Induksi Dtrans Society Sem 1

Mula-mula bila dapat berita yang budak Transport Part 1 ada program hari Jumaat till Sabtu petang.. Huh ! Cehh , mulalah mengeluh.. tapi cuti hujung minggu pun tak ada apa-apa yang nak dilakukan dengan roommate semua balik tinggalkan aku sorang-sorang dalam bilik tuh.. Just Enjoy Join This Program !  ^^

Pukul 3ptg kami berkumpul ikut kumpulan yang diberikan.. Then , kena bincang Nama Kumpulan,Logo,Misi dan Visi.[ Ewahh , teringat masa orientasi sekolah dulu lah sama aja ] masa yang diberikan hanya 1 jam.. Kial nak berfikir tapi dah diberikan tugas pada ahli.. Nama kumpulan berdasarkan Adi Wira yang ada dekat dunia nie..
So kami memilih nama TransMan !

IRON IQA , itu aku punya ! hee , Ehh , kata TransMan .. Kenapa ada Iron ?? Act , aku dah tulis nama Iron untuk setiap ahli dalam kumpulan atas kad manila warna kuning yang diberikan.. Datang pula urusetia cakap dah ada group yang menggunakan IronMan sebagai nama kumpulan diowang.. Pantasnya dengan bantuan PM Arif selaku Fasilitator kami , Tukar nama jadi TransMan , Trans -> Kami budak Transport... Man -> Ambil ayat Belakang Iron Man tuh.. hehe :P
Aktiviti yang paling aku suka : Fashion Show : Wakil seorang lelaki perempuan setiap kumpulan... Lelaki pakai baju perempuan .. Perempuan pakai baju lelaki..

Hebaq tak ? Atas meja aja model ini punya show off dress ^^
Antara Model Popular lagi Hot ^_^

Kumpulan 8 : Fasilitator PM Arif dan PM Zulaikha . Abe@Faris , Acap , Mimi , Topex , Ayu , Ayza , Aku.. Awesome tak model kitaorang ?? Hehe
Seriously Program Induksi ini sangat best cuma masa tak lama macam MDS , kalau tidak lagi syokk , Sepatutnya ada Family Day-- Sport Day of Dtrans Society .. Disebabkan Jerebu.. so hanya aktiviti indoor yang kami lakukan.. Family day tunggu Jerebu pulih.. :)


New Home | Sem 1

Introducing My New Home , Welcome to Kolej Baiduri di UiTM Segamat..


Jangan jeles kolej aku warna merah+coklat.. Suka sangat kombinasi warna blog ini.. Makin bersemangat nak belajar sampai graduate 2 tahun lagi insya'Allah.. ^^ Kolej Baiduri dan Kolej Mutiara merupakan kolej dalam Sektor B.. Okeyh , kolej ini kolej lama tak macam Hanis Zalikha dapat kolej baru.. Kami 1 bilik 4 orang.. Meriah gtuh !! hehe.. Senior Baiduri cakap kolej Baiduri " Kolej Islamic" Sejauh mana islamic itu aku tak pasti lah... Kolej ini juga ahli-ahlinya kebanyakkannya adalah dari Komanda .. Jadi tak hairan buat aku peraturan dekat kolej ini memang ketat ! Tapi aku okey aje.. selagi kita follow the rules nothing make wrongs right ? :)
Okeyh , ini loker aku yang telah ditacap... Still ada elemen warna merah. Penyumbang pada semangat !! Banyak gila kot barang aku banyak.. Sebab malas nak ulang-alik balik rumah or pergi bandar tuk beli barang... So prepared Everything !! ^^ Baju kurung tak banyak sebab aku tak suka pakai baju kurung cuma bila masuk kampus ini aku nak berbaju kurung saja.. Aku pun tak tahu kenapa.. mungkin perubahan persekitaran.. Tak pandai aku nak dress-up ! My mission now nak kumpul baju kurung sebanyak boleh jadi hari-hari boleh pakai baju kurung.. senang pun senang.. tak leceh..
Jadual Kuliah buat masa ini tak padat sangat , tak kelam kabut sangat.. Yelah , dapat kolej duduk dekat tingkat 3 kalau siap lambat untuk ke kelas yang boleh tahan jauh tuh payah nak berlari.. Management of time memang penting.. Dekat sini semua kena gerak sendiri.. yeah , new life yang mencabar buat aku..
Assignment dah meluaskan tapaknya.... selamat besibuk-sibuk dan bercinta dengan presentation ... huargghh ! banyak benda baru nak belajar... ada siapa-siapa nak bagi guide.. ^^