Assalamualaikum dan Hi!
Sungguh, masa benar-benar mencemburui. Rasa macam baru semalam aku tinggalkan kerja aku untuk menyiapkan segala persiapan kahwin. Pejam celik pejam celik tanggal 27/12/2019 muncul, di mana hari yang telah lama dinantikan buat aku dan pasangan untuk dihalalkan. ^_^
Majlis Pertunangan @9:00pagi
Jumaat pagi yang penuh barakah. Penuh dengan rasa nervous, suasana kelam kabut dan kalutnya. Diikuti pula dengan kesihatan diri yang tidak diizinkan Allah untuk sihat seperti biasa, penuh dengan demam, batuk-batuk dan sakit matanya, digagahi juga untuk sempurnakan majlis pertunangan Nurrul X Afif pagi ini.
7 dulang berbalas 9 dulang. |
Dulang Boyz |
Majlis Pertunangan Nurrul X Afif. Mama sarungkan cincin tunang dan gambar keluarga Afif :) Ehh tak sangka pulak tema baju rombongan lelaki sama dengan baju tunang sis >_< |
Gambar Penuh rombongan keluarga Selangor belah Papa & Mama. |
Selesai majlis pertunangan pada pagi hari sekitar jam 11pagi. Lepas makan dan bergambar, keluarga pun beredar untuk berehat serta buat persiapan majlis yang seterusnya. :)
Majlis Pernikahan. @ 3:00petang
Seperti yang dirancang dan telah dibincang dengan tok kadi tempoh hari lalu, selepas sahaja solat Jumaat. Semua family berkumpul di Masjid Jamek Al-A'la Bandar Mas untuk pernikahan akad Nurrul dan Afif.
Antara keluarga yang bersama ketika majlis akad nikah dijalankan. Ada datang dari nun jauh utara, pantai timur dll. Terima kasih saudara mara belah mak abah. |
Ambil gambar dengan mak Abah dan juga adik-beradik perempuan. Mereka nih semua adalah orang kuat untuk majlis perkahwinan kali ini. Yelah sebab apa, sebelum-sebelum ini aku adalah "runner" org kuat majlis. Betul, korunk takkan jumpa aku dekat depan bawah khemah atau ditempat menyambut tetamu. Sebab apa? Sebab aku kadang akan sibuk berada di dapur, di kedai atau di mana-mana saja yg diperlukan ketika itu. HAHA.
Gambar dekat atas ini, my childhood friend since darjah 5 tak silap. Tak you girls datang masa nikah Sis. Kalau tak dtg memang merajuk lah aku bawa diri. Haha. Terima kasih tak terhingga buat Jaja yg make up kan nikah kita. I do love the final touch up. Unfortunately, batuk yang buat mata berair membuatkan make up kita lepas tu nampak sebam >_<
Alhamduillah.Usai majlis, nanti kita update gambar majlis resepsi yar :)
Change title to Mr AFIF! :)
waalaikumussalam. alhamdulillah tahniah ^_^
ReplyDelete