Assalamualaikum dan Hi,
Langkawi ? Siapa dah jejak ? Yeah, alhamdulillah, wishlist pertama dari dalam blog ini untuk destinasi percutian yang nak sangat pergi dapat jejak dah satu.. Sengih kita seroang diri taw. Siapa yang tak seronok capai benda yang kita nak kan.. ke aku aje yang overacted sorang2 ?
Percutian ke Langkawi kali ini merupakan rombongan sekolah Mak, alang-alang aku tengah cuti mak pun hape lagi ajak kita lah join.. hihi. Seronoknya! Lepas kan tension sem lepas punya. Aku memang stress sangat2 sem lepas. Hanya Allah yang tahu, so, bila dapat cuti ni, syukur nya Ya Allah. Travel ke Langkawi ni selama 3D 2N aje. Anggaran kos pengangkutan pakej RM300++ jugak lah seorang. Okey kan ?
Bergerak dari Desaru dalam pukul 6petang pada rabu 8/2/107 sampai dekat area terminal ferry pukul 6pagi menaiki bas. phewww lama unn ? tapi seronoklah sebab ramai2 kan. lepas aje sampai kami solat subuh di masjid berhampiran terminal ferry tu sebelum sambung perjalanan ke Pulau Langkawi pada pukul 8:20pagi. Alhamdulillah aku sampai ke Langkawi 45minit selepas itu.
Naik bas, terus check in Hotel, siap2 kan diri (mandi, dll, ampun kalau tak mandi, asyamm aaa malu aje dah la nak berjalan) Lepas tu, makan tengahari dan terus melawat ke tempat lawatan. Tempat pertama yang kami pergi [1] GAMAT NUSANTARA. Mak Oii, macam2 produk syarikat ni buat, naik juling aku tengok, nasiblah tak bernafsu nak shopping
[2] SkyCab, Langkawi + Museum 3D. The most exciting part buat haku, yes am I. HAHA. Alhamdulillah tak gayat just sangat2 terpesona dengan keindahan pemandangan dari atas puncak gunung tu. SubahanauAllah, sungguh mendamaikan dan menenangkan. Aku rasa tak mau turun, nak duduk aje atas tu. Fees berapa ? RM40 including SkyCAB+Museum 3D. SkyBridge aku tak pergi sebabnya malas nak jalan, kena bayar dan penat dalam bas tak habis lagi.. haha Banyak lagi dekat situ tempat2 yang boleh dilawati. Tapi ongkosnya yang penting ibuk2 bapak2.
[3] Kilim GeoForest Park. Aktiviti ini disambung keesokan harinya, lepas aje dari cable car tu pergi nyoping aje lah.. Haha. 9/2/2017 kami sambung aktiviti lawatan pada pagi hari ke Kilim Geoforest Park, Yes, another place that make you realize how GREAT GREAT GREAT the ALLAH's creation. SubahanauAllah, sangat2 mendamaikan. siapa hati yang berkecamuk aku sarankan korunk ke marilah, biar sejuk hati tu. Buat aku lupa ketika hiruk-pikuk dan bunyi2 kenderaan di kota raya.
Dekat sini, kami menaiki bot selama 2 Jam. Apa yang kau buat atas bot 2 jam tu ?
- Melihat hutan paya bakau keliling Kilim tu,
- Menyusuri terowong buaya (hasil hakisan air yang membentuk mulut/gigi buaya, tu yang jadi namanya terowong buaya),
- Melihat jenis2 ikan yang ada. the best part is bila kau tengok ikan Sumpit menyumpit makanan. haha. memang exciting.
- Tengok helang terbang dan sambar kulit ayam dekat sungai, ada 5 ke 7 ekor burung helang di sekitar situ masa aku datang lah.
- Masuk dalam Gua Kelawar (hakisan air laut terhadap dinding2 bukit membentuk gua yg gelap)
- Benda wajib selphie, wefiee dan sebahagiannya. :P
[4] Dataran Helang, Langkawi. Semua orang yang pesstime pergi sini konfirm punya lah nak bergambar dengan mercu tanda Pulau Langkawi ni sendiri. tapi bukan aku.. HAHA aku lebih tertarik dengan kapal,bot2 yg ada dengan lautan biru yang luas lagi mendamaikan. ahakks. Makanya, terhasilah lukisan ini :P Petang tu yang lelaki pergi solat Jumaat dan perempuan dibiarkan shopping di RAM.
[5] Menikmati FRESH madu kelulut.. Apa yang bestnya tempat ini, uolls boleh sedut madu direct dari sarangnya. thanks to the owner sebab masa ini kami datang dah petang, so mostly kelulut nya dah balik sarang. Yes, kelulut ini cari madu waktu siang. kalau lelaki aje cari madu kena keluar malam. :P .Sedut pun ad fees taw. RM5 seorang
[6] Shopping place. Yang ni tak payah cerita banyak ini memang the famous one sebab Langkawi adalah zon bebas cukai.. syurga coklat di sini kalau nak borongggg satu mall HIG tu >_< haha. Itu kalau yang muda2 macam kita ni, kalau macam mak2 bapak2 tempatnya ke RAM Home Deco. bei pinggan, brang2 rumah. On the way balik ke Johor plak kita singgah dekat PEKAN RABU dan JERUK MADU PAK ALI P.PINANG. Balik rumah sampai dalam pukul 2 pagi 11/2/2017. End of the journey. actually ada lagi tempat2 yang aku tak masukkan.. haha.. tu namanya masa tu aku malas nk turun.. sekian.
Thank you mak sebab sudi bawa aii, aii is happy hehe,, disamping tu, dapat sambut birthday mak dekat lengkawi tuu.. kemain eh.. ^_^ Pidebayyy mak, masa 10/2/2017 tu. hihi kita sambut ramai2 dengan cikgu-cikgi dan anak murid mak.. haha seronok-seronok.
Next destination dalam wishlist aku ape ek ?
belum sampai lagi kat langkawi..
ReplyDeleteHehehe dulu akak pernah duduk langkawi kejap after spm sebelum pindah..
ReplyDeleteSyurgaa cekelat lah kat sana. Rugi pi tak grab daim, kisses toblerone bagai. Hahahaha.
Bab cari madu tu kelakar. Kekekekeke. Madu kelulut sama x dengan madu lebah? Ke nama je lain?
Bestnya pergi Langkawi! last pergi tak ingat bila, 2013 kot. dah lama sangat dah. hehehe lepas ni travel pergi oversea lah pulak nurul. Btw nice blog and entry. Saya singgah dan follow sini ya. jemput mai blog saya :)
ReplyDeletedkt langkawi ni best sebab coklat jer.. hehe
ReplyDeleteCR pergi langkawi tahun lepas. Tapi pergi semalaman je. Sempat island hoping dan sopink choc sikit. Kena pergi lagi ni sebab tak merasa naik skycab lagi.huhu
ReplyDeletebusyra kalau ke sana pepero tak tinggal. hehe.. bestnya jenjalan. :)
ReplyDeleteBest juga kat langkawi. Cuma masa tu saya pergi masa cuti sekolah.. Ramai sangat orang :D
ReplyDeleteMakanan2 kat langkawi sedap2 :)
dah dua kali ke sana.. hehehe
ReplyDeleteseronok dapat pi langkawi, lama dah juga tak ke sana
ReplyDelete