Showing posts with label Working Exp. Show all posts

Pengalaman Kerja Paling Pahit Setakat Ini

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Hari ni Nurrul nak cerita kan siket memori dapat kerja selepas setahun tanam anggur lepas kahwin ni. Yelah, lepas kahwin terus PKP, pulak kita pindah ke Selangor dari Johor. Terpaksa lepaskan kerja di London walaupun sayang. Well, itulah kalau dah bergelar isteri, suami kata kena ikut dia, kenalah akur.

Sepanjang tanam anggur tu, tak ada lah saja-saja duduk rumah, memang hari-hari ngadap website carian kerja macam Jobstreet, MyFutureJob dan Indeed. Well, apply tak ada satu pun yang sangaakut panggil interview. Siapa cakap kita tak down? Of course yes, rasa macam tak bergunanya diri ni. Aku serahkan segalanya kepada yang leboh mengetahui yang terbaik buat aku.

Post ini sudah terdraft dari 11/12/2020, lama kan. Allah jua lah sebaik-baik perancang dan post ini aku edit mula untuk pengalaman hidup aku sebagai HR di tanah asing setelah setahun aku tak berkerja.

First Company

TOXIC PEOPLE IS REAL! WORLD IS CRUEL!


Kenapa aku cakap macam ni? The things is toxic people is real, not dari berbeza bangsa, juga sebangsa kau. kes kaki aircond, backstab. Aku niat nak kerja dekat sini kalau boleh 5 tahun, tapi Allah sebaik perancang, dia bagi aku kerja 5 bulan aje.


Pendekkan cerita, dituduh rasist atas alasan terbukti kononnya pada company atas perbuatan aku. Buat apa je? Ada Malay staff datang tanya pasal waktu kerja bila bulan puasa. as HOD ada cakap yang boss besar dah luluskan proposal balik 9 - 5pm, half rehat verbally belum keluar memo. HOD cakap ni tak boleh simpan PNC things and break their trust on soo on. until accused as rasist is this act.


Sampai sekarang masih cannot brain and hardly take desicion to leave that company on that accused reason. Mesti korunk yang baca cakap aku coward what so ever, but as for me below other reason aku berhenti : Nak solat rasa macam tengah curi waktu kerja, so kita solat dalam keadaan kelam kabut, Tak ada tempat solat yang proper, etc .

As for me, solat the basic thing in muslim life, aku surrender walaupun benefit yang company bagi rate ok. As long, aku tak rasa hutang dengan Sang Pencipta. Kak Fify pesan, jangan biar orang pijak kepala kita kalau mereka dah sentuh bab AGAMA, KELUARGA DAN DIRI KITA. As kita sahaja yang tahu kemampuan kita tahap mana dan yang terbaik untuk diri sendiri. 

Second Company

Belum lagi habis notis berhenti dekat company 1, aku dipanggil interview dan alhamdulillah dapat mula kerja lepas raya. Aku kerja datang macam biasa. Dekat sini aku punya jawatan as HR Assistant aje berbanding jawatan yang sebelum ini. Tugas aku cam biasa lah berkaitan dengan pekerja asing. Benda biasa kalau baru start kerja mesti kena buang filing dokumen kan. So aku buat filing passport pemit untuk rujukan.

RASUAH ! PENGHIANAT NEGARA !


One day tu aku get confius kenapa ada 2 dokumen yang berbeza tapi unuk 1 individu yang sama. Aku start tanya manager. Aku dapat jawapan yang unexpected dan shocked pada aku, sampaikan aku terus hilang rasa nak kerja lepas dapat jawaban macam tu. Aku decide untuk tender selepas 2 minggu aku join.

Aku tak nak duit yang aku dapat dari gaji kerja dekat situ tak berkat. People will say kau ni banyak cekadak lah, buat aje lah kerja, sampai hujung bulan ambil gaji kau.Setel. Reason aku berhenti dekat situ senang aje : Aku tahu sumber gaji aku subhah, tak betul dari segi tindakan undang-undang dan dari hukum hakam agama.

