Pre-Graduation Night dan Iftar UiTM Melaka

Pre-Graduation Night dan Iftar UiTM Melaka
Assalamualaikum dan Hi,
Pejam celik pejam celik, dah berapa hari kita puasa ni? pantasnya waktu berlalu. Hari ini makan berbuka puasa mewah sikit. sikit aje sempena untuk Majlis Pra Graduasi dan Iftar UiTM Melaka dekat Hotel Ramada. Yes, selangkah lagi untuk Graduate dari Degree Life ni.. Macam tak percaya plak, kita dah jadi senior dekat kampus.. HAHA Senior sangat. :P

Pre-Graduation Night with Baju Kurung Songket
Pre-Graduation Night with Baju Kurung Songket
Tema untuk majlis ini adalah pakaian tradisi melayu, biasalah Melaka dengan warisan tradisional, I like this part. Di samping dapat mengekalkan tradisi pemakaian majlis rasmi melayu, comel dan hensem bergaya, ianya juga mudah dicari serta didapati Jimat pun Jimat beb !. hihihi (bab save budget student memang no satu HAHA). Aku pinjam baju kakak aje.. haha mudah. Ehh tersama plak dengan Uitm punya tema Songket, Puple Kuning. cuma tak nak sama sangat, pakailah warna kelabu tudung tuh.. hihii <3

Satu meja buat hal masing-masing... hahaha

Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting and table
Itulah kerjanya, wefiee selpie dan borak antara kita dekat belakang ^_^
Lepas habis semua ucapan dan penyampaian anugerah, kami pun bersiap untuk makan. Beratuqqq lah seorang demi seorang untuk ambil juadah berbuka puasa. masing-masing fulamak.. lauk memang banyak, makan buffer gtuh. Komen aku pasal makanan di Hotel Ramada ini ? Absolutely is poor! Tapi sebab lapar, ditelankan aje apa yang ada :( Balik rumah kita top up lagi dengan makanan lain.. Haha Sadis nya. :(
the 8poyo geng

The #8Poyo of Us, Qila, Kak Dayah, Kak Ain, Hanis, Atiq dan Put. (Put tak ada dalam gambar) Thank you awak-awak semua yang mewarnai semester 5 dengan moment bahagia bersama.
Overall nak cakap, Uitm buat majlis dekat depan, Kami buat Majlis Cik Kiah dekat belakang. Haha 😂😂😂 Sikit lagi jer nak habiskan semua ini. Sado dan sedarkan diri untuk 💪💪💪 Sikit sangat moment masa degree ini, tapi semester 5 ini yang paling bermakna. Dari semua sudut.
Alhamdulillah dan Terima kasih kepada yg pernah hadir, sedang hadir dan akan hadir dalam diri ni. Teruskan mewarnai.
Semester 5 akan berkakhir!!


Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat

Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat
Assalamualaikum dan Hi,
Kecoh dengan produk-produk bermerkuri, tempoh lalu aku share pasal Tips Berhenti pakai produk bermerkuri. Ada lah orang views juga. Terima kasih ya. Disebabkan aku tak ada idea, come up dengan tengok keywords carian dari dlam blog ini, ada yang mencari Simple Skincare Penjagaan Kulit Review. Terpanggil untuk share dengan kawan-kawan alam maya aku sama ada yang dikenali atau pun tidak. Tapi Good to share with you. 

Aku memang ada pengalaman yang sangat mengerikan, Semuanya terjadi bila mana akus endiri terkejut sebab hormon aku masa tension tahun akhir diploma lalu, naik jerawat lain macam sampai buat kenyakinan diri aku jatuh teruk. Yes, orang nak sangat jaga kecantikan sebab ianya sangat berkait rapat dengan self esteem dalam diri kita. Memang orang akan cakap rupa tak penting, yang penting blaa blaa blaa... tapi bila kau alami benda tu, its normal kau akan rasa down giler dan mulalah nak bereksperimen. Cerita pasal eksperimen tu nanti lah ea dekat tajuk lain. haha :P Kejadiannya pada Oktober 2014

Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat 1
Inilah hasil muka eksperien diri, Daebak tak ? HAHAHA sebabnya nak hilangkan paru2 jerawat yang hitam tuh aje :P masa ini Decemeber 2015. Betapa lama aku kena hadap tahun dengan muka ini? Aku memang tak pakai mana2 skincare kecuali sabun dan aloe vera.

"3 CARA SIMPLE PENJAGAAN KULIT BY NH"

3 cara simple untuk penjagaan kulit muka yang Nurrul buat secara konsisten. Dari muka teruk sebab eksperiment sendiri sampai ke tahap sekarang ini. . Iye. Aku buat 3 cara ini aja. Dan aku sentiasa pastikan bahan yang digunakan SUPER NATURAL. . .

1. Cuci muka dengan sabun beras, sekarang guna sabun kayu manis,madu dan oat. 
Sila jadi pengguna yang bijak, jangan hanya tahu jaga kecantikan diluar namun yang dalamannya sakit. sebab tu sangat penting baca ingredient atau apa2 label-label yang ada di produk. Itu bukan suka2 taw. Memandangkan kita sekarang ini perlu sangat2 aware dengan setiap apa benda yang kita makan, pakai etc dalam harian kita. Tak nak kelak datang kemudaratan pada kita.

Pilihan Nurrul semestinya adalah produk yang SUPER SUPER NATURAL. 100% Nurrul akan consume dengan produk yang natural. Nurrul ada jual produk sabun yang memang Nurrul sendiri palai sekarang. Boleh visit ig :@nhmartt kalau nak tengok2 usha.

2. Sapu ALOE VERA setiap kali lepas cuci muka. 
Selalunya Nurrul guna Aloe vera dari D'Bella Cosmetic. 
Sangat digalakkan sebelum tidur tu korunk letak atau sapu aloe vera tebal. One of my friends yang belajar farmasi taught me that. Fungsinya adalah untuk melambatkan kedutan diwajah. Wajah pipi gebu gebass gituh. Lagi satu yang daripada pemerhatian Nurrul, kulit kita akan kurang berminyak sedikit. Bangun2 fefeling pegang muka macam kulit baby. Lembut aje. >_< 

3. Sapu bedak compact powder! . Angkat beg tangan, jalan. 😎😎😎 . .
Lepas muka Nurrul teruk giler sebab experiment, benda ini tak sempat nak cerita dalam blog lagi. nani kalau ada masa, Nurrul cerita ya dalam belog. Haha, not that point, pakai bedak compact powder untuk jaga kulit muka kita daripada directly terdedah dengan habuk2 atau pancaran UV.. At least tak kena directly to your skins. Nurrul biasa pakai Maybelline aje. hikhikhik
P/s: Niat nak putih tu mmg tak ada lah sebab tahu memang kulit sawo matang, just make sure kita jaga muka dengan betul. Just be your are. Alhamdulillah. Cantik Indah Allah cipta Aku. Dan kalau muka ada masalah jerawat ke apa ke yang normal dan tak terlalu teruk.. Let it be..Setiap sesuatu ada masa pulihnya sendiri. Nak cepat2 nak kemana kalau nanti...... sambung sendiri. 😌😌😌 . Ini cara aku, Korunk punya cara macam mana pulak? Share lah kalau sudi . .
Tips | Simple Penjagaan Skincare by NH
Dan, berkat kesabaran dan konsisten dalam merawat muka menggunakan bahan2 alami, Bulan 3 2017 inilah hasil kesabaran aku. Hehe. See, semua benda yang nak kena heal ada masanya tersendiri. Even hati kau remuk pun kena amek masa untuk pulihkan, begitu juga yang lainnya. So keep waiting. Lepastu ada jerawat biasa2 tu normal. its show your skin is sihat.

         So hope korunk get something from this tutorial, tak salah nak cantik, itu memang naluri kita sebagai manusia. Tapi make sure kita kena bijak, bak kata orang sihat luar sihat dalam kena diutamakan. Moga Allah Redha. Terima kasih sudi baca post ini :)

Cantik/Sihat di Luar, Cantik/Sihat Di Dalam