TTC JOURNEY (HOSPITAL KERAJAAN) 3 | TEMUJANJI DR PAKAR O&G KALI-1

 Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum dan Hi...

Benar penantian ini adalah panjang. Ramai yang tanya kenapa tak buat guna Klinik Swasta aje untuk ujian kesuburan ini. Bukan tidak mahu, tapi ada kekangan lain dan ini yang termampu untuk aku usahakan. At least, nampak progress bak kata pepatah jawa "Better Late than Never". Apa-apa pun setiap insan ujiannya berbeza. so jangan hanya melihat pada dasar dengan mata kasar. ^_^

4 bulan telah berlalu, kini sudah tiba pada tarikh temujanji bersama Dr Pakar O&G. Aku datang lewat masa tu, appoinment pukul 9:30pagi. Aku sampai ngam2 9:30 pagi setelah beberapa kali buat round mencari tempat parking kereta. Fuh! Mencabar sungguh.



Lepas dapat parking, aku terus bergegas ke Tingkat 4 Klinik Pakar O&G dengan penuh yakin sekali. HAHA. Buat aku yang tiada pengalaman dan first time datang ke sini untuk berurusan dengan Dr Pakar, sesudah sampai di kaunter, Nurse cakap, Puan kena budak pendaftaran dulu dekat tingkat bawah sekali. Argghh keras! Nafasku yang masih berat menghembus serta Jantung aku yang masih laju mengepam darah kerana aku menggunakan tangga dari tingkat bawah ke tingkat 4. Kini aku terpaksa menuruni anak tangga untuk ke ruangan mendaftar diri.


Pendaftaran di Kaunter

Sekali lagi, kesabaran yang tinggi perlu di sini apabila sampai saja di ruang pendaftaran terlihat orang ramai membanjiri setiap ruang menantikan giliran nombor untuk dipanggil. Setelah 2 jam setengah berlalu, nombor panggilan ku pula sampai. 


Semasa di kaunter pendaftaran, aku hanya didaftarkan sebagai orang awam yang menjalani saringan kesihatan , ada lah dapat kad rawatan (warna pink - kena bawa kad ini setiap kali ke hospital) dan tiada yuran pendaftaran dikenakan.


Sejurus itu, aku terus naik ke tingkat 4 semula. Jam didinding menunjukkan pukul 12:00 tengahari ketika itu. Aku ambil kad rawatan (berwarna merah jambu) dan meletakkan dalam bakul yang disediakan di kaunter pendaftaran klinik pakar O&G. Kemudian aku ke bilik saringan untuk check tinggi dan berat. Selepas 30 minit aku dipanggil pula masuk ke ruangan bilik Dr Pakar.


Dalam Bilik Dr Pakar O&G

Dr Pakar melihat rekod dan surat rujukan KK yang tertera. Disusuli dengan beberapa background check (soalan sama seperti yang ditanya Dr KK semasa nak dapatkan refferal letter dulu). Korunk jawab ajeh yer.

Contohnya : - Period bulan teratur ke, last period tarikh, pad tukar berapa kali sehari, sejarah perkahwinan, penah gugur, suami merokok tak, latar belakang penyakit ibu bapa, bilangan adik-beradik, bd berapa kali seminggu, ada sakit tak bila bersama, pernah buat seks sebelum kahwin tak, pemakanan, gaya hidup etc. Kemudian tercatat di rekod itu aku belum melakukan ujian Pap Smear lantas Dr Pakar bertanya nak buat sekarang ke? Aku cakap boleh. Terus buat Ujian Pap Smear .


Ujian Pap Smear

Pap smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Orang cakap sakit lah apa lah, Aku pun dah prepare mental "All is Well". Aku diminta untuk tukar seluar dengan kain pink yang Hospital sediakan dan diminta baring dekat kerusi situ. Alhamdulillah masa aku buat saringan ini, tak rasa apa-apa pun tahu-tahu Dr cakap dah siap. Sekejap sangat tak sampai beberapa saat pun.  Dr pun ada cakap tak ada apa dah siap dan tunjuk kapas ada darah sikit aje.  Dr minta aku tukar balik pakaian aku. 


Scan Perut

Lepas dah buat pap smear, Dr suh aku pergi bilik sebelah dan baring. Dr nak scan perut aku. Masa baring dekat situ, aku rasa berbeza sangat vibes. Mataku sedikit bergenang dan ucapan syukur alhamduliilah. dalam hati cakap "begini perasaanya berada di atas ini. Walaupun rahimku belum ada penghuni." Sebak menusuk perasaanku. Dr cakap telur aku banyak dan matang, paling besar saiz matangnya 21cm. Dr cakap awak tengah fasa subur ni, cuba try bd kot2 ada rezeki.


Lepas scan perut Dr tak ulas banyak, just cakap try bd dan so far Dr cakap aku okey, jadi kena buat further investigation dimana aku kena ambil darah pada hari ke 2 dan ke 21 period dan suami kena buat semen analysis diluar (swasta). Dr terus set satu tarikh appointment baru 3 bualn dari tarikh ini iaitu pada bulan 12. Aku pun pulang pada pukul 1petang. Terima kasih yang sudi membaca sampai ke titik yang terakhir untuk coretan kali ini. 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Furqan: 74)

Perjuangan garis dua selangkah demi selangkah.



No comments

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan