27 Dec 2019 | Majlis Pertunangan dan Akad Nikah Nurrul & Afif

 WED, Wedding, 
Assalamualaikum dan Hi!
Sungguh, masa benar-benar mencemburui. Rasa macam baru semalam aku tinggalkan kerja aku untuk menyiapkan segala persiapan kahwin. Pejam celik pejam celik tanggal 27/12/2019 muncul, di mana hari yang telah lama dinantikan buat aku dan pasangan untuk dihalalkan. ^_^

Majlis Pertunangan @9:00pagi 
Jumaat pagi yang penuh barakah. Penuh dengan rasa nervous, suasana kelam kabut dan kalutnya. Diikuti pula dengan kesihatan diri yang tidak diizinkan Allah untuk sihat seperti biasa, penuh dengan demam, batuk-batuk dan sakit matanya, digagahi juga untuk sempurnakan majlis pertunangan Nurrul X Afif pagi ini.

7 dulang berbalas 9 dulang.
Dulang Boyz
Majlis Pertunangan Nurrul X Afif. Mama sarungkan cincin tunang dan gambar keluarga Afif :) Ehh tak sangka pulak tema baju rombongan lelaki sama dengan baju tunang sis >_<
Gambar Penuh rombongan keluarga Selangor belah Papa & Mama.
Selesai majlis pertunangan pada pagi hari sekitar jam 11pagi. Lepas makan dan bergambar, keluarga pun beredar untuk berehat serta buat persiapan majlis yang seterusnya. :)

Majlis Pernikahan. @ 3:00petang
Seperti yang dirancang dan telah dibincang dengan tok kadi tempoh hari lalu, selepas sahaja solat Jumaat. Semua family berkumpul di Masjid Jamek Al-A'la Bandar Mas untuk pernikahan akad Nurrul dan Afif. 

Antara keluarga yang bersama ketika majlis akad nikah dijalankan. Ada datang dari nun jauh utara, pantai timur dll. Terima kasih saudara mara belah mak abah. 







Akad nikah aku telah disempurnakan oleh waliku sendiri, Abah. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada Afif. Kemudian diiringi pula dengan bacaan doa, bacaan taklik dan modul sakinah dimana kedua-dua ibu bapa pihak perempuan dan lelaki bersalam-salaman, berpelukan dan memberi Amanat kepada anak & menantu baru. Seterusnya Afif melakukan sujud syukur sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T. 
 Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Alhamdulillah. Terima kasih kepadaMu ya Rabb. Dengan rahmat dan izinMu. Kau telah menyatukan ikatan percintaan Nurrul Afif sebagai pasangan yang halal. Didoakan masjid yang dibina ini akan kekal hingga ke JannahMu ya Allah dan mahligai yang terbina ini sentiasa utuh kukuh dalam mengharungi segala ujian yg diberikanMu Allahu Rabbi. 













Ambil gambar dengan mak Abah dan juga adik-beradik perempuan. Mereka nih semua adalah orang kuat untuk majlis perkahwinan kali ini. Yelah sebab apa, sebelum-sebelum ini aku adalah "runner" org kuat majlis. Betul, korunk takkan jumpa aku dekat depan bawah khemah atau ditempat menyambut tetamu. Sebab apa? Sebab aku kadang akan sibuk berada di dapur, di kedai atau di mana-mana saja yg diperlukan ketika itu. HAHA. 


Gambar dekat atas ini, my childhood friend since darjah 5 tak silap. Tak you girls datang masa nikah Sis. Kalau tak dtg memang merajuk lah aku bawa diri. Haha. Terima kasih tak terhingga buat Jaja yg make up kan nikah kita. I do love the final touch up. Unfortunately, batuk yang buat mata berair membuatkan make up kita lepas tu nampak sebam >_<

Alhamduillah.Usai majlis, nanti kita update gambar majlis resepsi yar :)

Change title to Mr AFIF! :)