TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 1 | Ujian Kesuburan (Infertility Test)



Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualikum dan Hi, dengan izin Allah, hari ini aku gagahkan diri menaip untuk kongsikan pengalaman aku mengenai ujian kesuburan atau dikenali sebagai "infertility test".


Aku menamatkan zaman bujang aku pada (2019) dan sehingga kini (2022) masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya, aku merupakan salah seorang Si Pejuang Dua Line seperti pasangan lain berkahwin  yang sedang mencuba untuk hamil atau lebih dikenali dengan terms "trying to conceive" (TTC). Seusia aku sudah pun meniti buku merah sijil Degree/Master (hahaha) dalam menimang cahaya mata, sedangkan aku masih struggle untuk merasai bagaimana perasaan memiliki buku merah tersebut. 


Tipulah kalau tiada rasa sedih lebih-lebih lagi apabila ada yang bertanyakan "belum ada ke?, "masih berdua?", "dah berapa dah anaknya?" dan lain-lain lagi. Untuk usia tahun pertama dan ke2 perkahwinan, pengharapan yang tiada jawapan itu amatlah sakit, tiap-tiap bulan berdoa agar aku dapat solat tanpa cuti,namun sentiasa kecundang. (dulu masa bujang risau kalau tak datang period bulan-bulan, dah kawin terbalik pulak hahaha). 

Namun, tetap kena kuat untuk bangun menempuh setiap saat sehingga sekarang. Sentiasa pujuk hati Bersangka baik dengan Allah SWT kerana Allah memberi hambaNya apa yang hambaNya perlu, Bukan apa yang hambaNya mahu tepat tidak lewat walaupun sesaat. Yakin itu!

Okey, cukup bebelan. Sebelum korunk nak buat ujian kesuburan di Hospital Kerajaan, ada kriteria yang perlu diikuti :-

Umur 25 > - 3 tahun perkahwinan

Umur 30 = -  6 bulan perkahwinan

***kalau tidak tak akan dilayan, kalau Swasta bila-bila boleh saja buat. Cuma tapau duit biar lebih hehehe (-,-)


Kalau layak seperti di atas, plus, korunk willing nak buat saringan ujian kesuburan bagi mengetahui ada masalah atau tidak (salah satu cara kita berusaha dan Allah SWT nampak usaha kita). Bolehlah pergi ke klinik kesihatan(KK) kerajaan yang berdekatan dengan kawasan rumah, di kaunter pendaftaran cakap aje korunk nak buat rawatan kesuburan (infertility test). 


PROSESS MENDAPATKAN REFFERAL LETTER (KE HOSPITAL)

25.03.2022 Pengalaman di KK, aku pergi dengan suami, lepas tu Dr pelik sebab yang akan di check perempuan saja dulu. Macam biasalah Nurse akan check berat badan dan tinggi kita (BMI penting) lepastu tunggu giliran nak masuk jumpa dokter. Dalam bilik Dr akan tanya background kita. 


Contohnya : - Period bulan teratur ke, last period tarikh, pad tukar berapa kali sehari, sejarah perkahwinan, penah gugur, suami merokok tak, latar belakang penyakit ibu bapa, bilangan adik-beradik, bd berapa kali seminggu, ada sakit tak bila bersama, pernah buat seks sebelum kahwin tak, pemakanan, gaya hidup etc.


Tolonglah jawab dengan penuh jujur dan tak perlu malu. Sebab niat kita cuma satu nak berubat saja. Dalam masa yang sama, masa tu aku pergi KK hari Jumaat, jadi hari Isnin berikutnya Dr minta untuk aku ambil darah kena puasa. >_< 


Selepas itu Dr berikan kad/kertas coklat untuk next appointment date sebulan dari tarikh jumpa hari tu dengan Dr KK (konsultation mengenai result darah yang diambil) dan pulanglah ke rumah.


28.03.2022 Ambil darah hari Isnin pagi pukul 8. Just pergi sana letak IC terus tunggu giliran nak ambil darah dan sambung masuk kerja. Itu dulu pengalaman aku dengan KK kali pertama untuk ujian kesuburan. Biasalah berurusan dengan kerajaan perlukan kesabaran sebab menunggu giliran nak masuk bilik dokter aje boleh tahan lamanya. Inikan pulak untuk melalui prosedur seterusnya.


Prosess ini memang akan memakan masa yang lama. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha berbuat sesuatu untuk kita mengetahui masalah kita. Jika tiada, tidak ada apa yang perlu dilakukan, jika ada masalah boleh kita usaha mencari solusinya. Semoga Allah sentiasa memberikan kelapangan kepada pasangan yang bersama menjadi pejuang dunia line! 


Kisah Si Pejuang Dua Line bermula



Penawar Buat Yang Putus Cinta



“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!” 
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan Rasulullah SAW?
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah firman Allah ini:
“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.” Al Baqarah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati. Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Jadikan putus cinta itu sebagai pengajaran dalam proses pembelajaran kehidupan kita. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
 cc : GentarRasa
Kalau benar Cintamu kepada Tuhan lebih tinggi,
Maka dimana pembuktiannya ?
Sesungguhnya cinta bukan sekadar kata dan angan-angan,
Perlu dibuktikan dengan amal dan tindakan..

* Lepaskanlah segalanya, Percayakan Dia :)