So now, back to basic, aku merangkak lagi mencari kerja yang sesuai dengan aku, halal, berkat dan toiyban.. Buat korunk yang sedang mencari kerja. Good Luck, aku doakan semoga korunk bertemu dengan rezeki kerja yang halal dan toiyiban buat korunk. Amin..


Aku harap korunk dapat moral of the story yang paling aku nak sampaikan dekat sini. Yer, memang kita tak boleh memilih kerja, tapi matlamat tak pernah menghalal kan cara. Okey.



Kerjaya Pertama Nurrul

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Kerjaya Pertama Nurrul Selepas Tamat Belajar Ijazah | Nurrul menerima panggilan interview pada 28/2/2018 di Johor. Masa dapat panggilan itu Nurrul dekat Kuantan rumah kakak, keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan, demam, batuk dan selsema. 27hb tu terus drive pulang ke Johor untuk interview keesokkan harinya. Alhamdulillah, perjalanan interview semuanya dipermudahkan Allah. Keesokkan hari selepas interview aku menerima panggilan yang menyatakan aku lulus interview dan diterima kerja. Perasaan happy tuh hanya Allah yang tahu.

Start kerja pada 5/3/2018 di bawah department Human Resource & Admin(HRA) sebagai assistant. Berbekalkan prinsip jangan memilih kerja, sapu aje apa yang dapat dulu. Aku tekad untuk start kerjaya dari bawah hingga ke level yang atas memandangkan aku tidak mempunyai pengalaman kerja selain pengalaman internship di top glove 4 bulan dulu. Biasanya hari pertama masuk tak dak lah officemate terus bagi kerja. Terkejut hang nanti. ^_< 
Kerjaya Pertama Nurrul
Apa job scope kerja sebagai seorang assistant HRA di London Biscuits Berhad ni? 
Job scope kerja mengenai worker's welfare dan kerja-kerja admin. tak sepenuhnya 8 jam duduk  menghadap laptop. Dalam seminggu mesti aku akan bawa worker untuk berurusan dengan bank etc dan ikut servis2 dalam office setiap department. Nak cerita dekat sini memang tak habislah. HAHA. Apa-apa pun kerja ni sama dengan tempat lama internship di top glove, Alhamdulillah jadi tak adalah merasa kekok malah sangat-sangat bersyukur kerja ini dekat dengan diri dan paling best dekat juga dengan family. :)
Cuma mula-mula tu aku macam takut2, bukan takut apa pun, untuk jawap call dan cakap dengan orang on call aje. HAHA. *That so funny maybe.. untuk orang "introvert" macam aku ni memang rasa susah mula-mula tuh.. Tapi lama-lama benda tu ok bila kita dah serasi dengan staffs dan suppliers. Yang aku tak awkward awal2 tuh adalah untuk membebel pada foreign workers aje.. HAHA... -_- Nasib lah awok2. 
Kerjaya Pertama Nurrul
inilah keadaan hari first masuk kerja, no choice. tetap kena jaga hygiene. :)
Kehidupan selepas tamat belajar degree ni memang lain, takkan sama dengan kehidupan seorang pelajar, jadi kepada awak-awak yang sedang belajar tu, just enjoy your life, enjoy2 juga tapi within your limit lah, jangan sampai pelajaran terabai. Ingat mak ayah dikampung tuh. Kepada yang start bekerja/lama bekerja tuh, selamat bekerja! Didoakan Allah permudahkan segala urusan kita seharian dan sentiasa diberkatiNya. Amin. 
Kalau nak tahu best ke tak best kerja dekat London Biscuits Berhad ni, benefit company ni try lah apply diri anda di sini. Rasai sendiri sebab lain orang lain pengalamannya, takkan sesekali sama. Alhamdulillah dalam officemate yang awesome semuanya. Sempoi2 saja. Keep climbing pelan-pelan dan juga Nurrul berharap akan terus konsisten dalam dunia blogging.
Kehidupan seorang Pekerja


Website Cari Kerja Kosong Pilihan Nurrul

Website Cari Kerja Kosong Pilihan Nurrul
Assalamualaikum dan Hi Semua,

Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Sejak posting Hasta La Vista tempoh hari yang lalu, maka tamatlah kehidupan seorang pelajar degree buat seketul Nurrul. Alhamdulillah,  unofficially graduated from BBA (Human Resource). Tunggu bulan 10 kita konvo.

So sepanjang tempoh nak tunggu result keluar buat apa uolls? Ada sebilangan kawan2 Nurrul yang dulu internship terus diserap masuk bekerja. Tahniah, kita yang tak dapat lagi ini janganlah berputus asa, teruskan usaha kita mencari kerja kerana lain orang lain rezekinya. In sha Allah ada untuk kita, cuma cepat atau lambat sahaja. :) (itu yang Nurrul kata dekat diri sendiri dulu, rasa jeles tu memang adalah, tapi jangan terus putus asa. ye dak?)

Sementara tunggu result keluar, Nurrul pun apply kerja di website top pilihan ni :

WEBSITE CARI KERJA KOSONG TERBAIK PILIHAN NURRUL
Website pertama yang Nurrul akan apply selepas tamat saja pembelajaran dari SPM sampai ijazah. hehe. SPA ini adalah bagi siapa2 yang teringin nak kerja kerjaan lah. Memang mostly kena apply menggunakan SPA. Cuma cara pengambilannya tu mungkin mengambil masa yang agak lama. Tak salah kan kita apply, mana tahu untung sabun timbul ye dak? Perlu diingatkan untuk update permohonan pekerjaan 6 bulan sekali ya sebab jika tiada kekosongan selama kita apply sehingga 6 bulan, permohonan kita akan dibuang. itu memang automatik. 
Jobstreet.Com
Hanya buka akaun dan update bioadata dan pengalaman kerja di dalam website ini, akan terhasil resume kita sendiri tanpa kita menulisnya. Tapi kalau nak masukkan resume yang kita dah buat pun lagi better. :) Jobstreet juga boleh menganggarkan purata gaji yang kita idam-idamkan dengan kekosongan kerja yang ada. Di sini jugalah Nurrul selalu update dan apply jawatan yang ada sebab boleh set notification kerja kosong yang diiklankan oleh majikan. Email korunk boleh penuh dengan gadis iklan jawatan kosong bernama "Lina" . hehe.
MauKerja.my
Laman web yang menarik dengan warna theme merah menampakkan yang kita "lapar" untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ada dan ianya user friendly. Terdapat banyak jawatan kosong untuk graduan baru atau yang berpengalaman. Laman web ini sama juga seperti jobstreet dan memudahkan kita untuk fokus dengan kawasan bandar yang kita ingin kerja bukan sekadar negeri semata-mata.
WEBSITE CARI KERJA KOSONG TERBAIK PILIHAN NURRUL
LinkedIn
Laman web ni lebih nampak professional dan menolong penggunanya untuk memohon jawatan kosong. Tidak ramai orang cuba sosial media ini tetapi banyak juga jawatan kosong yang di tawarkan kepada orang ramai di sini. Disebabkan tidak ramai pengguna menggunakannya maka tidak ramai juga majikan cuba untuk mendapat pekerja melalui medium ini tetapi tidak dinafikan juga ini merupakan laman web yang dapat beri peluang unutk orang ramai berkerjaya. 

So far 4 website ni lah yang membantu Nurrul, ada juga try apply jadi cikgu ganti, tapi yang tu ikut negeri tak sama caranya. Selain tu juga, Nurrul ada mohon SPAJ, fokus dalam negeri Johor saja. Korunk ada laman web kerja kosong terbaik yang lain, sharelah juga sama-sama ya.
Sepanjang cuti ini, memang Nurrul duk belek2 aje lah website dekat atas ni, mana tahu kot2 ada yang sangkut. kita tak tahu kan rezeki kita bila dia nak mai. Bila ada sapu saja. Jangan nak memilih sangat lani punya trend. lagi2 lah jenis Nurrul fresh grad tak ada banyak skill dan zero pengalaman kerja. Moga ada rezeki :) 
MISI KERJAYA PERTAMA NURRUL


Pengalaman Internship di Top Glove

Pengalaman Internship di Top Glove

Assalamualaikum dan Hi ,

Apa khabar semua??? Ada yang sudi ke teratak Nurrul ni tak? Alhamdulillah, setelah sekian lama tak bersua di sini, hari ini baru berkesempatan menghadap blog kesayangan ini. Last update hari tu mas Nurrul share pengalaman interview dekat Top Glove. Allahu, pejam celik pejam celik habis dah internship period Nurrul dekat Top Glove. Okey, now nak ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang Nurrul dapat sepanjang tempoh training.

Masa hari pertama jejakan kaki dekat salah satu syraikat Top Glove tu, yeah of course sangat nervous. Itu yang aku rasakan. Maybe perkara itu normal kot untuk budak-budak yang sejenis dengan aku, yelah tak ada pengalaman kerja. Masa ini, orang kata B, kita ikut aje B. gituh lah. HAHA. Aku start praktikal pada 1/08/2017 dan berakhir pada 24/11/2017. Jujur sekali, aku suka dengan company ni.


Awal-awal bulan praktikal aku dibawah department admin. Yeah, belajar apa yang dibuat bawah kerja admin, 6 minggu juga aku dalam admin sebelum masuk ke department Sumber Manusia selama 11 minggu. Aku kerja dekat kilang hokeyy. Baru real betul-betul industrial training :P. Dekat Kilang, ada dua bahagian satunya adalah office management dan satu lagi adalah bahagian production.

Yeepp, jadi apa yang korunk kena tahu pasal kerja aku adalah aku kerja bahagian office management. So, kerja praktikal aku mostly banyak bahagian office.  Masa dalam admin department aku belajar job  dan roles. Masa praktikal ini jugalah, aku pernah relief kerja admin officer selama 3 minggu. Sejujurnya, tugas tu aku rasa tak mampu nak bawa, tapi alhamdulillah aku dapat laksanakan dengan tunjuk ajar dari secretary di kilang tu. 
Kalau nak cakap penat tak penat tu, ianya bergantung pada harian tu. HAHA. Well, mana ada kerja yang tak penat kan, sedangkan tidur ajee pun penat :P. Tetapi sebagai seorang pelajar ni aku rasalah, memang best lagi belajar dari bekerja. Yup, bila kerja kita dah kena ada komitmen. Bukan suka-suka hati kau nak cuti, hari ni tak nak pergi kerja macam kau ponteng kelas masa belajar dulu.. Huhu [Ehh, asal sengih. macam pernah buat aje :P]
Secara peribadi, aku lebih suka bekerja dalam Human Reosurce department, job and responsibility HR dept dekat kilang ni mostly pasal worker's welfare. So sangatlah seronok tengok ragam-ragam foreign worker ni kan, kena belajar sikit-sikit cara mereka cakap. Masa awal-awal nak berinteraksi dengan worker tu memang payah, tapi lama-lama kita belajar sesuatu kan. "Simple instruction" tu sangat penting untuk berinteraksi dengan mereka. Selain itu juga, kena buat talk, trip, aktiviti bulanan dengan mereka. 
Bowling activity
Aktiviti bowling bersama staff dan worker

Kalau nak tahu best ke tak best, benefit company ni, silalah apply diri anda. Rasai sendiri sebab lain orang lain pengalamannya, takkan sesekali sama. Tapi tarikh yang paling sedih untuk aku tinggalkan company ni pada 24/11/17. Masa itu, ya Ampun sedih bakk hang. Supervisor aku, Kak Siti dan rakan-rakan officemate yang lain buat farewell masa waktu makan tengah hari. Sedihh Wooo. 

For those yang nak tanya saya mengenai Internship. 
Do read this Q&A first. Tq

"END OF INTERNSHIP TRAINING"
Special thanks to my Supervisor who gives me opportunity in this company from the interview, expriences , improvements in the real working environment.
Thank you HR Team and all F29. ❤❤❤
#internship #end #roastoconvo
Praktikal Dah, Now turn VIVA


Pengalaman Interview Untuk Internship Top Glove Company

Pengalaman Interview Untuk Internship Top Glove Company
Assalamualaikum dan Hi,
Hari ini nak share tentang pengalaman berharga, mungkin satu hari nanti bila rindu nak baca boleh belek-belek semula dekat blog ini dan mungkin juga untuk pengetahuan dan guideline kepada sesiapa yang bakal pergi interview, maybe one day....

Actually Nurrul tak dapat mana-mana lagi tempat internship sedangkan tarikh internship dah dekat, ya Allah risau tu hanya Tuhan yang tahu. Yes, banyak dah apply tapi satu company pun tak hantar feedback sampailah satu tahap kerisauan tu. Argghh, tak tahu nak cakap, sebab perasaannya bercampur baur lagi dengan bila dengar kawan-kawan dah dapat tempat intership. Sebelum nak dekat raya itu, Nurrul ambil initiative untuk cari company lain lagi dan lagi sampailah dalam carian google taip "Top Glove". Aku terus call nombor HQ TG.

Alhamdulillah, masa itu pic cakap masih ada kekosongan untuk internship dibawah department Human Resource, terus Nurrul ke Website Top Glove dan apply online untuk internship program. Selepas 2 hari aku dapat feedback yang menyenangkan sedikit hati kerana dipanggil untuk interview di syarikat Top Glove dan mereka bagi email untuk interview invitation. Pada 6 July 2017 aku pun pergi interview.
Internship Top Glove Company
Muka lega lepas interview Top Glove Session
Sebelum interview, applicant diberikan satu set soalan yang dipanggil sebagai "Assessment Test" dalam masa 35minit dimana test tersebut adalah untuk test Math (15minit), test IQ (15minit) dan test Value about My Career (5minit).  Selain itu, bersesuaian dengan trademarks dan cultural dalam organisasi Top Glove, company ini sangat mementingkan kesihatan diri kita. Applicant akan dibawa untuk test BMI dahulu. Selepas itu baru, satu per satu applicant dipanggil untuk interview. 
Masa itu Nerves jugaklah, sebab ini merupakan pengalaman interview aku yang kali ke3, selepas interview dengan SPA dan jadi teacher tadika Little Caliph. Betul lah orang cakap, pengalaman tak mampu dibeli, kita kena laluinya sendiri baru tahu macam mana. Setiap interview yang Nurrul pergi ni Nurrul letakkan expectation sangat tinggi so, practices practices dan practices.
Semasa interview, panel interview tanyalah soalan basic dalam interview, kemudian ceritakan sedikit sebanyak pasal job skop mengenai department Admin dan Human Resource, apa janji kita kepada company kalau dapat peluang dekat sini. Selain itu, panel interview ada menyatakan "Awak bertuah kerana satu kaki awak dah berada dalam company Top Glove ini. Kalau awak diterima, tunjuk kebolehan awak dan perform awak kemungkinan boleh diserap masuk ke dalam company ini" Seronok sangat dengar dan masa tu berharap dapat buat internship dekat Top Glove ini. hampir dalam 25 minit jugak lah interview session itu berlangsung. Kemudian The End.
Pada 7 July 2017, Alhamdulillah, aku menerima email daripada Top Glove yang menyatakan aku diterima untuk intern/industrial Trainee dengan company Top Glove pada 12 tengah hari. Masa ini, rasa sebak semua ada. Aku bersyukur sangat-sangat, akhirnya ada company yang sudi menerima aku untuk internship. Berakhir sudah penantian dan penyeksaan untuk mencari tempat internship ini. 
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah untuk khabar yang baik pada hari Jumaat ini. Aku akan mula start buat praktikal di Top Glove pada 1 Ogos 2017. Didoakan aku dapat menimba ilmu dan pengalaman bekerja di tempat kerja yang sebenar. Aku tahu ianya bakal menjadi lebih mencabar tapi aku yakin, in sha Allah aku Boleh!! Itu saja cerita pengalaman interview di Top Glove. Terima kasih kepada yang sudi membacanya :)

Welcome to Internship Experiences!


Back To School #TeacherNurrul

Back To School #TeacherNurrul
Assalamualaikum dan Hi,
Ya Allah, Setelah beberapa tahun tinggalkan sekolah, hari ini masuk sekolah semula, sekolah tadika dan mengajar pulak tuh.. Terharunya sebaknya dan sedikit seram tuh ada jugak lah. Bukan sebab apa sebab tak pernah ada pengalaman kerja langsung.. totally kosong. Moga dipermudahkan segala urusan aku mendidik anak-anak syurga ini dengan tabah dan berlapang dada.
Bismillah, Oh Allah open my heart, Make easy my work, Make easy my speech, So that they will understand...
Little Caliphs Bandar Seri Alam, Johor ini baru aje dibuka Januari 2016 Persekolahannya. Yeah, aku merupakan teacher batch pertama yang mengajar di tadika ini. Banyak sangat benda yang aku kena belajar. lagi-lagi teknik mengajar. Untuk permulaan ini, aku just ikut flow aku aje.. HAHA, sebab nak kacau teacher lain pun dia sibuk handle anak murid masing-masing. takkan aku nak tinggalkan kelas dan anak murid aku yang 13 orang tuh.
Image may contain: indoor
The 5 Years Classroom :)

Kelas yang comel dihiasi dengan benda-benda yang comel untuk menarik minat si comel ni. Ini baru aje sebahagian gambar sudut kelas 5 years ini. Memang betul-betul mencabar ajar anak-anak syurga ini, ketabahan, kekuatan emosi dan fizikal sangat-sangatlah diperlukan, maklumlah dalam minda mereka hanya nak bermain bermain dan bermian. Bila tiba di sekolah kena plak belajar mengadap buku, terkejut seluruh sistem badan dia. Hari pertama adalah hari yang sangat mencabar bagi aku.

Image may contain: 1 person
Makanya, terhasillah idea perahan aku dan en google untuk aktiviti hari kedua bersama ahli-ahli syurga ini. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, 
Activities for today, day 2 of school..
1. Playing lego -rewards when done doing work.
2. Motor skill
3. Coloring 
4. Sing and dance _mau semua gelakkan teacher.

Alhamdulillah, really enjoy and having fun with the cuties. So hectic day, but i enjoy myself. May Allah ease everything.

#LittleCaliphsBadarSeriAlam #TeacherNurrul


Hari Pertama Masuk Kerja


Hari Pertama Masuk Kerja
Teachers Training Day 1
Assalamualaikum dan Hi,
Apa perasaan kau first masuk kerja ini? Uiishh, oppkoss ler excited. Mesti ada perasaan itu lagi-lagi yang jenis zero macam aku ni.  bukan maksud tak pernah buat kerja langsung meaning buat kerja yang dibayar. Sebelum ini buat kerja babysitter mana ada upah, semuanya dibuat sebab nak mengisi masa lapang plus mak tak bagi kerja part time. Jadi untuk menghilangkan kebosanan kita pun offer lah dekat mak-mak buyung yang ada dekat rumah tuh.. kikii :P

First day masuk harini kami bakal-bakal teacher anak syurga ini diberikan training dan didedahkan dengan semua sistem yang ada dalam tadika ini. Seronok nya walaupun penat dan tepu nak masukkan semua dalam masa satu hari. HAHA, pengsan! Aku ditugaskan untuk mengajar budak 5 tahun. Dah besar sikit ni, pembelajarannya lebih formal sikit, main dikurangkan dan penerapan belajar dalam kelas tuh perlu dilakukan. *Mencabar hokey, sambil terpikir dulu cikgu aku buat apa dekat aku untuk tarik minat aku pergi ambil buku dan buat latihan ek? * ^_^

No automatic alt text available.
MasyaAllah Chart
Penting ke Masya Allah chart ini ? Sangat pernting, ianya berfungsi sebagai motivator untuk memastikan anak-anak didikku "behave". Siapa yang tolong teacher, yang berkelakuan baik, rajin dan segala sifat mahmudah akan diberikan rewards bintang dan ditampal dekat dalam bungan dan rama-rama itu. Bila sampai 3 bulan ke, kita bagi hadiah dekat siapa yang paling banyak dapat bintang... 


No automatic alt text available.
Day 2 Susun buku untuk anak-anak didik
Fuhh!!! Chaiyorkk!!
Bertungkus lumus
7:30 am - 7pm.. 
No automatic alt text available.
Day 3 Susun segala peralatan keperluan dalam bilik darjah,
Alhamdulillah.. Chill + senyum walaupun dtg kerja melambak2..  No wonder , masa diploma dulu, sekali kerja mari, bertimbun2 mari non-stop.. dapat plak yg nak ots..  ALAH BISA TEGAL BIASA Jangan nak mengeluh, masa belajar juga yg seronok.. 
No automatic alt text available.
My students, 12 in total .. 

"I'm little Khalifah, 
I"m Khalifah of Allah,
I love to be Khalifah,
Khalifah of Allah " 

#LittleCaliphsBandarSeriAlam #TeacherNurrul


Interview Little Caliphs Bandar Seri Alam

Interview Little Caliphs Bandar Seri Alam
Assalamualaikum dan Hi,

Hari ini merupakan hari indah walaupun sebenarnya sedikit sedih sebab tak dapat jumpa kawan-kawan yang jauh dimata dan jarang jumpa seperti yang telah dicadangkan... No wonder all my plan, cancel.. To meet my beloved friend while i am intend travelling to KL..Alhamdulillah, Happy sangat-sangat, saja cari kerja sementara ada kelapangan dapat result diploma semester 5 dan sekaligus tunggu result penerapan untuk belajar degree,.. Akhirnya, dipanggil interview dari Little Caliphs Bandar Seri Alam, Pasir Gudang Johor ini.. Semoga dapat kerja nie..  Wish me luck!! 

Alhamdulillah, dapat lagi pengalaman interview kali ke 2 bersama Little Caliphs. Semasa interview tadi, lama jugak lah nak tunggu tapi paling aku tak tahan... Ahhaa, tak sangka interview informal macam ini. Panel interviewer seorang yang merupakan tuan pemilik Little Caliphs cawangan tuh.. hihi. Aku apply untuk jawatan apa? Jawatan untuk mengajar as a TEACHER. (Nak jadi cikgu sekolah rendah, menengah macam susah nak cuba, kita cuba apa yang kita minat. apa salahnya kan? )

Apa yang kena tanya masa interview tadi :
1. Tell me about yourself.
2. What your experiences in handling child?
3. Then Panel suruh :
  • Read doa Qunut
  • Read Al-Fatihah
  • Please sing a children song with the movement (Masa ini ingat lagu paing senang, lagu tidur twinkle-twinkle.. Ya Ampun, tak sangka aku mampu bernyanyi sambil buat pergerakan.. sangat-sangat ditebalkan muka aku.. haha

4. Last soalan panel adalahh - Can you start working tomorrow morning ?
Tunggu keputusan sama ada dalam tengahhari atau petang... tunggu punya tunggu sampai 4:30pm dapat panggilan.. Dan aku diterima kerja sebagai Teachers Little Caliphs.. :) Alhamdulillah..
MY FIRST WORKING EXPERIENCE!