Showing posts with label TTC JOURNEY. Show all posts

TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 7 | PENGALAMAN HSG TEST



 Assalamualaikum dan Hi

Haa, nampak tak machine besar dekat atas ini??? Haaa inilah machine yang aku baring masa buat pemeriksaan HSG masa dekat Hospital Shah Alam tempoh hari. Jadi, hari ini aku akan ceritakan pengalaman aku melalui proses untuk pemeriksaan kesuburan wanita iaitu HSG. Sebelum itu, elok kita berkenalan dulu dengan apa HSG (boleh refer gambar)



Haa sekarang dah tahu kan. Jadi jom baca story aku. Tarikh pemeriksaan HSG Nurrul untuk hari ke10 dari hari pertama haid adalah pada 16.02.2023. Kali ini berdasarkan pembacaan pengalaman-pengalaman orang yang dah buat HSG, ajak suami soleh saya sekali ikut. Sementara husband park kereta, aku beratur dekat kaunter pendaftaran bawah dan tanya dekat pegawai bertugas sama adakena daftar di sini atau tak. Pegawai tu cakap terus naik ke tingkat 3 daftar dekat bahagian Radiology.


Sesampai di bahagian Radiology, kawasan yang sunyi saja dengan berwarnakan dinding hijau buatkan suasana dekat situ lagi suram dan seram. 😵 Aku letakkan borang kuning untuk pemeriksaan yang dapat tempoh hari dekat bakul di kaunter pendaftaran dan tunggu nama dipanggil.


Selang beberapa minit kemudian, ada seorang pegawai lelaki panggil nama menyebut no IC dan menyuruh bergerak ke dalam bilik X-tray. Sambil berjalan, pegawai tersebut bertanyakan beberapa soalan seperti ada buat hubungan seks tak etc.


Setelah berada dihadapan bilik X-tray, pegawai tersebut menyuruh untuk menukar pakaian (tanggalkan semua) dan memakai pakaian berwarna hijau (kain baju Xtray). Dah tukar tu, nanti masuk aje dalam bilik X-tray kalau dah ada orang (yang buat pemeriksaan macam aku juga) keluar dari situ.

Kemudian, aku diminta duduk di atas tempat yang disediakan. Datang juru X-tray Wanita yang mengatakan bahawa pemeriksaan ini dilakukan oleh Dr lelaki dan bertanyakan adakah kita setuju atau pun tidak. Dengan niat untuk pemeriksaan kesihatan, aku pun bersetuju. Dr Lelaki tersbut menerangkan prosedur HSG yang akan dilakukan. Aku diarahkan berbaring  dalam posisi lithotomy (seperti posisi untuk wanita bersalin). 

Sekarang juru X-tray menerangkan apa yang bakal dilakukan step by step sambil Dr Lelaki mengangkat kain aku pakai hingga ke parat lutut dan memulakan prosedur HSG.

1. Mula-mula Dr bersihkan kemaluan kita menggunakan cecair untuk pastikan tak ada kotoran dan sapu antibakteria. Selepas itu, spekulum (yang macam muncung itik tu)  diletakkan dalam faraj untuk mendedahkan serviks (pangkal rahim) supaya terbuka

** Masa ini okey tak rasa apa pun sebab konsep dia sama macam buat pap smear tu. 


2. Kemudian, sejenis alat (tiub dimasukkan ke dalam vagina.

** Masa ini juru X-tray ada suruh tarik nafas dalam-dalam dan sentiasa relax kan badan agar dapat kurangkan rasa sakit. Aku rasa tiub tu dimasukkan dan rasanya cam geli-geli aje gituh. Haha


3. Cecair khas telah dilepaskan ke dalam tiub dan mengalir ke uterus kita

** Masa ini setiap kali syringe ditekan untuk melepaskan cecair aku rasa senak. Banyak kali juru X-tray ini cakap sakit sikit ya, Alhamdulillah aku tak rasa sakit, cuma rasa geli dan terasa nak kencing aje.



4. Selepas itu kita dah boleh luruskan kaki dan berbaring seketika. Juru X-tray menghalakan monitor ke arah aku dan menerangkan pengimejan yang ada di monitor. Alhamdulillah lega dengar bila Juru X-tray cakap fallipion tiub aku semuanya dalam keadaan normal dan baik-baik saja.

ini contoh rajah yang telah di X-tray. Rajah atas itu menunjukkan fallipion tiub yang normal dan yang rajah dibawah pula menunjukkan fallipion tersumbat di bahagian kiri. Juru X-tray mengatakan imej ini akan diberkan kepada Dr Pakar O&G untuk tindakan selanjutnya.

Sejurus itu, aku pun kembalik ke bilik salinan dan menukar pakaian. Masa jalan tu tak ada rasa sakit apa pun, macam biasa aje cuma kita tak berapa selesa sebab ada cairan. Aku pulang ke rumah bersama suami selepas pemeriksaan dijalankan. Tak sabar nak tunggu apa next yang akan Dr cakapkan. Till we meet again ya. Terima kasih kerana sudi baca ttc journey Nurrul.

Moga korunk yang menanti penghuni pertama rahim dikurniakan kesabaran dan ketabahan. Setiap apa yang berlaku akan datang tepat pada waktunya tidak lewat walaupun sesaat. Alhamdulillah, Ala kulli hal.



TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 6 | TEMUJANJI DR PAKAR O&G KE-2

Assalamualaikum dan Hi

Lepas ujian darah period hari ke21 dan buat semen analysis. Aku tunggu pulak 01/12/2022 adalah tarikh temujanji yang seterusnya.


Temu janji aku pukul 10 pagi. Kali ini aku ajak suami temankan. Datang awal taw pukul 7:30 pagi dah gerak dari rumah, yelah takut terlepas waktu temujanji. Tapi hmmm Kami tunggu sampai 12.30 tengah hari baru giliran aku berjumpa dengan Dr. (dah cakap kan kesabaran perlu tinggi kalau nak berurusan dengan Gomen)

Masa masuk dalam bilik rawatan, aku seorang aje yang masuk (jadi lepas ni aku taw lah, suami tak perlu ikut, kesian suami soleh saya).... Dalam bilik rawatan aku serahkan result darah dan semen yang kami buat tempoh hari. Harini tak ada banyak sangat yang Dr bagitahu, cuma consult result darah LH FSH hari ke2 dan ke21 serta semen analysis saja.

Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, Aku punya ujian darah normal dan suami aku juga semen analysis nya normal. Aku dan suami setakat ini kami masing-masing tiada masalah. Cuma kami belum ada rezeki anak untuk sekarang ini. Aku lega bila dah buat klinikal semuanya okey. Its about a right time at the right moment. Aku yakin itu!! Allah nak kami betul-betul bersedia sebelum melangkah masuk ke alam ibu bapa. Alhamdulillah ala kullia hal. 

Daripada hasil konsultasi dengan Dr, makanya proses seterusnya yang harus dijalankan standard dari klinik untuk infertility test adalah Dr akan buat future investigation untuk perempuan which is HSG Test.

Jam didinding dah menunjukkan pukul 1petang, waktu tu Dr terus bagi aku surat perakuan untuk buat HSG test dan aku kena gerak ke tingkat 3 pergi ke Jabatan Radiology untuk dapatkan tarikh temujanji untuk buat ujian. So dah pukul 1 petang, jadi kenalah tunggu klinik buka semula lepas rehat pukul 2.


Jadi aku dengan suami apalagi, terus balik rumah, solat dan isi perut dulu, Dalam pukul 3petang kami kembali ke hospital untuk dapatkan tarikh temujanji HSG Test. Dalam setengah jam lebih juga tunggu untuk bagi aku sekepin surat berwarna kuning tanpa tarikh temujanji sebab HSG test dilakukan selepas hari ke10 period. Jadi kenalah tunggu aku punya period cycle sampai.

HSG ? APA ITU? NANTIKAN STORY NURRUL



TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 5 | Seminal Fluid Analysis Test & Ambil Darah 21 Day ; Clinical Lab


 

Asssalamualaikum dan Hi.

Hari ini nak share perjalanan yang seterusnya. Actually Dr bagi tarikh 3 bulan dari hari pertama jumpa tu sebab Dr nak kasi chance masa dekat para suami. Dr cakap lelaki ni bab macam ni depa agak ego. Jadi kena slow talk cakap kenapa kita nak buat ujian kesuburan ni. Alhamdulillah, untuk suami aku mudah berurusan, dia hanya ikut aje. Ye lah tak ada apa yang nak dimalukan pun. Kena sama-sama ikhtiar kan.


Bulan berganti bulan, asal nak buat aje macam-macam perkara lain yang datang, biasalah tukan. Lepas aje siap ambil darah hari ke-2 period tu, dalam kereta aku terus cari mana-mana klinik yang ada buat ujian darah progestrone dan semen analysis. Rata-rata harga range untuk semen analysis min dalam RM150 sekali consult dengan Dr dan untuk ujian darah progestrone dalam RM60.


Lastly aku ambil kata putus untuk pergi buat clinical lab dekat BP Healthcare (yang aku perlukan untuk bagi Dr Pakar O&G adalah keputusan Semen analysis takperlu consult dari Dr luar). Tanya punya tanya. dua-dua test ni available dekat HQ BP Healthcare di Glenmarie. Mudahlah urusan boleh buat 2 test 1 tempat. Jadi aku punya hari ke-21 period jatuh hari Sabtu 05/11/2022. Nasib BP Heealthcare operating hours hari Sabtu pun ada cuma dari pukul 8 - 1pm, tapi untuk semen analysis test dari 8am-10pm aje.


BP HEALTH CARE GLENMARIE



Masa contact PIC klinik memang ada cakap buka hari Sabtu tu separuh hari aje, Jadi kami gerak dari rumah pukul 9 pagi, dan sampai di sana dalam pukul 10 pagi macam tu (actually dah lambat juga kalau untuk buat semen analysis). Alhamdulillah mudah urusan dekat sini, macam biasalah pergi dekat kaunter buat pendaftaran dan bayaran, lepastu suami diberikan bekas untuk isi sample air mani dan aku pulak pergi tunggu turn untuk ambil blood test.


Sekejap aje semua proses itu. Result Clinical akan dihantar melalui email. Mudah kan? Petang tu result Semen dah dapat, untuk ujian darah progestrone esoknya baru dapat sebab aku buat test hari Sabtu, klinik buka half day aje.


Jadi keputusan clinical yang dah dapat tu akan dibawa bila jumpa temujanji dengan pakar O&G nanti.

Tungu Next Appoinment Jumpa dengan DR Pakar !



TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 4 | Ujian Darah



 Assalamualaikum dan Hi, 


Ujian darah hormon ini akan diambil masa hari ke-2 dan ke-21 period. Jadi kena tunggu waktu period dan macam biasalah, prediction kita keluar period dengan expectation period yang keluar dari badan kita  tak sama, plus minus cepat atau lambat sehari gittew.


Masa bulan 9 period hari ke-2 aku ngam-ngam jatuh pada public holiday satu Malaysia pada 16 September. haha Cuti Hari Malaysia jatuh hari Jumaat pulak. Memang call klinik Khamis tu Nurse tanya tarikh temujanji dengan Dr bila, bulan 12 jawabku, period cycle regular ke tak, okey setiap bulan. Terus Nurse cakap takpelah tunggu cycle bulan depan pulak. 


Masuk bulan 10, period hari ke-2 jatuh pada hari 17/10/2022. Okey ambil cuti half day dan gerak pergi hospital sesi petang. Dr memang dah pesan masa ambil darah pergi sesi petang sebab orang dah kurang siket katanya.. HAHA. Aku keluar dari office pukul 1 terus ke Hospital Shah Alam dengan bawa bekal lunch box macam biasa. Kaunter pendaftaran rehat dari pukul 1 - 2 petang. Jadi aku makanlah dalam kereta kejap. Jam menunjukkan pukul 1:45petang, lepas makan aku terus ke arah kaunter dan aku beratur. Fuhh! masa tu pun beratur dah panjang dah walaupun kaunter belum buka. 


Pukul 2 petang kaunter pendaftaran di buka, ambil dan tunggu no giliran. Sampai giliran aku dekat kaunter, pegawai pendaftaran tu tanya, nak tukar date appointment ke, aku just tunjuk slip yang Dr tulis aje dalam kad tu, nak ambil darah hari ke-2 balasku pendek. Lepastu pegawai tu cakap nama awak tak ada tarikh dalam sistem ini. awak pergi ke Klinik O&G lepastu suruh mereka call saya ya.


Naik lah tingkat 4 (kali ni malas nak naik guna tangga tak, aku tak rushing dah, haha), dekat kaunter klinik O&G, nurse tanya , awak nak ambil darah semalam ada call klinik tak? , jawabku tak. (dalam hati aku cakap, kalau Nurse/ Dr tu ada pesan mesti aku call dulu lah. ko tak pesan expect aku tahu?) Selepas tu Nurse tu cakap awak turunlah balik dekat kaunter pendaftaran daftar dulu ea. (aku cam apehal lah ko ek?, bengkek ajee. Nak berubat kena sabar.. haihssh ).


Aku pun turunlah balik ke kaunter pendaftaran dekat bawah dan terus pergi dekat pegawai yang bagi no giliran. Aku ceritalah macam yang dekat atas tu. Nasiblah pegawai tu layan. Aku terus diminta tunggu dekat depan tu dan aku punya nama pun didaftarkan. Kali ini aku kena bayar sebanyak RM5.




Sekali lagi naiklah ke tingkat 4, Klinik Pakar O&G dan letak kad pink dalam bakul menunggu no giliran dipanggil. Beberapa minit kemudian, namaku dipanggil. Sambil menunggu Nurse sediakan alatan, aku tanya lah.


Aku : "Saya punya hari ke-21 tu jatuh hari Sabtu, Klinik Pakar tak buka kan. Macam mana ya tu? Nurse dekat depan suruh saya pergi cycle bulan 11. Saya cakap tak boleh sebab cycle bulan 11 sempat jumpa tarikh appoinment dengan Dr dulu. "


Nurse : "Awak boleh aje pergi Hospital Isnin berikutnya, tapi kalau betul-betul nak tepat bacaan hormon awak memang kena ambil darah hari ke-21. Awak boleh ambil diluar (swasta) pergi yang ada buat clinical lab" balas Nurse 


Aku : "Oh kalau macam tu saya buat dekat luar lah"

Dah siap ambil darah hari ke-2 period. 


Habis dekat situ. aku pun pulanglah. banyakkan cabarannya. Memang begitulah, kau kena kuat mental. Banyakkan cabarannya. Dulu sebelum buat rawatan kesuburan dekat hospital kerajaan ini, aku ada pergi buat dekat LPPKN, tapi separuh jalan aje sebabkan nak tunggu hari period ni punya pasal. Haha, nanti aku share macam mana nak buat rawatan kesuburan dekat LPPKN okey. ^_^


UJIAN DARAH HARI KE-2 SUDAH, NEXT.......... (MARILAH KITA TERUSKAN PERJUANGAN KITA)



TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 3 | TEMUJANJI DR PAKAR O&G KALI-1

 Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum dan Hi...

Benar penantian ini adalah panjang. Ramai yang tanya kenapa tak buat guna Klinik Swasta aje untuk ujian kesuburan ini. Bukan tidak mahu, tapi ada kekangan lain dan ini yang termampu untuk aku usahakan. At least, nampak progress bak kata pepatah jawa "Better Late than Never". Apa-apa pun setiap insan ujiannya berbeza. so jangan hanya melihat pada dasar dengan mata kasar. ^_^

4 bulan telah berlalu, kini sudah tiba pada tarikh temujanji bersama Dr Pakar O&G. Aku datang lewat masa tu, appoinment pukul 9:30pagi. Aku sampai ngam2 9:30 pagi setelah beberapa kali buat round mencari tempat parking kereta. Fuh! Mencabar sungguh.



Lepas dapat parking, aku terus bergegas ke Tingkat 4 Klinik Pakar O&G dengan penuh yakin sekali. HAHA. Buat aku yang tiada pengalaman dan first time datang ke sini untuk berurusan dengan Dr Pakar, sesudah sampai di kaunter, Nurse cakap, Puan kena budak pendaftaran dulu dekat tingkat bawah sekali. Argghh keras! Nafasku yang masih berat menghembus serta Jantung aku yang masih laju mengepam darah kerana aku menggunakan tangga dari tingkat bawah ke tingkat 4. Kini aku terpaksa menuruni anak tangga untuk ke ruangan mendaftar diri.


Pendaftaran di Kaunter

Sekali lagi, kesabaran yang tinggi perlu di sini apabila sampai saja di ruang pendaftaran terlihat orang ramai membanjiri setiap ruang menantikan giliran nombor untuk dipanggil. Setelah 2 jam setengah berlalu, nombor panggilan ku pula sampai. 


Semasa di kaunter pendaftaran, aku hanya didaftarkan sebagai orang awam yang menjalani saringan kesihatan , ada lah dapat kad rawatan (warna pink - kena bawa kad ini setiap kali ke hospital) dan tiada yuran pendaftaran dikenakan.


Sejurus itu, aku terus naik ke tingkat 4 semula. Jam didinding menunjukkan pukul 12:00 tengahari ketika itu. Aku ambil kad rawatan (berwarna merah jambu) dan meletakkan dalam bakul yang disediakan di kaunter pendaftaran klinik pakar O&G. Kemudian aku ke bilik saringan untuk check tinggi dan berat. Selepas 30 minit aku dipanggil pula masuk ke ruangan bilik Dr Pakar.


Dalam Bilik Dr Pakar O&G

Dr Pakar melihat rekod dan surat rujukan KK yang tertera. Disusuli dengan beberapa background check (soalan sama seperti yang ditanya Dr KK semasa nak dapatkan refferal letter dulu). Korunk jawab ajeh yer.

Contohnya : - Period bulan teratur ke, last period tarikh, pad tukar berapa kali sehari, sejarah perkahwinan, penah gugur, suami merokok tak, latar belakang penyakit ibu bapa, bilangan adik-beradik, bd berapa kali seminggu, ada sakit tak bila bersama, pernah buat seks sebelum kahwin tak, pemakanan, gaya hidup etc. Kemudian tercatat di rekod itu aku belum melakukan ujian Pap Smear lantas Dr Pakar bertanya nak buat sekarang ke? Aku cakap boleh. Terus buat Ujian Pap Smear .


Ujian Pap Smear

Pap smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Orang cakap sakit lah apa lah, Aku pun dah prepare mental "All is Well". Aku diminta untuk tukar seluar dengan kain pink yang Hospital sediakan dan diminta baring dekat kerusi situ. Alhamdulillah masa aku buat saringan ini, tak rasa apa-apa pun tahu-tahu Dr cakap dah siap. Sekejap sangat tak sampai beberapa saat pun.  Dr pun ada cakap tak ada apa dah siap dan tunjuk kapas ada darah sikit aje.  Dr minta aku tukar balik pakaian aku. 


Scan Perut

Lepas dah buat pap smear, Dr suh aku pergi bilik sebelah dan baring. Dr nak scan perut aku. Masa baring dekat situ, aku rasa berbeza sangat vibes. Mataku sedikit bergenang dan ucapan syukur alhamduliilah. dalam hati cakap "begini perasaanya berada di atas ini. Walaupun rahimku belum ada penghuni." Sebak menusuk perasaanku. Dr cakap telur aku banyak dan matang, paling besar saiz matangnya 21cm. Dr cakap awak tengah fasa subur ni, cuba try bd kot2 ada rezeki.


Lepas scan perut Dr tak ulas banyak, just cakap try bd dan so far Dr cakap aku okey, jadi kena buat further investigation dimana aku kena ambil darah pada hari ke 2 dan ke 21 period dan suami kena buat semen analysis diluar (swasta). Dr terus set satu tarikh appointment baru 3 bualn dari tarikh ini iaitu pada bulan 12. Aku pun pulang pada pukul 1petang. Terima kasih yang sudi membaca sampai ke titik yang terakhir untuk coretan kali ini. 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Furqan: 74)

Perjuangan garis dua selangkah demi selangkah.



TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 2 | Surat Rujukan



Assalamualaikum dan Hi,


Okey, post kali ini adalah sambungan dari Kisah TCC Journey (Hospital Kerajaan) 1 tempoh hari lalu mengenai rawatan kesuburan. Semua kisah pengalaman ini aku akan taip dengan details each inch. Yup, untuk seseorang seperti aku untuk hadapi semua moment/peristiwa ini, suka untuk aku rekodkan. Sebab nanti bila baca balik "oh macam ini" atau pun untuk panduan orang-orang yg sudi datang blog ini untuk cari info.  Kekuatan itu memang ada kerana Allah hanya menguji hambaNya dengan ujian yang dapat ditempuhi hambaNya. SubhanauAllah baiknya Allah pada kita.


SURAT RUJUKAN KLINIK "REFFERAL LETTER"

28.04.2022 Aku jumpa Dr KK seperti dalam tarikh temujanji yang telah dicatat dalam kad temujanji. Hari ini merupakan hari konsultasi untuk keputusan darah aku yang diambil sebulan lalu. Untuk keputusan darah, alhadmulillah semuanya baik-baik saja. Tiada yang abnormal. Jadi Dr KK terus buatkan surat "Referral Letter" untuk further investigation ke Hospital Kerajaan @ Klinik Pakar bahagian Obstetrics and Gynaecology (O&G). 


HOSPITAL SHAH ALAM @ KLINIK PAKAR O&G

Pada hari yang sama, aku terus ke Hospital Shah Alam ke Klinik Pakar Obstetrics and Gynaecology @ (Klinik Pakar O&G) sebab aku tak nak tangguh-tangguh lagi. Sebenarnya pergi ambil surat referral letter dekat KK tu dah kali ke2. tapi aku lupa terletak mana tah suratnya tak jumpa (maybe dah hanyut dibawa banjir melanda January ritu, jadi aku ulang buat prosess nak dapatkan refferal letter tu balik la). 


Masa di hospital ini aku cam terkial-kial sikit, sebab tak ada pengalaman dan kira macam first time datang ke Hospital Shah Alam. Jadinya aku kongsi pengalaman aku okies. Hospital Shah Alam ni layout dia memang baru lah dan sangat lain daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah - HTAR. Kalau tak tanya dekat kaunter rasanya tak sampai aku dekat Klinik Pakar ini. Bangunan tempat rawatan biasa tak sama dengan Bangunan Klinik Pakar. Boleh refer gambar dibawah ini ya.















Dekat banggunan Klinik Pakar itu saja, terdapat beberapa Jabatan Klinik Pakar yang lain. Boleh refer gambar bawah untuk keterangan Jabatan Klinik Pakar yang ada di Hospital Shah Alam. Jadi lepas tengok layout hospital Shah Alam ini, in sha Allah tak ada lah macam terkejut pulak nak menapak jauh-jauh. Tempat parking kereta tu pun dah cukup jauh plus susah nak dapat kosong. Inikan pulak nak menapak terkial2 cari dekat mana tempat yang betul untuk dituju. hahahhaa



Lepas dah confident mana nak tuju tu, dengan berbekalkan 2 keping surat (1 keping result darah & 1 surat Rujukan Klinik) aku dengan banggganya terus naik ke tingkat 4 pergi ke Klinik Pakar O&G letak surat yang dibawa dalam bakul dekat kaunter. 

Dan tidak bernasib baik untuk terus dapat tarikh temujanji pada hari yang sama. Nurse dekat situ ada bagi satu borang kertas warna kuning untuk diisi. Tinggalkan no telefon 1 dan 2 (kecemasan).

Nurse situ cakap, Dr akan review dulu surat KK tu dan akan bagi tarikh baru untuk appointment jumpa Dr by WhatsApp.




Appointment Date Dr Pakar O&G

29.08.2022 Dalam pukul 4:30petang macam itu, aku dan suami dapat WhatsApp message dari Klinik O&G. Isinya adalah mengenai tarikh temujanji bersama Dr Pakar O&G pada 30.08.2022 pada pukul 9:30 pagi.


Begitulah kisah aku di Hospital Shah Alam untuk ke Bahagian Jabatan Klinik Pakar. Moga dengan sedikit perngkongsian pengalaman journey ke arah rawatan kesuburan aku ini, dapat memudahkan si pejuang dua line seperti aku. Ya Allah, lapangkan segala kesulitan kami dan kurniakanlan kami dengan rezeki yang tak pernah putus. Amin ya Mujib.



#pengalamanrawatankesuburan #hospitalkerajaan #hospitalshahalam

PERJALANAN RAWATAN KESUBURAN BARU BERMULA



TTC JOURNEY | Ringkasan Si Pejuang Dua Line



Assalamualaikum dan Hi...

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, pastinya menginginkan cahaya mata agar dapat menyerikan lagi isi rumah. Ada pasangan yang dikurniakan rezeki anak lebih awal sejurus pernikahan mereka dan ada juga pasangan yang masih menanti kurniaan rezeki anak buat mereka. Memang, anak merupakan kurniaan Allah dan akan diberi tepat pada waktunya. Tetapi tidak salah jika pasangan yang belum mempunyai cahaya mata untuk terus berusaha dalam semua aspek.

Pastinya, perjalanan mendapatkan cahaya mata buat pasangan yang sedang mencuba untuk hamil atau lebih dikenali dengan terms "trying to conceive (TTC)" bukanlah suatu yang mudah. Hanya mereka yang melalui fasa ini akan memahami perasaan syukur dikurniakan anak setelah selepas berbulan atau bertahun mencuba/berusaha.


 Aku : Normal , Suami : Normal

Ringkasan Rawatan Kesuburan (Hospital Kerajaan)


Timeline my TTC Journey :


Tarikh

Keterangan

Remarks

25.03.2022

Ujian Kesuburan di Klinik Kesihatan

Pergi Klinik Kesihatan (KK) dan nyatakan hasrat untuk buat rawatan kesuburan. (Perempuan saja)

RM1

28.03.2022

Ambil test darah (puasa malam sebelum)

RM1

28.04.2022

Surat Klinik "Referral Letter"

Dapat Surat Refferal dari KK.

Terus pergi ke Hospital Shah Alam untuk hantar Referral Letter.

RM1

29.04.2022

Ambil Tarikh Temujanji bersama Dr Pakar O&G

Dapat WhatApps dari Klinik Gynae mengatakan tarikh temujanji yang diberikan oleh pihak hospital (Klinik Pakar Gynae) pada 30/08/2022


30.08.2022

Temujanji Kali Pertama bersama Dr Pakar O&G

Ujian Pap Smear

Check Telur Matang

Free
17.10.2022

Lab Analysis (Kerajaan)

Tunggu Period Hari ke 2

Pergi ke Hospital untuk dapatkan sampel Blood Test D2

RM5

05.11.2022

Lab Analysis (Swasta)

Cemen Analysis dan Blood Test D21 Progesterone

RM30 
RM60

01.12.2022

Temujanji Kali Ke-2 bersama Dr Pakar O&G

RM5
  16.02.2023Temujanji dengan Jabatan Radiology
HSG Test (tunggu hari ke10 lepas period)
Free
23.03.2023Temujanji Kali Ke-3 bersama Dr Pakar O&GRM5
30.05.2023Temujanji Kali Ke-4 bersama Dr Pakar O&GTidak Hadir

Maaf, kisah TTC saya berhenti disini.. Sorry tak dapat share selanjutnya




akan dikemaskini dari masa ke semasa.... Terima Kasih.


#rawatankesuburan #hospitalkerajaan #infertilitytest #pengalamanrawatankesuburan #ttcjourney #ttcnurrul




TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 1 | Ujian Kesuburan (Infertility Test)



Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualikum dan Hi, dengan izin Allah, hari ini aku gagahkan diri menaip untuk kongsikan pengalaman aku mengenai ujian kesuburan atau dikenali sebagai "infertility test".


Aku menamatkan zaman bujang aku pada (2019) dan sehingga kini (2022) masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya, aku merupakan salah seorang Si Pejuang Dua Line seperti pasangan lain berkahwin  yang sedang mencuba untuk hamil atau lebih dikenali dengan terms "trying to conceive" (TTC). Seusia aku sudah pun meniti buku merah sijil Degree/Master (hahaha) dalam menimang cahaya mata, sedangkan aku masih struggle untuk merasai bagaimana perasaan memiliki buku merah tersebut. 


Tipulah kalau tiada rasa sedih lebih-lebih lagi apabila ada yang bertanyakan "belum ada ke?, "masih berdua?", "dah berapa dah anaknya?" dan lain-lain lagi. Untuk usia tahun pertama dan ke2 perkahwinan, pengharapan yang tiada jawapan itu amatlah sakit, tiap-tiap bulan berdoa agar aku dapat solat tanpa cuti,namun sentiasa kecundang. (dulu masa bujang risau kalau tak datang period bulan-bulan, dah kawin terbalik pulak hahaha). 

Namun, tetap kena kuat untuk bangun menempuh setiap saat sehingga sekarang. Sentiasa pujuk hati Bersangka baik dengan Allah SWT kerana Allah memberi hambaNya apa yang hambaNya perlu, Bukan apa yang hambaNya mahu tepat tidak lewat walaupun sesaat. Yakin itu!

Okey, cukup bebelan. Sebelum korunk nak buat ujian kesuburan di Hospital Kerajaan, ada kriteria yang perlu diikuti :-

Umur 25 > - 3 tahun perkahwinan

Umur 30 = -  6 bulan perkahwinan

***kalau tidak tak akan dilayan, kalau Swasta bila-bila boleh saja buat. Cuma tapau duit biar lebih hehehe (-,-)


Kalau layak seperti di atas, plus, korunk willing nak buat saringan ujian kesuburan bagi mengetahui ada masalah atau tidak (salah satu cara kita berusaha dan Allah SWT nampak usaha kita). Bolehlah pergi ke klinik kesihatan(KK) kerajaan yang berdekatan dengan kawasan rumah, di kaunter pendaftaran cakap aje korunk nak buat rawatan kesuburan (infertility test). 


PROSESS MENDAPATKAN REFFERAL LETTER (KE HOSPITAL)

25.03.2022 Pengalaman di KK, aku pergi dengan suami, lepas tu Dr pelik sebab yang akan di check perempuan saja dulu. Macam biasalah Nurse akan check berat badan dan tinggi kita (BMI penting) lepastu tunggu giliran nak masuk jumpa dokter. Dalam bilik Dr akan tanya background kita. 


Contohnya : - Period bulan teratur ke, last period tarikh, pad tukar berapa kali sehari, sejarah perkahwinan, penah gugur, suami merokok tak, latar belakang penyakit ibu bapa, bilangan adik-beradik, bd berapa kali seminggu, ada sakit tak bila bersama, pernah buat seks sebelum kahwin tak, pemakanan, gaya hidup etc.


Tolonglah jawab dengan penuh jujur dan tak perlu malu. Sebab niat kita cuma satu nak berubat saja. Dalam masa yang sama, masa tu aku pergi KK hari Jumaat, jadi hari Isnin berikutnya Dr minta untuk aku ambil darah kena puasa. >_< 


Selepas itu Dr berikan kad/kertas coklat untuk next appointment date sebulan dari tarikh jumpa hari tu dengan Dr KK (konsultation mengenai result darah yang diambil) dan pulanglah ke rumah.


28.03.2022 Ambil darah hari Isnin pagi pukul 8. Just pergi sana letak IC terus tunggu giliran nak ambil darah dan sambung masuk kerja. Itu dulu pengalaman aku dengan KK kali pertama untuk ujian kesuburan. Biasalah berurusan dengan kerajaan perlukan kesabaran sebab menunggu giliran nak masuk bilik dokter aje boleh tahan lamanya. Inikan pulak untuk melalui prosedur seterusnya.


Prosess ini memang akan memakan masa yang lama. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha berbuat sesuatu untuk kita mengetahui masalah kita. Jika tiada, tidak ada apa yang perlu dilakukan, jika ada masalah boleh kita usaha mencari solusinya. Semoga Allah sentiasa memberikan kelapangan kepada pasangan yang bersama menjadi pejuang dunia line! 


Kisah Si Pejuang Dua Line bermula