Cara nak run SPSS

TIPS | Cara nak run SPSS
Assalamualaikum dan Hi semua !

Kali ini nak share cara untuk student Business Administration dan siapa2 yang run data menggunakan SPSS Software. Mungkin dah belajar dekat dalam kelas dan lupa, bolehlah refer tutorial dekat bawah ini buat refresh minda kalian tu. hehehe....... First of all, korunk mesti wajib ada SPSS software dalam laptop untuk teruskan langkah-langkah seterusnya.
Kepada siapa-siapa yang tak ada sofware SPSS dan mahu kannya, boleh email ke nurrulqaqa@gmail.com Tapi Nurrul punya SPSS Version 20 lah, bukan yang latest okey. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM5 untuk software SPSS ini. Boleh digunakan untuk awak2 juga. yang penting data kita dapat dianalisis.:)
Pesanan Khas : Jika anda mahu bertanyakan mengenai guidelines SPSS dipersilakan, tetapi jika untuk membantu anda menyiapkan report thesis, menyemak data atau apa2 yg tidak berkaitan dgn kandungan tutorial SPSS saya adalah TIDAK DILAYAN, harap Maklum. Tqvm! -Update : 12/06/2019-
AMARAN KERAS, TUTO INI MUNGKIN BUAT KORUNK PENING, TAPI KALAU SEDIAKAN NOTA DAN BUAT SEIRING DGN TUTO INI, IN SHA ALLAH KORUNK OKEY.
hikhik...... Okey, tak nak cerita panjang lagi, jom ikuti step ini ,Untuk lebih jelas sila click setiap gambar untuk panduan korunk ya. ^_^

*** REMARK : 
IV - INDEPENDENT VARIABLE
DV - DEPENDENT VARIABLE

CARA RUN SPSS DATA : 
Sila open SPSS Software anda.

KEY IN RAW DATA
1. Click pada variable view. 

2. Masukkan semua questionnaire items yg korunk tanya pada respondent.
Name : 
Untuk soalan demography - letak keywords yang penting aje.
Untuk soalan ID dan IV. coding kan setiap items IV tu. Paham ke faham?
Contohnya IV :J ob Stress korunk ada 5 items.. So, coding sebagai, JS1,JS2,JS3,JS4 dan JS5. begitu juga dengan soalan IV yg lain okey?

Decimal : sila tukar semua jadi 0.
Label : Copy paste soalan penuh setiap items, hal ini akan memudahkan korunk masa nak key in data repondent (yg ini optinal nak buat bagus, tak nak buat takpe)
Values : Coding numeric sahaja. 1,2,3,4,5 depends berapa banyak jawapan soalan yg kau bagi pada respondent untuk setiap soalan. Contoh refer gambar ok.
Measure : Make sure kau tahu lah guna measurement apa, nominal, ordinal or scale. Kalau likert scale selalunya guna ordinal.

Dah setel setting key in semua ini, happy ahh step 2 dah siap, jangan sombong... sila save. anything can happens weyhh. Nanti nangis tak berlagu ~~~

3. Next, click ke Data View, masukkan semua jawapan respondent mengikut coding yang betul pada column yang betul. Ingat! Jangan tinggal satu pun.

Lepas dah masukkan semua data tu, sila semak semula apa yg korunk key in tu betul ke tidak. Tekan simbol yg ada macam dalam gambar tu. Manalah tahu, kot2 korunk nak key in 4 jadi 44. Yeah, tengah poningg tengok numeric aje kan. Haha. Dah puas hati dengan apa yg korunk key in tu, lagi sekali, sila jangan berlagak, SAVE!


4. Next step, untuk compute setiap IV korunk jadi 1 kumpulan. Back to Variable View --> choose Compute Variables , maka pop up table akan keluar,

Target Variable : Sila masukkan coding lain/baru untuk JS --> TJS (Total Job Stress)
Numeric Expression : (JS1 + JS2 + JS3 + JS4 + JS5) / 5
*Bahagi mesti mengikut berapa  items yg ditanya untuk satu IV.
Tekan okey.


Cara nak run SPSS

Ulangi semua Step 4 , sehingga semua items untuk setiap IV korunk siap di compute kan. Hokey.
Nanti dekat Variable view korunk, akan ada satu simbol baru iaitu simbol pembaris. Haaaa, itu maknanya betullah tu korunk dah compute IV tu. (Sila Rujuk gambar di atas utk lebih faham hat mana yg saya kata simbol pembaris tu)

RELIABILITY ANALYSIS 
5. Step yang ke5 adalah untuk mengenal pasti soalan korunk tu valid dan relevant ditanya atau tidak. So, go to Analyze --> Scale --> Reliability Analysis , pop up table akan muncul.

