan.. tak ke gtuh... Disebabkan rasa eager yang tinggi...Maka
aku paparkan keputusan untuk mid year 2012 aka tahun akhir persekolahan aku....


Petua Nenek 
TOV : Markah tahun lepas
AR 1 : Ujian 1 *bulan Feb
ETR  : Target Sekolah

Walawehh ! ada pasang naik turun naik pulak graf aku nie.. Erkk.. Striking tak warna graf ?
Hewhew.. Hebak tak hebak kan.. Bukan rajin sangat aku nak buat semua nie.. tapi bila mood
rajin datang , yang lembap , leceh dan serabut pun aku sanggup buat.. Cukup puas hati ! 
// mengisi kelapangan lah katanya , bosan tahu tak even 2 hari jer cuti.. rasa serabut tak pergi sekolah//

Nak bagitahu juga , sekolah telah mensasarkan hanya 4A yang lain subjek just creadit tinggi..
Hmm , takpalah itu komputer punya kerja , selagi otak dan anggota badan aku dapat berkerja
dengan tahap optimumu , keputusan itu akan berubah , insya'Allah..Target untuk mid year tak 
kesampaian sebabnya subjek elektif hanya lulus credit dan add math masih gagal.. :'( 
Harap-harap dengan Duit aku mampu mengatasi kelemahan aku... Apa yang penting untuk detik ini I need to discipline myself towards what I want to archive...Most Important is Stop procrastinating because it can destroy my future life :/ * the fact ! Sila tegur aku jika aku masih terleka dan lena dalam mimpi indah agar aku tidak terkena mimpi yang ngeri kelak.. :>


Private and Unprivate Blog


Salam , lama sudah aku tidak update blog nie.. Yeah aku pun rasa macam dah malas nak update sebabnya aku semakin busy , ulang suara just malas menaip bukan meyampah ! :P tapi kalau tinggalkan lama-lama rasa bosan pulak melanda diri aku... // Errk aku pun tak pasti apa dan ada kena mengena atau tidak semua tuh.. HAHA //

Perlu ke ada blog lain , blog lebih daripada satu ? ? Pada aku mungkin.. dulu masa blog aku didirikan aku rasa macam tak perlu , tapi sekarang bila nak tulis cerita yang agak temeh rasa macam penting sangat pulak blog ke-2 niehh.. HEHE.. Why ? Maklumlah even tak ada follower dan pembaca setia beriban takut-takut ada yang meluat pulak aku cerita yang entah apa-apa jaaa , // aku pun manusia kott , tapi aku faham semua itu // :D


Unprivate Blog
Okeyh , ini blog yang dulu tak dikenali dan sekarang pun tak dikenali juga.. :/ tapi aku tak rasa yang blog Nurrul Land pada masa kini macam dah tak berapa nak asing pulak.. Kenapa ekk ? aku seorang aje kot yang perasan perubahan dan kemajuan daripada blog ini... // Nak cerita pasal family or else mungkin boleh , tapi bila nak cerita bab hati memang akan terbantut //


Private Blog
Jadi disebabkan kadang-kadang aku terkena dilema atau perasaan yang kurang enak  // maklumlah bila makin meningkat banyak kekangan yang akan dilalui // , di sinilah Nurrul Dairy tempat luahan menjadi hentaman ! ! ! See , Lets Word tell the Feel !  Actually, aku malas nak tulis dalam buku diary yang bernama Dear Yayah.. Mana tidak nya kalau aku terlupa dok letak mana-mana ada aje yang akan membacanya , Woott woott malu dowh.. -.- - bercakap berdasarkan pengalaman ,  - Huhu
Tema Blog - Aku selitkan warna utama Hitam , Merah dan Putih.. Nampak lebih Unggul , membara dan aman gtuh .. Ada korunk rasa ? HAHA kalau tak ada pun biarkan aku saja yang merasainya kerana setiap warna pilihan aku mempunyai makna yang tersendiri .. :D
P/s : Nak tanya pendapat korunk, kalau blog Utama aku buat background post warna hitam macam blog private aku korunk setuju tak ? ? ? Jawap lah.. =.=


5 UJIAN CINTA

  

Test power @ seikhlas hati 
Bercinta memanglah mudah , namun untuk menjaga dan mempertahankan sesebuah cinta itu sebenarnya agak sukar. Banyak dugaan dan cabaran yang harus dilalui. Makin lama bercinta makin berat dugaan yang mendatang.Walaubagaimanapun , bagi yang benar-benar saling menyayangi dan ikhlas dalam perhubungan , apa jua yang mendatang pasti dapat dilalui dengan mudah !

Namun , bagi yang belum cukup kuat , hati-hatilah menghadapi cabaran yang mendatang. Jangan jadikan cabaran serta dugaan sebagai pemusnah cinta yang telah dibina.Berikut merupakan peringkat-peringkat yang harus kamu tempuhi....

 Peringkat Pertama 
[ sebulan ketiga bulan bercinta ]

Di awal percintaan masalah yang paling biasa ialah berkomunikasi.
Mungkin kamu berdua baru mengenali antara satu sama lain, jadi komunikasai agak kurang dan terhad. Ia lebih kepada menjaga hati.
Kalau bercakap, hanya yang baik-baik sahaja. Manakala yang tidak suka , semuanya disimpan dalam hati.Lebih teruk kalau bergaduh masing-masing tidak mahu meluahkan apa yang terbuku dan cara yang terbaik kamu selesaikan masalah dengan merajuk.
Atasinya : Di awal percintaan ini kamu harus banyak berterus terang terutama tentang apa yang kamu suka dan tidak suka. Jangan hanya berdiam diri dan mengharapkan si dia akan berterus memahami kamu.Peringkat pertama inilah seharusnya kamu menggunakan sepenuhnya untuk mengenali antara satu sama lain.Sekiranya kamu hanya berdiam serta menerima semuanya biarpun kamu tidak suka dan ia berlarutan sehingga berbulan-bulan , barulah kamu meluahkan itu akan membuat hubungan kamu semakin parah !

 Peringkat Kedua
[ empat bulan ke tujuh bulan ]

Kebiasaanya bila usia percintaan masuk empat ke tujuh bulan kamu dan si dia akan berhadapan dengan masalah untuk menerima kekurangan masing-masing. Di awal percintaan semuanya terkawal dan kekurangan diri tidak ditonjolkan sepenuhnya...
Namun makin lama, makin banyaklah kekurangan yang akan terbongkar baik kamu mahupun dia.Misalnya , kamu baru tahu pasangan kamu tidak suka mandi , panas baran , dan macam-macam lagi, Tidak ada orang yang boleh menyembunyikan sifatnya yang sebenar lebih dari empat bulan..
Atasinya : Kamu jangan rasa tertipu ataupun rasa menyesal memilih si dia setelah mengetahui kekurangannya..Begitu juga dengan si dia.. SEMUA ORANG ADA KEKURANGAN DIRI. selagi kekurangan tersebut boleh diterima akal kamu cubalah untuk menerimanya dan langkah sebaiknya kamu cuba membantu si dia untuk berubah. Perkara biasa yang selalu bermula di awal percintaan , semua orang menjadi yang terbaik di depan orang yang dicintai.. Oleh sebab itulah , di awalkan tak nampak diri nya yang sebenar :)

 Peringkat Ketiga
[ lapan ke setahun ]

Masalah kamu di peringkat ini ialah mula terasa diri kamu sedikit diabaikan. Sekiranya dulu setiap hati kamu da si dia bersama dan setiap masa si dia menghubungi kamu  , tetapi bila makin lama bercinta bertemu pun cuma seminggu sekali atau dua kali sahaja. telefon cuma sekali sehari. Perkara ini yang sering buat kamu bertengkar dan berselisih faham.

Atasinya : Bila sudah masuk tahap ini biasanya lelaki kurang beri perhatian pada kekasihnya. Namun bukan beerti dia tidak sayang , tetapi si dia perlu kembali memberi perhatian pada semua orang yang ditinggalkannya sepanjang proses memikat kamu. Misalnya kalau sebelum mengenali kamu dia seorang pemain yang aktif dalam pemrainan bola sepak atau mempunyai sahabat karib.
Semasa proses memikat kamu , sudah pasti dia terpaksa meninggalkan minatnya da kurangkan bersama sahabat baiknya kerana mahu menghabiskan masa bersama kamu. Jadi tibalah masa si dai untuk kembali kepada hobi asalnya. Kamu harus memahminya tetapi si dia diingatkan si dia boleh melakukan apa sahaja yang disukainya tetapi tetap perlu ada masa untuk kamu.. :*

 Peringkat Keempat
[ setahun ke dua tahun ]

Apabila sampai di peringkat ini ujian yang paling berat kamu akan hadapi ialah kehadiran orang ketiga.
Ia sememangnya selalu berlaku pada kebanyakan orang.Di saat telah bertemanlah ramai orang yang menawarkan diri menjadi kekasih.
Dulu semasa 'single' tidak ada pula orang yang datang...

Atasinya : Biar pun mungkin orang ketiga itu datang lebih baik dari si dia seperti punya kedudukan , rupa yang kacak dan sebagainya namun kamu jangan mudah beralih arah.Cantik di luar belum tentu orangnya baik.Di sinilah kamu harus buktikan kesetiaan kamu padanya dan selalu ingat selagi si dia masih menyayangi kamu serta masih setia kepada kamu, tidak ada sebab untuk kamu meninggalkannya. Jangan terlalu kejar kebendaan dan paras rupa yang tampan kerana itu tidak menjamin kebahagiaan..

 Peringkat Kelima
[ dua tahun dan seterusnya ]

Biarpun usia hubungan kamu semakin matang, namun jangan terlalu yakin kamu telah terlepas dengan ujian panas cinta.Ada satu lagi ujian yang kamu harus tempuhi iaitu perasaaan jemu.
Apabila telah terlalu lama menjalinkan hubungan cinta dengan orang yang sama sesiapa pun tak akan dapat lari daripada perasaan jemu dan bosan.Bila perasaan bosan datang , maka mulalah apa sahaja yang dilakukan seperti tidak kena sehinggakan pantang berjumpa kamu dan si dia seperti anjing dan Kucing !
Atasinya : Bagi mengatasi masalah jemu dan bosan ini caranya ialah sentiasa melakukan perkara-perkara baru dalam perhubungan .
Kalau setiap hari akan berjumpa di kedai yang sama , pergi ke tempat yang sama dan lakukan aktiviti yang sama sudah pastinya kamu dan si dia akan rasa bosan. Cuba ubah rutin harian kamu dan si dia.

Misalnya pergi ke tempat baru untuk makan dan kalau selalu tengok wayang ajak lah pula si dia bermain boling.Hidup mestilah selalu mempunyai kelainan dalam sesuatu rutin , barulah sentiasa ada rasa 'happy' apabila bersama si dia.. :))
Nota kaki :  Jadi saling memahami , berterus terang , toleransi amat diperlukan dalam menghadapi segala masalah yang mendatang...selamat maju jaya dalam percintaan korunk !
doakan NURRUL HAZIEQAH bersama NOR AFIF JAZIMIN NOR AHMAD kekal selamanya duniawi dan ukhrawi yer :))


Freebies : Top Button #1

http://media.tumblr.com/tumblr_lw728qQ3CF1r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw728vDDsa1r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw728zAtxW1r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw72a6AgvB1r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw72akmAW21r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw72aoObat1r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw72aulIu11r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw72azMDAf1r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw72bvOVzz1r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw72ciLuV31r43b17.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lw72dkOC9U1r43b17.png
http://2.bp.blogspot.com/-no8j75TW0KE/UIJL8whTEYI/AAAAAAAAEnc/CxIrCNv999s/s1600/tumblr_lw72afDP3U1r43b17.png
Copy url image yang ada dibawah gambar top button dan refer Tutorial : Jquery Top Button untuk letak dalam blog korunk :)
Credit : ScreamingTumbl 


Kembali ke Sekolah . Penat ?


 " Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya "
tiba-tiba aje lagu nie menyemak dalam fikiran dan pendengaran aku.. Huhu..
Ini semua angkara adik aku yang dok pasang jaa sampai lebam telinga aku dengar sekali..
// nak menyindir aku lettuw , weeerrkk ! // tak habis-habis dengan Shilamey ! >_+

Fuuhh , panas betul cuaca hari ini... rasa macam lama sangat masa dalam kelas tadi...
Semangat datang sekolah ! HAHA , // orang dah hari ke-2 kau hari pertama ekk , ngelat ! //
Rasa ngantuk dan penat tiba-tiba menular waktu bincang kertas Add Math... Berapa markah ?
Malas betul aku nak jawab.. tak banyak mana pun aku dapat.. Terjun kolam lemas habis... HAHA.
*sila jangan buat-buat tak paham kay... geget karang !  * :/

Mungkin disebabkan cuti 2 minggu sekolah telah menukar habit aku yang biasa dilakukan.. 
Bila nak ulang dan buat perkara yang sama seperti sebelum cuti rasa liat dan berat sangat... 
Mula lah rasa letih dan lesu yang cepat... Nak kena ubah balik habit nie.. argghh ! !
 Apa penawar yang mujarab untuk ubah kembali kepada asal dengan kadar drastik ?  
Korunk ada apa-apa cara  untuk mengatasi LIAT ini...

Mood nak makan Ais-krim datang even aku tak sembuh-sembuh lagi daripada batuk...
Ramai budak kelas aku tegur , " Suara kau ROCK macam ELLA lah Hazieqah " , errkk
tak tahu pulak diowang rasa macam nak terkeluar anak tekak bila aku batuk... Argghh ! ! !
Jom makan Ais-krim ! yummy !
P/S : Kerja sekolah menggunung , maklumlah cikgu dah siap menanda kertas peperiksaan..
so , kena buat correction ! ! Add Math , Sejarah , Fizik , Pendidikan Islam dah dapat markah...
Errrr , gred ? Secret ! :P



Anak Buah Ke-2 - Irdina



Alhamdulillah , Nur Hanan Umairah selamat dikeluarkan oleh ibunya pukul 1.24am
pada hari Isnin 11 / 06 / 2012 .. dan apa yang penting kedua-dua baby dan ibu selamat.. :D
Berat juga baby nie ada ah dalam 3kg , tapi masa kali pertama aku tengok-tengok jaa.. sebab
tak berani lagi. comel sangat ! :) Memang teringin nak dukung , tapi biarkan dulu.. 
dapat juga nanti merasa , hehe insya'Allah.. 

Kalau tak ada apa-apa yang berlaku , esok ibu dan baby dah boleh keluar hospital..
Ayah baby tak payah nak buat loyer buruk ehh ? Rasa macam nak geget-geget aje abang 
long aku nie.. ada ker dia boleh cakap dekat baby " Tak nak susu ehh ? , Nak Nesscafe ? "
Lesing karang ! ada-ada aje lah abang aku yang seorang ini.. HAHA .. Sengal >_<
Boleh kongsi dengan abah , abah paling minat nesscafe... Teman abah jual laptop :D 
Blog Anan Computer . abang aku bisnesman orangnya.. 

Apa-apa pun semoga jadi anak yang solehah kepada ibu dan abah .. :D
Nanti bila dah besar sikit , kita main toncet-toncet rambut nak ? hehe..
main kick ball dengan En.Boyfie.. Cakap pasal Danish.. Tak sangka tadi akak aku datang
dari Kuantan sebab excited nak tengok anak buah pertama :p Padahal baru balik dari Johor
semalam , seronok gak aku dapat jumpa Danish lagi... Suka Danish tengok sepupu dia.. tersipu-sipu
malu gtuh.. hehe.. Lepas ini Danish dah ada friend bila baik Johor... nanti Mak Uteh join main
pondok-pondok , masak-masak , mandi kolam ehh -,- , 
The Fact : Hari ini hari pertama naik sekolah tapi aku dah ponteng sebab nak tengok baby, pergi Hospital segamat malam tadi gerak pukul 11.30 malam sampai sana dalam pukul 2 pagi .. Dapat masuk wad kejap tengok baby.. hehe :) Seronoknya ! Tak sabar nak tunggu dia balik Kota Tinggi.. Nie baru sampai rumah..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan selamat...
MOOD SEKOLAH STILL KOSONG ! ! ! ! arrgghh !


Habis Sudah


Cuti sekolah dah sampai penghujungnya.... Arrgghhhh ! ! ! Rasa liat rasa nya... Errr
Liat ? Maklumlah dah dua minggu kan ..dua minggu cuti .. ada kelas pun alahai.. kejap
aje masa belajar , Spoil betul ! Untung sangat dekat rumah ada si boyfie. 
Jadi berbaloi juga cuti penggal bulan 6 niehh , habiskan masa bersama saja dengan boyfie... 

Tak terasa kosong hari-hari aku.. main bola , mandikan , pakaikan semuanya ada lah..
yang penting mu'my paling happy sebab cuci tangan sekejap.. boleh lah berehat memandangkan
adik danish teritu terini , ragam orang mengandung aku tak mau ambil port.. huhuhu...

Gambar masa dekat Semporna , Sabah tahun 2011.. Danish baru bangun tidur lepas akad 
nikah penyatuan pak lang dan mak lang Danish :D

Sedih tadi , tiba-tiba Danish datang dekat dengan aku dia peluk aku seerat-eratnya.. 
seakan dia memang tahu yang dia akan tinggalkan aku hari ini .. Penuh makna pelukannya...
Argghhh ! hibanya waktu itu , aku ukirkan senyuman tapi dalam hati sayunya rasa...
banyak kali Danish buat begitu... " Ya Allah Kuatkan hati aku... setiap pertemuan pasti
ada perpisahan kelak.. Kuatkan Aku... Aku akan jumpa dengannya lain hari.... "

Lepas mandikan Danish sementara Da'dy dan Mu'my Danish pergi kedai kejap beli kerepek...
pakaikan pakaian sambil Danish minum susu , tertidur si comel ini... Alahai comelnya anak buah
Mak Uteh ini Bijak dan baik pulak tuh.. Sayangnya nak berjauhan dengan kamu sayang...
... sambil hati aku cakap " hmm , seorang lagi lepas nie.. semua balik.. Fuhh " :'(

Nak Kejutkan masa Danish tidur lagi kesian... Mak Utam yang kejut , dia bangun
celik mata kecik besar kecik besar , aku terus dukung dia.... Ehh , SENYUM
dalam ngantuk :) Adengan biasa sebelum baling , aku round kepada seorang-seorang
pak / mak cik Danish.. Paksa suruh salam dan sayang * Cium .. hehe..
aku orang yang last yang akan dapat semua tuh. Masa letak dalam kereta dia Senyum

tapi malu-malu sambil pandang aku masa tuh aku rasa sebak ! Err , semua lambai tangan ..
Bye Danish , dia tengok ajee dari cermin kereta.. selalu dia lambai ballik ,
tapi kali ini suara tangisan yang aku dengar... Ohhh ! Makin hiba aku..
cepat-cepat larikkk masuk rumah... Jumpa Danish minggu depan dekat Umah Mak Long !
Mak Uteh Sayang Danish ! :D
Esok sekolah dah mula , hope suara aku akan baik , suara aku rock abes nie ! Kak Long aku dah dalam wad besalin.. Mungkin esok aku akan balik awal sebab nak lawat dekat Segamat.. Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.. 
 KEMBALILAH WAHAI MOOD SEKOLAH ! ! ! :D


Ada Beza Cinta dan Suka .



Apabila diajukan pertanyaan apakah perasaan yg terbit dalam hati terhadap psgn msg2 sama ad cinta atau suka . .pasti ad yg ramai terdiam dan serba salah . . ada rasa cinta dalam masa yg sama ad rasa suka..Namun harus diingat CINTA dan SUKA adalah dua benda yg BERBEZA...

Love : di hadapan org yg kita cinta, HATI kita akan berdegung KENCANG ...
Like  : Tetapi org yg kita suka , hati kita akan gembira..

Love : Jikalau kita dapat lihat di dalam MATA org yg kita cinta , kita akan KAKU 
Like  : tapi jikalau kita melihat ke dalam mata org yg kita suka , kita akan tersenyum..

Love : Di depan org yg kita cinta , Lidah kelu untuk berkata-kata 
Like  : di depan org yg kita suka kita bebas untuk berkata apa sahaja 

Love : di depan org yg kita cinta kita menjadi MALU
Like  : di depan org yg kita suka , kita akan tunjukkan diri yg sebenar..

Love : kita TIDAK boleh MERENUNG mata org yg kita cintai , 
Like  : tapi kita akan selalu merenung mata org yg kita sukai . .

Love : bila org yg kita cinta MENANGIS , kita akan TURUT menangis 
Like  : bila org yg kita suka menangis , kita akan turut membuat dia GEMBIRA 

Love : di depan org yg kita cinta , musim berBUNGA-bunga sahaja , 
Like  : di depan org yg kita suka musim hanya berAngin saja 

Love : di depan org yg kita cinta , kita TAKUT untuk BERTERUS terang bimbang si dia akan terguris
Like  : di depan org yg kita suka ,kita terlalu Mudah berterus terang kerana Yakin perkara yg terbaik  untk sesuatu PERSAHABATAN .

Love :  Perasaan cinta bermula dari MATA
Like  : Perasaan suka bermula dari TELINGA

JAdi , jikalau kita berhenti menyukai seseorang yg kita SUKA ...Ia umpama kita MEMBUANG telinga kita . ..Tapi jikalau kita cuba menutup mata , CINTA akan berubah menjadi AIR MATA ..  


Menunggu


" Menunggu seseuatu yang menyebalkan bagiku ,
saat ku harus bersabar dan terus bersabar menantikan kehadiran dirimu " ... ~alalalalala~
korunk sambung sendiri ehh , aku dah tak ada suara niehh , makin hari makan ubat batuk..
sekarang suara dah jadi penyanyi rock Ella , dan aku tak tahu kalau esok naik sekolah..
suara aku dah hilang sebab sekarang pun nak tak nak aja suara yer keluar :'(

Hari ini aku dikejutkan dengan kekecohan kak Ngah aku yang menyatakan kak Long
aku dah bersalin , beriye aku bangun dari tidur //cehh ,semangat nak tengok anak ke-2 kan//
Rupanya dah ada angin-angin yang mengatakan kak Long aku dah itu ini , * hint baby nak keluar 
oohh,aku rasa memang menunggu aja ah nie..Moga-moga baby akan keluar dengan selamat
dan ibu baby pun dalam keadaan selamat.. :D kepada Abang long , tengok-tengok kan mereka berdua..
P/S : Memang banyak benda yang aku tunggu kan ? heerr , tunggu suara sembuh , tunggu batuk hilang , tunggu berita yang baby dan ibu sihat keluar...


Euro 2012 .Gila Bola !

UEFA Euro 2012 Mascots Image Wallpaper

Bila Masuk musim Euro 2012 , habislah semua channel yang ada cerita best akan
diketepikan , huhhu , sedih kott.. walaupun rumah aku just ada 3 penghuni aje masa 
hari persekolahan , pergghh memang tak ada chance lah kalau televisyen dibuka lambat sikit..
Kompem bapak aku dah ambil dulu dan tengok bola, bola , bola.. HAHA , saat tuh rasa
terpaksalah tengok jaa , // aku tak minat sangat tengok bola sebab aku kaki bangku , huhu -,- 

Bukan takad habis dekat rumah , nanti classmate aku yang minat bola dekat sekolah
pun dok cerita penalty , serangan lambat , defend lembik tak kukuh .. Haiihh , sabar aje lah
banyak-banyak kan , lagi-lagi budak lelaki .. kalau dulu dalam kelas senyap ajee , bila musim bola
datang mulut lelaki yang pot pett + kuat betul // macam pakai speaker untuk yang lain 
dengar ulasan para penonton yang tak puas hati , yang hangin , yang relax dengan team favourite..//
HAHA , aku ? Geleng kepala jek lah.. 

Saja aku cari jadual tadi sebab abang aku nak tengok jadual euro yang ada dekat tv3..
Ini aku print screen Jadual Euro 2012 yang akan berlangsung di TV3 .. 
- sumber gambar Potral TV3 -
Kalau nak tengok jadual penuh Euro 2012 waktu Malaysia boleh singgah blog Umar  Faruq... 
Segala-galanya pasal bola boleh tengok update blog Umar Faruq.. :D
Makan bola , tidur bola , mandi bola , bantal bola , katil bola segala-galanya berubah menjadi tema bola ... Semangat betul kan nak tengok pasukan kegemaran beraksi.. HAHA . Aku tidur lagi best.. kalau bangun pun paling-paling aku mengadap buku-buku.. tak sanggup aku  nak tonton tengok keputusan jaaa // cehh , maklum tak fanatik sangat , kalau tidak sama jer kott dengan yang minat bola..//  ampunnn , jangan korunk yang minat bola tendang aku sudah ! :P
P/s : Apa lagu Tema Euro 2012 ekk ?


Kerusi Busuk dan En.BoyFie


Salam semua... 
Maaf aku dah lama tak update ini belog.. bukan suka-suka tak mahu update taw..
tapi sudah dekat seminggu dah tak sihat badan oleh lanjutan me.ra.yap sakan
sampai badan bagi amaran keras ! Fuhhhh , sungguh tak sanggup. nak duduk depan lappy pun
 rasa macam pening sangat.Jadi hari ini gagahkan diri menaip walaupun asyik dok draft aje idea 
dan cerita yang aku nak kongsikan dekat my blog yang busyuk nie .. So sorry -.-

Malam semalam keluar kejap cari budak debab ini punya pampers sudah kehabisan...
Aku , Ina , Ipa , Danish dan Mu'my serta Atok yang ikut sama.. Atok Danish yang pandu kereta...
ke mana ? Pergi pasaraya Jiason sekejap dekat Bandar Penawar... saja jalan-jalan sekali... haha

tengok tuh Danish , dah dapat raket badmintan happy sangat..selamba dekk jek Danish ehh 
duduk dekat lantai Jiason niehh , bukan kemain dia ehh , siap posing baik lagi :D

Dah balik rumah biasalah kepenatan pakwa aku yang comel ini sebuk lahh dengan kerusi ksyngn 
dia.. Datang dekat Mak teh tarik tangan sambil berkata  
" Nak Cucu , Nak Cucu " alahai... comel ajee nada minta 
penampar air susu.. Bila dah buat suruh baring dalam bilik melalak-lalak tak mahu.
tetap pergi balik dekat kerusi kegemaran yang masyam tuh terletak di depan televisyen..


Habis semua orang yang ada dekat situhh Danish tolak... tangan bagai menghalau 
dengan tambahan kata-kata " Tepi ! Tepi ! ini kerusi aku yang punya.. HAHA " 
Guna kuasa veto yang ada aje , // Menangis kalau tak dapat // 
nak tak nak memang semua kena mengalah.. >_<  Terjurai-jurai kaki sebab
 boyfie mak teh nie dah besar , tinggi pulak tuh.. terpaksa letak
extra kerusi kecik supaya tak ada lah ke bawah lantai kaki Danish... Aiishh , ada-ada aja lah !


Dah habis minum susu , mata masih segar lama-lama jadi kuyu... suka sangat tidur duduk...
Pulak tuh Mak Teh yang duduk dekat sebelah jadi tempat menempek kan kepala.. Haihh..
Danish nie , budak yang manja betul... Dah lah pandai bercakap 
event pun 2 ayat tapi Chomellll !
paling marah kalau tengok tb ada aksi-aksi bergaduh.. mesti marah 
" DAh ! Dah ! Tak Nak ! "
itu lah ayat cik Boyfie yang paling popular... Geram rasa ! Geget nak tak ? -,-



Agak-agak dah tertutup mata , tinggalkan Danish seorang diri sebab nak tempek gambar 
Danish dengan kerusi hantu kesayangan tuh... HAHA , nampak kan kerusi hijau ?  
Aku duduk dekat situh... tak ada makna nya nak share kerusi dengan Danish..
 Paling-paling aku kena tolak jatuh , Gedeebukk punggung aku juga yang saked nanti.. 
HAHA -,- kejam betul ..

Nampak kesian kan en.Boyfie tidur macam ini , niat nak mngalihlah si debab niee.. hmm..
tak ada maknanya , dah terjaga dekat atas katil nanti dia larikk balik pergi dekat kerusi
then tidur terconggok dekat situh.. kena biarkan setengah jam or lena baru boleh angkat
masuk bilik , // tak sanggup kott nak tinggalkan dia tidur seorang diri , jatuh tertonggek
benjol pulak karang dahi // , sedih pulak tengok...
Macam-macam lah ragam anak buah seorang ini.. maklumlah tengah membesar.. apa yang orang suruh / cakap faham aje dia.. Bijak betul Danish nie kan.. Sayang ah Mak Teh dekat Danish ! Muahh !
Nota Sentapan : Memang ada hikmah kott aku tak pergi kem Add Math , sebabnya dapat main dengan Danish dekat rumah seminggu , Mu'my Danish memang cuci tangan habis-habisan... Untungnya ada Babysiter balik kampung nieh kan :D Apa-apa pun aku memang sayang budak-budak.. tak kisah pun suruh buat apa-apa kalau pasal budak-budak niehh.. :)