Tahniah Afif!

Assalamualaikum dan Hi Semua!

Woah, direct gilakk tajuk post. Haha. Sekarang memang tengah musim konvo dekat universiti IPTA kan. Post ini adalah bertujuan untuk membakar semangat adik-adik kita yang tengah struggle habiskan belajar untuk mendapatkan segulung ijazah mahupun diploma.

Pada hari Selasa yg lalu, Nurrul ke UITM Shah Alam untuk bersama-sama meraikan  graduan ijazah UITM di Dewan Agung Tengku Counsler(DATC). Walaupun harapan dapat konvo dekat dewan yg begitu gah ini tidak kesampaian, worst kes dapat temankan orang datang konvo dekat sini pun boleh lah. 🌹
Tahniah Afif!!!

Akhirnya dapat segulung ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan (pemasaran). Didoakan segala ilmu itu dapat digunakan sebaik mungkin utntuk agama, bangsa dan negara. Cewah!! /poyooo sangat ayat kau tu/ 😂

Sidang petang masuk dewan pukul 1:30pm dan tamat pada pukul 4petamg. Yeah, den tunggu seorang diri dekat bawah khemah aje dengan orang lain, parents Afif masuk dalam dewan. Lepas habis istiadat terus ke booth gambar untuk bergambar. Dah settle posing kami pun pulang ke rumah. On the way nak menuju ke tempat parking kereta tuh, nostalgia lama kembali apabila melalui track and field UITM Shah Alam.


Sempat lah kita pinjam topi untuk posing dekat tempat kenangan. Track ini telah menganugerahkan Nurrul pingat gangsa dalam acara 400m dalam kejohanan Sukan Antara Fakulti UITM pada tahun 2013. Selepas tuh, terkuburlah tittle sebagai atlet olahraga. :( 2004-2013.

Zaman belajar dah melabuhkan tirainya untuk sementara waktu ini, fokus pada komitmen sebagai seorang pekerja. Jadilah pekerja yang mempunyai disiplin diri yang tinggi, dedikasi dan bertanggungjawab. 🌸

Kursus Pra Perkahwinan Kota Tinggi, Johor


Assalamualaikum dan Hi Semua!
Nurrul kembali lagi dengan topik yg hangat! Sure ramai yang tahu ini topik mengenai apa sekilas tengok tajuk jek dah tahu. Menghadiri kursus pra perkahwinan adalah step pertama untuk mendirikan sebuah masjid. Kenapa perlu? ini merupakan persediaan pertama dari segi fizikal dan mental disamping dapat mengetahui ilmu-ilmu dalam berumah tangga.

TEMPAHAN KURSUS PRA PERKAHWINAN
Laman web ini saja yang mudah berurusan dan dekat dengan tempat tinggal Kursus Kahwin Daerah Kota Tinggi. So terus lah booking tarikh dan tempat yang nak bila tarikh tuh cuns dengan cuti panjang. Actually, kalau tiba-tiba ada sesuatu benda yang tak dapat dielakkan walaupun korunk dah booking untuk datang kursus perkahwinan ni boleh batalkan sebab pihak yang menguruskan ini tidak mengambil bayaran deposit. Mudah bukan? 

Sediakan cash RM120 beserta 1 keping gambar passport untuk : lelaki (bersongkok) dan perempuan (bertudung). Yuran sudah termasuk makan dan minum untuk sarapan dan tengahari untuk 2 hari. Tak payah pening-pening nak cari makanan waktu rehat. Sijil nikah ini sah seumur hidup dan seluruh Malaysia. :)

HARI PERTAMA - 15 SEPT 2018 (SABTU)
Kursus bermula pada pukul 8:30 pagi tapi kenalah datang awal untuk buat pendaftaran ; isi borang dan bayar yuran pendaftaran, nanti tak lah kelam kabut dibuatnya. Hormatilah majlis dimana murid kena datang awal sebelum gurunya. Gtuh~~

Paling best hadir kursus dengan syarikat ini adalah setiap slot merupakan penceramah yang berbeza dan penceramah tersebut bukan calang-calang orang, semuanya terdiri daripada pegawai dari pejabat kadi daerah Kota Tinggi. Yang syoknya lagi peserta kursus diberikan sebuah buku (Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Negeri Johor)  Dalam buku modul, terdapat 11 slot yang berbeza.

Slot 1 : Akidah &  Ibadah
Akidah dan ibadah merupakan asas dalam membentuk sebuah keluarga yang sakinah dan rahmat. Penceramah juga berkongsi cara untuk mendapatkan rahmat Allah dengan mengekalkan salam, memperbanyakkan membaca Al-Quran, banyakkan solat sunat dan menghindari dari menghias rumah dengan gambar-gambar.

Slot 2 : Pengurusan  Kesihatan
Penceramah seorang Doktor sakit Puan di HKT yang menitikberatkan kepentingan bersenam, memakan makanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain memberikan ilmu serba sedikit tentang keibubapaan dalam merancang dan menjaga anak.

Slot 3 : Akhlak dan Hubungan dalam Keluarga
Akhlak mencerminkan peribadi seseorang serta akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Penceramah juga menjelaskan tentang pentingnya membina hubungan yang harmoni antara suami isteri dan keluarga.

Slot 4  : Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Konflik, Stres & Perkhidmatan Khidmat Nasihat
Komunikasi bermula dengan hati, maka untuk merawatnya mesti melalui hati. Komunikasi yang baik mampu mengindari konflik yang tidak diingini. Jika hati kita sedang marah, segeralah kita beristigfar ~~
HARI KEDUA - 16 SEPT 2018 (AHAD)

Slot 5 : Prosedur Perkahwinan ,  Persediaan Keibubapaan
Bab yang sangat perlu diberikan fokus kerana setiap negeri mempunyai prosedur kahwin yang tersendiri. Untuk pengetahuan, sebelum nak dapatkan kadi untuk akad pun kena interview dulu ~hewhew

Slot 6 : Munakahat & Pembubaran Perkahwinan
Bila sampai bab ni, mula nak letak batang mancis dekat mata. HAHA.  Ceramah dalam slot ini lebih kepada penerangan tentang perkahwinan dan jenis cerai dalam perkahwinan.

Slot 7 : Pengurusan Sumber Keluarga (Kewangan dan Masa)
Slot terakhir ini menerangkan bagaimana pasangan menguruskan kewangan dan komitmen bersama. Hal ini kerana ianya merupakan asas kestabilan ekonomi dan keharmonian rumahtangga.
Alhamdulillah, akhirnya Nurrul dapat menghadiri kursus kahwin ini selama 2 hari di Masjid Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Walaupun hari Jumaat aku MC sebab demam, aku gagahkan juga diri untuk datang pada hari Sabtu dan Ahad, 15-16 Sept 2018 untuk mendengar ceramah dalam keadaan, batuk dan demam. Haha ~Yelah, bukan senang nak dapt cuti panjang wooo. 
Sebelum bersurai, peserta kursus masing-masing diberikan sijil dari pihak penganjur dengan terteranya gambar di sijil. Cewah~~ Semua senyum ke telinga kerana ceramah pun menutup tirainya. Terima Kasih Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi kerana menganjurkan kursus ini. :)

KURSUS PRA PERKAHWINAN DAH, NEXT! ~ ~