Google Adsense LAMAR Blog Nurrul

Assalamualaikum dan Hi semua,

Masih sempat lagi kan untuk Nurrul ucapkan :
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
 MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Macam biasa, raya dah kurang dapat duit raya macam dulu, tapi raya kali ini adalah paling bermakna sebabnya, akhirnya Google Adsense telah pun melamar blog Nurrul pada 27 Jun yang lalu. Alhamdulillah, seronoknya hanya Allah yang tahu.
Google Ad sense
Tahniah dari Google Adsense
Kenapa JAKUN sangat ? Google Adsense aje pun, earning belum tentu meletops..
Memang mungkin slow tapi, ini adalah yang paling bermakna sebab hampir 3 kali Nurrul apply untuk dapatkan Google Adsense ni. dari bulan 1 haritu dan direject, kali ini baru diterima. Seronok tak terkata. Inilah yang akan jadi tabung duit raya dan tabung Nurrul. weee~~~

Terima kasih sangat2 kepada blogger dan carian google yang membantu Nurrul untuk kejayaan ini. Sekarang mood nak berblogging semakin panas dan rancak, tapi kena kawal kejap untuk bagi lepaskan pada final exam yang start pada petang ini.

Apa yang Patut ANDA Lakukan untuk diterima lamaran dari Google Adsense :
1. Tulis entry original.
Nampak sangat kan kalau masuk dalam blog Nurrul ini suka cerita seorang diri, yelah, main blog Nurrul is personal, so kadang2 ada pasal travel, belajar, share pendapat dan pandangan dan lain2 lagi, Senang cerita dah macam online diary gituh. Jadi Originality tu mesti dikekalkan.

2. Kekalkan traffic blog/ momentum 
Blog yang aktif logiknya akan dikunjungi ramai, lagi2 yang mesra ber"networking" dan suka share tips atau info yang sangat berguna. Macam mana nak kekalkan ? Rajin2 lah singgah dan turunkan komen anda diruangan komen blogger lain, what you give you get back gtuh. Selain itu, pastikan blog anda adalah mesra SEO dan responsive template. ini nak mudahkan viewer anda lawat blog anda. Mereka Happy, traffic anda tinggi :)

3. Entry yang padat
Cari apa kelebihan blog anda, yang membuatkan pengunjung blog anda datang melawat tanpa sepi, mungkin tak banyak yang datang tapi konsisten. Haa itu :P Entry yang padat disini adalah tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Nurrul tak suka baca yang terlalu panjang berjeler sampai kompius atau pendek sangat sebab nanti boleh tak faham cerita tergantung.. >_< orang cakap, biar "just nice" gtuh. Google Ad Sense pun tak suka jugak :P

4. Letak About Me, Site Map dan Disclaimer
ini adalah recommendation dari hasil pembacaan, 3 benda ini memang sangat2 membantu untuk buat blog anda dilamar oleh Google Ad sense dan yes, after Nurrul buat benda ini, baru kali ke 4 diterima olehnya. Sis is happy. ^_^ 
Ada tambahan lagi tak? Setakat ini itu dulu, Okey, buat blogger yang belum apply lagi Ads ini, boleh cuba applykan tips diatas dan sign up dengan google Adsense. In Sha Allah, anda pasti berjaya melamarnya juga ! 
Kalau tak pernah  apply dan tidak diluluskan lagi.cuba dan cuba sehingga berjaya. Jangan putus asa okey. Good Luck! 



English Exist Test (EET699)


Assalamualaikum dan Salam Ramdhan yang ke 25 hari kawan maya Nurrul,
Hari ini ada masa kejap nak ngadap belog kesayngan ini. Biasanya minggu last kuliah ini busy dengan test kan, yup Nurrul baru habis aje jawab EET speaking test. Alhamdulillah, berjaya jawap dengan kirk krik kirk.... (haha tak mau cakap apa2, yang penting semuanya lancarlah tadi, dipermudahkan urusannya.) Disebabkan tuh lah yang nak share terus dengan kawan maya untuk info EET ini.
- Klik untuk lihat Contoh soalan dan jawapan EET 699 Writting

Kalau cakap pasal EET ni commonly student UITM WILL say :
  • Siapa yang patut ambil EET test ini?
  • Sejak bila pulak kena ambil Test EET ni?
  • Perlu ke? Muet kan dah ada? Kenapa nak ambil lagi?

Samalah, so..... sebelum merayap lebih jauh, mari kita singkap mengapa EET dilakukan : 
Sources : UiTM Web
Perlaksanaan English Exist Test EET699
Perlaksanaan English Exist Test EET di UiTM
Objektif perlaksanaan EET 
Untuk mengukur tahap kemahiran bahasa Inggeris calon untuk bekerja kelak.

Apa yang akan diuji ?
Pelajar mesti duduk untuk kedua-dua kertas (Menulis & Bertutur).
• Keputusan tidak akan muncul dalam transkrip akademik.
• Sijil yang berasingan akan diberikan.
Description of Levels for UITM EET
Description of Levels for UITM EET

Guideline Untuk Speaking Test [Masa test tadi, soalan structure ada 3 soalan besar iaitu : ]
1. Opinion/Suggestion
Memory phone is small, suggest the suitable or importance apps to download and why?
20 second to prepared, 1 minute to communicate (reply answer)
2. Organization (dalam ini terdapat 3 soalan kecil yang ditanya) 20 second to prepared, 1 minute to communicate (reply answer) eachi. Why we need to hired you?
ii. What the working environment that you prefer and why ?
iii. How you handle the failure?
3. Statistic.Yang ini aje special, kena jawab dalam masa 3 minit.
Kena baca statistic and justify answer
10 Langkah yang perlu diambil oleh pelajar semasa menduduki ujian EET
10 Langkah yang perlu diambil oleh pelajar semasa menduduki ujian EET

Hopefully, sedikit information dekat atas dapat membantu dan guide kawan-kawan maya yang akan ambilnya pada akan datang.. ^_^ So, kepada pelajar yang akan mengambil EET699 ini, Good luck okey. Wsih me luck untuk final exam semester 5 yang akan start pada 3 July 2017 sampai 22 July 2017.

ACT CONFIDENT AND  BE CONFIDENT !!