TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 7 | PENGALAMAN HSG TEST



 Assalamualaikum dan Hi

Haa, nampak tak machine besar dekat atas ini??? Haaa inilah machine yang aku baring masa buat pemeriksaan HSG masa dekat Hospital Shah Alam tempoh hari. Jadi, hari ini aku akan ceritakan pengalaman aku melalui proses untuk pemeriksaan kesuburan wanita iaitu HSG. Sebelum itu, elok kita berkenalan dulu dengan apa HSG (boleh refer gambar)



Haa sekarang dah tahu kan. Jadi jom baca story aku. Tarikh pemeriksaan HSG Nurrul untuk hari ke10 dari hari pertama haid adalah pada 16.02.2023. Kali ini berdasarkan pembacaan pengalaman-pengalaman orang yang dah buat HSG, ajak suami soleh saya sekali ikut. Sementara husband park kereta, aku beratur dekat kaunter pendaftaran bawah dan tanya dekat pegawai bertugas sama adakena daftar di sini atau tak. Pegawai tu cakap terus naik ke tingkat 3 daftar dekat bahagian Radiology.


Sesampai di bahagian Radiology, kawasan yang sunyi saja dengan berwarnakan dinding hijau buatkan suasana dekat situ lagi suram dan seram. 😵 Aku letakkan borang kuning untuk pemeriksaan yang dapat tempoh hari dekat bakul di kaunter pendaftaran dan tunggu nama dipanggil.


Selang beberapa minit kemudian, ada seorang pegawai lelaki panggil nama menyebut no IC dan menyuruh bergerak ke dalam bilik X-tray. Sambil berjalan, pegawai tersebut bertanyakan beberapa soalan seperti ada buat hubungan seks tak etc.


Setelah berada dihadapan bilik X-tray, pegawai tersebut menyuruh untuk menukar pakaian (tanggalkan semua) dan memakai pakaian berwarna hijau (kain baju Xtray). Dah tukar tu, nanti masuk aje dalam bilik X-tray kalau dah ada orang (yang buat pemeriksaan macam aku juga) keluar dari situ.

Kemudian, aku diminta duduk di atas tempat yang disediakan. Datang juru X-tray Wanita yang mengatakan bahawa pemeriksaan ini dilakukan oleh Dr lelaki dan bertanyakan adakah kita setuju atau pun tidak. Dengan niat untuk pemeriksaan kesihatan, aku pun bersetuju. Dr Lelaki tersbut menerangkan prosedur HSG yang akan dilakukan. Aku diarahkan berbaring  dalam posisi lithotomy (seperti posisi untuk wanita bersalin). 

Sekarang juru X-tray menerangkan apa yang bakal dilakukan step by step sambil Dr Lelaki mengangkat kain aku pakai hingga ke parat lutut dan memulakan prosedur HSG.

1. Mula-mula Dr bersihkan kemaluan kita menggunakan cecair untuk pastikan tak ada kotoran dan sapu antibakteria. Selepas itu, spekulum (yang macam muncung itik tu)  diletakkan dalam faraj untuk mendedahkan serviks (pangkal rahim) supaya terbuka

** Masa ini okey tak rasa apa pun sebab konsep dia sama macam buat pap smear tu. 


2. Kemudian, sejenis alat (tiub dimasukkan ke dalam vagina.

** Masa ini juru X-tray ada suruh tarik nafas dalam-dalam dan sentiasa relax kan badan agar dapat kurangkan rasa sakit. Aku rasa tiub tu dimasukkan dan rasanya cam geli-geli aje gituh. Haha


3. Cecair khas telah dilepaskan ke dalam tiub dan mengalir ke uterus kita

** Masa ini setiap kali syringe ditekan untuk melepaskan cecair aku rasa senak. Banyak kali juru X-tray ini cakap sakit sikit ya, Alhamdulillah aku tak rasa sakit, cuma rasa geli dan terasa nak kencing aje.



4. Selepas itu kita dah boleh luruskan kaki dan berbaring seketika. Juru X-tray menghalakan monitor ke arah aku dan menerangkan pengimejan yang ada di monitor. Alhamdulillah lega dengar bila Juru X-tray cakap fallipion tiub aku semuanya dalam keadaan normal dan baik-baik saja.

ini contoh rajah yang telah di X-tray. Rajah atas itu menunjukkan fallipion tiub yang normal dan yang rajah dibawah pula menunjukkan fallipion tersumbat di bahagian kiri. Juru X-tray mengatakan imej ini akan diberkan kepada Dr Pakar O&G untuk tindakan selanjutnya.

Sejurus itu, aku pun kembalik ke bilik salinan dan menukar pakaian. Masa jalan tu tak ada rasa sakit apa pun, macam biasa aje cuma kita tak berapa selesa sebab ada cairan. Aku pulang ke rumah bersama suami selepas pemeriksaan dijalankan. Tak sabar nak tunggu apa next yang akan Dr cakapkan. Till we meet again ya. Terima kasih kerana sudi baca ttc journey Nurrul.

Moga korunk yang menanti penghuni pertama rahim dikurniakan kesabaran dan ketabahan. Setiap apa yang berlaku akan datang tepat pada waktunya tidak lewat walaupun sesaat. Alhamdulillah, Ala kulli hal.