English Exist Test (EET699)


Assalamualaikum dan Salam Ramdhan yang ke 25 hari kawan maya Nurrul,
Hari ini ada masa kejap nak ngadap belog kesayngan ini. Biasanya minggu last kuliah ini busy dengan test kan, yup Nurrul baru habis aje jawab EET speaking test. Alhamdulillah, berjaya jawap dengan kirk krik kirk.... (haha tak mau cakap apa2, yang penting semuanya lancarlah tadi, dipermudahkan urusannya.) Disebabkan tuh lah yang nak share terus dengan kawan maya untuk info EET ini.

Kalau cakap pasal EET ni commonly student UITM WILL say :
  • Siapa yang patut ambil EET test ini?
  • Sejak bila pulak kena ambil Test EET ni?
  • Perlu ke? Muet kan dah ada? Kenapa nak ambil lagi?

Samalah, so..... sebelum merayap lebih jauh, mari kita singkap mengapa EET dilakukan : 
Sources : UiTM Web
Perlaksanaan English Exist Test EET699
Perlaksanaan English Exist Test EET di UiTM
Objektif perlaksanaan EET 
Untuk mengukur tahap kemahiran bahasa Inggeris calon untuk bekerja kelak.

Apa yang akan diuji ?
Pelajar mesti duduk untuk kedua-dua kertas (Menulis & Bertutur).
• Keputusan tidak akan muncul dalam transkrip akademik.
• Sijil yang berasingan akan diberikan.
Description of Levels for UITM EET
Description of Levels for UITM EET

Guideline Untuk Speaking Test [Masa test tadi, soalan structure ada 3 soalan besar iaitu : ]
1. Opinion/Suggestion
Memory phone is small, suggest the suitable or importance apps to download and why?
20 second to prepared, 1 minute to communicate (reply answer)
2. Organization (dalam ini terdapat 3 soalan kecil yang ditanya) 20 second to prepared, 1 minute to communicate (reply answer) eachi. Why we need to hired you?
ii. What the working environment that you prefer and why ?
iii. How you handle the failure?
3. Statistic.Yang ini aje special, kena jawab dalam masa 3 minit.
Kena baca statistic and justify answer
10 Langkah yang perlu diambil oleh pelajar semasa menduduki ujian EET
10 Langkah yang perlu diambil oleh pelajar semasa menduduki ujian EET

Hopefully, sedikit information dekat atas dapat membantu dan guide kawan-kawan maya yang akan ambilnya pada akan datang.. ^_^ So, kepada pelajar yang akan mengambil EET699 ini, Good luck okey. Wsih me luck untuk final exam semester 5 yang akan start pada 3 July 2017 sampai 22 July 2017.

ACT CONFIDENT AND  BE CONFIDENT !!


Lirik Lagu | Bertemu Semula - REUNIC

Suka dan duka
tangis dan tawa
itulah lumrahnya

sukma didera
sepi menyapa
dan rindu menyiksa

haruskah luka
dibiar saja
membarah di dada

sembuhkan ia
dengan setulus benih
kemaafan

cinta
telah menzahirkan
sebuah pertemuan

tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula

usah persia
peluang yang ada
begitu sahaja

ini detiknya
kasih dan sayang
ditaut semula

kita
tidak mungkin mampu
mengulangi masa
Hujan takkan balik ke langit semula
jemputlah kenangan yang terindah saja

cinta
telah menzahirkan
sebuah pertemuan

tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula

kita
tidak mungkin mampu
mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
jemputlah kenangan yang terindah saja

Addicted with this song :'(

Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat

Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat
Assalamualaikum dan Hi,
Kecoh dengan produk-produk bermerkuri, tempoh lalu aku share pasal Tips Berhenti pakai produk bermerkuri. Ada lah orang views juga. Terima kasih ya. Disebabkan aku tak ada idea, come up dengan tengok keywords carian dari dlam blog ini, ada yang mencari Simple Skincare Penjagaan Kulit Review. Terpanggil untuk share dengan kawan-kawan alam maya aku sama ada yang dikenali atau pun tidak. Tapi Good to share with you. 

Aku memang ada pengalaman yang sangat mengerikan, Semuanya terjadi bila mana akus endiri terkejut sebab hormon aku masa tension tahun akhir diploma lalu, naik jerawat lain macam sampai buat kenyakinan diri aku jatuh teruk. Yes, orang nak sangat jaga kecantikan sebab ianya sangat berkait rapat dengan self esteem dalam diri kita. Memang orang akan cakap rupa tak penting, yang penting blaa blaa blaa... tapi bila kau alami benda tu, its normal kau akan rasa down giler dan mulalah nak bereksperimen. Cerita pasal eksperimen tu nanti lah ea dekat tajuk lain. haha :P Kejadiannya pada Oktober 2014

Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat 1
Inilah hasil muka eksperien diri, Daebak tak ? HAHAHA sebabnya nak hilangkan paru2 jerawat yang hitam tuh aje :P masa ini Decemeber 2015. Betapa lama aku kena hadap tahun dengan muka ini? Aku memang tak pakai mana2 skincare kecuali sabun dan aloe vera.

"3 CARA SIMPLE PENJAGAAN KULIT BY NH"

3 cara simple untuk penjagaan kulit muka yang Nurrul buat secara konsisten. Dari muka teruk sebab eksperiment sendiri sampai ke tahap sekarang ini. . Iye. Aku buat 3 cara ini aja. Dan aku sentiasa pastikan bahan yang digunakan SUPER NATURAL. . .

1. Cuci muka dengan sabun beras, sekarang guna sabun kayu manis,madu dan oat. 
Sila jadi pengguna yang bijak, jangan hanya tahu jaga kecantikan diluar namun yang dalamannya sakit. sebab tu sangat penting baca ingredient atau apa2 label-label yang ada di produk. Itu bukan suka2 taw. Memandangkan kita sekarang ini perlu sangat2 aware dengan setiap apa benda yang kita makan, pakai etc dalam harian kita. Tak nak kelak datang kemudaratan pada kita.

Pilihan Nurrul semestinya adalah produk yang SUPER SUPER NATURAL. 100% Nurrul akan consume dengan produk yang natural. Nurrul ada jual produk sabun yang memang Nurrul sendiri palai sekarang. Boleh visit ig :@nhmartt kalau nak tengok2 usha.

2. Sapu ALOE VERA setiap kali lepas cuci muka. 
Selalunya Nurrul guna Aloe vera dari D'Bella Cosmetic. 
Sangat digalakkan sebelum tidur tu korunk letak atau sapu aloe vera tebal. One of my friends yang belajar farmasi taught me that. Fungsinya adalah untuk melambatkan kedutan diwajah. Wajah pipi gebu gebass gituh. Lagi satu yang daripada pemerhatian Nurrul, kulit kita akan kurang berminyak sedikit. Bangun2 fefeling pegang muka macam kulit baby. Lembut aje. >_< 

3. Sapu bedak compact powder! . Angkat beg tangan, jalan. 😎😎😎 . .
Lepas muka Nurrul teruk giler sebab experiment, benda ini tak sempat nak cerita dalam blog lagi. nani kalau ada masa, Nurrul cerita ya dalam belog. Haha, not that point, pakai bedak compact powder untuk jaga kulit muka kita daripada directly terdedah dengan habuk2 atau pancaran UV.. At least tak kena directly to your skins. Nurrul biasa pakai Maybelline aje. hikhikhik
P/s: Niat nak putih tu mmg tak ada lah sebab tahu memang kulit sawo matang, just make sure kita jaga muka dengan betul. Just be your are. Alhamdulillah. Cantik Indah Allah cipta Aku. Dan kalau muka ada masalah jerawat ke apa ke yang normal dan tak terlalu teruk.. Let it be..Setiap sesuatu ada masa pulihnya sendiri. Nak cepat2 nak kemana kalau nanti...... sambung sendiri. 😌😌😌 . Ini cara aku, Korunk punya cara macam mana pulak? Share lah kalau sudi . .
Tips | Simple Penjagaan Skincare by NH
Dan, berkat kesabaran dan konsisten dalam merawat muka menggunakan bahan2 alami, Bulan 3 2017 inilah hasil kesabaran aku. Hehe. See, semua benda yang nak kena heal ada masanya tersendiri. Even hati kau remuk pun kena amek masa untuk pulihkan, begitu juga yang lainnya. So keep waiting. Lepastu ada jerawat biasa2 tu normal. its show your skin is sihat.

         So hope korunk get something from this tutorial, tak salah nak cantik, itu memang naluri kita sebagai manusia. Tapi make sure kita kena bijak, bak kata orang sihat luar sihat dalam kena diutamakan. Moga Allah Redha. Terima kasih sudi baca post ini :)

Cantik/Sihat di Luar, Cantik/Sihat Di Dalam


Tips : Berhenti Memakai Produk Bermerkuri


Assalamualaikum dan Hi.
  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita yang kita sendiri terperanjat apabila mendengarnya, lagi-lagi tentang produk kecantikan "skincare". Why? Sebab kita juga merupakan salah seorang "customer" yang akan tak lari dari menuggunakan produk "skincare" , lebih-lebih lagi kalau produk skincare yang kita pakai tu tersenarai dalam senarai produk2 yang mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya. Nurrul tak nak kupas panjang2 pasal info2 bahan yang berbahaya dalam sesetengah sabun yang digunakan. Fokus Nurrul adalah nak ajak korunk semua tak kisahlah lelaki ke perempuan untuk sama-sama aware tentang isu ini.
Disebabkan berita tersebut, ramai pengguna skincare yang dahulunya setia kini berlari arah, demand untuk produk yang terdiri dari bahan alami menjadi permintaan yang tinggi dipasaran ketika ini. Yelah, orang mana yang tak takut muka dia rosak hanya kerana bahan-bahan kimia yang terkandung dalam skincare itu sendiri. Senang kata, kita niat nak menjaga muka, tapi kita hanya pandang luaran, sedangkan dalaman kita rosak secara perlahan-lahan.
   Bagi sesiapa yang nak lari ke pengunaan bahan-bahan organik dalam sabun terutamanya, tak salah! Nurrul malah sangat2 menggalakkan anda semua menjaga luar dan dalaman tentang kesihatan kulit muka terutamanya. Tapi, AWAS!!! Jangan terus tukar. Semua perlukan masa. kalau nak stop sesuatu produk skincare tu, jangan terus pakai produk yang lain ya. Jom ikuti tips berharga ini.

Jika pernah pakai produk merkuri, jangan terus tukar ke produk baru walaupun organik. Mesti rehatkan muka dulu, biar kesan merkuri tu hilang. Supaya anda tak salahkan produk baru tu jika ada kesan lain.

Cara mudah :
  1. Cuci muka dengan air suam sahaja.
  2. Buat masker dengan hampas teh.
  3. Buat toner guna air kelapa. Celup kan kapas dan sapu.
  4. Sapu aloe vera gel. .
Mudah sahaja kan? Kalau boleh biarkan muka anda bebas daripada mana-mana bahan kimia selama sebulan. Jika anda yakin untuk memakai sabun organik selepas 2 minggu pun okey. Kenapa kena bagi masa untuk muka? Supaya nanti bila muka dicampurkan dengan bahan2 organik, tak adalah dia bertindak balas dengan bahan-bahan kimia yang memang dah ada dekat muka anda itu. Ibarat ais batu yang diletakkan dalam air panas, apa yang terjadi? Haa macam tulah ibaratnya.

Mana nak cari sabun yang 100% menggunakan bahan-bahan organik , 100% ekstrak tumbuhan ? Nurrul ada solusinya. Nurrul juga merupakan pengguna yang memang dari dulu lagi consume semua penjagaan diri yang 100% neutral. Kulit Nurrul sangat2 sensetif kepada bahan-bahan kimia.

Sabun cute bebas bahan kimia. 100% bahan daripada tumbuh2an. 😎 Nak detail lagi. Rojer aje iolls 017-7017113 cik Nurrul Memperkenalkan Sabun Cute  dari Saupor. Sabun berbentuk comel ini sangat sesuai untuk masalah kulit antara manfaatnya, dapat merawat:

  • jerawat (semua jenis sabun)
  • jeragat (kayu manis)
  • kulit berminyak (oat dan tomato)
  • menyingkirkan bintik hitam (oat)
  • menghaluskan kulit kasar (madu)
  • membuang sel kulit mati ( oat)
  • gatal dan ruam bayi (madu)
  • kulit kusam ( delima)
  • Kulit kering (madu)
untuk banyak lagi info2 menarik dan tips penjagaan kulit wajah boleh lawati ke ig : @nhmartt

SABUN CUTE BEBAS SLES, PARABEN DAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA


Service Laptop Terbaik Di Melaka


Assalamualaikum dan Salam sejahtera gaiss,

Welcome back Nurrul!!! Why welcome back? Memang betul kan orang cakap, selalunya detik-detik sisa yang berbaki ini lah yang banyak cabarannya. Saat kita memerlukan sesuatu tu, saat tu pulak dia nak buat semua benda jadi delay/jem. sebab tu jangan sesekali buat kijooo last minute awak2 yang student sama macam aku ini. Nasihat ikhlas dari sis ni.

Tak dapat dari kata-kata sis dekat atas? Meyhh kita buka table. open cerita. Nak dijadikan kisah, aku nak kena present kertas research dari researcher terdahulu untuk subjek Performance Management. Disebabkan minggu depan kena present, aku pun nak buat slide semua. Jem!!  Tahu tak laptop aku rosak! Masa itu hari Sabtu, aku nak present hari Selasa. CC biasa tutup, aku tak tahu lagi dekat mana CC wujud dekat tengah2 bandar Melaka ini. Library UiTM plak kalau buka pun yang for discussion aje dekat tingkat 1, Tingkat 12 ada komputer,PC tutup. Arrgghhh !!! KERAS!! 
Tak menjajau aku mencari ihsan dari insan2 yang dipilih Allah untuk menolong aku pada ketika itu. Dengan assignmnent yang menggunung bak gunung tertinggi di dunia. Kau rasa apa masa tu? Nak nangis, stress semua rasa berbaur beb!!! Tapi semua tu tak membantu siapkan slide tu pun, so take action on that. Nasiblah housemate aku ada laptop. sebab semua dah kerja, assume diorg tak guna sangat laptop. Thanks sangat2 dekat Mia. Kalau tak. memang nangis tak berlagu.
Untuk selesaikan masalah Jem yang komputer den yang mempunyai masalah tu, selagi tak buat apa2 jadi tak tenang nak buat kerja. Aku pun mulalah mencari mana2 tempat untuk hantar repair laptop ini. Memang duduk dekat Bandaraya Melaka ini, aku tak tahu banyak tempat sangat dek kekangan wang. So hasil carian google aku pun menaip : Service Laptop Bandar Melaka. Hasil dari carian itu, aku survey lah satu2 mana tahu available lagi kan.
Jumpalah dengan seorang ini, nama diberi Cik Zaha. Mula2 aku panggil abang, bila jumpa depan2 dia dah dekat2 sebaya abah aku, dia pun bahasakan diri dia Cik. Cik Zaha sangat friendly orangnya. Seronok sangat dapat kenal dan berurusan dengannya. Aku hantar laptop Hari Sabtu petang, Rabu pagi dah siap. Pantas tak kerja Cik Zaha? Aku boleh rate 5 bintang dari 5.
Cik Zaha ni bukan setakat baiki hardware. Software, upgrade android pun dia boleh buatkan. Dia siap tunjuk ajar aku lagi apa yang penting dalam laptop. Yang mana perlu alert untuk update software. Siapa nak kongsi ilmu yang boleh dibuat duit dengan secara free? Terima kasih Cik Zaha kerana membantu masalah saya. Bagi sesiapa ada masalah pasal laptop, jangan asyik nak fikir pasal format aje bila ada yang tak kena. InsyaAllah Cik Zaha ni boleh membantu. 
  • Boleh contact Cik Zaha di 017—2581282. 
  • Lokasi : Jalan Dugong, Area Melaka 20 minit dari UiTM Bandaraya Melaka.
Tuh yang jadi Welcome back Nurrul tu, aku kembali semangat untuk menulis, menyiapkan assignment dan segala2nya lah. Fuhh, Alhamdulillah sangat2. Sem akhir sebelum LI ni banyak kerja semua nak kena guna laptop. Apa2 pun nasihat aku, rajin2lah service laptop. Jangan bila ada problem, semua nak format laptop aje. It is not the way okey. >_<
SERVICE LAPTOP TEBAIK MELAKA!


Taklimat dari Unit Praktikal

Taklimat dari Unit Praktikal
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Pejam celik pejam celik Nurrul dah pun memasuki sem 5 untuk degree life. Yeah ! Hanya tinggal 1 semester ini untuk menghadap buku dan assignment menggunung. Tak terasa kita ni senior dalam kampus. HAHA. Perasan muda lagi konon, wekk. Seminggu kuliah telah berlalu, cepatnya masa. Sem ini bukan sem untuk berjimba atau suka-suka menanngguhkan kerja. Yup, hari pertama masuk kelas dah dapat assignment untuk cari journal/artikel dan minggu depan present. Jadi, kau lanmbat selamat jalan ah jawabnya >_<

Dan semalam kita dengar taklimat dari unit praktikal.. Ya, macam percaya atau tidak aje, aku dah nak praktikal sem depan. betul ke ni ? Omg! Jadi daouble triple kena buat dari sekarang!!! 
Maklumat yang aku boleh kongsikan lepas masuk taklimat dari unit praktikal dari UiTM KBM :
Daftar Diri di Web IMSMK
Semua budak2 yang bakal praktikal sem depan uitm student kena daftar diri mereka di laman web imsmk. 
Apa2 pun kita clear dulu syarat-syarat kelayakan untuk daftar kod kursus ini.
Mestilah tak ada carry paper untuk sem depan, mesti clear semua paper before masuk intership kalau ada pun carry paper, only one paper sahaja. Sebabnya kenapa, satu paper boleh carry lagi nanti bila sibuk praktikal tapi kalau dah lebih dari satu, pengsan nak berkejar untuk praktikal dan kelas.
Advisor untuk buat kertas kerja thesis, dah tak boleh pilih-pilih.
Pelajar hanya tahu siapa advisor untuk kertas kerja mereka setalah seminggu menjalani latihan praktikal. Weee weee so terima saja dengan hati yang terbuka siapa pun advisor awok tu. [cakap dekat diri sendiri juga ni sebenarnya, positif positif ]

Latihan Praktikal Sesi September 2017
Bermula pada 7 Ogos 2017 sehingga 24 November 2017 dan tempuh praktikal adalah bersamaan dengan 16minggu iaitu 4bulan,Area yang boleh cover untuk student UiTM KBM hanyalah di 5 buah negeri : Selangor, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Johor.

Syarikat-syarikat Blacklisted untuk buat internship :
  1. Honda Alor Gajah, Melaka 
  2. Hicom Pagah Indurtrial Park
  3. Yayasan DMDI, Melaka
  4. Pro Vending One, Melaka
  5. Inter Excel Advisory Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  6. Mama Secret Industry, Bangi
  7. Nadira Shoppe (M) Sdn Bhd
  8. Skew works Sdn Bhd, Mitc Melaka
  9. AUO Sun Flower, Melaka
  10. Kip Hotel Management
  11. Cool Station Outlet
  12. Unifield International Collengue, Negeri Sembilan
  13. Utas Travel & Tour Sdn Bhn, Melaka
  14. Z Rich Corporation
Why syarikat atas ini tersenarai blacklisted untuk internship ? Sememangnya ada sejarah tersendiri yang pastinya memang tak patut diterima oleh pelajar. Untuk keselamatan bersama, so pihak UiTM melarang keras untuk masuk buat praktikal di syarikat-syarikat yang tersenarai diatas.
Jadinya, syarikat mana bakal mengambil ku untuk internship ni, Ohh Tidak, kena pilih betul-betul, mana tahu boleh terus serapp masuk, debaran terus terasa sebabnya beberapa bulan saja lagi semuanya akan terjadi. Apa suggestion Syarikat korunk untuk Nurrul yang berada dalam bidang Human Resourse ni ?? Any idea pliiss share taw. sangat-sangat dialaukan,

Ada lagi info tambahan ? Nanti aku hupdate yer :P
Okey jom setelkan apa-apa yang perlu untuk document internship ini. Sampai ketemu lagi ya. :)


Tempat Best travel ke Langkawi

Tempat Best travel ke Langkawi
 Assalamualaikum dan Hi,
Langkawi ? Siapa dah jejak ? Yeah, alhamdulillah, wishlist pertama dari dalam blog ini untuk destinasi percutian yang nak sangat pergi dapat jejak dah satu.. Sengih kita seroang diri taw.Facebook Blush Emoticon Siapa yang tak seronok capai benda yang kita nak kan.. ke aku aje yang overacted sorang2 ? SatisfiedSatisfiedSatisfied

Percutian ke Langkawi kali ini merupakan rombongan sekolah Mak, alang-alang aku tengah cuti mak pun hape lagi ajak kita lah join.. hihi. Seronoknya! Lepas kan tension sem lepas punya. Aku memang stress sangat2 sem lepas. Hanya Allah yang tahu, so, bila dapat cuti ni, syukur nya Ya Allah. Travel ke Langkawi ni selama 3D 2N aje. Anggaran kos pengangkutan pakej RM300++ jugak lah seorang. Okey kan ?

Bergerak dari Desaru dalam pukul 6petang pada rabu 8/2/107 sampai dekat area terminal ferry pukul 6pagi menaiki bas. phewww lama unn ? tapi seronoklah sebab ramai2 kan. lepas aje sampai kami solat subuh di masjid berhampiran terminal ferry tu sebelum sambung perjalanan ke Pulau Langkawi pada pukul 8:20pagi. Alhamdulillah aku sampai ke Langkawi 45minit selepas itu. Facebook Kiss Emoticon


Paksa Rela Simpan Emas Fizikal

Paksa Rela Simpan Emas Fizikal

Assalamualaikum dan Hi, 
Serious nya bunyi tajuk entri kau ni. ahahaa, yup, aku just nak share something yang valuable sangat2 dengan kita punya wang ringgit yang semakin hari semakin sedih beritanya. Serammm gtuh.. Nurrul sangat sarankan enrti ini dibaca dan dapat hidayah untuk sama2 buat perkara ini, Sama-sama kita sebarkan kebaikan tentang emas fizikal.

Siapa yang kenalkan aku dengan emas?
Dalam 3 atau 4 tahun lepas, terima kasih kpd sesorang yg telah memperkenalkan aku dgn dunia Emas, bayan. Dia kenalkan apa itu pelaburan emas dgn #MahaSiswaCelikEmas , emas simpan dekat bank dan dpt dividen. Tak lama dalam berapa group tu menyepi sebab ada masalah sedikit. Jadi minat aku untuk kumpul emas menurun dan mencari org yg boleh realisasikan impian aku untuk mengumpul emas kembali.



Tutorial : Blog Mesra SEO

ciri2 Blog Mesra SEO

Dari mula-mula blogging lagi, aku selalu tanya, minatang apakah yg bernama SEO ni ? Rupanya macam mana ek, nak kata tahu pasal Seo setelah sekian lama asyik skip aje kalau bab ini. Sekarang baru nak sedar sikit tentang kepentingan SEO Friendly ni, jadi samalah kita merangkak menjayakannya sampai blog kita adalah SEO Friendly. Jadi ini hasil telaah yang tak seberapa moga berguna buat semua. :P

Apa itu SEO ?
SEO itu adalah short for Optimisasi mesin pencari (bahasa Inggris: Search Engine Optimization, biasa disingkat SEO) adalah serangkaian proses yang dilakukan secara sistematis yang bertujuan untuk meningkatkan volume dan kualitas trafik kunjungan melalui mesin pencari menuju situs web tertentu dengan memanfaatkan mekanisme kerja atau algoritma mesin pencari tersebut. Tujuan dari SEO adalah menempatkan sebuah situs web pada posisi teratas, atau setidaknya halaman pertama hasil pencarian berdasarkan kata kunci tertentu yang ditargetkan. Secara logis, situs web yang menempati posisi teratas pada hasil pencarian memiliki peluang lebih besar untuk mendapatkan pengunjung.” (Sumber: Wikipedia)
Secara ringkas dan bahasa mudahnya adalah untuk memastikan blog kita mudah dijumpai di search engine Google dengan kata kunci blog kita. Semestinya nak target bila dicarian search engine google, nama blog kita paling atas gituhh.. 
Sebelum tu , bolehlah bandingkan dulu Seo blog macam mana. Ingat setiap Seo Checker berbeza result nya, yang biasa digunakan blogger2 lain Seo CHKME ataupun guna Website Grader ini. Banding beza sebelum dan selepas blog di'repair':)



Nafas Baru

Assalamualikum dan selamat pagi.
Ahakkz, semangat betul Nurrul update pagi2 ni.  ada yang tak yang tak tidur lagi ke ?? Moh jadi kawan burung hantu dengan Nurrul moh lah kita :) Demi untuk blog kesayangan Nurrul yang selalu ada tika sakit dan suka juga buat sahabat-sahabat maya Nurrul yang sentiasa support membuatkan semangat untuk terus terus bangkit dari kemalasan menjenguknya. - Senyum sendiri -

Buat yang masih setia mengunjungi disini, TERIMA KASIH sangat2, *peluk sikit yg perempuan* :P lelaki kita Sengih aje. HAHA . Jadi, apa yang nafas barunya ? Siapa ada nampak kambing lalu dekat blog Nurrul ni ?? Haa, tak ada. okey tak pe sebab bukan kambing tu pun nak kita ceritkan, HAHA .

APA YANG BERUBAH ??
Jeng .. Jengg .. Jenggg
.
.
.
.
Tara !!!! 
Clean Responsive Template
Blog ku dengan nafas baru dengan azam berblogg yang mesti kita buat inikalilah ! ◕‿◕ kakakka . berangan lebih. Apa special design kali ini ?? Hasil telaahan dari kawan-kawan blogger nurrul tukar template Blog responsive design, yelah teringin juga seo engine search google tinggi macam blogger femes emes /berangan tinggi tapi habuk blog huhuhu/ . Design kali ini nampak macam best aje, macam mudah aje, macam simple malas habis yang penting nak kekalkan loading bloggg itu yang penting dikira utama.

Apa komen korunk dengan design baru blog Nurrul ni ? komen jujur nanti kita bagi coki-coki punya plastik :P
Hmm, header tu ala-ala transformer kan ?  Nampak ganas gituh tulisannya tapi tiba-tiba tepi tu ada rerama molek. tu nak tunjuk banyak makna. korunk tahu tak . hihihi /sebenarnya kita dah suka sangat buat design yang simple mimple. sebab header aje pun/ lagipun biar orang masuk aje blog ni tahu ini belogg Nurrul yang punya. Eh rasa seronok pulak membebel pagi-pagi buta ini. hahaha. Okeylah. itu aje. Korunk share taw apa yang korunk rasa pasal belog ini. Terima KASIH. ^_^