Pengalaman Penerapan UiTM

Pengalaman Penerapan UiTM

Assalamualaikum dan Hi,

Apa khabar semua? Hari ini terjumpalah satu tajuk yang menarik bagi Nurrul untuk dikupas lebih lanjut : Pengalaman Penerapan UiTM dari keyword blog ini. Yer, tak semua ada pengalaman macam ini. Sebelum ini, Nurrul ada share info tentang penerapan masa awal-awal dapat dulu, bolehlah usha2 : Apa itu Penerapan? 

Kalau korunk dah bejaya tamatkan diploma dengan jayanya akan diberi jalan mudah oleh pihak UiTM untuk sambung ke peringkat Sarjana Muda. Itulah namanya penerapan secara ringkas. Kita tak perlu bersaing teruk sangat seperti budak lepasan asasi/tingkatan 6 untuk berebut tempat for further Bsc.
1. Waktu Pengajian Pendek Sikit 
Penerapan yang bestnya bila kau dapat habiskan degree life awal setahun daripada orang lain. Contohnya ,degree in program HR normally ada 6 semester. Disebakan aku masuk degree melalui penerapan, so aku hanya belajar 4 semester aje iaitu semester 3,4,5 dan praktikal. Jimat tak 2 semester. Siapa nak bagi ???? Diploma 2 tahun setengah dan degree ambil masa 2 tahun.

2. Pengecualian Credit (PC)
Apa itu PC? Pengecualian kredit atau lebih dikenali dengan bahasa popularnya transfer credit subjek semester 1 dan semester 2. Standard lah, kalau masuk degree akan ada pembelajaran yang sama waktu belajar  diploma. Sebab apa ada yang sama, yer sebab ada pelajar yang masuk dari asasi/poli/tingkatan 6 untuk belajar degree. Khas buat pelajar diploma lagi2 yang sama Universiti nya contoh terdekat UITM (sebab UITM punya sistem aje yang Nurrul tahu).  Sebab itu kita boleh dapat PC mana2 subjek yang lama untuk di transfer. tu yang jadi kes skip semester 1 dan 2.
Ada syarat jugak taw untuk lulus PC ini, SUBJEK BASIC yang korunk ambil HR masa diploma tu sekurang-kurangnya mesti Gred B. Contohnya, sekarang dapat sambung degree in HUMAN RESOURCE (HR), dulu masa diploma dah ambil introduction to HR. So, make sure gred B. Kalau dapat B-, C+ korunk akan ambil balik paper tu mase degree sampai dapat B dan keatas. (belajar balik weyhh, 1 semester rugi kan, terpaksa tambah 1 subjek) :P Sama juga dengan program lain, Finance, marketing, basic introduction subjek core korunk tu mesti power. 
Kalau macam subjek lain yang tak ada kena mengena sangat dengan program korunk tu dapat C pun tak pe, misalnya yang requirement yang kena belajar dari Universiti. Eg: Koko, CTU, ELC itu boleh dapat PC dengan mudah walaupun C.

Bila boleh dapat buat PC ?
Korunk dah daftar masuk lah baru dapat. Masa last day orientation day korunk akan dikumpulkan dengan koordinator dan PIC yang incharge bahagian PC ini, depends jugak pada lecturer setiap kampus masing2. tapi selalunya memang benda ini kena setel awal sebelum korunk semua start belajarlah. Sila bawa semua dokumen yang mereka bagi sebelum taklimat PC, jangan degil kalau nak selamat. Paling penting time ini korunk kena ada copy mini transcript , gambar ukuran pasport, pen korunk lah. bawa highlighter biar terang benda yang patut korunk dapat PC.

3. Sambung degree penerapan Lambat.
Normal lah, kalau ada student degree masuk penerapan kadang2 nak cuti kejap, kerja kejap atau ada hal2 yang tak dapat dielakkan etc. Boleh ajee awak nak sambung degree lambat sikit dari kawan2 batch awak Kawan2 aku ramai aje naik 1 sem lewat dari aku. Macam kita dah sem 4, diowg masuk sem3.  Jangan risau meratapi nasib tengok kawan-kawan yang Grad sama2 kita dulu belajar kita tak dapat belajar terus jadi hopeless.. A BIG NO!
Korunk pun boleh sambung juga apa, yang penting masa betul-betul nak masuk tu baru apply degree penerapan. tak ada masalah pun. Alert dengan tarikh-tarikh penting macam bila nak register online, nak beli no pin penerapan degree, always up to date dengan UITM punya news.
" Yang penting niat tu IKHLAS lilalhitaala nak Belajar! "

4. Degree Life is MORE TOUGH!
- Be prepared
Degree life tak sama macam diploma, dulu elok sedap kena suap bukan lagi di level ini, level ini one step closer to expose to the cruel life. Nak berjaya dekat level degree hanya kepada siapa2 yang boleh survive aje. Kalau tak tu yang kecundang ditengah jalan.

- Pilih Kawan dengan betul
Ada dua jenis kawan, satu kawan yang membantu dan satu lagi kawan yang membantut. Aku dah pernah kena benda ni, masa semester 4 tempoh lalu. Yes, memang sakit bila ditikam belakang, so watch out. Kadang-kadang kawan yang kita rasa rapat dengan kita tu yang paling jahat. (tak semua, tapi just AWARE) Ok. :)

- Be Adaptive and Proactive
Bila degree, ditambah pulak duduk dekat tempat orang, so benda yang paling cepat kena cover adalah adapt changes macam ; culture, tempat tinggal, bahasa etc tu kena cepat, kalau kita resistance benda tu yang akan buat kita tension. Proactive di sini senang cerita, sila siapkan assignment secepat yang boleh dan jangan tangguh2 hingga ke minit yang akhir baru nak siapkan. Tak bagus pun even korunk rasa benda tu paling mudah.

- Good leaner and good management
Jadual kan aktiviti harian benda yang perlu dan penting di tangga teratas, time management sangat penting, masa belajar nilah korunk kena didik diri untuk semua hal-hal ini. Sebab benda yang sama akan dibawa ke tempat kerja.
Nothing is certain just harung apa yang ada di depan kita, suka atau tidak, kita tetap kena tempoh. Alhamdulillah, tengah internship pulak ini. Kalau tanya degree life best tak ? Korunk kena hadap sendiri. Lain orang lain cara, tak semua sama. Aku dengan cara aku dan mereka dengan cara mereka. Apa pun yang penting, niat dan tujuan kita sama, nak timba ilmu,
Moga info ini bermanfaat kepada yang memerlukan, kalau ada apa2 yang nak ditanya, jangan segan-segan write up email or chat di fb page Nurrul ya. Apa yang boleh dibantu, in Sha Allah Nurrul tolong. Best regards, Nurrul.

GOOD LUCK WITH NEW LIFE CAMPUS!!!


81 comments

  1. tips yang bagus. rindu pula zaman degree yg baru lepas tu hehe banyak pengalaman dapat masa belajar :)

    ReplyDelete
  2. samalah.. dulu penerapan XD so terus masuk sem 3 XD ada pengecualian kredit.. selamat XD tu kalau ada subjek yg sama XD

    ReplyDelete
  3. tq for sharing.nak tanya, kalau last sem student diploma masuk penerapan, kitorang dikira diploma holder ke bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... diploma holder lah, sbb you habis diploma then masuk degree sambung...
      masa sem 3 sy dulu, ada satu hari akan ambil cuti sebab nak graduate diplma :)

      Delete
  4. insan2 terpilih jalah ek yang dapat penerapan ni

    ReplyDelete
  5. hidup student degree ni mencabar tapi seronok.. hehehe

    ReplyDelete
  6. assalam nak tnya..kalau pengecualian kredit utk degree yang tampoh masa dia 8 sem mcm mne??die akan boleh disingkatkan tempoh belajar dia jadi 2 tahun jugak ker ataupon mcm mne??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, 8 sem meyh ????

      U dulu diploma , program under faculty apa???
      degree dpat under faculty apa ??

      Delete
  7. Assalamualaikum, sye nk tnye...sekiranya selepas diploma sye x sambung intake degree atau mohon ambil penerapan degree terus sbb ada hal...boleh ke sye dpt penerapan degree bila nk sambung degree bgi intake lain bgi bidang yg sama? Ada ke transfer kredit?

    mohon bantuan...sye tgh buntu dan keliru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam boleh je awk.. seperti yang saya cakap diatas dalam point no 3. Nanti bila awk dah bersedia nka sambung belajar, daftar semula dekat penerapan punya program. dan nanti masa nak buat penerapan dalam fakulti yg sama, pc akan diberikan. :)

      Delete
  8. Hi nak tanya. Kalau saya tolak penerapan yang saya dapat after diploma atas sebab tertentu, can i still apply to join another penerapan to degree sama dengan student sem 6 akhir diploma? Walaupon saya dah habis diploma tapi can i still apply for penerapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, awk tolak penerapan? means what?? awk dah mohon, dapat dan awk tolak atau awk tak mohon lagi penerapan degree?

      Awk boleh mohon penerapan degree walaupun awk dah habis belajar diploma. tapi make sure masa awk dah betul2 nak sambung belajar nnti, apply dekat penerapan degree :)

      Delete
  9. Salam sis, untuk permohonan degree penerapan UiTM nie kena ambil skali dgn permohonan upu punya intake ke...so kena beli skali no upu untuk apply ek? mksdnya permohonan penerapan degree nie buka setahun sekali x termasuk dgn second intake. klau trtnggl nk beli no.pin upu tu kena tggu setahun lgi untuk nk smbng blaja balik....ke ada cara lain?...ke mohon dgn beli no.pin penerapan UiTM?

    mcm mana ye process utk nk msk degree nie?

    Sorry bnyk tnye...kurang jelas sgt tntng penerapan degree nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, untuk pertanyaan awk... permohonan untuk degree penerapan UITM BERBEZA dgn permohonan UPU.. Kalau penerapan degree UiTM, awk beli no pin dan apply dalam student portal UITM untuk degree. Memang UITM dihatiku sejak diploma lagi.. gtewww ^_^
      Kalau permohonan UPU, Awk boleh mohon course2 yg ditawarkan dari semua IPTA yang ada. Means kita tak tahu lagi kita dapat u mana.

      Delete
  10. Saya still boleh dpt PC jgk ke walaupun saya isi upu lepasan stpm/setaraf? Tp saya lepasan diploma UiTM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy banyak tahu PC utk IPTA UiTM sahaja, dan setahu saya kalau isi UPU selain dari Uitm tak dapat lah PC, kira macam kita baru masuk dari first semester. :)

      Delete
  11. Salam..saya pelajar semester akhir diploma kejuruteraan mekanikal uitm..saya nk tukar ambik sains pentadbiran untuk degree (di uitm juga)..saya kena isi penerapan atau upu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat sy dulu masa isi borang penerapan degree continuous study, dalam tu mmg dia dah list out program yg ada bawah fakulti yg kita ambil masa diploma saja... Means fakulti lain dia dah excluded kan dlm list penerapan tu..

      Untuk kepastian lagi awk boleh tanya terus ke pihak UiTM.

      Delete
    2. Awk kena mohon UPU mcm lepasan STPM/Asasi/Diploma yg lain :)

      Delete
  12. salam saya nak tanya, saya dah habis diploma uitm. baru je habis sem lepas tapi saya tak mohon penerapan waktu sem akhir sebab result muet saya tak keluar lagi. jadi saya mohon untuk intake sept2018. jadi sekarang ni saya kena beli pin penerapan ke upu? sebab saya bukak dekat portal pengambilan pelajar tu tak lepas. katanya suruh bukak ikut student portal (continuation studies) but bila click dia kata hanya student aktif dan sepenuh masa je boleh apply. macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Awak tak leh mohon penerapan lagi. Awak kene mohon melalui Upu pula. Penerapan ni nama khas program untuk pelajar semester akhir diploma Uitm ke Ijazah. Penerapan ni disediakan untuk pelajar yg masih lagi belajar pd semester akhir tu. Jadi jika anda dah lepasan diploma Uitm, anda tak leh mohon penerapan, anda kene mohon melalui Upu. Tetapi, walaupun anda mohon melalui Upu, anda boleh lagi start dari sem 3 melalui pengecualian kredit mengikut ketersediaan kos degree diambil.

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, awk degree nak ambil course apa ? sama atau berbeza fakulti?

      Delete
  14. Kalau amik diploma sains uitm then sambung farmasi di uitm .. ada penerapan ke ? Then nnti dia tengok tak result spm, sbb klau nk ke course medic, denstry, parmasi spm mesti B kan subjek sains , kimia, biology

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diploma sains nak ke farmasi tu bawah satu fakulti yg sama ke?? kalau ya bolehlah,.

      tapi farmasi kena attend iv kan?

      Delete
  15. Hai saya nak tanya kalau saya dah amik dip quantity surveying boleh ke sya amik degree berkaitan gan seni mcm seni grafik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, boleh, tapi awk apply ipta mcm org lain lah. Nnti ada tapisan lagi.

      excluded dari penerapan.

      Delete
  16. Salam. Nak tanya, kalau nak sambung degree in HR means subject HR tu atleast kena dapat B or B+ eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, iyup betul. Kalau dapat C pun boleh, tapi kena repeat subjek hr tuh semula sampai dapat A or B :)

      Delete
  17. Assalam. Saya nak tanya,saya dah habis diploma uitm. Habis bulan 1/2018 haritu tapi saya tak mohon penerapan waktu sem akhir sebab tak amik muet lagi. jadi saya mohon untuk intake mac2019(bukan melalui upu). jadi sekarang ni saya kena beli pin penerapan ke ijazah sarjana muda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, beli pin ijazah, nnti dah masuk dpt ipta, boleh buat Pengecualian Kredit. :)

      Delete
    2. aina nabilah.. awak dh beli ke no pin untuk intake mac2019? sy dah beli tapi dia tulis no pin tidak sah bila nak mohon.. sy buntu ni nak buat apa..

      Delete
  18. Salam, saya nak tanya klau degree tukar fakulti saya kne apply balik dkt upu ke? koko still kne amik ke even dh amik time diploma? Saya ingat nak tukar course time degree nnti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, awk mmg nak try masuk u lain ke or still uitm?

      Setahu sy, kalau nk smbung dlm uitm juga. Fakulti akan automatik dlm fakulti yg sama dan utk prosess penukaran fakulti sgt leceh/biasanya tidak dilayan.

      Kalau awk nk tukar fakulti lain dan apply melalui UPU. Sekiranya dpt dn code course yg awk ambil tu sma. Bolehlah buat PC. Jika tidak, memang kena ulang semua termasuklah koko 🌸

      Delete
  19. hi nak tanya , saya lepasan Dip pengurusan halal lepasan institut quran darul quran . Boleh ke saya nak transfer kredit kalau saya ambil degree kos yg sama di uitm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Institusi sebelum ini under MARA ke? Kalau ya under MARA boleh, kalau tak kena apply ipta mcm biasa.

      Delete
  20. Salam nak tnya. Usually pelajar penerapan ni, dia duduk kolej ke untuk semester 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, iye ada juga kolej untuk semester 3 penerapan :)

      Delete
  21. Salam nak tanya.. Saya student lepasan uitm dan dah graduate 2018.. Atas sebab tertentu, saya baru nak sambung belaja dan Saya mohon untuk second intake uitm mac 2019. Boleh ke saya dapat pc? (dip dan degree under fakulti sama)

    ReplyDelete
  22. Salam, I dah habis dip and dulu dapat penerapan untuk Feb intake but I tolak sebab hal kecemasan. And I'm thinking of buat permohonan untuk penerapan lagi, and if I do, adakah I dapat skip semester jugak??? Kinda blur hehehe. And bila buat permohonan penerapan sebenarnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. beli no pin apply utk uitm. :) mcm mohon upu biasa,

      Delete
  23. Eh2 nak tnye diploma 3 tahun degree lme mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diploma degree berapa lama belajar depends pada program course yg awk ambil.

      So far saya : Dip 2 thun stgh
      Degree 2 tahun

      Delete
  24. hi nak tanya, kalau macam diploma saya ambik office management and degree penerapan ambik/dapat hr under faculty sama, saya kena start dari awal sem ke? or jump terus sem 3?

    ReplyDelete
  25. Salaam. .nk tye untuk degree cth ambil pengajian sukan diploma then degree utk course tu x ada dlm cwangn uitm tu... Mcm Mane ehh.. And klau uitm mmg MUET urus sendiri atau kita ada juga. .Or

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, Hai untuk lokasi UITM dgn fakulti yg awk ambil, memang berbeza, UITM telah menyelaraskan program kursus mereka. Contohnya fakulti bisness hanya ada di Johor , Selangor, Melaka dan Pahang.


      Kalau utk fakulti sains sukan, tak silap saya hanya ada di kampus induk UITM. So mmg kena ikut jelah, not u to choose the location okeyh :) kan dah besar, time ni lah nak kena berdikari.

      URUS SENDIRI, TAK ADA ISTILAH SUAP LAGI, DAH BESAR. Melainkan awk nk tanya utk tambah info awk sahaja. yg lain urus sendiri.

      Delete
  26. uitm jengka ada MUET x.. Mcm Mane nk apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya dgn management HEA UITM terus, bukan di sini. :)

      Delete
  27. As salam nurul. Saya ada call uitm tya jika diploma dr kpm, dpt tak PC. Jwb nya tak. Hanya dr uitm shj dpt pc. Tp sy teringat nurul ada jwb dpt pc kalau dr kpm. Bole sptkan kepastian kalau nurul tahu dr sumber uitm. Terima ksh sudi baca.

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum nk tnya, kalau penerapan tu kan kita boleh pilih course and tempat pengajian tak? ke kita cuma dpt pilih course and tempat pengajian pihak uitm akn bagi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalm, yg uitm bagi sahaja, tak boleh memilih :)

      Delete
  29. Adik sya last sem dpt 2.22 pointer n total semester dpt 2.6 adakah dia layak utk smbung dgree. Tksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try aje apply. :) Kalau nak kepastian lagi terus direct hubungi pihak UITM/IPTA

      Delete
  30. Saya dapat muet band 2..boleh ke apply degree dkt uitm utk penerapan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada awk punya program course apa. Kalau saya business okey jaa, dapat. sy pun band 2 jer awk.. huhuhuhu

      Delete
  31. Assalam..saya bercadang nak apply degree business uitm..tapi english saya tak kredit..muet band3.. adakah saya x diterima kerana english saya yang tidak kredit itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, Hai Awak maaf late reply.. Boleh awak.. Muet tu tiket tambahan aje nak sambung ke degree.

      Delete
  32. Hai kalau xde mini transkrip sbb nak ambil kat uitm jauh dari rumah masa hari lapor diri degree takpe ke? Tapi bawa semua result diploma dari sem 1-5. Boleh ke camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. boleh aje.. yang penting betul subjek2 tu nanti awak masukkan gred nya dalam borang PC :)

      Delete
  33. Salam, kalau business math C+ time degree tak boleh cut credit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. kan saya dah mention contoh dekat atas. :)
      cukup jelas.

      Delete
  34. Salam, saya nk tnya. saya skrg tgh last sem untk diploma, praktikal. bleh ke saya apply untk penerapan degree tapi muet saya bru nk ambik bulan march ni. mksdnya klau saya apply penerapan nnti result muet saya x keluar lagi, boleh ke nk apply ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. yg ini sy tak sure. awk try lah dulu. Kalau boleh go on. Kalau tak, kena tunggu result muet awk keluar dulu.

      No harm for trying :)

      Delete
  35. As salam saya nak tanya if saya ambil pjj boleh ke transfer kredit?

    ReplyDelete
  36. Assalam, nak tanya.. kalau saya dari fakulti lain nak apply penerapan ke ijazah fakulti yg lain agak2 lepas ke? Saya tengok syarat am dia cuma tulis 'diploma uitm', takde tulis specific fakulti mana masa diploma dulu..mean tak kisah la kan dari fakulti apa asalkan diploma dari uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Takder istilah penerapan kalau nak tukar fakulti. Kalau tukar programe dlm fakulti yg sama boleh. Benda logik boleh fikir.

      Contoh fakulti : Farmasi --> Business
      kan jauh tu. dan entah2 subjek dlm tu semua lagi dan tak terkait anatara satu.

      Boleh if
      Fakulti sama difrnt programe
      contoh : Fakulti Bisnes
      HR --> MARKETING

      Delete
  37. hai, nak tnye..klau ambik penerapan still kena ambik koko ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer saya. :) bagus kot amek koko.. sihatkan badan, plus tak ada lah stress belajar memanjang.

      Delete
  38. Salam kak,klau ambik diploma sains maths di uitm..bleh ke buat penerapan degree di uni lain? Tp course yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tak boelh, istilah PENERAPAN HANYA UNTUK DI UITM. tq

      Delete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum saya nak tanya biasa yang ddiploma ni kan buat penerapan masa diploma sem 5 untuk sambung degree kan then lepas habis diploma saya nak kerja 2 tahun. Penerapan yang saya amik mas diploma tu still valid lagi ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply aje UITM tu, then dalam bidang yang sama, ntni akan ada pengecualian kredit sebelum masuk kelas.

      Delete
  41. So batch penerapan dgn batch upu lain kan..contoh..batch penerapan akan masuk dulu dri batch upu..so batch penerapan lebih stu sem dri batch upu..betul tak?

    ReplyDelete
  42. kalau kita tak lepas untuk 1 subjek sbb dapat b- dapat jugak ke masuk terus semester 3 ? atau kena masuk semester 1 atau tamboh subjek je di semester 3?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan