CHECKLIST | Sebelum Hari Konvokesyen UITM

konvokesyen persediaan konvo
Assalamualaikum dan Hi Semua !

Hari konvokesyen adalah hari yang amat penting untuk seorang graduan yang berhempas pulas menghabiskan banyak masanya untuk belajar hingga mendapat segulung sijil. Jadi, mesti korunk tak nak spoil kan mood hari konvokesyen kan? Sekali dah rosak mood, hari yang indah pun boleh jadi suram taw, jadi tak nak serabut2.

WAJIB BUAT DULU : 
Oh ya, selepas dah dapat result dari Wak SALAM tuh, boleh dah nak dekat-dekat tarikh konvo setel kan CLEARANCE DI UITM yang korunk study tuh ya.


Ok, jom ikuti checklist sebelum hari konvokesyen berlangsung di bawah :

1.Alert dengan Website UITM ( Konvokesyen) di mana korunk hendaklah melakukan :

  • Pengesahan maklumat pelajar  (masa awal-awal dalam 2 bulan lepas tamat belajar) Lepas korunk dah update segala details, sila pastikan anda tiada saman dalam kampus, berstatus TM , ANC(http://isisweb52.uitm.edu.my/SPORTAL) - Sila rujuk gambar dibawah ya.
  • Pengesahan kehadiran kovokesyen (bila dah dekat bulan konvo), kajian pengesanan graduan dan daftar pengambilan borang jubah. Kajian Pengesahan dan Pengambilan Jubah UITM
Sila tekan gambar untuk lebih jelas :)

2.Buat Bayaran Yuran Konvokesyen
Lepas dah buat semakan pengesahan kehadiran tuh, bolehlah log in uitm student portal dan click financial ledger untuk tengok no siri pelajar dan jumlah yuran konvokesyen berapa serta segerakanlah buat bayaran. Sila simpan resit bayaran anda untuk future. Kikiki

3.Rancang cuti/ Annual Leave.
Bila dah berkerjaya/bekerja, ingat senang2 aje korunk nak tinggal kerja macam ponteng kelas dulu-dulu. HAHA. Kena semak jadual pengambilan jubah dan hari konvo sidang berapa. Jadi, bijak-bijak ambil borang cuti dan apply.
Contohnya, kalau Konvo dekat kampus Induk (UITM SHAH ALAM). Tiada dilema sangat waktu pengambilan jubah kerana kebiasaaannya jubah diambil pada hari Sabtu or Ahad, gaps untuk buat gmbar preconvo pun dalam seminggu, jadi korunk boleh apply cuti pada hari konvo saja (itupun kalau rumah tak berapa jauh lah kan)
Tapi kalau mcm Nurrul ni konvo dekat  kampus cawangan, biasanya ambil jubah waktu kerja, then gaps preconvo hanya sehari. Sob Sob Sob. Misalnya ambil jubah hari Isnin, konvonya hari Rabu, jadi kena banyaklah apply cuti (lagi2 yg duduk jauh dari tempat konvo)
4.Tempah Tempat  Penginapan
Bila dah jauh tu, faham-fahamlah sendiri yew, takkan nak ajak mak ayah tidur dalam kereta pulokk! Kesian depa. Jadi kena lah usha awal-awal atau booking hotel/homestay, 1-2 minggu sebelum hari konvo. Kalau UITM tu area Bandar tak pe lah, banyak pilihan hotel/homestay, tapi kalau UITM tu dekat jauh nun dari Bandar, sakit juga tu. Kenalah pandai-pandai cari.
Masa Diploma dulu, konvo dekat UITM SEGAMAT, sakit juga nak cari tempat tidur, nasib ada hotel budget yang okey dan available. Dekat sebelah shell Bandar sebelum jambatan, atau lagi satu KOPETOWN Hotel dekat sebelah ONE SEGAMAT.
Masa degree, UITM ALOR GAJAH Alhamdulillah, mudah sikit duduk rumah kakak, tapi area bandar banyak pilihan. Buka aje TRIVAGO , pilih nak mahal ke yg murah :P
5.Pemilihan Baju dan kasut.
Baju untuk graduan dan ibu bapa semasa istiadat konvokesyen berjalan di dalam dewan adalah berpakaian formal, untuk details Tips pakaian konvokesyen.

6.Gadget yang berfungsi
Hari yang bersejarah maybe sekali seumur hidup ini, apalah salahnya kita sediakan yang terbaik dari diri sendiri. Make sure memory kosong/cukup untuk ambil gambar nanti. Bateri mesti full, kalau kong takut korunk yang jadi king kong. HAHA. Sediakanlah power bank siap-siap.

7.Raptai hari Konvokesyen
Untuk taklimat nih, benda yang Nurrul skip, lepas ambil jubah terus blah, HAHA. Cuma make sure masa hari kejadian, korunk tak buat hal ah atas pentas, jangan malu bertanya dengan rakan-rakan yg pergi taklimat tuh.
Biasanya staff lebih fokus kan masa dekat atas pentas aje, cara nak berjalan dan cara menerima skrol. Mudah jaa, jalan dengan sopan, berhenti dekat tanda X yang staff dah label kan, kemudian berjalan sejurus saja nama dipanggil. Paling penting bila dah depan pro-counselor tu, tunduk sedikit dan ambil skrol sambil ucap TERIMA KASIH! Jangan sesekali ucap Thank you, nanti gambar pentas hang mulut nampak muncunggg.
konvokesyen persediaan konvo

8.Gambar Pre-convocation
Perkara yang paling famous graduan buat adalah photo shoot dengan jubah dekat tempat-tempat yang cuns/menarik/rare dimata depa. 

Kalau dekat Segamat, paling rare dekat atas rail keretaapi KTM tuh.
Kalau dekat Melaka, biasanya depa pih , Afamosa, Pantai Klebang dll. 

Aku ? 
Dalam rumah berlatar belakangkan cat putih. Done! :P

9.Wang Saku
Benda paling wajib dalam setiap checklist Nurrul. HAHA, mesti korunk benggang jek kan, tapi inilah haikatnya. Korunk kena budget korunk punya perbelanjaan sebelum, semasa dan selepas hari konvokesyen tu. Juga mungkin nanti lepas istiadat dah keluar dewan, nak bergambar formal dekat dalam studio, mesti kena guna duit juga kan. : Bukan apa, merancang lagi baik kan, walaupun kita da yang Maha Merancang. Tak salah kan? 

Okey, setakat ini dulu checklist untuk konvokesyen yaw, Harapnya sedikit sebanyak dapat membantu korunk yer. Amacam? Bersedia ke tidak nih? Btw, Congratulation!

Enjoy your graduation day !


10 comments

  1. if terlepas buat pengesahan kehadiran konvo, apa tindakan yg perlu di buat?

    ReplyDelete
  2. kalau terlepas print borang jubah mcm mne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi je dekat website uitm konvo mcm yg awal2 tuh, then print borang jubah

      Delete
  3. Macam mana nak sahkan status TM atau ANC ya? Sebab selepas saya sahkan kehadiran tak ada apa apa yang keluar mengenai status ni. Boleh tolong jelaskan? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes macam ni kena refer fakulti masing2. Mereka yang sepatutnya sahkan

      Delete
  4. Nak tanya kalau hari kejadian dia ada tanya pasal clearance ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang ada kadang tak, tapi Kalau tak ada clearance comfirm awk tak boleh ambil jubah :) ,
      Settel kan clearance mudah ajee tak sampai berapa minit pun :)

      Delete
  5. boleh ke kalau org lain wakilkan kita untuk buat clearance uitm. sbb skrg sy tngh buat degree kt kelantan so tak sempat nk pergi buat clearance kt uitm rembau :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk fakulti masing2 bagi mendapatkan kepastian. lain fakulti / kampus lain rule

      Delete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan