Nurrul kembali lagi dengan topik yg hangat! Sure ramai yang tahu ini topik mengenai apa sekilas tengok tajuk jek dah tahu. Menghadiri kursus pra perkahwinan adalah step pertama untuk mendirikan sebuah masjid. Kenapa perlu? ini merupakan persediaan pertama dari segi fizikal dan mental disamping dapat mengetahui ilmu-ilmu dalam berumah tangga.
TEMPAHAN KURSUS PRA PERKAHWINAN
Laman web ini saja yang mudah berurusan dan dekat dengan tempat tinggal Kursus Kahwin Daerah Kota Tinggi. So terus lah booking tarikh dan tempat yang nak bila tarikh tuh cuns dengan cuti panjang. Actually, kalau tiba-tiba ada sesuatu benda yang tak dapat dielakkan walaupun korunk dah booking untuk datang kursus perkahwinan ni boleh batalkan sebab pihak yang menguruskan ini tidak mengambil bayaran deposit. Mudah bukan?
Sediakan cash RM120 beserta 1 keping gambar passport untuk : lelaki (bersongkok) dan perempuan (bertudung). Yuran sudah termasuk makan dan minum untuk sarapan dan tengahari untuk 2 hari. Tak payah pening-pening nak cari makanan waktu rehat. Sijil nikah ini sah seumur hidup dan seluruh Malaysia. :)
HARI PERTAMA - 15 SEPT 2018 (SABTU)
Kursus bermula pada pukul 8:30 pagi tapi kenalah datang awal untuk buat pendaftaran ; isi borang dan bayar yuran pendaftaran, nanti tak lah kelam kabut dibuatnya. Hormatilah majlis dimana murid kena datang awal sebelum gurunya. Gtuh~~
Paling best hadir kursus dengan syarikat ini adalah setiap slot merupakan penceramah yang berbeza dan penceramah tersebut bukan calang-calang orang, semuanya terdiri daripada pegawai dari pejabat kadi daerah Kota Tinggi. Yang syoknya lagi peserta kursus diberikan sebuah buku (Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Negeri Johor) Dalam buku modul, terdapat 11 slot yang berbeza.
Paling best hadir kursus dengan syarikat ini adalah setiap slot merupakan penceramah yang berbeza dan penceramah tersebut bukan calang-calang orang, semuanya terdiri daripada pegawai dari pejabat kadi daerah Kota Tinggi. Yang syoknya lagi peserta kursus diberikan sebuah buku (Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Negeri Johor) Dalam buku modul, terdapat 11 slot yang berbeza.
Slot 1 : Akidah & Ibadah
Akidah dan ibadah merupakan asas dalam membentuk sebuah keluarga yang sakinah dan rahmat. Penceramah juga berkongsi cara untuk mendapatkan rahmat Allah dengan mengekalkan salam, memperbanyakkan membaca Al-Quran, banyakkan solat sunat dan menghindari dari menghias rumah dengan gambar-gambar.
Slot 2 : Pengurusan Kesihatan
Penceramah seorang Doktor sakit Puan di HKT yang menitikberatkan kepentingan bersenam, memakan makanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain memberikan ilmu serba sedikit tentang keibubapaan dalam merancang dan menjaga anak.
Slot 3 : Akhlak dan Hubungan dalam Keluarga
Akhlak mencerminkan peribadi seseorang serta akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Penceramah juga menjelaskan tentang pentingnya membina hubungan yang harmoni antara suami isteri dan keluarga.
Slot 4 : Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Konflik, Stres & Perkhidmatan Khidmat Nasihat
Komunikasi bermula dengan hati, maka untuk merawatnya mesti melalui hati. Komunikasi yang baik mampu mengindari konflik yang tidak diingini. Jika hati kita sedang marah, segeralah kita beristigfar ~~
HARI KEDUA - 16 SEPT 2018 (AHAD)
Slot 5 : Prosedur Perkahwinan , Persediaan Keibubapaan
Bab yang sangat perlu diberikan fokus kerana setiap negeri mempunyai prosedur kahwin yang tersendiri. Untuk pengetahuan, sebelum nak dapatkan kadi untuk akad pun kena interview dulu ~hewhew
Slot 6 : Munakahat & Pembubaran Perkahwinan
Bila sampai bab ni, mula nak letak batang mancis dekat mata. HAHA. Ceramah dalam slot ini lebih kepada penerangan tentang perkahwinan dan jenis cerai dalam perkahwinan.
Slot 7 : Pengurusan Sumber Keluarga (Kewangan dan Masa)
Slot terakhir ini menerangkan bagaimana pasangan menguruskan kewangan dan komitmen bersama. Hal ini kerana ianya merupakan asas kestabilan ekonomi dan keharmonian rumahtangga.
Alhamdulillah, akhirnya Nurrul dapat menghadiri kursus kahwin ini selama 2 hari di Masjid Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Walaupun hari Jumaat aku MC sebab demam, aku gagahkan juga diri untuk datang pada hari Sabtu dan Ahad, 15-16 Sept 2018 untuk mendengar ceramah dalam keadaan, batuk dan demam. Haha ~Yelah, bukan senang nak dapt cuti panjang wooo.Sebelum bersurai, peserta kursus masing-masing diberikan sijil dari pihak penganjur dengan terteranya gambar di sijil. Cewah~~ Semua senyum ke telinga kerana ceramah pun menutup tirainya. Terima Kasih Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi kerana menganjurkan kursus ini. :)
KURSUS PRA PERKAHWINAN DAH, NEXT! ~ ~
No comments
Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan