Induksi Dtrans Society Sem 1

Mula-mula bila dapat berita yang budak Transport Part 1 ada program hari Jumaat till Sabtu petang.. Huh ! Cehh , mulalah mengeluh.. tapi cuti hujung minggu pun tak ada apa-apa yang nak dilakukan dengan roommate semua balik tinggalkan aku sorang-sorang dalam bilik tuh.. Just Enjoy Join This Program !  ^^

Pukul 3ptg kami berkumpul ikut kumpulan yang diberikan.. Then , kena bincang Nama Kumpulan,Logo,Misi dan Visi.[ Ewahh , teringat masa orientasi sekolah dulu lah sama aja ] masa yang diberikan hanya 1 jam.. Kial nak berfikir tapi dah diberikan tugas pada ahli.. Nama kumpulan berdasarkan Adi Wira yang ada dekat dunia nie..
So kami memilih nama TransMan !

IRON IQA , itu aku punya ! hee , Ehh , kata TransMan .. Kenapa ada Iron ?? Act , aku dah tulis nama Iron untuk setiap ahli dalam kumpulan atas kad manila warna kuning yang diberikan.. Datang pula urusetia cakap dah ada group yang menggunakan IronMan sebagai nama kumpulan diowang.. Pantasnya dengan bantuan PM Arif selaku Fasilitator kami , Tukar nama jadi TransMan , Trans -> Kami budak Transport... Man -> Ambil ayat Belakang Iron Man tuh.. hehe :P
Aktiviti yang paling aku suka : Fashion Show : Wakil seorang lelaki perempuan setiap kumpulan... Lelaki pakai baju perempuan .. Perempuan pakai baju lelaki..

Hebaq tak ? Atas meja aja model ini punya show off dress ^^
Antara Model Popular lagi Hot ^_^

Kumpulan 8 : Fasilitator PM Arif dan PM Zulaikha . Abe@Faris , Acap , Mimi , Topex , Ayu , Ayza , Aku.. Awesome tak model kitaorang ?? Hehe
Seriously Program Induksi ini sangat best cuma masa tak lama macam MDS , kalau tidak lagi syokk , Sepatutnya ada Family Day-- Sport Day of Dtrans Society .. Disebabkan Jerebu.. so hanya aktiviti indoor yang kami lakukan.. Family day tunggu Jerebu pulih.. :)


New Home | Sem 1

Introducing My New Home , Welcome to Kolej Baiduri di UiTM Segamat..


Jangan jeles kolej aku warna merah+coklat.. Suka sangat kombinasi warna blog ini.. Makin bersemangat nak belajar sampai graduate 2 tahun lagi insya'Allah.. ^^ Kolej Baiduri dan Kolej Mutiara merupakan kolej dalam Sektor B.. Okeyh , kolej ini kolej lama tak macam Hanis Zalikha dapat kolej baru.. Kami 1 bilik 4 orang.. Meriah gtuh !! hehe.. Senior Baiduri cakap kolej Baiduri " Kolej Islamic" Sejauh mana islamic itu aku tak pasti lah... Kolej ini juga ahli-ahlinya kebanyakkannya adalah dari Komanda .. Jadi tak hairan buat aku peraturan dekat kolej ini memang ketat ! Tapi aku okey aje.. selagi kita follow the rules nothing make wrongs right ? :)
Okeyh , ini loker aku yang telah ditacap... Still ada elemen warna merah. Penyumbang pada semangat !! Banyak gila kot barang aku banyak.. Sebab malas nak ulang-alik balik rumah or pergi bandar tuk beli barang... So prepared Everything !! ^^ Baju kurung tak banyak sebab aku tak suka pakai baju kurung cuma bila masuk kampus ini aku nak berbaju kurung saja.. Aku pun tak tahu kenapa.. mungkin perubahan persekitaran.. Tak pandai aku nak dress-up ! My mission now nak kumpul baju kurung sebanyak boleh jadi hari-hari boleh pakai baju kurung.. senang pun senang.. tak leceh..
Jadual Kuliah buat masa ini tak padat sangat , tak kelam kabut sangat.. Yelah , dapat kolej duduk dekat tingkat 3 kalau siap lambat untuk ke kelas yang boleh tahan jauh tuh payah nak berlari.. Management of time memang penting.. Dekat sini semua kena gerak sendiri.. yeah , new life yang mencabar buat aku..
Assignment dah meluaskan tapaknya.... selamat besibuk-sibuk dan bercinta dengan presentation ... huargghh ! banyak benda baru nak belajar... ada siapa-siapa nak bagi guide.. ^^


Program Structure Diploma in Business Studies (Transport) BM117

Dalam surat tawaran Uitm yang aku dapat dengan diploma Business Transport yang mengambil masa 3 tahun untuk sesi pembelajaran ini... Kak Ara cakap yang sekarang ini kan ada dip 2 tahun setengah aja. Aku pun berharap hal yang sama.. Tak sangka masa perjumpaan dengan KP Business Management UiTM Segamat yang mengatakan kursus ini hanya mengambil masa dalam 2 tahun setengah (5 Semester) .. 
Kiranya Batch kami (Jun 2013) semua diploma hanya 2 tahun setengah .. \\ tak silap aku lah untuk kos yang ada dekat Uitm Segamat tuh kebanyakan 2 tahun setengah aja // Tapi subjek untuk setiap 1 sem tuh memang cukup mencabar lah... :

Amacam ? Siapa-siapa yang dah graduated untuk Diploma in Business Studies (Transport) BM117 .... Meyhh bagi chek ayat-ayat perangsang semangat nieh.. Cek cuak !! :'@ Yang lain-lain juga sama.. I really Need it ! ^^


Element For Photoshop

Mesti ramai blogger yang dah tahu , tapi aku nak share untuk new blogger yang sedang gasak nak mencantikkan blog mereka seperti blogger lain yang mempunyai kekemasan blog mereka yang tersendiri.. Contohnya : Frame yang comel di header , mohon korunk godeh2 link dibawah untuk edit blog's stuff korunk :)


Ada lagi yang lain-lain ? Meyh kita share sama-sama dekat sini :")

Minggu Destini Siswa (MDS)

-2/6/2013- Aku telah mendaftarkan diri di UiTM Segamat ..

Aku sampai kampus dalam pukul 3ptg , daftar itu ini tapi pukul 3.30ptg dah diarahkan berkumpul oleh PM (Pemimpin Mahasiswa) di kolej masing-masing..  Aku ditempatkan di Sektor B (Kolej Baiduri) , kelam kabut aku mengangkat barang yang banyak tuh masuk ke bilik di tingkat tiga... Fuhh !! geram pulak asa.. tak sempat nak berkenalan dengan roommate aku terus bergegas turun untuk kumpul di bawah... Family aku pun aku tak sempat nak salam.. PM tak ada notis pun berkumpul itu  adalah untuk memulakan sesi MDS , itu hal yang amat mengecewakan aku.. Serius !! MDS ini berlangsung selama seminggu dan selama seminggu kami bangun dan berkumpul macam ini pukul 4pagi !
Selepas berkumpul kami di bawa ke Masjid Al-Syakirin untuk solat dan mendengar kuliah pagi... setiap waktu solat sepanjang MDS kami bersolat di sini.. selepas itu kami akan digesakan oleh PM untuk berkumpul kadang-kadang mengikut Kolej atau Kos yang kita ambil..  Serius , masih aku terngiang-ngiang kata-kata favourite PM " Pantas Siswa/Siswi , Pantas lah sikit !!! " .. Untuk keselamatan dan keselesaan dalam pergerakan , sepanjang MDS berlangsung Siswi diarahkan untuk memakai kasut sukan berserta dengan baju kurung... Nampak pelik tak ? Tapi  memang sangat senang nak berjalan laju.. HAHA.. Ulang-alik dari masjid ke Dewan Sri Temenggung (DST) untuk dengar taklimat dan pendaftaran pelajar baru UiTM..  fuhh !! Nak berjalan laju dengan tempat yang  boleh katakan jauh.. komfirm kurus korang seminggu MDS !! Average tidur dalam pukul 12.30 pagi lah.. ^^ Chaiyoork  !
Dah beberapa hari MDS , lepas siap Daftar dan dapat kad Matrik , hari Rabu tak silap aku baru kami pakai baju sukan dan beriadah.. aku tak join.. lepas riadah nak kena tukar baju kurung balik.. Sempat tak ?? Hmm , pandai-pandailah aturkan sendiri.. huk..Hari Jumaat pukul 5.30ptg Program MDS telah pun habis.. Fuhh !! Merdeka rasanya.. seronok yakk amat ! Pengakuan : selama aku berMDS aku tak mandi pun.. Just basahkan badan dengan air sekali lalu ajee... tak ada masa lah korang nak mandi sabun bagailah.. so beramai-ramailah kita jadi kambing.. haha..

Semasa Hari Perasmian , Gelombang Ungu.. dah macam buat persatuan untuk pergi berkempen pun ada.. HAHA , nasib lah UiTM tema Ungu , kalau Merah dah macam puteri UMNO.. :p
Thanks abang dan Kakak PM yang guide kami semasa MDS ^^ Sayang Mereka Semua !! 
Benda yang korang tok sah risau sepanjang MDS :
1. Tempat tidur disediakan , sila bawa bantal sendiri ok..
2. Makanan disediakan , cuma nikmat masa makan hanya 2min 1 pinggan..
3. Laptop minggu MDS tak payah bawa , tak ada masa nak menghadap.. lepas MDS hujung minggu boleh balik.. korunk angkut lah semuanya.. haha..
4. Bawa barang keperluan MDS dulu :
  • Siswa : Kemeja dan kemeja Putih serta seluar slack , Kasut Kulit 
  • Siswi :  Baju kurung putih & kain hitam,Telekung
  • Kasut Sukan , Seluar Sukan 
  • Barang-barang mandi law sempat mandi lah :P
5. Botol dan Air mineral yang secukupnya..
Kuliah telah memulakan kelasnya... Ohh Campus Life !! masa untuk berdikari..


Freebies : Top Button #3

http://media.tumblr.com/tumblr_lo1w0h1uOa1qecvhc.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lo1w7q4qy91qecvhc.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lo1wazWgmY1qecvhc.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lu6qa9cwP11qeah2r.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lu6qcbWwY91qeah2r.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lu6qhqhdvq1qeah2r.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lu6ql2wVd51qeah2r.png
http://media.tumblr.com/tumblr_lu6qpkYhIt1qeah2r.png

Copy url image yang ada dibawah gambar top button dan refer Tutorial : Jquery Top Button untuk letak dalam blog korunk :)