Assalamualaikum dan Hi,
Ujian darah hormon ini akan diambil masa hari ke-2 dan ke-21 period. Jadi kena tunggu waktu period dan macam biasalah, prediction kita keluar period dengan expectation period yang keluar dari badan kita tak sama, plus minus cepat atau lambat sehari gittew.
Masa bulan 9 period hari ke-2 aku ngam-ngam jatuh pada public holiday satu Malaysia pada 16 September. haha Cuti Hari Malaysia jatuh hari Jumaat pulak. Memang call klinik Khamis tu Nurse tanya tarikh temujanji dengan Dr bila, bulan 12 jawabku, period cycle regular ke tak, okey setiap bulan. Terus Nurse cakap takpelah tunggu cycle bulan depan pulak.
Pukul 2 petang kaunter pendaftaran di buka, ambil dan tunggu no giliran. Sampai giliran aku dekat kaunter, pegawai pendaftaran tu tanya, nak tukar date appointment ke, aku just tunjuk slip yang Dr tulis aje dalam kad tu, nak ambil darah hari ke-2 balasku pendek. Lepastu pegawai tu cakap nama awak tak ada tarikh dalam sistem ini. awak pergi ke Klinik O&G lepastu suruh mereka call saya ya.
Naik lah tingkat 4 (kali ni malas nak naik guna tangga tak, aku tak rushing dah, haha), dekat kaunter klinik O&G, nurse tanya , awak nak ambil darah semalam ada call klinik tak? , jawabku tak. (dalam hati aku cakap, kalau Nurse/ Dr tu ada pesan mesti aku call dulu lah. ko tak pesan expect aku tahu?) Selepas tu Nurse tu cakap awak turunlah balik dekat kaunter pendaftaran daftar dulu ea. (aku cam apehal lah ko ek?, bengkek ajee. Nak berubat kena sabar.. haihssh ).
Aku pun turunlah balik ke kaunter pendaftaran dekat bawah dan terus pergi dekat pegawai yang bagi no giliran. Aku ceritalah macam yang dekat atas tu. Nasiblah pegawai tu layan. Aku terus diminta tunggu dekat depan tu dan aku punya nama pun didaftarkan. Kali ini aku kena bayar sebanyak RM5.
Sekali lagi naiklah ke tingkat 4, Klinik Pakar O&G dan letak kad pink dalam bakul menunggu no giliran dipanggil. Beberapa minit kemudian, namaku dipanggil. Sambil menunggu Nurse sediakan alatan, aku tanya lah.
Aku : "Saya punya hari ke-21 tu jatuh hari Sabtu, Klinik Pakar tak buka kan. Macam mana ya tu? Nurse dekat depan suruh saya pergi cycle bulan 11. Saya cakap tak boleh sebab cycle bulan 11 sempat jumpa tarikh appoinment dengan Dr dulu. "
Nurse : "Awak boleh aje pergi Hospital Isnin berikutnya, tapi kalau betul-betul nak tepat bacaan hormon awak memang kena ambil darah hari ke-21. Awak boleh ambil diluar (swasta) pergi yang ada buat clinical lab" balas Nurse
Aku : "Oh kalau macam tu saya buat dekat luar lah"
Dah siap ambil darah hari ke-2 period.
Habis dekat situ. aku pun pulanglah. banyakkan cabarannya. Memang begitulah, kau kena kuat mental. Banyakkan cabarannya. Dulu sebelum buat rawatan kesuburan dekat hospital kerajaan ini, aku ada pergi buat dekat LPPKN, tapi separuh jalan aje sebabkan nak tunggu hari period ni punya pasal. Haha, nanti aku share macam mana nak buat rawatan kesuburan dekat LPPKN okey. ^_^
UJIAN DARAH HARI KE-2 SUDAH, NEXT.......... (MARILAH KITA TERUSKAN PERJUANGAN KITA)
No comments
Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan