TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 3 | TEMUJANJI DR PAKAR O&G KALI-1

 Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum dan Hi...

Benar penantian ini adalah panjang. Ramai yang tanya kenapa tak buat guna Klinik Swasta aje untuk ujian kesuburan ini. Bukan tidak mahu, tapi ada kekangan lain dan ini yang termampu untuk aku usahakan. At least, nampak progress bak kata pepatah jawa "Better Late than Never". Apa-apa pun setiap insan ujiannya berbeza. so jangan hanya melihat pada dasar dengan mata kasar. ^_^

4 bulan telah berlalu, kini sudah tiba pada tarikh temujanji bersama Dr Pakar O&G. Aku datang lewat masa tu, appoinment pukul 9:30pagi. Aku sampai ngam2 9:30 pagi setelah beberapa kali buat round mencari tempat parking kereta. Fuh! Mencabar sungguh.



Lepas dapat parking, aku terus bergegas ke Tingkat 4 Klinik Pakar O&G dengan penuh yakin sekali. HAHA. Buat aku yang tiada pengalaman dan first time datang ke sini untuk berurusan dengan Dr Pakar, sesudah sampai di kaunter, Nurse cakap, Puan kena budak pendaftaran dulu dekat tingkat bawah sekali. Argghh keras! Nafasku yang masih berat menghembus serta Jantung aku yang masih laju mengepam darah kerana aku menggunakan tangga dari tingkat bawah ke tingkat 4. Kini aku terpaksa menuruni anak tangga untuk ke ruangan mendaftar diri.


Pendaftaran di Kaunter

Sekali lagi, kesabaran yang tinggi perlu di sini apabila sampai saja di ruang pendaftaran terlihat orang ramai membanjiri setiap ruang menantikan giliran nombor untuk dipanggil. Setelah 2 jam setengah berlalu, nombor panggilan ku pula sampai. 


Semasa di kaunter pendaftaran, aku hanya didaftarkan sebagai orang awam yang menjalani saringan kesihatan , ada lah dapat kad rawatan (warna pink - kena bawa kad ini setiap kali ke hospital) dan tiada yuran pendaftaran dikenakan.


Sejurus itu, aku terus naik ke tingkat 4 semula. Jam didinding menunjukkan pukul 12:00 tengahari ketika itu. Aku ambil kad rawatan (berwarna merah jambu) dan meletakkan dalam bakul yang disediakan di kaunter pendaftaran klinik pakar O&G. Kemudian aku ke bilik saringan untuk check tinggi dan berat. Selepas 30 minit aku dipanggil pula masuk ke ruangan bilik Dr Pakar.


Dalam Bilik Dr Pakar O&G

Dr Pakar melihat rekod dan surat rujukan KK yang tertera. Disusuli dengan beberapa background check (soalan sama seperti yang ditanya Dr KK semasa nak dapatkan refferal letter dulu). Korunk jawab ajeh yer.

Contohnya : - Period bulan teratur ke, last period tarikh, pad tukar berapa kali sehari, sejarah perkahwinan, penah gugur, suami merokok tak, latar belakang penyakit ibu bapa, bilangan adik-beradik, bd berapa kali seminggu, ada sakit tak bila bersama, pernah buat seks sebelum kahwin tak, pemakanan, gaya hidup etc. Kemudian tercatat di rekod itu aku belum melakukan ujian Pap Smear lantas Dr Pakar bertanya nak buat sekarang ke? Aku cakap boleh. Terus buat Ujian Pap Smear .


Ujian Pap Smear

Pap smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Orang cakap sakit lah apa lah, Aku pun dah prepare mental "All is Well". Aku diminta untuk tukar seluar dengan kain pink yang Hospital sediakan dan diminta baring dekat kerusi situ. Alhamdulillah masa aku buat saringan ini, tak rasa apa-apa pun tahu-tahu Dr cakap dah siap. Sekejap sangat tak sampai beberapa saat pun.  Dr pun ada cakap tak ada apa dah siap dan tunjuk kapas ada darah sikit aje.  Dr minta aku tukar balik pakaian aku. 


Scan Perut

Lepas dah buat pap smear, Dr suh aku pergi bilik sebelah dan baring. Dr nak scan perut aku. Masa baring dekat situ, aku rasa berbeza sangat vibes. Mataku sedikit bergenang dan ucapan syukur alhamduliilah. dalam hati cakap "begini perasaanya berada di atas ini. Walaupun rahimku belum ada penghuni." Sebak menusuk perasaanku. Dr cakap telur aku banyak dan matang, paling besar saiz matangnya 21cm. Dr cakap awak tengah fasa subur ni, cuba try bd kot2 ada rezeki.


Lepas scan perut Dr tak ulas banyak, just cakap try bd dan so far Dr cakap aku okey, jadi kena buat further investigation dimana aku kena ambil darah pada hari ke 2 dan ke 21 period dan suami kena buat semen analysis diluar (swasta). Dr terus set satu tarikh appointment baru 3 bualn dari tarikh ini iaitu pada bulan 12. Aku pun pulang pada pukul 1petang. Terima kasih yang sudi membaca sampai ke titik yang terakhir untuk coretan kali ini. 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Furqan: 74)

Perjuangan garis dua selangkah demi selangkah.



Pengalaman Interview Atas Talian Pengambilan Guru Secara Kontrak 2021 (COS DG41)



Assalamualaikum dan Hi,

Alhamdulillah, ya Allah sekali lagi kau berikan aku peluang untuk mencuba ceburi bidang yang benar2 dekat dengan jiwa hambaMu ini. Walaupun tak berkesempatan untuk menjadi graduan dalam bidang pendidikan. Ternampak iklan Guru DG41 Cos 2021 rentetan dari pengumuman KPM pengambilan 18K one off guru untuk isian lambakan kekosongan guru di sekolah. Aku orang yang paling gembira dan tak nak lepaskan peluang ini.

Step untuk sampai ke interview macam dekat atas : 

First screening , kena duduki ujian UKGC, Temuduga atas talian dan akhir menunggu Keputusan Temuduga, Lulus/ Gagal. Lulus , Penempatan?

Bila lepas aje semakan EUKGC Lulus, bercucuran air mata. Ya Allah. Tak terungkap rasanya setelah bertahun-tahun apply, tahun 2021 ini aku dapat jawaban macam ini (Baru aje nak pergi interview, tapi sebaknya Allahu.)

Jadi sebab aku ini merupakan calon bukan dalam bidang pendidikan. Lepas aje dapat tarikh untuk temuduga Guru Kontrak COS DG41 terus buat persediaan rapi. Kalut amat.

 

Sebelum Interview ;


Bersiap sedia hadapi temuduga. Masa berlalu tu sangat lah pantas, memang kena bijak uruskan waktu untuk kumpulkan fakta-fakta tentang KPM, Subjek Pendidikan dan Bahan Bantu Mengajar/Alat Bantu Mengajar sebab masa interview ada 


Sediakan BBM/ABM yang nak dibuat Mock Teaching.


Praktis buat Mock Teaching. Rehearsel sebab ada 7 minit aje waktu diperuntukkan untuk Mock Teaching. Semua dah diberi dalam guideline. Last minit Nurrul masih rehearsel sementara tunggu ahli panel masuk utk interview DG 41 COS 8/11/21. 11:30am - 12:45pm. Video Rehearsal Mock Teaching (Boleh jadikan panduan cara #MockTeaching cuma saya tak buat penutup jak )😂 BBM/ABM ada. Tapi ini sebab sementara menunggu panel. 💪🏻🤲🏻


Terus ke point kita :- Semasa Interview 

Masa hari kejadian itu, normal kalau gugup tu, cuma kita kena bijak kawal agar ianya tak ketara.Ini adalah sangat penting untuk pastikan sebutan dan kita yakin semasa menjawab soalan.


Secara talian temuduga dilakukan ada 6 calon dalam satu sesi berserta 2 panel temuduga. Kami menjawab soalan secara bergilir-gilir (Ikut turn).

1. Pengenalan Diri : Nama, Umur, Asal, Pendidikan, Pencapaian Tertinggi, Kelebihan/Pengalaman.


2. Hasrat kenapa nak jadi Cikgu ? Yang ini jangan jawab secara cliche. (Sebab minat pastu berhenti) Bagi lah minat dan dekat dengan jiwa yang suka membimbing ka, mendidik kaa dan dapat membentuk kemenjadian anak didik selaras dengan FPK.................


3. Apa yang anda boleh lakukan untuk bekerjasama dengan komuniti bagi membantu pelajar berkeperluan khas. (yang ini soalan KBAT, pandai hangpa jawab susun ayat leklok. soalan 1 & 2 memang boleh sediakan. soalan ketiga ini kena fikir dan jawab on the spot. Moga Allah mudahkan urusan kalian)


4. Mock Teaching (7 minit) - Ada BBM/ABM lagi bagus
Mesti ada induksi, simple but attracted.
Sebut Objektif pelajaran.
Masukkan pujian kepada murid dan elemen didik hibur.

Yang paling penting bila group interview, korunk kena support each other. Respond bila calon lain tengah present ( macam kita jadi student depa laa)

Intonasi semasa mengajar penting. Elakkan mengguna perkataan yang pelik.

Alhamdulillah, lepas dah rasa makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan segala macam rasa selagi interview tak dilepaskan waktu kejadiannya.


Lain sesi lain soalan yang ditanya taw, Yang ini panel tanya soalan bukan fakta, ada calon sesi lain kena soal jawab tentang fakta mengenai KPM, Falsafah pendidikan, KBSM, KSSR semua yang terkait dengan bidang kita boleh ditanyakan. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalan temuduga diriku.


Sekarang sudah hampir 6 bulan menanti keputusan temuduga COS21 yang masih tak keluar. Doakan kami semua calon-calon COS21 yang dari hari ke hari masih belum ada kata putus dari keputusan temuduga yang telah dijalankan Oct 21 yang lalu. moga rakan-rakan calon COS21 lulus dengan jayanya. dan salah satu calon yang tersenarai itu adalah Nurrul  Hazieqah Binti Rohmanan. Amin ~~~

Doakan saya yar jadi pendidik.

Nurrul.