Assalamualaikum dan Hi,
Sebagai Alumni UiTM Kampus Bandaraya Melaka, sis terpanggil untuk buat post kali ni, jadi entri ini untuk Pelajar Uitm Bandaraya Melaka, KPTM Melaka, Micost Melaka, dan UTEM kampus bandar Melaka.
Adik ipaq dapat masuk UiTM Kampus Bandaraya Melaka last minute. Kenapa aku cakap last minute panggilan? Bayangkanlah, okey bayangkan , terima surat tawaran pada hari Khamis dan kuliah bermula pada Isnin berikutnya. Yang lagi kalut adalah penginapan kediaman kolej tidak disediakan, (sebab biasanya UITM Kampus Bandaraya Melaka akan dahulukan student yang first belajar, adik ipar aku ni dia dah pernah diploma dekat UiTM sekarang nak sambung Degree pulak jadi kira macam senior jugaklah kan so layak lah entitle Non resident (NR))
Kalau korunk jadi adik aku, yang tak pernah keluar jauh dari keluarga, yang tak ada pengalaman selok belok di Melaka sekitarnya, Gelabah tak? Opkoslah kan. Perlu aku tekankan dekat sini sebagai Alumni UITM Kampus Bandaraya Melaka, sekiranya korunk tak dapat kolej, adalah sangat susah cari rumah sewa yang berdekatan dengan UITM melainkan korunk mempunyai "transport". Yer nama aje bandar macam best lah semua ada senang nak dapatkan barang-barang duduk tengah bandar kan 10 minit sampai dah bandar hilir.
Bila dah dapat surat tawaran tu, semak aje tak dapat kolej, perkara yang korunk boleh buat adalah :-
1. First try buat permohonan dengan pihak kolej Tun Mamat (Siswa) / Kolej Tun Mutahir (Siswa)
Korunk try lah call Unit Pengurusan Kolej (UPK) yang incaharge. Biasanya depa akan suruh buat surat rasmi permohonan kolej (dalam surat tu sertakan sebab memohon kolej) , lepastu email surat tersebut ke email yang depa bagi.
Tunggu keputusan,
Sewa kolej 1 semester dalam RM400.00 aje. tapi peraturan kena ikut. Kolej dekat sini macam apartment, satu rumah ada 3 bilik 2 bilik air, 1 master bedroom ada 4 orang, 2 bilik lagi 2 orang satu bilik, setiap bilik ada almari baju ikut kuantiti penghuninya (yang 2 bilik ni biasalah kongsi bilik air) dan meja belajar dekat ruang tamu (yg aku describe ni Tun Mutahir ye, yang Tun Mamat aku tak ingat layoutnya)
Jangan terkejut taw, kampus UITM dekat tengah bandaraya ni antara kampus yang terpelik buat aku masa masuk awal-awal. Terpisah jauh dari kolej, mehmeh. Yelah dah la satu banggunan aje UITM nya, keluar dari banggunan dah dunia lain. Kolej Mamat/Mutahir pun ambil masa 10-20 minit jalan kaki
dalam masa nak tunggu keputusan / korunk memang tak nak duduk kolej, Yelah ada student suka duduk kolej, ada yang tak suka. Macam aku tak suka duk kolej sebab aku tak suka dikongkong. HAHA. Dengan peraturan kolej dan nak dapatkan kolej next sem kena rajin ikut aktiviti kolej dengan mengumpulkan stem/sticker aktiviti. Plus aku nak memasak (masih percaya masakan aku lagi sedap hahaha)
2. Try tanya pegawai Apartment Yayasan Melaka @ AYAM
Student dekat bandar dengan nama AYAM ni memang dah familiar taw, kalau orang first time dengar maybe akan pelik siket lah hahaha. Korunk trylah call pegawai AYAM ini, tanya ada tak kekosongan bilik untuk pelajar. (biasanya ada kuata untuk pelajar UITM, MICOST, UTEM dan KPTM).
Kalau rezeki korunk ada kekosongan, masuklah bayar aje deposit full. Sewa AYAM untuk 1 semester RM800 ++. Jadi satu bulan jatuh dalam RM160 aje dan peraturan longgar lah siket dari kolej Uitm HAHA. Kolej AYAM ini pun macam rumah apartment, 1 rumah ada 5 bilik dan 1 bilik ada 2 katil. Ada 2 bilik air, 2 bilik mandi. Setaip bilik ada 1 kipas dinding, 2 meja belajar dan 2 almari baju.
Dekat area mana Kolej AYAM ni? Betul betul bersebelahan dengan UITM Kampus Bandaraya Melaka. lagi dekat dari Kolej Tun Mamat/Mutahir. ^_^
Cara nak daftar ? Sangatlah mudah
Pergi dekat kaunter bawah yang berada di blok B, jumpa pegawai PIC, serah dokumen yang diperlukan (surat tawaran belajar/kad Matrik dan IC) dan buat bayaran. Lepastu dah boleh check in.
3. Try cari Rumah sewa yang berhampiran
yang paling dekat rumah area situ tak ada lah terlalu dekat nak dibandingkan kolej Tun Mamat/Tun Mutahir dan AYAM. tapi memilih untuk sewa rumah ni semuanya perlukan kenderaan, kalau tak ada memang agak payah siket lah, payah apa pung jalan jauh lah kalau sanggup tak pung Grab (manyak ongkos lah diperlukan)
Tips untuk pilih rumah sewa ini, aku sarankan korunk cari PIC Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) MPP Non Resident atau lecturer yang incharge bahagian Non Resident ni. Mana nak cari depa?? Hang type aje dekat IG UITM KBM , keluar lah nanti MPP NR UITM KBM.
At least,depa ada group khas untuk pelajar-pelajar yang cari rumah sewa. Bab harga tu, korunk PM dengan owner lah yer. Harga sewa rumah ni memang jangan nak dibandingkan dengan 2 yang aku senaraikan di atas. Harap Maklum.
.
.
Okey, aku rasa setakad ini dulu yang wajib, bebel panjang2 kang lemau pulak nak membaca. Terima kasih kerana telah berkunjung kemari. hehe
Any question please do not hesitate to ask, TQ
No comments
Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan