Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Thanks Nuffnang

First Cashout Nuffnang

Assalamualaikum dan Hi,
Cuti Midterm hari tuh dipangjangkan lagi seminggu sebab bencana banjir yang melanda, dari 2 minggu jadi 3 minggu... Naik tepu duduk rumah.. @_@ Terlintas di kotak fikiran nak jumpa kawan-kawan rapat yang dah lama tak jumpa... So aku pun ke Puncak Alam jumpa kawan... Duit bila jalan memang cepat habis kan... Haha  Perjalanan 3hari 2 malam... Seronok dan menyakitkan.. Lagi2 cuak bila terlepas stesen bas... Pengalaman... Balik-balik dari Klang lepas  dapat lah surat yang selama ini aku nantikan.... 


Balik balik rumah, mak bagi surat.. eahh teruja kejap ada orang bagi surat dekat kita. Siapa ya?? Sekali buka rupanya dari Nuffnang... Duit hasil kerja blog peribadi ini ada sikit dapat.... Yeah ! First Cash Out dari Nuffnang! Berkat kesabaran yang aku tunggu bertahun lamanya, 4 tahun k tunggu untuk dapat sejumlah yang kecil... Walaupun kecil tetap bermakna untuk aku... akhirnya dapat juga rasa hasil dari diri sendiri.. Terima Kasih Nuffnang, Lap Lap Lap U lah !! :D
Moga lepas ni kembali balik semangat aku untuk menulis blog di NURRUL  :)



Terima Kasih juga kepada visitor yang sudi berkunjung di blog NURRUL.. Thanks A lot.. P/s : Klik iklan Nuffnang yer, saya tetap setia pada yang satu  ^_6


Nuffnang | CPUV 6 - Libresse Long Term Phase ...


Korunk pernah cuba pakai Libresse ?? 
Kalau belum cubalah dan rasa kan perbezaan serta tahap kenyakinan diri yang lebih tinggi !! ^^


Terima kasih Nuffnang !! :)



Nuffnang | CPUV ke-4 Julai Ogos

Terima kasih nuffnang !! :") even tak aktifsangat tapi dapat.. alhamdulillah.. :)

Nuffnang | CPUV ke-3 Jun Julai

Terima kasih Encik Nuffnang bagi BE even sikit dapat tapi still ada.... Dengan blog yang dah jarang diupdate.. lalala... Terima kasih juga kepada bloggers yang sudi singgah teratak buruk hamba ini... dan kepada yang sudi tambahkan duit pada Nuffnang akaun aku... Syukran ya Siddiq.. :)

Maaf , ke mood an blogging sudah kurang sejak sambung belajar.. Nak lebih Fokus... Lebih Tough.. Kena lebih Usaha... Doakan Kejayaan aku yer.. ^^


Tips Dapat BE / CPUV Nuffnang


1. Status keahlian biarlah Glitterati.. Kalau status lain kebarangkalian blog blog korang terpilih untuk terima CPUV campaign sangat tipis...

2. Jangan letak Advertisement lain selain Nuffnang , tapi iklan churp-churp boleh kot.. Sebab Churp-churp ada links dengan Nuffnang..

3. Update survey dekat akaun Nuffnang seminggu 2 kali ke supaya pihak Nuffnang dan advertisers menyedari kehadiran blog korang . Cara update survey : Pergi dekat manage blog > Click Update Survey

4. Letakkan iklan Nuffnang di tempat yang sepatutnya. Tekan dekat Add ads page , Cara-cara nak letak Ads Nuffnang sendiri dah bagi guide , Setiap placement ads tuh akan di bagi bintang , bintang menunjukkan rating blog korunk , pihak Nuffnang memberi pendapatan bonus untuk blog yang mencapai CTR (Klik melalui nisbah) sebanyak 0.2% atau lebih tinggi. Tutorial : Letak Iklan Nuffnang dalam blog .


5. Update blogger Bio sekurang-kurangnya sebulan sekali..

6. Rajin rajinkan diri hantar tiket kepada pihak Nuffnang.. Ringankan tangan untuk berkomunikasi dengan menghantar tiket kepada pihak Nuffnang. Tanya saja apa yang korunk nak , etc : macam mana nak dapat CPUV yang kerap , Apa itu BE ?

7. Merajinkan diri update entry setiap hari. Takpelah, kalau sehari satu entry.

8. Kekalkan UV blog rajin blogwalking (BW) ke blog yang korang follow dan tinggal jejak korang supaya senang tuan tanah blog tuh balas jejak korang. So, dari situ membantu menaikkan trafik blog korang

9. Pastikan loading blog cepat, biarlah tak lembap / tak berat sangat sampai berjam-jam tunggu , kalau ada buang widget yang tak perlu..

10. Penting sekali jangan klik iklan sendiri.. Nanti tak pasal-pasal akaun Nuffnang korunk kena banned ..

11. Dapatkan pembaca setia blog.. Kalau tidak macam mana nak kekalkan UV blog masing-masing kan ? ?

12. Selalu dah orang pesan sabar banyak-banyak kalau Nuffnang punya duit tak naik-naik.. Mungkin belum rezeki korunk untuk mendapat janaan dari pihak Nuffnang.. [pemilihan blog adalah bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan, dan industri pengiklanan juga sangat bermusim, oleh itu mungkin ada masa di mana tidak ada pengiklan mencari kumpulan tertentu penulis blog untuk sementara waktu.]

Hmm , itu aje kot cara-cara yang aku try buat sekarang , ada lah juga meningkatnya walaupun tak banyak..


Apa Itu CPUV dan CPC Nuffnang Campaign ?

Jenis Iklan Dalam Nuffnang :
Apa itu CPUV  [Cost Per Unit Visit] Campaign ?? 
CPUV  (Cost Per Unit Visit) Campaign sama saja konsepnya dengan Buffered Earning (BE).. Iklan ini adalah pendapatan daripada kempen iklan banner mengikut bilangan lawatan unik dibeli pengiklan daripada blog anda pada akhir tempoh kempen.

Kira macam kita sewa tapak iklan , harga dibayar mengikut saiz tapak iklan tersebut.. Cuma dalam blog dengan iklan Nuffnang , dibayar dengan berapa unique visit yang ada sahaja..

Apa pula CPC [Cost Per Click] Campaign ?
Ini adalah pendapatan daripada kempen iklan banner mengikut bilangan klik yang dibeli pengiklan daripada blog anda pada akhir tempoh kempen. Iklan CPC akan menjana selagi ada pengunjung/pembaca yang tertarik dan klik pada iklan dalam blog anda..

Itu sahaja kot.. ke ada yang nak tambah lagi ??

Huk3.. ini sebenarnya semua keterangan yang telah diberikan oleh pihak Nuffnang.. saja gatai2 nak tulis lagi , ada yang bertanya ,jadi tak mau lah hampa kan mereka.. Harap persoalan tersebut terjawab.. :D... sejak dapat BE Nuffnang walaupun tak banyak rasa bermusim bunga ajaa .. ^^


Nuffnang | CPUV ke-2

CPUV ke-2 dari Nuffnang , hari tuh log in tak ada pun perubahannya.. tapi hari ini log in ada sesuatu yang berubah .. nilai duit yang tak naik-naik dari  CPUV pertama ada naik pun ciputt jew.... hoho 

Siap dapat CTR bonus tuh.. apa pulak CTR bonus ? Hmm , itu tak silap kedudukan iklan dalam blog.. Mungkin dapat bonus tuh sebab meletakkan pada tempat yang sepatutnya iklan itu untuk betapa.... Pasnie letak lagi tinggi lah iklan Nuffnang aku.. 
Seronoknya... terlompat-lompat macam orang kejakunan gtuh.. padahal berapa senn sangat lah yang dapat.. setakat RM0.80 jee.. haha... tak kisahlah.. yang penting Encik Nuffnang dah bagi.. kena lah berterima kasih !! :D CPUV nie dapat mungkin sebab aku ada bagi surat cinta dekat Nuffnang 18 April rtuh.. hewhew.. senyum sampai ke telinga ! ^_^
Opps , tapi belum layak untuk cashout..mungkin kalau nak cashout amek masa 3 tahun lagi kowt.. hhuu :P



Nuffnang | CPUV Pertama !

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua ! !
Actually aku dah lama pasang iklan Nuffnang nie.. tapi disebabkan macam tak berganjak
00.00 aku mula merajuk dengan Nuffnang.. Jadi memang dah lama aku tak log in.. 
Baru hari ini Log in , tengok earning naik lah juga walaupun tak banyak... 
Perasaan sangat lah happy ! ! See ? ? Tarikh dapat CPUV tuh 5 March 2012 ...
Lama tak lama.. Apa-apa pun tak lambat nak ucap Terima Kasih dekat Nuffnang ! ! :)
Lagi bersemangat lepas nie untuk Nuffnang ! ! 



Tutorial : Hantar Tiket Nuffnang

Salah satu nak cara kita nak dapatkan BE/CPUV dari Nuffnang dengan rajin menghantar tiket kepada pihak Nuffnang , kira korunk kena selalu contact keep in touch gtuh.. Hantar tiket lebih kepada kita tanya sendiri dengan pihak pengiklanan Nuffnang tentang apa-apa pertanyaan yang bermain di kepala kita , Contoh , Income tak naik-naik, cara nak tingkatkan trafik , tips etc..
Macam mana nak hantar Tiket kepada Nuffnang ? 
1. Sila log in korunk punya Nuffnang .
2. Scroll blog ke bwah sampai jumpa perkataan "Contact Us" , 
3. Tekan link Contact us tersebut..
4. Then , akan tertera page macam dekat bawah nie , sila tick kepada Blogger Enquiries/Suggestion.
5. Tekan Next , then akan keluar page macam nie pulak...
6. Sila isikan maklumat yang di minta , Subject : , Message: , Priority sila pilih high , Biar menunjukkan sikit yang pertanyaan korunk penting , jadi pihak nuffnang akan lebih alert tok respond tiket korunk dengan cepat..
7. Dah selesai isi semua , tekan submit..

Insya'Allah dalam masa 1-2 hari pihak Nuffnang akan balas segala pertanyaan ^^ 


Tutorial : Sign up Nuffnang and put into Blog

Side income iklan Nuffnang memang paling popular antara blogger .. Pergi mana-mana blog saja mesti ada iklan ini ..  tak kira lah di sidebar ke , atas header ke atau pun dicelah-celah post entri diorunk ! wahhh ! semangat betul diorunk buat begitu...  Of course lah semangat sebab income masyuk !  siapa yang tak mahu ? ? 

1. Masuk website Nuffnag....

2. Fill in registration . Tick semua kotak yang bahagian bawah sekali. . Masukkan huruf yang sepatutnya dan klik sign up !

3. Bila dah sign in akan keluar macam ini :
 
5. Kan ada Emel Korang tuh ? Log in masuk dekat Emel korang tuh . Tak kiralah . YahooMail ke , Gmail ker . Ikot korang punya emel . Ok ?

6. Lepas dah log in , Check Inbox .. Ada Nuffnang hantar satu email suruh Verify . Klik pada link.

7. Bila dah click , korang patah balik , tengok No.4 ! Ada kotak kan CLICK HERE kan?

8. Korang CLICK HERE dekat situ tak pun , susah-susah , masuk balik webstie nuffnang tu :)

9. Log in balik . Letak Emel Dan Password !

10. Lepas dah log in . Kan ada benda ni kan ? Korang KLIK pada yang dikotakkan tuh :)


11. Korang Fill in Blogger Bio tuh , Then , Click SUBMIT !

12. Lepas tuh , akan keluar warna2 hijau ? Korang fill in lah Blog Name korang , URL dan tekan Add New Blog .

13 . Then  , akan keluar SATU SURVEY ~

14 . Fill in SURVEY tu :) Jujur tau ? =,=

15. Then , tekan SUBMIT !:)

Oke , now , cara nak letak iklan dalam blog ! :)

1. Log in , Klik managed :

2. Ada nampakkan kod-kod tuh . (Leaderboard , Sidebar , Between Contants!)


3. Letak di Leaderboard (Atas Header) :

1. Dashboard --> Template --> Edit Html --> Proceed --> Tick Expand Widget
 Tekan Ctrl F dan cari kod ini :
Simple Template
<body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>
Denim Template
</head>
 Copy Kod LeaderBoard , then , paste di bawah kod yang korang carikan tuh :)
 SAVE !!

4. Letak Di Sidebar :
 Dashboard > Design > add a Gadget > Html/JavaScript
 Copy Kod untuk sidebar pulak
 Paste pada ruangan Html/JavaScript tuh :)
 Then , SAVE !!

5. Letak Between Contents :

 Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates
 Tekan Ctrl F serentak , dan cari kod ini :
Simple Template
</b:includable>
Denim Template
 <data:post.body/>
Copy pulak kod between contents tu.
 Paste atas kod yang korang cari tadi tuh , ok ?
 SAVE !!!