Featured Slider

6 KUNCI MENDAPAT KETENANGN HATI

Assalamualaikum dan Hi,

Benar, duit boleh dicari, tapi apa guna kalau duit ada tetapi hati tidak tenang kerana ketenangan hanya dapat apabila kita meminta pada Allah yang Esa. Hanya Allah yang akan mengurniakan kita ketenangan hati.

Apakah kunci untuk kita kekal tenang ?

Sahabatku ada 6 tips mudah untuk mendapatkan ketenangan hati semoga bermanfaat :
1. Jangan tergantung terhadap orang lain, bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki..

2. Jangan berburuk sangka, berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat..

3. Jangan mengingat penyesalan yg tdk pantas di sesali di masa lalu, hidup itu mudah, buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu menjadi sebuah pelajaran untuk menjadi yang lebih baik..

4. Jangan pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu..

5. Jauhi sifat terburu-buru, aset dalam kehidupan bukan harta tapi waktu.maka pergunakan waktu dengan baik..

6. Jangan khawatir dengan hari esok, ketuklah pintu dan pintu pun akan terbuka,Ingatlah Allah, Allah juga pun ingat pada kita..


Moga kita semua sentiasa dijauhkan dari sebarang perasaan yang tidak baik. Amin........


SELAWAT ADNANINIYYAH

JOM BERSELAWAT

SELAWAT ADNANINIYYAH

(BANI ADNAN)

Solla'alaikallah huya adnani.


Firman Allah bermaksud :

"sesunguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad s.a.w oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah

Salam dengan penuh kehormatan terhadapnya.

(surah Al-Ahzab ayat 56)


Cukuplah Allah sebaik-baik Penolong.

Barang siapa mencintai Allah pasti banyak menyebutnya dan mengingatinya,

Buahnya ia akan di ingat oleh Allah dengan pemberian rahmat dan Ampunannya.

Barang siapa mencintai Nabi S.a.w pasti ia banyak membaca selawat kepadanya ,

Buahnya ia akan memperoleh syafaat dan akan dekat dengan beliau di syurga.


SELAWAT ADNANIYYAH

(BANI ADNAN )

صلى عليك الله يا عدنان عدنان

يا مصطفى يا صفوة الرحمن رحمن

الحمد لله الذي أعطاني أعطاني

هذا الغلام الطيب الأردان أردان

Solla'alaikallah  huya adnani

Ya Musthofa Ya saf watar rahmani

Alhamdulilahi hilazi atthoni

Hazzal hunamat thoyyibal ardnani


Allah telah berselawat atasmu wahai pemuda Adnani.

Wahai yang terpilih Wahai yang penuh Keikhlasan dan pengasih

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepadaku.

Pemuda yang baik akhlaknya dan sifatnya.


قد ساد فى المهد على الغلمان غلمان

أعيذه بالبيت ذي الأركان أركان

حتى أراه بالغ البنيان بنيان

أنت الذي سمية في القرآن قرآن

Qad saa dahfil mahdi alal zil mani

Uiz Zuhu bibaiyati zil arknani

Hatta aro hubal lirul bunyani

Hatta aro hubal lirul bunyani

Antallazi Sunni kahfi qurranni


Di didik dan di muliakan sejak dari dalam buaian

Di lindungi di kaabah Baitullah yang mulia.

Sehingga ia meningkat dewasa

Engkaulah yang telah di sebutkan (di namakan) di dalam Al-Quran


أحمد مكتوب على الجنان جنان

صلى عليك الله في الأحيان أحيان

أحمده في السر والبرهان برهان

حقا على الإسلام والإيمان إيمان

Ahmad dumathuhu alal ja nani

Solla'alaikallah hufill ahyani

Ahmad duhu fissil riwal burhani

Haqqal alal Islam miwal imani


Ahmad yang tertulis di langit

Allah sentiasa berselawat atasmu sepanjang Masa

Terpuji secara sembunyi mahupun nyata

Yang benar-benar berhak ke atas Islam dan Iman


يا ربنا بالمصطفى العدنان عدنان

اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله

Ya Rabbana bil mustafal adnani

Igfiru zunu bi summa aslah shanni


Ya Rabb,kami bertawasul dengan berkat yang terpilih Mustofa pemuda Adnani

Ampunkanlah dosaku dan perbaikilah kebuntuan akalku.


Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita mentarbiyah diri dan hati.Semoga kita sentiasa Istiqomah di jalannya.. Wassalam