Pengalaman Interview Untuk Internship Top Glove Company

Pengalaman Interview Untuk Internship Top Glove Company
Assalamualaikum dan Hi,
Hari ini nak share tentang pengalaman berharga, mungkin satu hari nanti bila rindu nak baca boleh belek-belek semula dekat blog ini dan mungkin juga untuk pengetahuan dan guideline kepada sesiapa yang bakal pergi interview, maybe one day....

Actually Nurrul tak dapat mana-mana lagi tempat internship sedangkan tarikh internship dah dekat, ya Allah risau tu hanya Tuhan yang tahu. Yes, banyak dah apply tapi satu company pun tak hantar feedback sampailah satu tahap kerisauan tu. Argghh, tak tahu nak cakap, sebab perasaannya bercampur baur lagi dengan bila dengar kawan-kawan dah dapat tempat intership. Sebelum nak dekat raya itu, Nurrul ambil initiative untuk cari company lain lagi dan lagi sampailah dalam carian google taip "Top Glove". Aku terus call nombor HQ TG.

Alhamdulillah, masa itu pic cakap masih ada kekosongan untuk internship dibawah department Human Resource, terus Nurrul ke Website Top Glove dan apply online untuk internship program. Selepas 2 hari aku dapat feedback yang menyenangkan sedikit hati kerana dipanggil untuk interview di syarikat Top Glove dan mereka bagi email untuk interview invitation. Pada 6 July 2017 aku pun pergi interview.
Internship Top Glove Company
Muka lega lepas interview Top Glove Session
Sebelum interview, applicant diberikan satu set soalan yang dipanggil sebagai "Assessment Test" dalam masa 35minit dimana test tersebut adalah untuk test Math (15minit), test IQ (15minit) dan test Value about My Career (5minit).  Selain itu, bersesuaian dengan trademarks dan cultural dalam organisasi Top Glove, company ini sangat mementingkan kesihatan diri kita. Applicant akan dibawa untuk test BMI dahulu. Selepas itu baru, satu per satu applicant dipanggil untuk interview. 
Masa itu Nerves jugaklah, sebab ini merupakan pengalaman interview aku yang kali ke3, selepas interview dengan SPA dan jadi teacher tadika Little Caliph. Betul lah orang cakap, pengalaman tak mampu dibeli, kita kena laluinya sendiri baru tahu macam mana. Setiap interview yang Nurrul pergi ni Nurrul letakkan expectation sangat tinggi so, practices practices dan practices.
Semasa interview, panel interview tanyalah soalan basic dalam interview, kemudian ceritakan sedikit sebanyak pasal job skop mengenai department Admin dan Human Resource, apa janji kita kepada company kalau dapat peluang dekat sini. Selain itu, panel interview ada menyatakan "Awak bertuah kerana satu kaki awak dah berada dalam company Top Glove ini. Kalau awak diterima, tunjuk kebolehan awak dan perform awak kemungkinan boleh diserap masuk ke dalam company ini" Seronok sangat dengar dan masa tu berharap dapat buat internship dekat Top Glove ini. hampir dalam 25 minit jugak lah interview session itu berlangsung. Kemudian The End.
Pada 7 July 2017, Alhamdulillah, aku menerima email daripada Top Glove yang menyatakan aku diterima untuk intern/industrial Trainee dengan company Top Glove pada 12 tengah hari. Masa ini, rasa sebak semua ada. Aku bersyukur sangat-sangat, akhirnya ada company yang sudi menerima aku untuk internship. Berakhir sudah penantian dan penyeksaan untuk mencari tempat internship ini. 
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah untuk khabar yang baik pada hari Jumaat ini. Aku akan mula start buat praktikal di Top Glove pada 1 Ogos 2017. Didoakan aku dapat menimba ilmu dan pengalaman bekerja di tempat kerja yang sebenar. Aku tahu ianya bakal menjadi lebih mencabar tapi aku yakin, in sha Allah aku Boleh!! Itu saja cerita pengalaman interview di Top Glove. Terima kasih kepada yang sudi membacanya :)

Welcome to Internship Experiences!


52 comments

  1. Alhamdulillah..Happy for you. Mesti lega kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamudlillah, Sangat2 kak Mai leganya.
      >_< Kalau tak seram ajee

      Delete
  2. Jangan lupa masa intern nanti banyakkan bertanya. Aim y mana pro dan cedok ilmu banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas tipsnya...
      time nilah nak cedok banyak2 ilmu yang ada kan :)

      Delete
  3. Alhamdulillah. Tahniah nurul. Teringat kenangan masa intern dulu. Lama dah. Tahun 2008 dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akk ana, :) Wahh lama dah zaman intern tu ya.. Nurrul baru nak rasa.. hihihi

      Delete
  4. Bestnya intern. Lama ke intern.masa zaman akk haritu 3bulan je. Rasa cam tak puas. CR intern tahun 2009 lama dahh. Tp still teringat lagi.

    Gunakan internship ni sehabis baik. Amik sgla ilmu dan pglmn.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak pernah rasa lagi.. semua ckp best ini, lagi tak sabar nurrul jadinya ^_^

      Ada tips tak intern ini? Shhare share lah CR :p

      Delete
  5. wow Top Glove kowttt... terbaikk XDD

    hari ni kan star intern?? Good luck!!! All the best :)

    baru je habis intern sebulan yg lepas ngahahaha XD now just rehat for a while XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awk.... Ramai kawan2 sy masuk intern sini juga

      Delete
  6. Awak intern sampai bila..hari first masuk still kena check BMI x?ke time interview je check BMI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap jek.. 4 bulan. hihi :P
      Tak... tapi masa interview dia akan check BMI kita. rekod BMI tu dia kepilkan sekali utk interviewer tgok...

      Delete
    2. kalau BMI lebih tak diterima bekerja la ye

      Delete
    3. Possibility tu rendah nak dpt. :)

      Delete
  7. Hello and i. Sorry for asking hehe. I have an interview session tomorrow and would you mind if i ask about the math test? Lalalalaaa dalam perutt hahaha. And, hmmmm face to face interview, is it hard? �� What kind of questions they asked? �� Thankyouuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello HI Aina, Just simple math test. :)
      I already stated in my post. Thanks.

      Delete
  8. Hi, nak tanya how's your experience intern di top glove now? Okay? Sebab saya baru nak apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. You nak apply dept mana ya? boleh sy tahu?
      Great experiences. If you are good, boleh terus apply kerja dkt situ :)

      Delete
    2. dept admin :) Doakan saya pun dpt intern di situ !

      Delete
  9. Boleh tau berapa allowance top glove bayar untuk inteship ? Msti kene pegi interview ke kalau nak internship top glove? Ada tak yg dapat call je dpt offer trus confrm internship sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Among the highest allowances company will give you . :)

      Depends. tapi mostly akn pergi iv dulu.. mmg prosess HR mereka mcm tu. it good practices that company apply

      Delete
  10. Hai Nurrul,awak still intern dekat top glove? saya nak tnya awak intern dpt kemudahan tempat tinggal x?saya baru dapat interview dekat top glove next week di factory 25..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye betul, masih sedang intern. :) End of this month habis, baru saya ceritakan pglmn sy.. hihi ada, u need to request dekat secretary admin yg bgi email u tu.. tanya & follow up dgn dia. She will help you :)

      All the best dear !

      Delete
  11. Assalamualaikum. Saya nak tanya, awak dapat interview ni dia bagi official letter or email tak? Sebab saya dapat call dari topglove untuk interview internship 15/12 ni. Tapi dia tak bagi tahu venue dengan time. So nanti dia email ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, iyup.. nnti dia akan bgi email.. dulu saya Top Glove call interview semua, then after 1 week Top Glove sent email. dekat situ dia akan bagi semua details tentang interview. :)

      Delete
  12. Hai. Nak tanya dia bagi email ke untuk interview? Saya dapat call untuk interview tapi dia tak bagi email. So macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, selalunya after dia call tu 4 5 hari sselepas itu dia akan bagi email. masa call kan dia dah tanya date confirmation kan. so just wait.

      Delete
  13. Hai assalamualaikum Nurul, saya pun baru dapat email dari Top Glove company utk interview internship placement. I was inspired by your blog doakan saya dapat juga! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Waalaikumussalam Dira, All the best, may Allah ease for you.. Good luck for your internship placement :)

      Delete
  14. hai :) erm sy nak apply kerja sana so nak tanya pasal penginapan yang top glove sediakan tu, okay ke? dia macam asrama or rumah? sebab ada lalu dekat satu bangunan besar belakang TG tu, dia tulis TG Female Hostel. yang itu ke tempat tinggal yang diorang sediakan? Tq (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awk, that one utk pekerja foreigner TG. Company takkan campur dgn local staff punya. Kalau yg tu mmg sebiji mcm hostel then sgt2 ketat peraturannya utk foreign worker.


      Kalau utk staff punya, company sediakan ad sebuah rumah. Dalam 1 rumah kongsinlah dgn beberapa housemate. Selesa sbb dah ada katil tilam etc. Bulanan bayar Rm120 jae termasuk api air 😊

      Delete
  15. salam . kat top glove ni kene banyak speaking ke :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Tak juga awk. Depends takkan nk ckp ngn foreign worker speaking aje? Tak semua diowg paham. Bahasa pertuturan dkt sini mostly malay. Tapi when it come to top management of course la english.

      Tu bukan barriers sbb apply languange dekat top glove ni depends on situation 😊

      Delete
  16. hye nurrul, interview di top glove ni perlu bawak ke sijil2 kita tu semua?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, nama pun interview mesti lah kena bawa. Baru nampak kita ni professional. Gittew ~~~

      Delete
  17. Hi. Saya baru dpt internship di TG Factory 9.. Alhamdulillah. Cuma nak tanya kalau hostel tu kita nak berhubung dengan siapa ya? Means timw hari daftar or kena prepare dh before tarikh intern. Dan selesa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh direct call person in charge yg hantar email dkt awk tu☺️

      In sha Allah dia dpt terus bantu awk, apa2 tanya aje terus org yg email awk tu

      Delete
  18. hi salam ...boleh suggest tempat makan atau warung berdekatan dengan kilang atau yang berdekatan dengan tempat penginapan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Wassalam, byk. sebab ianya kawasan perumahan, mmg dekat lah dgn kedai makan, area meru pulak. mmg dah dkt dgn klang sentral dan setia city mall :)

      Delete
  19. Assalammualaikum, awak nak tanya, iv session will be in english or bahasa malaysia? And math tu awak pakai calculator ke? Thank you in advamce :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalm, hi sorry late reply, a bit busy.

      Depends on interviewer. No calculator allowed :)

      Delete
  20. Maaf,boleh tahu contoh soalan test I? Sbb Kalo neves Ni iq Saya tetibe jadi rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tak ada, not allowed to share.

      Tak fair lah an -_-

      Delete
  21. Maaf Satu lagi,bagaimana nak daftar li disan?sbb Saya bukak laman web die...xde bahagian yg die mention LI@internship...mohon pencerahan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh call direct HQ top Glove untuk menanyakan tentang perkara itu. :)

      Delete
  22. Hi Nurul, lepas iv awak ada follow up? kalau ada boleh tak nak tahu email HR . Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follow up dgn email yg panggil awk iv.

      Sorry not allowed. Tq

      Delete
  23. Banyak info yang saya dapat daripada blog awak. Saya akan intern bulan February ni. Doakan saya boleh!! Thanks for advanve.

    ReplyDelete
  24. Hai assalamualaikum akak, hehe saya skrg tgh swab test kt TG TOWER, lusa ni dah kena msuk kerja.. Akak tahu tak, manufacturing dept mostly diorg sruh buat apa ye? Saja tnya, sbb nervous hari 1st day tktau nk buat preparation apa huhu, hope you can help, thankyouuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam , Hi.. All the best. Semoga terus cemerlang di sana. Manufacturing biasanya berkaitan dgn direct product la. Macam mana nak buat pembentukkan glove tu.

      Delete
  25. Salam akak. Saya sedang mencari company untuk intern finance student, top glove ada ambil intern finance, pd pendapat akak okey ke sy intern di finance dept top glove.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. boleh aja try call dan cuba apply. mana tahu ada rezeki awak.

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan