Assalamualaikum dan Hi Semua!
Apa khabar? Kembali Nurrul menyambung cerita untuk bakal-bakal graduan yang akan konvo tak lama lagi di UITM di Hatiku. Terus ke point kita
Kajian Pengesahan Graduan.
Kajian ini adalah tersangat-sangat lah penting dibuat sebelum korunk menghadiri majlis konvokesyen. In Fact, kalau korunk tak buat, masa pengambilan jubah nanti comfirm korunk sangkut! Takkan dapat jubah selagi tak buat pengesahan kajian ini. Alah, bukan bayaq pun, hanya memerlukan 1 minit masa korunk untuk jawap soalan dari kementerian tentang lepasan graduan untuk rekod statistik mereka. Okey Jawab jangan tak jawab!
Oh ya! Dah lepas jawab tu jangan lupa PRINT, PRINT PRINT slip kajian graduan yang membuktikan korunk dah jawab kajian tersebut. Sebab masa nak ambil jubah nanti kena kepilkan sekali dokumen tuh.
Pengambilan Jubah.
Untuk Pengambialn Jubah, First mesti korunk kena buat semakan bagi :
1. Details Graduan ;- Nama,IC,Program Apa, Kampus mana etc.
2. Tempat Konvo
3. Waktu Pengambilan Jubah ; Mostly benda ni yang paling cruel sekali, contoh untuk yang berkonvo di kampus induk okey lah juga. Sebab masa pengambilan dia around 1 week. Tapi kalau kampus cawangan, mau nangis jugak lah. apa-apa pun kena bersabar banyak, guna annual leave orunk untuk ambil jubah nih yer. :P
4. Check no giliran dan sidang ke berapa
(yang ini semua penting untuk nanti korunk tak terpingga-pingga masa nak ambil jubah)
5. Bagi yang belum buat pengesahan kehadiran sila buat segera.
6. Dah settle semakan tuh, korunk cetak borang jubah okey. (Borang ini akan dibawa bersama slip kajian graduan semasa pengambilan jubah.)
7. Siap semua dokumen yang diperlukan, boleh lah bawa pada tarikh ambil jubah.
Untuk pengambilan Jubah di Cawangan Melaka Kampus Lendu, aku tak berapa nak syokk ceritakan. So aku buat short sebolehnya yar. (Sebab cerita ini sampai at the end of the story nak maki saja)
Aku tak tipu memang sebesar itu saja yang mereka bagi, cukup banjir dengan graduan-graduan yang sama-sama macam aku nak ambil jubah, kau rasa nampak lagi ke arahan tuh? -.- damn!
Okey, to be continue untuk semasa majlis konvo berjalan. Dari start ini mood aku nak berkonvo tuh dah totally out dan disebabkan itu, aku jadi macam tak happy nak cerita dekat blog. Supposedly happy event comes to ******(Tak tahu nak cakap) . -.-
***Maafkan saya tertiba beremosi bila throwback balik cerita nih.
KAJIAN DAN JUBAH KONVO
No comments
Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan