Showing posts with label Wise Words. Show all posts

Hairan

Ajibtu

Aku hairan,
mereka merungut tiada duit tapi kuasa membeli itu yang mahal-mahal.

Aku hairan,
mereka berkira untuk membeli buku, padahal ilmu digunakan untuk sepanjang hayat,

Aku hairan,
mereka kata ekonomi akan jatuh, tapi masih tidak mengamalkan sikap berjimat cermat dan menabung,

Aku hairan,
mereka kata simpan emas itu perlukan modal yang besar, sedangkan emas itu boleh dikumpul sedikit demi sedikit.

Aku hairan,
mereka selalu memberikan alasan, padahal terlalu banyak cara yang diberikan untuk tetap kita bersyukur.

Aku hairan dan aku tetap hairan ...
Lantas ku biarkan kehairan itu bersahaja dan bertindak sekarang!




Inspirasiku



Jika awak merasa kecewa, pandanglah ke sungai,
airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalangi...
.
Jika awak merasa sedih, pandanglah ke langit,
awak akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersama...



Penuh makna entri kali ini buat aku, sebagai penawar dikala jatuh dan sakit untuk bangun kembali, untuk terus kuat dan kembali senyum,.. Yeah...

Dia yang ada saat aku jatuh terduduk,
lemah dan longlai untuk aku bangkit semula..

Dia yang ada saat aku perlukan kata-kata semangat,
bagi merangsang sel-sel dalam badan untuk kembali pulih..

Dia yang ada saat aku mengharapkan ada yang mendengar cerita aku,
melepaskan segala rasa yang dipendam yang menjadi racun diriku, mematikan segala tingkah dan langkahku..

Dia yang ada saat aku hilang raut ceria diwajah,
Dialah yang berusaha mengembalikan suasana ceria sungguh-sungguh walaupun kadang-kadang jenakanya hambar daan menjengkelkan...

Dia juga yang sentiasa buat aku tersenyum tika bersendiri..
Ya, Dia yang dipinjamkan dari Illahi tatkala aku dirundung sedih dan duka..

Dia yang layak aku gelar sebagai SAHABAT ku..
Terima kasih, SAHABAT.. 
Ukhibukafillah abada abadan..
Moga ukhuwah ini diberkatiNya hingga ke Syurga..


cc : _ _ _ _ _ _  _ _ _ _  _ _ _ _ _

Tetamu Hina



Kita tidak berhak memilih ujian Tuhan.
dan kita tak layak mempersoalkannya.
setiap ujian membuatkan kita kuat
kita hanya tetamu... dan tetamu akan pulang.

"tetamu" haruslah mengikut peraturan "tuan rumah"
jasmani+rohani
sebahagian daripada kita adalah tanah.
tanah tempat pijak org.ye... ad pada kita. jadi mengapa perlu meninggi diri.

Ramai manusia yg sakit hati adalah kerana mereka mungkin tidak dapat bezakan antara kerja manusia dan kerja Tuhan.

*Refleksi untuk diri sendiri juga.. deep

Jangan lekakan peringatan Nya, kerana setiap yg terjadi adalah nasihatNya.. :)


Dia memanggilku, untuk memanggil-Nya

Tersentap aku dari lamunan seketika.... mengimbas segala memori pahit manis yang aku lalui sepanjang 19 tahun aku hidup.... Sungguh, cabaran dan dugaan itu dapat dirasai tatkala aku mula berada dibangku sekolah menengah, mengalami pertukaran zaman kanak-kanak ke alam remaja... Sungguh mencabar !!
Lekaku, lalaiku, hanyut diriku akan keindahan dunia, dugaan demi dugaan yang seakan-akan mampu membutakan mata hatiku untuk terus mendekati Tuhan yang menciptakan diriku... Menyalahi segala takdir yang tertulis untukku dariNya seakan-akan tidak pernah adil buat diriku... aku memberontak dalam diam...
Berkali-kali aku disapa olehNya, tetapi aku seakan-akan ambil endah tak endah engan dengan sapaan itu... Waktu berlalu dan terus berlalu dan harinya tiba... Sebuah ujian yang padaku dirasai terlalu perih dan kali ini hatiku betul-betul terpanggil dengan apa yang menimpa diriku.... Terhimpit akan sebuah ujian yang menyesak dada mulalah mencari dan menyebut namaNya.. 
Akui hakikat itu, aku imbas kembali sepanjang perjalanan, aku cuba renungi setiap perbuatan yang telah dilakukan aku tunduk malu, malu aku memikirkan pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan.. aku tertunduk malu , merintih hatiku kekesalan tak berpenghujung.. Namun masih belum terlambat untukku mencari keampunan dan redha dariNya..
Ya, Allah itu apabila hendak memberikan hidayah kepada seseorang, ada 1001 cara. Ada yang diberiNya kecelakaan, kesenangan, tanggungjawab, amanah, ujian dan penyelesaian. Allah Maha tahu apa yang hambaNya perlu. Allah memberikan apa yang hambaNya perlu, bukan apa yang hambaNya mahu.
Jika ujianlah yang mampu membangkitkan hambaNya, maka itulah yang diberikanNya. Jika kehidupan pahit mampu membina peribadi hambaNya menjadi lebih baik, maka itulah yang dilakukan olehNya.
Ya.......
" Dia Memanggilku, Untuk MemanggilNya" 
Kadangkala Allah memanggil kita,agar kita memanggilNya,
Agar kita tinggalkan selimut kelekaan, menuju medanperjuangan demi kemenangan. :)