Tips : Pakaian Untuk Konvokesyen

Tips : Pakaian Untuk Konvokesyen

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Memandangkan musim konvo pun sudah pun melabuhkan tirainya, jadi adalah masa untuk Nurrul berkongsi tips pakaian untuk konvokesyen UiTM. Alhamdulillah sudah 2 kali Nurrul dapat sarung jubah untuk istiaidat konvokesyen UITM melalui diploma dan ijazah sarjana muda.

Apa yang korunk perlu pakai waktu hari konvo ? 
Panduan pemakaian ini juga penting untuk ibu bapa yang masuk ke dalam dewan semasa istiadat berlangsung.

Pakaian Graduan :

1.Baju.
Lelaki – Kemeja warna Cerah/Pastel, bertali Leher dan memakai blazer dipadankan dengan seluar slack.

Perempuan – baju kurung, kebaya warna cerah/pastel digalakkan. Pakaian tradisional yang lain pun boleh, tetatpi seeloknya mengikut bangsa. Yang pasti, sepanjang berada di dalam dewan, pakaian mestilah formal dan sopan.

2.Kasut
Lelaki – Pakai kasut kulit berwarna gelap (seelok-eloknya warna hitam) dan mesti memakai stokin (full cover, bukan sampai buku lali sahaja)!

Perempuan – Pakai kasut formal bertutup, hitam atau warna gelap dan mempunyai tumit sedikit (tak boleh pakai kasut yang flat). Untuk perempuan, pemakaian stokin tidaklah diwajibkan.

Sila ambil perhatian, pemilihan kasut semasa istiadat konvokesyen adalah sangat penting! Dilarang memakai sandal dan selipar. Sepanjang berada di dalam dewan, mesti pakai kasut formal, lepas majlis kalau awak nak tukar dengan kasut lain itu terpulang. 

3.Tudung
Point ketiga penting untuk orang perempuan, mestilah memakai tudung yang berwarna pastel/cerah dan anak tudung hitam. (Untuk memudahkan pemakaian mortar board)

Untuk yang free hair, ikat rambut dengan kemas, korunk standby sepit kecil hitam  untuk lekatkan mortar board (topi).

Image result for istiadat konvokesyen uitm pakaian

Pakaian Tetamu Lelaki:-
  • Kebangsaan, atau
  • Batik, atau
  • Lounge Suit, atau
  • Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).


Pakaian Tetamu Wanita:-
  • Kebangsaan  atau
  • Pakaian Rasmi  atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan,dan kemeja-T, TIDAK DIBENARKAN).
  • Tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar atau fesyen baju berseluar.

Untuk Maklumat lanjut boleh ke portal UITM : Etika Pemakaian
Safety pin konvo
Lupa nak bawa dari rumah, nasib dekat Tesco Cheng ada. Haha

Keperluan untuk baju jubah, mortar board (topi), hod dan selempang pink.
1.Sila sediakan safety pin yang kecil/sederhana, jarum peniti, sepit rambut untuk dilekatkan pada pakaian konvo agar kelihatan kemas.

2.Benda yang selalu berlaku adalah, dimana mortar board (topi) kita kena langgar sikit atau tunduk akan jatuh, jadi korunk gunakan jarum peniti mata kecil dan lekatkan antara mortar board (topi) dan tudung, sepit rambut antara rambut dan mortar board (topi).

3.Untuk graduan ijazah sarjana muda, korunk akan dibekalkan dengan hod mengikut warna fakulti masing-masing, jadi gunakan safety pin untuk kemaskan kedudukan hod anda. Tak adalah nanti masa ambil scroll senget sebelah ke apa ke. ^_^

Make up untuk konvokesyen
Bukan selalu kita make up cantik2 kan bagi perempuan, so kalau nak make up masa ini, make up lah light light saja, tak keterlaluan dan tidak membazir. Kalau macam Nurrul, Nurrul make up sendiri aje, 

Apa barang make up mahal, aku ini seorang yang sangat sensetif kulitnya. Kalau pergi kelas biasa tuh, tepek bedak powder dan lipsbalm jek. Haha. Nurrul gunakan set make up dari Nuraisyya. Senang apply dan senang tanggalkan. 

FORMAL LEBIH CANTIK/HENSEM :)


4 comments

  1. hi..nak tnya..kalau untuk perempuan memang wajib pakai kasut yg bertutup penuh jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye awak, bagi sesiapa yang duduk di dalam dewan, nama pun istiadat jadi kena have a proper and formal dress code, sopan gittew. Kalau nak duduk luar dewan takpe lah :)

      Delete
  2. Hi assalamualaikum, kak walaupun sekarang tengah covid dan convo ditunda. saya mahu bertanya juga, boleh ke baju warna kuning air. sebab saya ada terbaca warna kuning x boleh sebab warna diraja, tapi warna raja kuning terang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. saya rasa boleh. i know warna mcm light yellow.. boleh.

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan