Jom Sunathon

Assalamualaikum dan Hi Semua!

Cuti sekolah sudah bermula dan bila cuti sekolah akan adalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak sekitar 6 tahun hingga yang besar akan buat aktiviti berkhatan tak kisah lah secara beramai-ramai atau pun hanya sekadar pergi ke klinik swasta.

Tak nak cerita yang berkhatan yang tak ada majlis, kita cerita majlis berkhatan yang beramai-ramai ada majlis meriah gtuww.. Aku pun dapat pengalaman ini bila dimana anak buah pertama aku dah semakin bujang. HAHA. Kalau tak, memang tak pernah merasa lah nak tengok majlis orang berkhatan sampai tunggu ada anak sendiri ~kui kui kui~

Majlis yang diberi nama "JOM SUNATHON" Anjuran dari Pihak Pengurusan Bandar Mas dengan kerjasama Klinik Bandar Mas yang diadakan pada 1hb Dec 2018 dengan bayaran sebanyak RM120. Cukup meriah dengan bantuan sporting dari pihak bomba cawangan Bandar Penawar. Seramai 50 orang kanak-kanak join untuk berkhatan kali ini.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat bersama ibu bapa mengenai prosedur berkhatan dan juga tanda tangan surat kebenaran untuk bius anak-anak yang akan dikhatan kan. Kalau tak ada surat kebenaran pihak klinik tak kan buat bius. Aww ~~ Tak dapat bayangkan macam mana orang dulu-dulu berkhatan tapi tak bius.. Grrr. Selepas taklimat ibu bapa dan semua dijemput untuk sarapan pagi.

Selepas sarapan, anak-anak semua diarahkan ke perkarangan tempat parkin kereta untuk berarak bersama-sama dengan iriangan kompang dan bunga paha.
Kemudian, ramai-ramai menyerbu ke arah pegawai bomba yang telah bersiap sedia memegang hos untuk memancutkan air. Haha. Seronoknya sebab ramai-ramai kan jumpa kawan baru. Hampir selama 30 minit juga kena siram kemudian mereka semua diarahkan untuk menukarkan pakaian dan bersiap sedia untuk seterusnya.
Terdapat sebanyak 4 bilik untuk kanak bersunat menunggu giliran, Danish dapat bilik no 2 dengan giliran yang ke-2. Sambil menanti giliran tu, konon jek tuh anak buah aku buat muka machioo padahal dalam hati dupp dappp dupp dapp 😂 Disebabkan aku nampak macam waktu menunggu tu lama aku pun balik ke rumah dulu ler
Lepas dah sunat, dapat bunga coklat dan sijil dari pihak Klinik Bandar Mas, Kota Tinggi Johor. Haha. Aku gelak aje sebab kelakar sunat pun dapat sijil meyhh? 😂 Dah besar dah Danish, anak buah yang pertama dan dah jadi bujang sekarang. So fast time fly by. Selamat berpantang bro!

Sunat tu sakit macam kena gigit semut ke? 



2 comments

  1. Suka anak-anak bersunat ramai-ramai.. Kuranglah sikit perasaan takut tu..

    ReplyDelete
  2. haha comel. samalah awak, anak buah saya yg first nama Danish juga, tapi baru 2 tahun ^^,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan