Klinik Pakar Mata & Surgery Dr Ezanee, Kulai


Assalamualaikum dan Hi Semua,

Biasa dengar penyakit namanya KATARAK MATA ? 
Kebiasaanya katarak mata berlaku pada orang yang berusia tetapi ada juga sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan terhasilnya satu lapisan yang menutupi lensa mata kita.I am sure korunk boleh gugeel aje apa itu katarak dan punca-puncanya.
Sumber Gambar : Google
Okey, enough with intro back to my story. Abah aku dah alami masalah katarak ini almost nak masuk ke 2 tahun. Kenapa macam saja biarkan aje ek? For your information, abah dah daftar dengan general hospital hampir 2 tahun yang lalu tetapi setiap kali tiba appointment dekat klinik untuk check pemeriksaan mata, MA akan cakap masih dalam waiting list. Even abah tu, pesara kerajaan, warga emas tiada keutamaan langsung diberikan oleh orang hospital. Fuuhh, waiting list dia lama giloss weyh. Jadi, abah aku pun masih menunggu dengan sabar sampai turn abah muncul. 
Abah aku dah susah nak drive, nak baca, nak tengok tv. Hampir setiap jam abah celik dia akan pakai kaca mata hitam sebab abah kata silau. Penglihatannya makin hari makin kabur dan pudar. Sampaikan banyak hari dia nak tengok orang betul-betul dekat depan abah pun susah. Dahsyat kan? Aku ada juga pujuk-pujuk abah untuk buat rawatan dekat swasta, adik-beradik yang lain pun buat benda yang sama. Tetap jawapannya nak tunggu turn abah dekat GH. Tetapi, sabar seseorang itu ada hadnya juga kan Sampailah ada satu hari tu, abah aku ada bunyi-bunyi dengan adik aku kata nak ke klinik swasta untuk buat matanya. 
20-08-2019 - Ceritanya bermula begini, aku bawa abah ke Klinik Pakar Mata & Surgery Dr Ezanee selepas abah menyatakan hasratnya sedimikian rupa. Jadi, aku bawakan lah abah ke klinik mata di Kulai ini pada hari Ahad memandangkan Jumaat Sabtu Klinik ni tutup. Aku pergi masa tu dalam pukul 10 pagi dari Kota Tinggi. Sampai sana adalah dalam pukul 11:30am dan pendaftran untuk rawatan mata pun dah tutup sebab nak bagi laluan dekat yang dok ada menunggu di klinik tuh, nurse kata pendaftaran berikutnya pada pukul 2:00pm hingga 3:30pm. Memang ramai gila orang dekat Klinik Mata ni.
Klinik Pakar Mata dan Surgeri Dr Ezanee
So tunggulah dengan pergi makan, solat semua. Aku pesan dekat abah kita kena standby awal ni abah, mesti ramaiorang lagi macam pagi tadi. Yer, memang betul ramai gilak orang dah tunggu sebelum pukul 2pm. Abah dapatlah daftar giliran paling awal sekali untuk sesi petang. Dah selesai check mata dan consult dengan Dr Ezanee, kedua-dua mata abah memang dah ada Katarak, tapi sebelah kanan mata memang dah tutup keseluruhan lensa mata abah dan katarak tu sudah mencapai tahap matang kalau lambat lagi memang buta kekal sebelah, sebelah kiri pun sedang menuju. Jadi Dr sarankan untuk buat operation buang katarak dengan kaedah laser. So next appointment pembedahan  hari Rabu, 23-08-2019 pukul 2pm. 

Sebelum pembedahan mata, Dr Ezanee pesan dekat abah, untuk buat solat hajat Abah buat Dr pun buat.baguslahkan. Segalanya datang daripada Allah dan kita mesti mohon padanya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, Sekarang abah dah jelas mata sebelah kanan dia. Kena pakai ubat titis mata untuk antibiotik mata. Selama seminggu tak boleh guna sebarang bahan kimia untuk cuci mata/syampoo rambut dan selama sebulan tak boleh main benda-benda kotor macam bakar sampah, memasak sebab nak elak kuman masuk dalam mata. Lepas pembedahan mata, abah kena buat follow up seminggu, lepastu sebulan (sambung lagi kalau ada kayh nanti). 
Waktu Pendaftaran
Oh ya, for your info kalau nak ke klinik ini, mesti tahu business hours dia kayhh, Untuk hari Isnin dan Rabu hanya dikhaskan untuk rawatan mata yang ada appointment dan pembedahan mata sahaja. 
Terima Kasih Dr Ezanee Bin Mohktar yang tak terhinga sebab dah bantu rawat mata abah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Dr. Kepada siapa-siapa yang ada dekat Johor, yang nak bawa orang tua untuk rawatan mata, boleh ke klinik ini. Klinik nya cantik, bersih dan ada nurse yang supportive. Really recommend lah !

KLINIK PAKAR MATA KULAI, JOHOR


11 comments

  1. Hai, boleh tau berapa cost surgery ayah awak?

    ReplyDelete
  2. Salam..pendaftaran kena byar brapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam untuk pendaftaran, biasa akan buat check up mata dulu.. biasalah kalau consultation fee dgn ubat titis mata around RM80.
      Utk bedah mata sebalah, terus bayar RM3K. :)

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian entry ni.. Dh lama Cari tapi lupa nama klinik..

    ReplyDelete
  4. Ada rasa sakit tak masa buat rawatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, tak ada sebab guna laser, Dr just pesan jgn main benda kotor aje lah utk jaga kesihatan mata dari : habuk, tempat pembakaran. mcm tu lah,.

      Delete
  5. Asalmualaikum..penjagaan selepas operation sukar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, tidak, ikut aja saranan dari dr, biasanya Dr tak bagi kena habuk or masak mcm tu lah, hygiene bahagian mata kena jaga.

      Delete
  6. Assalamualaikum..boleh x buat rawatan untuk pesakit glucoma?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan