PENGALAMAN MANDULKAN KUCING

Assalamualaikum dan Hi !

Korunk pencinta kucing? Ada bela kucing tak dekat rumah? Well, as for me, memang suka dan bela kucing. Bayangkan Nurrul move out from Johor to Selangor lepas kahwin sebab ikut hubby. Masa pindah tuh, Nurrul pinjam eh, haha dahsyat tak sampai pinjam kucing adik untuk bawa balik Selangor. Yelah fikirkan tak ada kawan lagi dekat sana, at least tak der lah boring sangat duduk rumah sementara tunggu dapat kerja. :P

So, nak dijadikan cerita kasi kucing ini apabila kucing yang Nurrul bawa tuh namanya Awan. Masa bawa balik Selangor masa tuh bulan 1, bawa Awan seekor aje. Awan tu kucing biasa, betina dan mempunyai bulu putih kekuningan serta mata biru mix kuning. Memang comel. 
Lepastu Awan bulan 3 haritu sebelum PKP Awan telah melahirkan 3 ekor anak yang mempunyai warna Oren dan berwarna mix hitam, oren , putih(2 ekor). Masa balik sehari sebelum PKP bermula pun angkut 4 ekor nih balik ke Johor. Haha2 bulan jugak lah duduk sebabkan PKP of COVID-19 nih. Selepas dapat balik semula ke Selangor sebab ada pelepasan berjadual untuk start kerja semula.
Anak Awan pun dah semakin besar. Awan bunting weyh sekali lagi. Kali ini bukan 3 ekor tapi 8 ekor (3 ekor mati lepas lahir).Dapat bayangkan tak perasaan Nurrul masa tuh? Ya ammpun, Awan beranak lagi! 

Anak generasi pertama Awan ada 2 ekor betina dan tengah aktif menggatal, jadi terpaksalah Nurrul kasi Bella dan Brenda pada bulan 6. Sekarang ini 2/12/2020 Nurrul hantar pulak mak depa si Awance sebab anak 5 ekor dah besar dan Awan pun dah start miangg..


Di manakah kasi/mandulkan kucing?

Klinik Haiwan dan Surgery Icity @ Dr Meow 

(tak ada siapa rekemen pun, just google klinik yang buat pemandulan/kasi )

Alhamdulillah, klinik ni best, bersih paling best staf semua baik. Fee untuk perkhidmatan yang disediakan dekat sini pada Nurrul affordable dan murah.Tak perlu buat appoinment, just walk-in aje dekat klinik. Nurrul first pergi dengan adik masa tu pada pukul 3petang. Lepas dah habis consult check berat, vaksin dan suhu terus kucing akan dimasukkan dalam wad. Bye bye 3 hari lagi kita jumpa yer.


Oh ya, harga kasi kucing Nurrul RM200/Seekor memandangkan depa dua ekoq tak pernah vaksi. Fee sepatutnya kucing <4kg RM140 sekali dengan masuk dalam wad 3 hari. Best ke best? So far klinik yang Nurrul tanya paling murah lah. sekali wad hokkey.


Zalimkah kita kasi/mandul kucing betina./jantan ?

Secara rasionalnya bila korunk baca kenapa Nurrul kasi dekat atas tadi zalim ke? Kucing beranak pinak lepastu kang kita tak mampu bela, kita pulak menzalimi depa dengan buang sebab ramai sangat? Haa. 


Kebaikan kasi/mandulkan kucing: bahkan buat tuan dan sekitar rumah(jiran-jiran)

  1. Tuannya tak stress tertiba dah kena bela kucing yang makin biak.
  2. Kucing akan lebih bijak dan manja dengan tuannya.
  3. Menjaga kesihatan kucing itu sendiri dari penyakit seperti kanser payudara, jangkitan uterus dll.
  4. Kucing jantan yang dikasi akan tidak merayau-rayau terlalu jauh, kencing merata untuk mempertahankan along kawasan dengan bergaduh.
  5. Rumah bersih tak dikencingkan.


Cara Penjagaan Selepas kucing dikasi/dimandulkan.

Hari Jumaat ambil depa berdua dan 

  1. Dr suruh kurung 1-2 minggu supaya depa tak lasak
  2. Pakaikan kucing collar sebab taknak depa jilat bekas jahitan sampai lah benang tu hilang sendiri. 
  3. Jangan mandikan kucing selama 2 minggu.


Alhamdulillah depa sekarang aktif berlari dan bermain. Nak bagi lepas main dekat dekat luar pun den tak kisah :P 



2 comments

ღ Nice to see , nice to read ,
Once comment , I will hit you back ! :D
Its that true my poem ? HAHA. Ignore it..

Thanks , I love you all !