On items : Masukkan items yg ditanya untuk satu IV. Contohnya Job Stress punya soalan ada 5 items, so masukkan kelima-lima soalan itu.
Statistic : Sila tick , item, scale, items if deleted --> Continue
Click Ok.

Sila ulang  semula step 5 untuk IV yang lain sampai siap. Lagi sekali, jangan lupa tekan button save.
 FREQUENCY ANALYSIS
6. Step seterusnya adalah untuk run data demographic menggunakan frequency analysis. So, go to Analyze --> Descriptive Statistic --> Statistics , akan keluar pop up table.

Variables : Masukkan semua items yg ditanya untuk soalan demographics.
Click statistics , tick quartiles, mean, mode, median, std deviation, min & max. continue
Click Ok.

Untuk Descriptive Analysis pulak, go to Analyze --> Descriptive Statistics --> Descriptive, masukkan yang ada lambang pembaris aje.
 PEARSON CORRELATION ANALYSIS
7. Correlation analysis pulak untuk menganalisis hubungan antara satu hubungan dengan hubungan IV yg lain. So go to analyze --> Correlate --> Bivariate , pop up window terhasil.
Variables : Masukkan semua items yg guna scale sahaja. (lambang pembaris)
Click Ok.
 MULTIPLE REGRESSION ANALYSIS
8. Next, step ke 8 untuk multiple regression analysis, go to Analyze --> Regression --> Linear
*refer gambar dibawah untuk lagi jelas ya.
Dependent : Masukkan ruler DV
Independent : Masukkan ruler untuk semua IV
Click Plot : pop up window lain keluar, Y-axis : ZRESID , X-axis : ZPRED , tick normal ,continue.
Ok.
Done semua step yang ada. Alhamdulillah setel sudah. Amacam korunk, boleh ikut ke boleh? Hope step2 diatas dapat membantu korunk nak ingat step run spss data ini lah yop... Dah siap buat semua ini, boleh lah senyum kejap, kejap jekk... sebab nak siapkan report masuk turn it in lagi bla bla blaa............... Sekian sahaja. Thank you semua :)
SPSS SENANG AJEEE.


42 comments

  1. spss ni la yg paling malas nk hadap masa paper statistic.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas-malas pun still kena hadap... kalau tak tak dptlah segulung ijazah :P

      Delete
  2. Ini adalah subjek yang paling Siqah tak suka. Blur memanjang. Tak dapat hadam 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurrul dulu pun mcam tu jugak.. last2 geram waktu praktikal tu ewah2,, pantas aje sebab hari2 ngadap smpai thesis siap.

      Delete
  3. SALAM.APA YG SIS TULIS BETUL2 MEMBANTU. BTW SY BARU EMAIL SIS UNTUK DAPATKAN SOFTWARE SPSS. HARAP SNGT SIS DAPAT BANTU SBB SPSS SAYA TAK DAPAT BUKA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, alhamdulillah. sy mmg berharap tuto utk spss ini membantu student dkt luar sana. Sy dah balas semua email mengenai software spss. :)

      all the best awk!

      Delete
  4. salam..saya nak tnya kenapa step yg nak groupkan tu, bila sy pegi kat data view, kenape simbol pembaris tu takde eh? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terima kasih atas pertanyaan awk. Maaf, Sy baru perasan yg sy salah tulis, bukan dekat data view tapi dekat variable view. Sy dah update post sy. kalau data view just data2 questionnaire yg kita masukkan dari respondent aja.

      Terima kasih awk.

      Delete
  5. thanks tutorial sis membantu saya. saya nak tanya macam mana saya nak tengok reliability data saya dalam bentuk table.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      Lepas awk ikuti step reliability,kita buat utk setiap IV kan, nnti mesti keluar pop up "table output". Dari table output tu lah. Kita boleh tengok table reliability kita. :)

      Dari each IV + DV yg kita dapat reliablity nya, kita ambil "value Cronbach’s Alpha" dan buat table baru utk himpunkan semua data tu.

      Harapnya jawapan sy membantu awk.

      Delete
  6. Terima kasih sebab membantu. Takde lah susah mana pun sebenarnya

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas panduan... amat bermakna utk saya.. sangat2 membantu

    ReplyDelete
  8. hi nk tnya 5 likert scale under iv and dp mmg pakai ordinal? bkn scale?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda ni depends pada advisor dan mcm mana awk belajar.

      Delete
    2. ordinal tak boleh guna untuk pearson...kalo nk guna gak ordinal kena tukar test ke spearman..adalah lbh baik gunakan scale

      Delete
  9. thankz you...sis...senang ja ...tp sis ad x contoh explaination untuk regression... :)

    ReplyDelete
  10. Iv n Dv tu kita kena pastikan sendiri ke?ke letak je semua simbol scale tu dlm dua2 iv and dv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr, maksud awk mcm mana ya? Sy tak dapat. apa yg kena pastikan apa?

      Delete
  11. thanks akak!!!!!!!sangat2 membantu saya untuk menyiapkanya :)

    ReplyDelete
  12. Sangat membantu sis. Terima kasih

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum sis, bolh sy dapatkan software spss??

    ReplyDelete
  14. assalam.. tq. sgt2 membantu.. tapi ada satu kemusykilan.. reliability tu hanya untuk iv sahaja ye? dv xperlu kn? maaf.. ilmu spss ni memang cetek sangat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, reliability utk dv pun ada jugak. :)
      Untuk DV jika ada 5 soalan masukkan juga sebab nak tengok soalan yg ditanya pada respondent tu memenuhi kriteria (Refer gmabar atas ayat :- Ulangi semua Step 4)
      sy ada tulis 4iv + 1dv= 5v. ^^

      Delete
    2. Hai sis. Macam mana nak masukkan soalan DV dan IV ya? Saya masih kurang jelas. bolehkah memberikan penjelasan. Terima kasih.

      Delete
  15. Salam sis. Saya nak tanya kenapa saya tak dapat table macam descriptive analysis yang sis buat dalam "cara analysis report daripada SPSS. Kena copy data masuk excel dulu ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer bebtul. dekat gambar sebelumnya tuh ada table bawah dia - table items statistic. Saya buat table baru dan copy paste semula.

      Delete
  16. Assalammualaikum sis, terima kasih atas perkongsian.. sangat-sangat membantu.. saya nak tanya macam mana nak bagi realibility dapat 6 ke atas ? sbb kebanyakannya saya dapat 2, 3 jaa.. tu pon cronbach alpha value sangat2 rendah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, hi sis.
      Reliability analysis adalah mengukur Nilai Cronbach Alpha untuk setiap item akan menunjukkan sama ada item dalam set itu saling berkaitan atau tidak.

      Kena check balik soalan questionnaire awk, maybe ada yg tak sesuai untk ditanya respondent.

      Delete
  17. salam sis..sy x biasa guna spss..pernah join training tp x practise..nk tanya, kalau survey yg kita buat tu ada pelbagai style pilihan jawapan, cthnya ada bahagian yg perlukan jawapan dalam bentuk likert scale, dlm bentuk checkbox dll - kalau mcm ni masih boleh run guna spss tak? & sis pandai translate result correlation/regression spss tak?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Boleh. cara scale mmg ada byk jenis, semua boleh masuk dlm spss. Kena pandai masukkanlah. Cuma biasanya soalan org buat standard scale utk mudahkan masuk dlm sistem spss.

      Boleh refer sini utk translate correlation/regression analysis
      - https://youismysoul.blogspot.com/2019/01/cara-analysis-report-daripada-data-spss.html

      Delete
  18. Jazakumullahu Khairal Jaza' saya bookmark terus moga Allah SWT mudahkan urusan awak dan keluarga awak mudah nak refresh tengok nota awak sangat-sangat membantu.

    ReplyDelete
  19. Assalam cik. Saya ada email kepada cik untuk dapatkan software spss ini. Nanti cik tengok ye

    ReplyDelete
  20. HAZIEQA..NAK TNYE KLAU KITEDPT DA DATA COLECTION DLM BENTUK EXCELL..BILA TNGOK ADA YG XJWB SOALAN..BNYAK GAK TINGAL..LUPA ISI GENDER LA..RASE LA..SOALAN IV LA..CM NE YE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak isi ajelah.. -.-

      Tutup mata.. haha, memang viasa ada respondent yg mcm tu. hahaha

      Delete
  21. Hai, boleh tak nak tau apa tajuk kajian ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy punya research ka?
      The factors that affecting turnover intention :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan