Pre-Graduation Night dan Iftar UiTM Melaka

Pre-Graduation Night dan Iftar UiTM Melaka
Assalamualaikum dan Hi,
Pejam celik pejam celik, dah berapa hari kita puasa ni? pantasnya waktu berlalu. Hari ini makan berbuka puasa mewah sikit. sikit aje sempena untuk Majlis Pra Graduasi dan Iftar UiTM Melaka dekat Hotel Ramada. Yes, selangkah lagi untuk Graduate dari Degree Life ni.. Macam tak percaya plak, kita dah jadi senior dekat kampus.. HAHA Senior sangat. :P

Pre-Graduation Night with Baju Kurung Songket
Pre-Graduation Night with Baju Kurung Songket
Tema untuk majlis ini adalah pakaian tradisi melayu, biasalah Melaka dengan warisan tradisional, I like this part. Di samping dapat mengekalkan tradisi pemakaian majlis rasmi melayu, comel dan hensem bergaya, ianya juga mudah dicari serta didapati Jimat pun Jimat beb !. hihihi (bab save budget student memang no satu HAHA). Aku pinjam baju kakak aje.. haha mudah. Ehh tersama plak dengan Uitm punya tema Songket, Puple Kuning. cuma tak nak sama sangat, pakailah warna kelabu tudung tuh.. hihii <3

Satu meja buat hal masing-masing... hahaha

Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting and table
Itulah kerjanya, wefiee selpie dan borak antara kita dekat belakang ^_^
Lepas habis semua ucapan dan penyampaian anugerah, kami pun bersiap untuk makan. Beratuqqq lah seorang demi seorang untuk ambil juadah berbuka puasa. masing-masing fulamak.. lauk memang banyak, makan buffer gtuh. Komen aku pasal makanan di Hotel Ramada ini ? Absolutely is poor! Tapi sebab lapar, ditelankan aje apa yang ada :( Balik rumah kita top up lagi dengan makanan lain.. Haha Sadis nya. :(
the 8poyo geng

The #8Poyo of Us, Qila, Kak Dayah, Kak Ain, Hanis, Atiq dan Put. (Put tak ada dalam gambar) Thank you awak-awak semua yang mewarnai semester 5 dengan moment bahagia bersama.
Overall nak cakap, Uitm buat majlis dekat depan, Kami buat Majlis Cik Kiah dekat belakang. Haha 😂😂😂 Sikit lagi jer nak habiskan semua ini. Sado dan sedarkan diri untuk 💪💪💪 Sikit sangat moment masa degree ini, tapi semester 5 ini yang paling bermakna. Dari semua sudut.
Alhamdulillah dan Terima kasih kepada yg pernah hadir, sedang hadir dan akan hadir dalam diri ni. Teruskan mewarnai.
Semester 5 akan berkakhir!!


No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan