Tahniah Afif!

Assalamualaikum dan Hi Semua!

Woah, direct gilakk tajuk post. Haha. Sekarang memang tengah musim konvo dekat universiti IPTA kan. Post ini adalah bertujuan untuk membakar semangat adik-adik kita yang tengah struggle habiskan belajar untuk mendapatkan segulung ijazah mahupun diploma.

Pada hari Selasa yg lalu, Nurrul ke UITM Shah Alam untuk bersama-sama meraikan  graduan ijazah UITM di Dewan Agung Tengku Counsler(DATC). Walaupun harapan dapat konvo dekat dewan yg begitu gah ini tidak kesampaian, worst kes dapat temankan orang datang konvo dekat sini pun boleh lah. 🌹
Tahniah Afif!!!

Akhirnya dapat segulung ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan (pemasaran). Didoakan segala ilmu itu dapat digunakan sebaik mungkin utntuk agama, bangsa dan negara. Cewah!! /poyooo sangat ayat kau tu/ 😂

Sidang petang masuk dewan pukul 1:30pm dan tamat pada pukul 4petamg. Yeah, den tunggu seorang diri dekat bawah khemah aje dengan orang lain, parents Afif masuk dalam dewan. Lepas habis istiadat terus ke booth gambar untuk bergambar. Dah settle posing kami pun pulang ke rumah. On the way nak menuju ke tempat parking kereta tuh, nostalgia lama kembali apabila melalui track and field UITM Shah Alam.


Sempat lah kita pinjam topi untuk posing dekat tempat kenangan. Track ini telah menganugerahkan Nurrul pingat gangsa dalam acara 400m dalam kejohanan Sukan Antara Fakulti UITM pada tahun 2013. Selepas tuh, terkuburlah tittle sebagai atlet olahraga. :( 2004-2013.

Zaman belajar dah melabuhkan tirainya untuk sementara waktu ini, fokus pada komitmen sebagai seorang pekerja. Jadilah pekerja yang mempunyai disiplin diri yang tinggi, dedikasi dan bertanggungjawab. 🌸

No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan