Google Adsense LAMAR Blog Nurrul

Assalamualaikum dan Hi semua,

Masih sempat lagi kan untuk Nurrul ucapkan :
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
 MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Macam biasa, raya dah kurang dapat duit raya macam dulu, tapi raya kali ini adalah paling bermakna sebabnya, akhirnya Google Adsense telah pun melamar blog Nurrul pada 27 Jun yang lalu. Alhamdulillah, seronoknya hanya Allah yang tahu.
Google Ad sense
Tahniah dari Google Adsense
Kenapa JAKUN sangat ? Google Adsense aje pun, earning belum tentu meletops..
Memang mungkin slow tapi, ini adalah yang paling bermakna sebab hampir 3 kali Nurrul apply untuk dapatkan Google Adsense ni. dari bulan 1 haritu dan direject, kali ini baru diterima. Seronok tak terkata. Inilah yang akan jadi tabung duit raya dan tabung Nurrul. weee~~~

Terima kasih sangat2 kepada blogger dan carian google yang membantu Nurrul untuk kejayaan ini. Sekarang mood nak berblogging semakin panas dan rancak, tapi kena kawal kejap untuk bagi lepaskan pada final exam yang start pada petang ini.

Apa yang Patut ANDA Lakukan untuk diterima lamaran dari Google Adsense :
1. Tulis entry original.
Nampak sangat kan kalau masuk dalam blog Nurrul ini suka cerita seorang diri, yelah, main blog Nurrul is personal, so kadang2 ada pasal travel, belajar, share pendapat dan pandangan dan lain2 lagi, Senang cerita dah macam online diary gituh. Jadi Originality tu mesti dikekalkan.

2. Kekalkan traffic blog/ momentum 
Blog yang aktif logiknya akan dikunjungi ramai, lagi2 yang mesra ber"networking" dan suka share tips atau info yang sangat berguna. Macam mana nak kekalkan ? Rajin2 lah singgah dan turunkan komen anda diruangan komen blogger lain, what you give you get back gtuh. Selain itu, pastikan blog anda adalah mesra SEO dan responsive template. ini nak mudahkan viewer anda lawat blog anda. Mereka Happy, traffic anda tinggi :)

3. Entry yang padat
Cari apa kelebihan blog anda, yang membuatkan pengunjung blog anda datang melawat tanpa sepi, mungkin tak banyak yang datang tapi konsisten. Haa itu :P Entry yang padat disini adalah tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Nurrul tak suka baca yang terlalu panjang berjeler sampai kompius atau pendek sangat sebab nanti boleh tak faham cerita tergantung.. >_< orang cakap, biar "just nice" gtuh. Google Ad Sense pun tak suka jugak :P

4. Letak About Me, Site Map dan Disclaimer
ini adalah recommendation dari hasil pembacaan, 3 benda ini memang sangat2 membantu untuk buat blog anda dilamar oleh Google Ad sense dan yes, after Nurrul buat benda ini, baru kali ke 4 diterima olehnya. Sis is happy. ^_^ 
Ada tambahan lagi tak? Setakat ini itu dulu, Okey, buat blogger yang belum apply lagi Ads ini, boleh cuba applykan tips diatas dan sign up dengan google Adsense. In Sha Allah, anda pasti berjaya melamarnya juga ! 
Kalau tak pernah  apply dan tidak diluluskan lagi.cuba dan cuba sehingga berjaya. Jangan putus asa okey. Good Luck! 



8 comments

  1. Wah bestnya. Tahniah. Blog CR masih tak lepas lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lepas nanti tu. in sha Allah, jangan cepat mengalah.. Nurrul 4 kali cuba.. ^^

      Delete
  2. Nak lulus memang susah. Once dah lulus, blog bersawang berbulan pun insyaAllah adsense tak ban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tu yang seronok sgt Nurrul jadinya ^_^
      alhamdulillah, diterima juga akhirnya.. semangat nak berblogg

      Delete
  3. tahniah nurrul!
    insyaAllah akan cuba apply jgk guna blog baru..

    ReplyDelete
  4. harap2 nya mcm tu lah abg azlan :P amin....

    ReplyDelete
  5. Nuffnang dan google adsense mana yang best ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat Nurrul, dua2 ada kebaikan masing2. tapi lepas Nurrul dah merasai kedua2nya, so rasanya google adsense lebih best dan berbaloi. ^^

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan