Dia memanggilku, untuk memanggil-Nya

Tersentap aku dari lamunan seketika.... mengimbas segala memori pahit manis yang aku lalui sepanjang 19 tahun aku hidup.... Sungguh, cabaran dan dugaan itu dapat dirasai tatkala aku mula berada dibangku sekolah menengah, mengalami pertukaran zaman kanak-kanak ke alam remaja... Sungguh mencabar !!
Lekaku, lalaiku, hanyut diriku akan keindahan dunia, dugaan demi dugaan yang seakan-akan mampu membutakan mata hatiku untuk terus mendekati Tuhan yang menciptakan diriku... Menyalahi segala takdir yang tertulis untukku dariNya seakan-akan tidak pernah adil buat diriku... aku memberontak dalam diam...
Berkali-kali aku disapa olehNya, tetapi aku seakan-akan ambil endah tak endah engan dengan sapaan itu... Waktu berlalu dan terus berlalu dan harinya tiba... Sebuah ujian yang padaku dirasai terlalu perih dan kali ini hatiku betul-betul terpanggil dengan apa yang menimpa diriku.... Terhimpit akan sebuah ujian yang menyesak dada mulalah mencari dan menyebut namaNya.. 
Akui hakikat itu, aku imbas kembali sepanjang perjalanan, aku cuba renungi setiap perbuatan yang telah dilakukan aku tunduk malu, malu aku memikirkan pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan.. aku tertunduk malu , merintih hatiku kekesalan tak berpenghujung.. Namun masih belum terlambat untukku mencari keampunan dan redha dariNya..
Ya, Allah itu apabila hendak memberikan hidayah kepada seseorang, ada 1001 cara. Ada yang diberiNya kecelakaan, kesenangan, tanggungjawab, amanah, ujian dan penyelesaian. Allah Maha tahu apa yang hambaNya perlu. Allah memberikan apa yang hambaNya perlu, bukan apa yang hambaNya mahu.
Jika ujianlah yang mampu membangkitkan hambaNya, maka itulah yang diberikanNya. Jika kehidupan pahit mampu membina peribadi hambaNya menjadi lebih baik, maka itulah yang dilakukan olehNya.
Ya.......
" Dia Memanggilku, Untuk MemanggilNya" 
Kadangkala Allah memanggil kita,agar kita memanggilNya,
Agar kita tinggalkan selimut kelekaan, menuju medanperjuangan demi kemenangan. :)


Erti Syukur


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Lagu ini buat aku menangis... Sangat mendalam isinya.. dan selalunya manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan... Moga aku tidak leka dan sentiasa dekat dengan Nya... Ya Allah betapa kerdilnya diri ini.. Ampuni aku...


Interview Exco D'trans Sesi Dis-April 15

Ok, ini panel-panel yang menyoal semasa temuduga dijalankan





Safari Park Experienced










Guna Semula Barang Rosak

Sejak nak naik sem 3 dulu, sejak kena duduk luar (rumah sewa) macam-macam bersawang dalam otak aku ... Semua barang rosak yang aku rasa boleh angkut ke rumah sewa semua aku nak angkut... bagi lapang rumah siket.. hohoho.... Dah lama aku usha perabit lama dalam stor yang telah rosak sebab banjir.. bukan pada keseluruhan rosak... 
Berbekalkan kemahiran yang ada waktu belajar kemahiran hidup dekat sekolah rendah dulu, tercetus nya idea untuk mencantikkan perabut yang rosak untuk diangkut... ^^
 
Cara ?? Simple tak perlu pening kepala... asal sedap mata memandang dan mudah... mudah.. mudah.. Segala peralatan mula dikumpulkan minta dekat mak, abah.. Jadi, gunakan Guntung, staple gun, gergaji dll untuk mengubahnya....
Bila buat dah siap separuh jalan tiba-tiba setan bagi keluhan pulak dekat diri aku... mana tidaknya dah penat gergaji atas bawah kiri kanan perabut tuh, nak stop gtuh aja ??? Haih tak boleh jadi... Aku gagahkan juga sampai hasrat aku tercapai... Taraaaa .........
Tak sia-sia kalau kita ada kebolehan Kemahiran hidup yang dibelajar waktu dibangku sekolah dahulu digunakan pada masa hadapan...Memang kadang kala kemahiran hidup yang asas penting... baru aku tahu menilai kenapa kita kena belajar subjek tuh dulu... >_<
Barang yang masih boleh dipakai, janganlah buang... tapi kalau tak guna untuk jangka masa yang panjang, buang jelah.. kot-kot menyemak aje rumah.. :D

Final Sem 3


Syukur ke hadrat Illahi, dengan izinNya masih aku diberi kehidupan untuk hari ini..... Dengan tanpa ada perasaan teruja, aku pun membuka email.... Tuptup !! Penantian yang aku tunggu berakhir hari ini.... Perasaan berdebar saat aku melihat slip keputusan peperiksaan akhir sem 3.... dan ini saja yang tertera....

Alhamdulillah.... itu saja yang mampu aku lafazkan.. Ya Allah, sungguh engkau Maha Pengasih memberikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaMu... Moga kehidupan ku selepas ini dirahmati dan diredhaiMu serta aku ke arah perubahan yang lebih baik....
Nak buat pengakuan, sebenarnya untuk subjek Macroeconomic, Nurrul tertinggal dan tak jawab 2 soalan essay, 1 soalan 20markah, bermakna aku telah free-free aja buang 40 markah.... masa dah keluar dari dewan baru semak, masa tuh nak nangis dalam hati kenapa lah aku dah double check banyak kali tapi bapak soalan (arahan utama di muka surat depan)  aku tak baca ... 
Masa tuh memang tawakal habis... nak menyesal dekat situh pun dah tak guna.... aku pun beredar dengan perasaan penuh tawakal.... PENGAJARAN buat aku dan yang lain... Make sure read the main instruction on the first page... :)
Hard time will come soon for semester 4... Nurrul be prepared !!!  :) 


Mudahnya Susun Jadual untuk Siswa UiTM

Masa Part 1 dulu memang senang saja sebab semuanya diberi dan diuruskan oleh Hea, bila naik sem 2 dan seterusnya pelajar sendiri yang kena buat register class, susun jadual kelas dll. Masalah bila nak masuk sem baru kebanyakannya : Lambat register, kena masuk group lain, -Nak free class hari tertentu, -Ada repeat paper dan susah nak susun jadual etc.
Jangan susahkan hati, semuanya boleh dibantu dengan Aplikasi LUMOS UITM
Download Lumos Application http://tiny.cc/lumos-uitm

Step :
1. Buka Lumos UiTM selepas dimuat turun.
2. Pergi dekat Edit -> Log in Istudent
3. Lepas log in -> click pada Manual *refer gambar bawah untuk step seterusnya 
Sampai pada step ke-3 ulangi step 1 dalam gambar sehingga semua course code yang akan diambil untuk sem baru. Baru tekan create. Nanti akan terteralah jadual macam dekat bawah ini :
So, dah siap dah jadual untuk Sem baru :) Jangan ponteng kuliah !!


Semester 3 Break

17 October 2014 tamat sudah final exam !!! Fuhh, penantian nak habis exam pun sakit juga taw.... Alhamdulillah, berakhir juga semester 3 buat aku, harap-harap keputusannya baik-baik sahaja... Cuti sem ni nak buat apa ?? huh, sedih sem nie tak dapat join Karisma macam sem 1, yelah bila ada orang yang lebih berkebolehan dari kita, mesti kita kena buang kan ? sedih... mungkin itu perasaan orang-orang yang tak dapat.. sama macam aku.. :) senyum...
Untuk sem ini banyak sangat pahit manis yang aku alami.. dari awal aku masuk sampai akhir sem ini.. sem ini banyak sangat kepahitan yang aku tempuh seorang diri.... Aku masih bersyukur Allah permudahkan segala urusan aku.. bermula dari awal-awal mendaftar pertukaran tempat belajar, masalah rumah, masalah diri dan masalah belajar... Ada masalah yang dapat aku atasi dengan baik dan ada masalah yang aku tak dapat atasi dengan baik... Semuanya kena hadap dan tempuh juga..
 Aku tak boleh mengelak..... makin meningkat umur kita makin banya dugaan yang kita akan tempuh, aku percaya segala nya itu adalah untuk membuatkan kita lagi kuat... aku percaya Allah tidak akan pernah uji hambaNya dengan ujian yang tidak boleh dihadapinya....Nak cerita dekat sini pun tak sempat... kadang-kadang aku rasa biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu.............
Emm, cukuplah.. nanti aku bebel lagi.. sekadar luahan hati... nak cerita semua memang tak akan habis.. buat sinopsis aja untuk semester 3.. haha :P poyos!


Di Atas Nama Cinta


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Inspired this song !! Ya Allah, moga masih belum terlambat untukku... Mendambakan keampunan dan keredhaan dariNya... Amin..


Design Own Photo booth Prop (DIY)

Sekarang sedang menjadi trend untuk majlis mesti ada photo booth corner.. tak kisahlah dekat majlis bertunang, kahwin atau apa-apa majlis yang berkaitan.. Mesti jadi satu kepastian untuk snap gambar-gambar sebagai kenangan.... So, jom jimatkan duit dengan buat photo booth sendiri dengan mudah tanpa sewa mahal ! :D Let begin..
Barang yang diperlukan adalah :
  • Cupboard 
  • Hot Glue Gun & Glue gun
  • Lidi sate
  • Gunting , Pisau
  • Kertas Kilat @ serbuk kilat ( untuk cantikan gambar , buat tulisan )
  • Idea , melukis @ printable prop picture...
  • Kalau nak printable prop picture, ambil di link ini : Photo Booth Prop ! , or google aja " Photo booth template" keluar semua yang korunk nak.. Just pilih...
Step DIY photo Booth :
1. Bagi yang jimat macam aku, lukis free hand jee di atas sekeping cupboard.. tak kisah lah bentuk tuh macam mana, pandai-pandai lah :)
Untuk printable , korunk lekatkan printable picture tuh dekat cupboard.. Okey.. :)

2. Bila dah penuh satu cupboard dengan lukisan, gunting lah.. Masa nie perlukan kesabaran yang tinggi sebab tangan sakit gunting benda keras.. :D

3. Siap gunting, untuk mencantikkan lukisan tadi, gunakan kertas kilat untuk hiasan. bagi yang nak buat tulisan mcm " Just Married" ; "I am yours" ; "Single" ; "I'm Next" etc. Memudahkan urusan.
4. Dah siap hiasan, lekatkan lidi sate dibelakang dengan mengunakan hot glue untuk tahan lasak bila barang bertukar tangan..
5. Photo booth prop sudah siap, dan apa lagi.. POSING lah !!! :D


Buku Diploma Part 3 BM117

Buku untuk dijual ! !
Subjek Part 3 Diploma BM117
Focus student : UiTM Pasir Gudang (BM117)
Buku Teks :
Macroeconomics - ECO 230
Ekonomi Islam - CTU241
Buku Manual :
Transport Society and Environment - TPT 343
Fundamentals Of Marketing - MKT243
Macroeconomics - ECO 230
Harga : harga boleh dirunding tapi tak semahal beli first user.
Keadaan buku : 90% Sy punya buku masih comel lote lagi.. hehe
Berminat ? cari di fb sy atau nyatakan di sini . :) Thank You !


Pre-Graduation Night and Dinner D'trans Society Jun-Oct 2014

Date : 16 September 2014
Venue : Ballroom, Amansari Resort
Time : 8:30pm until 11:30pm
Theme : Ballroom dress !

Barisan Belakang : Iqbal, Hairi, Akmal, Haziq, Syamil (black) Paan, Ikmal(Bobby) Afif
Barisan hadapan : Hakeem, Suffi, Kak Dell, Miss Azlina, Kak Astra, Kak Bib, Izzah dan aku.. Yang peganga monopod tuh namanya Shahrizal (Apek)
Exco-exco D'trans Society yang telah bertungkus lumus memastikan Event ini berjalan dengan lancar.. :)


Acah-acah jee ambil gambar masa ini, aku rasa dalam sejuta gambar diorang baru dua tiga kali ada gambar aku... Aku tak suka bergambar... sobsob...
Setiap exco-exco mempunyai bahagian masing-masing dalam melancarkan majlis ini, aku pun baru saja join exco Dtrans Sem ini, dan aku ditugaskan oleh ketua projek Apek untuk menguruskan bahagian decoration. Bekerjasama oleh Haziq dan juga Hairi. Jadi inilah bahagian decoration kami bertiga; phptobooth Corner !!

Kain langsir mak terpaksa dipotong dua bagi memenuhkan dan menyaluti dinding hitam tuh.. kui3.. >_<
Act, aku tak suka ada bunga-bunga bagai, jadi tukar bunga letak kipas.. Omey tak ?


Prop photobooth, rasa buat macam siket saja, separuh pada aku separuh lagi pada Haziq dan Hairi, sekali gabung... Penuh and melimpah-limpah sebalang... Hahaha lawak gilak !! :P
Kami pulang jejak dalam pukul 1 pagi... Fuhh, balik rumah aku rasa badan tak sihat.. Okey, mungkinkah ini jajan untuk deman final exam ?? harap, dapat perform dalam final exam.. Doakan yer dapat result tip top untuk semester 3 ini dengan Dean List result... Amin... Dean List,I 'am catching you !!!



Sukan Antara Fakulti (SAF)

Julung kali pertamanya UiTM Johor buat Sukan Antara Fakulti (SAF), memandangkan UiTM Johor sudah ada dua cawangan.... UiTM Segamat dan UiTM Pasir Gudang... Kini, apa-apa pemilihan peserta untuk KARISMA akan ditapis di sini.. Aku tahu peluang aku makin tipis untuk ke peringkat seterusnya memandangkan aku pun dah malas nak join training dekat UiTM Pasir Gudang ini.. Bosan, bosan bosan dan aku tak boleh masuk dengan sesetengah budak engineering.... 
Okey, dah start nak emosi nie, baik cepat-cepat tukar... Aku cerita pasal UiTM Pasir Gudang di lain tajuk k... Khas punya.. balik semula pada topik kita... Yer, pertandingan ini hanya berlangsung selama sehari saja...
Kami bertolak dari kampus pada pukul 7malam pada hari Khamis dan menginap di UiTM Segamat di Kolej Si Manja Kini (SMK). Game start pada pagi Jumaat dalam pukul 10pagi ...

Fatheen, Nurrul,Keciq, Kak Yana, Kak Shima, Nani dan Kak Pahaa (Goalkeeper)
So, inilah team perempuan dari Pasir Gduang, cukup-cukup aja pesertanya 7 orang untuk 1 game.  Mau tak tercunggap main 4 game tanpa ada peserta simpanan..... tapi enjoy jela..
Sama lah juga dengan team budak lelaki. Tapi team lelaki hantar 2 team. masing-masing 7 orang juga..  Team A dibarisi oleh team Junior ( Part 1,2 ) Team B diwakili oleh team Senior ( Acah2 yang dah ada pengalaman pergi Karisma) HAHAHA.

Walaupun aku tak berapa kenal semua ahli-ahli team nie, aku tetap sayang diorang walaupun ada yang tak pernah bercakap antara aku... Sayang sebab Satu Team yang bawa nama UiTM Pasir Gudang's Handballers. Aku harap lepas-lepas ni aku dapat mengenali mereka dengan lebih dekat...  Tercapaikah ??
Sesi yang paling best adalah waktu pemenang diumumkan, ketiga-tiga team ini dapat hadiiah.. Wooo, seronoknya !! Perempuan - Johan, Team A - Kedua, Team B - Ketiga....  Ceh, senyum ketelinga semuanya.... 
Malam sebelum pulang ke kampus halaman, kami dijuadahkan oleh Team Handball Segamat dengan makan Sate dan Nasi Gorang, Thanks korang !!! :) rasa tak nak balik masa tuh, tapi orang dah halau, kenalah sedar diri kita sekarang hanya menumpang... Kami sampai ke kampus pada pukul 1pagi, dengan lagak beraninya aku drive kereta seorang diri balik ke rumah... sobsob.. THE END.


Sabarlah




Ramadhan Jangan Pergi......


Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Syawal.... Ya Allah, betapa pantasnya masa berlalu, panjangkanlah lagi hari bulan Ramadhan ini... Sungguh ku merasa manisnya keberkatan yang ada dalam bulan ini... Aku tak pasti adakah aku kan bertemu dengannya lagi pada akan datang... Masih banyak kekurangan yang belum aku perbaiki.... Ramadhan, jangan pergi..
Sedihnya untuk meninggalkan bulan Ramadhan... Adakah aku akan tabah sebagaimana tabahnya aku dalam Ramadhan kali ini ?? Ya Allah, kuatkanlah daku....
Semoga ada sinar bahagia kelak buatku menghadapi segala dugaan , ujian dan cabaran dariNya..
Peliharalah aku dari kemurkaanMu, semoga kita mendapat berkat bulan yang mulia ini.. :)
Selamat Berpuasa, Nurrul mohon maaf zahir dan batin sekiranya tersalah kata, terguris hati dan ter apa2 yang tidak disengajakan... :)


UiTM Johor Campus Pasir Gudang

Welcome to our new UiTM Johor Campus Pasir Gudang..
Entry kali ini penuh dengan santapan gambar... ^^
UiTM Dihatiku, banggunan Hep/Hea tersergam indah dan jauh dari pelajar, naik bukit untuk ke sana... ^^ Sebelah kiri bangggunan Dewan Kuliah dan kanan pula ialah Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI)



Pusat islam yang terletak di tengah-tengah yang kelilingnya adalah banggunan kolej lelaki , kolej perempuan, Kafeteria pelajar dan banggunan Unit Kokorikulum.
Gambar isi dalam rumah ... 1 rumah ada 4 bilik... 1 bilik 2 orang.. ^^
Nak info lebih lanjut pasal kampus UiTM Pasir Gudang??? Boleh baca dekat laman web UiTMPG -->http://pasirgudang.uitm.edu.my/v1/


Unexpected day


Form now on, I don't know how to describe the feeling in my heart. I don't know till when this situation will ended. Its hurting me sometimes. I could not even typing the words describing inside, but I know Allah always know what is the best for me and my life... I didn't arguing from anyone, when there is task that I had to face roughly I know I have to be strong to face all this..
" Yesterday is history, past is now, future is the new beginning.. "
LET IT GO...

How can I repair all this mistaken ?? 
 Ya Rabb, peluklah hatiku.. aku dambakan ketenangan yang selama ini aku hilang..


Bertiga Je

Cuti semester dah nak habis !!! Dah dekat sebulan juga duduk dirumah tanpa berjumpa dengan sahabat kesayangan hamba.. Hmmphh , waktu cuti ni lah aku nak jumpa dengan besties kesayangan, tapi malangnya masing-masing cuti tak sama. Jadi mana yang sempat aja lah yang boleh jumpa...
Alhamdulillah dapat juga jumpa walaupun hanya bertiga. Aku, Priya dan Zahidah. ^^
Masa keluar ini di limit kan memandangkan Priya nie ayahnya garang, mujur dapat bagi kiteowang kelaur, jadi keluar dekat kawasan yang dekat-dekat tapi dapat borang panjang-panjang. Pada mula-mulanya nak ajak mereka pergi Tg.Balau tapi disebabkan tak lama lagi aku belajar dan duduk rumah sewa dekat Bandar Sri Alam Masai, jadi aku angkut mereka ke rumah sewa aku.. hehehe 
Lepas tuh, bawa mereka makan dekat Marry Brown yang ada dekat Bandar Penawar. Kan best kalau kita dapat pergi tengok wayang sama-sama. tapi disebabkan kekangan itu wistlist hari lain kah kan.. kalau umur panjang, aku ajak kita berenam pergi Mall berjalan , makan dan tengok wayang..


Hehe , buat onar dalam MB nie.. takpelah kan sekali sekala... huhuhu bukan senang nak jumpa korang... Payah sangat payah... ni dapat jumpa pun kira bersyukur sangat. yang lagi 3 orang tuh Suhana, Faezah dan Rabiah... bila nak jumpa korank ??? Aku dah nak naik semester nie !! Cuti dah nak habis.. Tinggal Seminggu aja... :( Balik lah sini korank.... Love you " PHZSFR " , Ukhwah Fillah Abada Abadan
Friendship Forever, Friendship Till The End....


Bertemu Di Majlis Sambutan Hari Guru SMKBM

16 May merupakan tarikh penting buat pelajar untuk mengingatinya setiap tahun. Tarikh ini diberikan kepada seluruh Guru-guru sebagai tanda penghormatan mendidik dan mengajar anak murid/pelajar sehingga murid/pelajar berjaya. Sempena sambutan hari guru 2014 yang dilaksanakan pada hari Ahad 18 May (untuk negeri Johor dan yang sama dengannya sebab Jumaat sekolah di Johor cuti) aku dan  sebilangan ex-classmate 5 Amanah bercadang untuk turut serta menyambutnya.. :D
Kelainan yang kami lihat pada sambutan hari guru kali ini ialah, cikgu-cikgu berpakat untuk memakai baju yang sama sebagai pakaian tema iaitu Retro Zaman Persekolahan.
Inilah baju pengawas sekolah SMKBM yang dulu selalu aku pakai.. Haaa See ? Comelkan dan kacak cikgu-cikgu aku pakai baju pengawas ?

Barisan cikgu-cikgu yang memakai baju bertemakan Pink dan Biru...

Dan inilah kami sebilang exclassmate 5amanh/2012 yang sama-sama memeriahkan majlis hari guru 2014. Kami berjumpa dengan semua cikgu dan yang lebih utama kami bertemu serta memberikan hadiah Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami.
Sempat kami bergambar dengan Tuan Pengetua SMKBM... :") Tak sangka pengetua ini suka bergambar.. hehehe
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan " Terima kasih kepada semua cikgu " yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak langsung.. Ajaran, didikan , nasihat dan kata-kata semngat cikgu-cikgu tidak akan saya lupakan. Tanpa guru , siapalah saya sekarang. tidaklah saya dapat sambung ke menara gading untuk mencapai cita-cita saya..
Terima Kasih Cikgu !!!


Final Exam Sem 2

Keptusan Final Exam UiTM Sem 2 buat aku dah keluar pada 9 May 2014. Kali ini memang betul-betul dupp dappp dupp dapp menunggu keputusan.. Terlebih awal aku menunggu dekat depan laptop.. Hehe Dalam pukul 9 pagi baru boleh tengok dan ini hasilnya...
Alhamdulillah, itu aja yang mampu ucapkan bila tak ada kena repeat mana-mana paper. walaupun ada subjek yang memang cuckup-cukup makan aja lulusnya... Guest what ? Target untuk dapat Dean List Every Semester tak kesampaian.. Okey itu sangat menyedihkan.. Memang aku dah agak sangat-sangat result untu ELC (Reading ) akan dapat Gred C, memandangkan carry mark aku sangat rendah.. Aku sangat risau dan kerisauan itu telah dibuktikan dengan gred C... :(
Sem 3 yang akan datang lagi mencabar, lagi-lagi subjek ELC (Writing)... Dah  lama tinggalkan mengarang dalam English selepas SPM 2012 yang lalu.. Komfirm tonggang terbalik Grammar , sentences bla bla bla..... Ada siapa-siapa yang nak ajar kan aku ? Macam nak kena ambil kelas tuisyen balik aja nie.... 


Raikan Cinta Areh & Aien

Barakau Allahulakuma Wabarakah... ^^ Selamat Pengantin Baru buat Abangku Harrith bersama isterinya Kakak Noraini yang telah selamat diijab kabulkan pada 2 May 2014.. Semoga ikatan nikah serta kasih sayang yang terbina kekal hingga ke Jannah.. Amin.. >_<
Bertambah besar keluarga aku... Welcome to our family Moh Reh.. :)
Gambar hantaran yang kami buat, upload nanti lah... tak masuk dalam laptop lagi.. hewhew..


Nuffnang | CPUV 6 - Libresse Long Term Phase ...


Korunk pernah cuba pakai Libresse ?? 
Kalau belum cubalah dan rasa kan perbezaan serta tahap kenyakinan diri yang lebih tinggi !! ^^


Terima kasih Nuffnang !! :)



Che Mek Molek

Yummy Yummy !!  Sejak pandai buat Che Mek Molek nie kerjanya nak buat saja. Tak pelah. Sendiri nak makan... Apa salahnya?? Lepas hari itu blogwalking dekat sebuah blogger tentang kuih nie teringat masa zaman budak-budak dulu Mak suka sangat masakan kuih ini. Dengan idak semena-menanya suruh mak buatkan.. Dapat extra, bukan setakat Mak buatkan, Mak ajarkan sekali cara-caranya :D
Ehem2, ada siapa-siapa nak makan kuih Che Mek Molek.. Cara membuatnya sangatlah mudah..
Bahan-bahan yang diperlukan : Ubi Keledek, Tepung dan Gula. :D

Cara-caranya :
Mula-mula mestilah rebus dulu ubi keledek (ikutlah berapa kuantiti yang dikehendaki). Lepas dah siap rebus
1. Kupas kulit ubi keledek yang telah direbus.

2. Sediakan bekas yang besar untuk memudahkan kerja yang seterusnya.

3. Menggunakan cawan plastik (lebih mudah) untuk melenyekkan ubi keledek tadi. Lenyek semua ubi keledek. Jangan tinggal ubi keledek pada bentuk yang asalnya walaupun sedikit.

4. Selepas itu, uli ubi keledek dengan tepung.
Sila masukkan tepung sedikit demi sedikit  ke dalam ubi keledek untuk memastikan tepung sebati bersama ubi keledek / Proses ini sangat memerlukan kekuatan tangan sebab nanti korang akan berasa lenguhhh :) /
TIDAK PERLU DICAMPURKAN BERSAMA AIR ! Uli sehingga ubi keledek tidak terlalu melekat di tangan kita.

5. Cubitkan sedikit-sedikit campuran tadi untuk dibuat bentuk bulat.  Kemudian, buat lekukkan sedikit di bulatan.

6. Masukkan gula di dalamnya kemudian balut semula. ( Pastikan balutan betul-betul tertutup dengan kemas untuk megelakkan gula tumpah sewaktu menggoreng)

7. Goreng dengan api panas. :)

Selamat mencuba !! 
Sedap, Si Danish makan sampai kekenyangan. Hehe.. Punya selera dia makan kuih nie.. Suka sangat ! >_< Lagipun kuih ini sangat mengenyangkan.. ^^