Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Pejam celik pejam celik Nurrul dah pun memasuki sem 5 untuk degree life. Yeah ! Hanya tinggal 1 semester ini untuk menghadap buku dan assignment menggunung. Tak terasa kita ni senior dalam kampus. HAHA. Perasan muda lagi konon, wekk. Seminggu kuliah telah berlalu, cepatnya masa. Sem ini bukan sem untuk berjimba atau suka-suka menanngguhkan kerja. Yup, hari pertama masuk kelas dah dapat assignment untuk cari journal/artikel dan minggu depan present. Jadi, kau lanmbat selamat jalan ah jawabnya >_<
Dan semalam kita dengar taklimat dari unit praktikal.. Ya, macam percaya atau tidak aje, aku dah nak praktikal sem depan. betul ke ni ? Omg! Jadi daouble triple kena buat dari sekarang!!!
Maklumat yang aku boleh kongsikan lepas masuk taklimat dari unit praktikal dari UiTM KBM :
Daftar Diri di Web IMSMK
Semua budak2 yang bakal praktikal sem depan uitm student kena daftar diri mereka di laman web imsmk.
Apa2 pun kita clear dulu syarat-syarat kelayakan untuk daftar kod kursus ini.
Mestilah tak ada carry paper untuk sem depan, mesti clear semua paper before masuk intership kalau ada pun carry paper, only one paper sahaja. Sebabnya kenapa, satu paper boleh carry lagi nanti bila sibuk praktikal tapi kalau dah lebih dari satu, pengsan nak berkejar untuk praktikal dan kelas.
Advisor untuk buat kertas kerja thesis, dah tak boleh pilih-pilih.
Pelajar hanya tahu siapa advisor untuk kertas kerja mereka setalah seminggu menjalani latihan praktikal. Weee weee so terima saja dengan hati yang terbuka siapa pun advisor awok tu. [cakap dekat diri sendiri juga ni sebenarnya, positif positif ]
Latihan Praktikal Sesi September 2017
Bermula pada 7 Ogos 2017 sehingga 24 November 2017 dan tempuh praktikal adalah bersamaan dengan 16minggu iaitu 4bulan,Area yang boleh cover untuk student UiTM KBM hanyalah di 5 buah negeri : Selangor, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Johor.
Syarikat-syarikat Blacklisted untuk buat internship :
- Honda Alor Gajah, Melaka
- Hicom Pagah Indurtrial Park
- Yayasan DMDI, Melaka
- Pro Vending One, