INFO | Hantar Borang Nikah Johor & Interview

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Tajuk pun macam seronok seram aje kan. Sebelum hari kejadian, yang paling penting kena ikut arahan dalam sistem ENCR Johor bagi tu, jangan derhaka! HAHA.Pastikan segala dokumen yang diperlukan untuk urusan permohonan nikah dah diisi dengan paling terbaik serta lengkap. Masa pergi bawa 1 set borang pemohonan original dan 1 set lengkap salinan borang. Macam biasa nama pun pergi pejabat agama kan. Jadi pemakaian yang paling sopan dan helok untuk buat urusan adalah :
  • Baju Melayu/ Kemeja + Bersongkok (Lelaki)
  • Baju Kurung + Bertudung (Perempuan)

           Sampai saja dekat pejabat agama aras 3 dekat Banggunan Sultan Iskandar Kota Tinggi, seram sikit lah sebab ramainya orang, "ni semua orang nak daftar nikah ke?", tanya dalam hati. Rupanya yang ramai tu adalah family yang menunggu orang nak menikah pada hari tu. Aku tanya orang mana nak dapatkan no giliran menunggu dan giliran menunggu aku no 21. Sambil duduk tu, bertegurlah sapa dengan jiran yang duduk sebelah. Serta memerhati gelagat dan kerenah pemohon atau pasangan yang sedang melakukan urusan di kaunter. Ada yang tak lengkap borang, tercicir borang tu, tanya yang ini ada ke? Dll
Aku pulak yang makin nervous tengok situasi macam tu tapi dalam masa yang sama aku yakin semua dokumen aku dah lengkap, kalau kau ikut satu per satu yang dinyatakan dalam sistem. Giliran aku pun tiba, Uztazah dekat kaunter tu check satu per satu, then minta 1 salinan. Uztazah tu serahkan borang temuduga untuk diisi. Lepas dah siap urusan bahagian kaunter terus lah masuk bilik temuduga memandangkan bilik tu tak ada yang ditemuduga.
INTERVIEW 

Masa interview dengan Uztaz tu, alhamduliiah semuanya berjalan dengan lancar. Uztaz tu berikan sedikit nasihat dan peringatan.Apa soalan yang Uztaz tanya ?

1. Mengucap 2 kalimah syahadah serta maknanya sekali
2. Baca Al-Fatihah
3. Baca Doa Qunut
4. Munakahat
Ni aku tak ingat Uztaz tanya apa. Haha Sebab random topik.

5. Thoharah itu bersuci kan. (Sebab tak bawa pasangan, Uztaz tanya pasal haid.)
Normal haid perempuan adalah 7 ke 9 hari. Berapa maximum haid sebelum ianya dikategorikan sebagai darah penyakit?
Jawapan :  14 hari.

Tanya Lafaz niat mandi wajib.
Maksudnya : Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.

6. Tanggungjawab Suami/Isteri
Tanggungjawab Suami
Tanggungjawab Isteri 
1.Melaksanakan segala perintah Allah.
2.Berlaku adil
3.Memberi nafkah
4.Bergaul dengan baik bersama isteri
5.Membimbing melakuan amalan makruf dan    meninggalkan yang mungkar.
6.Memberikan perlindungan/ keselamatan
1.Melaksanakan segala perintah Allah.
2.Mentaati suami selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
3.Melayani suami dengan baik
4.Menghias diri untuk suami.
5.Menjaga kehormatan diri dan harta benda Suami.

Last soalan uztaz, Awak tahu Doa sebelum bersama dengan pasangan? Mesti awak tak tahu kan. Aku pun terus jer jawap. Saya kurang fasih dengan jawinya tapi saya boleh bacakan dalam ruminya. Uztaz nak dengar.
Allahumma jannibnas- syaithaanaa, Wa Jannibis-Syaithaana Ma Razaqtana 
Maknanya : Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhilah syaitan daripada rezeki yang Engkau berikan kepada kami. 
Doa pendeknya A'uzubillahi Minashaitan nirajeem  : Aku berlindung dari syaitan yang direjam.

Uztaz bagi sedikit kata-kata nasihat dan temubual aku pun habis disitu. Lepas interview, bawa borang interview ke kaunter yang kita berurusan tadi. Aku kena bayar RM30 dekat kaunter tu dan dapat borang nikah 1 set yang perlu diserahkan kepada Kadi Mukim. Alhamdulillah, urusan pejabat agama dan kadi untuk hari pernikahan dah settle. :) 

URUSAN KADI DAH SETEL, TINGGAL AKAD JER ! :P


10 comments

  1. Salam..boleh ke pergi interview tnpa pasangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, kalau pasangan dari daerah yg sama better pergi berdua.
      Kalau tak, boleh pergi tanpa pasangan.

      Delete
  2. Klau doa qunut tu time kite di temubual klau ade yg tak hafal.kne ulang sampai lulus ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah, betul. Kalau kita tak lancar biasa Uztaz ajar smpai lancar :)

      Delete
  3. wakalah wali tu perlu diisi dan serahkan semasa serahan borang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau wali awak itu adalah bapa, biarkan kosong, tapi still kena hantar :)

      Delete
  4. Masih sama ke soalan yang didalam gambar dengan sekarang?

    ReplyDelete
  5. Lps dpt borang tu kena anta kt Kadi Mukim tu mcm mana ye maksud nya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan