INFO | Sijil Nikah dan Kad Perakuan Nikah MyNCR JOHOR

Assalamualaikum dan Hi Semua,

Allah! Cepat benar masa beredar .Sekejap sahaja masa berlalu dah hampir 2 bulan aku mendirikan rumah tangga. Macam masih tak percaya aku dah bergelar isteri orang dan sudah duduk jauh dari mak abah. Fi hifzillah Mak Abah yang jauh dipandangan dekat dihatiku sentiasa :)

Dah 2 bulan kahwin, baru dapat pulang ke kampung halaman di Johor. Alang-alang dah datang kemari bersama suami, aku putuskan untuk ambil sijil nikah kami. Sebab aku teringat lepas nikah kadi ada pesan sambil memberikan sekeping surat berwarna pink, sijil nikah awak akan siap dalam masa sebulan selepas hari penikahan.

Sijil Nikah 
Memandangkan hari Ahad kerajaan Johor kerja, jadi mudahlah kami berurusan sebabnya tak perlulah suami ambil cuti kalau nak ikut pergi ambil Sijil Nikah. Di mana perlu ambil dan dokumen apa yang diperlukan untuk mendapatkan sijil nikah? 
Ingat tak lepas nikah, Kadi akan bagi sekeping kertas berwarna pink (Sijil Nikah Sementara)? Surat sekeping tu korunk jangan buang yer, itu bukti korunk dah nikah dan Surat pink itu perlu dibawa untuk mengambil Sijil Nikah Original di Pejabat Agama Daerah yang korunk Nikah. Contohnya, nikah dekat Desaru jadi korunk kena ambil sijil nikah Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi.
Macam biasalah pergi pejabat Agama pakailah pakaian yang sopan okey kalau tak nak kena halau. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor dipanggil. Bila dah dipanggil itu, cakap dengan Ustazah/Ustaz yang ada dekat kaunter itu dengan jelas iaitu saya nak ambil sijil nikah. Uztazah itu akan tanya dimana korunk nikah atau siapa nama kadi yang nikahkan korunk masa tu serta tarikh korunk diijab kabulkan. Lepastu dapatlah 2 keping sijil nikah berwarna pink dan biru macam dekat bawah ini :-

Sijil Nikah dan Contoh Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Kad Nikah Pintar Johor

Kad Perakuan Nikah MyNCR Johor

Lepas collect sijil nikah Ustaz kaunter tu ada lah bagi sekeping surat kecik warna kuning macam dalam gambar dekat atas tu. Info yang tertera itu adalah sekiranya pasangan korunk nak mohon pulak kad nikah. Tapi tak boleh buat dekat Pejabat Agama Daerah, korunk kena pergi Pejabat Agama Johor dekat sebelah Masjid Sultan Abu Bakar. Dekat Blok A tingkat 2.

Contoh Borang permohonan Kad Pintar Nikah Johor

Dokumen yang diperlukan adalah :

1. 1 set Salinan Kad Pengenalan Suami & Isteri

2. 1 keping salinan sijil nikah (yang baru korunk collect dekat Pejabat Agama Daerah)

3. 1 set gambar berukuran passport Suami (Bersongkok) & isteri (Bertudung) *Wajib

4. Borang permohonan kad nikah pintar Johor (Borang ini disediakan dekat kaunter, sebelum berurusan di kaunter sila pastikan anda sudah mengisi borang ini terlebih dahulu.

5. Duit yang secukupnya sebanyak RM40.00

Bawa dokumen salinan dan gambar passport ke pejabat Agama Negeri Johor. Make sure korunk tahu waktu pejabat agama buka yer. Lepas tu isi borang dan tunggu sampai giliran dipanggil. Kemudian korunk akan diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM40.00 di tingkat 4 Sumber Kewangan dan korunk akan dapat satu copy resit bukti bayaran. 
Berapa lama masa kad pintar nikah dapat disiapkan ? 1 JAM jer. Tak lama pun. Boleh lah pergi makan ke solat ke apa-apa urusan lepas tu sementara nak tunggu kad pintar nikah korunk siap.
2 keping Kad Pintar Nikah Johor (1 Buat Suami, 1 Buat Isteri)
Okey, kami sudah setel urusan dan dapat kad nikah pintar kami. Jadi lepasni senang lah nak dibawa kemana-mana saja. Simpan molek-molek dalam beg duit. Tak perlulah nak angkut sekeping sijil nikah yang warna pink biru tuh. HAHA. Korunk dah buat ke???? ^_^

Sekian cerita untuk posting kali ini. Moga korunk semua dapat sesuatu yang berguna dari penulisan ini. Jazakallahu Khairan. :)

Kad Pintar Nikah Johor


7 comments

  1. Waktu sekarang pkp, macammana nak tahu sijil nikah kita dah siap??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ini sy tak pasti, boleh tanya dengan pejabat agama, call

      Delete
  2. Sebab sekarang kene buat temujanji dulu, Tak boleh walk in ambil dokumen nikah tersebut

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM.TQ INFO JELAS KAK..TAPI KALAU MASA NK BUAT KAD SUAMIMTAKDE BOLEH KE?? BAWAK GAMBA SAHAJA..ADE INFO TAK??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa boleh tak ada masalah, sebabnya tak ada apa pun just make sure dokumen yg perlu diberi tu lengkap. Sebab haritu masa yang ambil kad pintar nikah ni yg berurusan di kaunter husband sy jer.

      Delete
  4. Kita akan dapat 2 helai ke sijil nikah tu? Pink dan biru? Or pink atau biru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan dapat dua2 helai. warna biru dan pink. satu untuk kita, satu untuk pasangan kita.

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan