INFO | Prosedur Nikah Johor

Prosedur ini lebih kepada pasangan perempuan yang tinggal di Johor dan bakal pengantin lelaki yang bukan berasal dari Johor atau berlainan Negeri. Untuk pasangan yang sama-sama dari Johor, boleh jadikan panduan :)

Dah tahu tarikh nak nikah bila, boleh dah start ikuti kursus Pra-Perkahwinan yer.
Masa aku pergi kursus kahwin tuh tak ada lagi pun tarikh nak nikah. Boleh jaa nak pi awai-awai. :P

--------------------------
P I H A K   L E L A K I
--------------------------
  • Isi Permohonan Kebenaran Nikah secara online atau manual mengikut negeri masing-masing :- 
             - JAIS     - Selangor
             - SPPIM - Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan
  • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dalam borang 2A (Permohonan Kebenaran Kahwin-Lelaki) 
  • Kemudian hantar ke pejabat agama.
  • Borang yang diluluskan (Borang 3B)mestilah diserahkan kepada pihak perempuan untuk urusan seterusnya.

-----------------------------------
P I H A K   P E R E M P U A N
-----------------------------------
Bila pihak lelaki dah settle dan pass 1 set dokumen original 3B(Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Selangor-Lelaki), bolehlah daftar permohonan nikah online Johor e-NCR.

Just Follow 3 STEP Image result for small cute icon untuk urusan pemohonan Nikah korunk :-

Image result for small cute iconLengkapkan borang permohonan melalui pautan e-NCR Johor.

1. Print segala borang permohonan di pautan e-NCR. 
- Panduan Permohonan Nikah E-NCR Johor Secara Online <-- (Tekan Link untuk Rujukan)

2. Buat Pemeriksaan HIV di Klinik Kerajaan
- Bawa cetakan borang HIV dari sistem ENCR dan pergi ke Hospital/Klinik Kerajaan sahaja. Klinik Swasta tak sah yar.
- Nanti lepas test HIV , pegawai klinik akan bagi surat dari klinik dan cop borang HIV yang dicetak tu.
- HIV Test laku hanya selama 6 bulan.

3. Pengesahan Bujang dari Ketua Kampung/Majikan(Islam)
- Lelaki Perempuan mesti ada surat akuan bujang.
- Pergi jumpa Ketua Kampung tempat tinggal anda untuk dapatkan pengesahan.
- Kalau nak pengesahan dari majikan, pastikan anda punya majikan tu Islam. Kalau tak nanti prosess jadi rumit bila pegawai pejabat agama tanya.
Contoh Surat Bujang/Bermastautin <-- (Tekan Link untuk Rujukan)

4. Saksi Borang Pemohonan Nikah
- Mesti cari 2 orang lelaki dan bukan dari adik-beradik lelaki anda.
- Aku minta dari cikgu lelaki dan officemate lelaki islam senang. Kalau boleh cari saksi jangan yang muda sangat.
- Jangan lupa minta mereka sign dan dapatkan IC copy saksi.
- Add on : Ini bukan saksi masa majlis nikah, ini saksi untuk borang permohonan nikah saja.

5. Surat Wakalah Wali
Kalau memang wali dapat hadir, biarkan saja kosong.

6. Sediakan dokumen sokongan seperti termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, sijil nikah mak ayah(perempuan), saksi borang (salinan sahaja), IC salinan saksi borang(2 orang Lelaki), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermaustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sebab duduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi.

Dah siap segala step diatas, SILA BUAT 1 SET SALINAN Dokumen. 

Image result for small cute icon Hadir sendiri di Pejabat Agama tempat pemohon bermastautin.
- Pengalaman Hantar Borang Nikah Johor & Interview <-- (Tekan Link untuk Rujukan)

Image result for small cute icon Jumpa Kadi Mukim untuk serahkan borang Nikah dan berbincang waktu nikah.

PERINGATAN > 
1. Urusan Boleh Dilakukan Dalam Tempoh 3 Bulan (90 Hari) Dari Tarikh Perkahwinan.
2. Permohonan Kebenaran Pernikahan Hendaklah Dikemukakan Di Pejabat Kadi Tidak Kurang 7 Hari Sebelum Dari Tarikh Pernikahan.
3. Kebenaran Berkahwin Boleh Digunakan Dalam Tempoh 90 Hari Dari Tarikh Kelulusan.
4. Pengesahan Laporan Kesihatan (Hiv) Sahlaku Dalam Tempoh 6 Bulan.
5. Memastikan Pasangan Pengantin Menerima Borang 6 (Permohonan Untuk Mendaftarkan Pernikahan) Selepas Pernikahan
6. Sijil nikah dikeluarkan selepas 30 hari dari tarikh pernikahahn
7. Bayaran akad nikah :
Jrurunikah : RM 150.00
Saksi Pernikahan 2 orang : RM 20.00/seorang
8. Kadar Mas Kahwin orang JOhor sekurang-kurangnya RM 22.50
AMBIL PERHATIAN :
Maximum 3 bulan dari tarikh pernikahan adalah untuk korunk setel dekat pejabat agama daerah. Maksudnya? Kalau hangpa nak daftar encr setahun awal pun takpa :P tapi urusan ke pejabat agama untuk serah borang pernikahan adalah 3 bulan sebelum tarikh nikah. Faham ke Faham? (Jangan tanya saya lagi soalan macam ni okeish) 

Sumber Rujukan : 
Prosedur Lelaki - Selagor JAIS

YEAH, URUSAN KADI DAH SETEL, NEXT ???


31 comments

  1. Saya nak tanya 2 orang saksi borang nikah tu wajib ada time kite nikah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak, itu saksi nikah lain.
      Yang ni Untuk borang permohonan nikah ni saksi untuk pengesahan awak borang awak sahaja, just perlukan sign depa dan ic copy

      Delete
  2. Salam. Bakal laki saya orang selangor. Saya jb. Lelaki perlu surat akuan bujang juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, maaf saya tak sure. Better suruh bakal husband awak tanya dengan jais atau tengok panduan dekat portal jais--> https://ncr.jais.gov.my/images/manual_ncr_online.pdf


      Yg pasti awk kena setelkan belah lelaki sampai dapat borang 3B , baru yg perempuan boleh proses permohonan ke pejabat kadi daerah.

      Delete
  3. Salam. Untuk 2 orang saksi borang tu boleh daripada negeri lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, boleh. kawan2 awk yg terdekat pun boleh. tapi better amek org tua. :)

      Delete
  4. Bole saya tahu.. berapa lama tempoh sah permohonan online ni?? Saya da buat permohonan online ni pd bulan november 2019... saya akan brnikah pada 7 Mac 2020 nanti... adakah masih laku tempoh sah permohonan tersebut... atau saya perlu buat permohonan yang baru??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, permohonan tu daftar online takppe awal buat pun boleh. Sebab sy pun excited buat awal. Yg penting bila lelaki dah siap semua borang awk yg prempuan boleh prosess buat terus print terus ke pejabat agama.

      Delete
  5. Salam.. Nk tnye, sy dn bakal pasangan berasal dri johor, tepati sy sudah bermastautin di selangor lebih setahun, jadi, sy perlu daftar nikah dn hntar dokumen nikah sy di selangor atau di johor ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad Pengenalan perempuan beralamat di mana ??? Kalau di Johor kena dapatkan surat bermastautin. Kalau nak mudah, tukar alamat ic yang current address.

      Lepastu buat permohonan pernikahan di web online JAIS.

      Delete
  6. Sis, saya nak tanya kalau saya guna wali abang kandung sebab ayah sudah meninggal dunia. dokumen yang diperlukan untuk wali abang ic sahaja ke or atau surat beranak nk kena ada sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy Ic Abang, tapi make sure Wali awak tu ikut turutan yg dalam islam okey.
      dekat dalam borang permohonan nikah ada susur galur turutan wali.

      Standby aje copy sijil kematian ayah awk. okey.

      Delete
  7. Hi sis nak tanya , borang pihak lelaki dah siap kemudian combine dgn sy . Sy hntr ke pejabat daerah johor . Proses untuk dpt kan kebenaran bernikah ambik masa lama tak ? Contoh sy hntr borang 28hb jun then tarikh nikah 5hb julai . sbb pkp jadi utk rentas negeri tu terhad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Proses semakan borang semua tu sekejap aje. lepas awk buat semua urusan di pejabat agama terus dapat borang nikah yg perlu bagi ke kadi tempat awk.

      cumanya kalau pkp sy rasa better awk tanya dgn pejabat agama kena buat appoinment dulu ke apa ke

      Delete
  8. Salam hi, surat nikah mak ayah tu dari dua2 belah pihak ke atau dari pihak ayah je dh boleh ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ikut surat nikah awk berbin/binti kan siapa lah. Better dari pihak ayah. Tk pun nk pasti lagi tanya pejabat agama.

      Delete
  9. saya nak tanya, saya akan bernikah pada hujung bulan disember, saya dah boleh buat permohonan online kee di encr tu? ataupun saya kena tunggu pihak lelaki settle dulu sebab dia dari melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat permohonan online tak kisah setahun lagi nak kawin pun boleh. Cuma untuk pergi ke pejabat agama kena 3 bulan dari tarikh nikah. Jelas??

      Kalau lelaki dari negeri lain, push suruh siapkan cepat dalam masa 3 bulan tu. Law push awl or lebih dari 3 bulan sebelum tarikh nikah pun tak boleh juga.

      Delete
  10. Salam , nak tanye , macam saya nikah 22/1/2021 , tapi saya dah terdaftar encr awal bulan 8 aritu ? saya nak kena buat balik ke macam mana ya ? sebab dia cakap limit 3bulan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Limit 3 bulan sebelum adalah untuk bawa semua borang2 permohonan ke pejabat agama untuk urusan borang nikah dan jumpa kadi.

      Jelas????

      Delete
  11. Salam. Nak tanya, kalau kita nak tukar tarikh nikah tapi dah hiv test dah buat. Boleh ke guna borang yang sama (tarikh asal) atau kene buat yang baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ujian Saringan HIV ini mempunyai tempoh sah laku iaitu selama 6 bulan bermula dari tarikh ujian tersebut dilakukan. So tengoklah, kalau awk tangguhkan tarikh nikah tu lebih dari tarikh hari awk test hiv ke tak.

      Kalau lebih kena buat balik semula test tu.

      Delete
  12. Salam..nak tanya berkenaan keputusan ujian saringan hiv..
    Boleh ke buka sampul keputusan yang telah diberikan itu utk di fotostat??
    Ke x perlu fotostat??
    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, boleh jaa buka, haha

      memang kena copy pun. sebab lepas dah siap isi semua borang nikah. kena buat 1 salinan semua dokumen berkaitan.

      Delete
  13. salam..nak tnye,wakalahwali perlu isi ke klu wali mgg hadir sewaktu hari nikah?jika tak perlu tp sudah terisi jgk boleh ke buat pembetulan sewaktu di pejabat agama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, takpayah is biarkan aje kosong, tapi kalau dah terisi tengoklah nnti pejabat agama ckp apa, sy rasa tak ada masalah.

      Saya masa nikah wali saya hadir, nikahkan kami lagi dan saya mmg kosongan borang wakalah wali tu. :o

      Delete
  14. Kalau pihak lelaki dah isi borang permohonan online guna sspim (lelaki dari melaka) kita kena isi encr tu lagi ke? Ke tak perlu dah?

    ReplyDelete
  15. Wakalah wali tu takpayah isi ke kalau abang saya ada sekali wamtu nikah nanti ? Biarkan kosong je ke semasa nak hantar borang tu ? Tak perlu tanda tangan semua ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer betul, kalau wali hadir tak perlu buat apa2 bahagian tu, kosongkan

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan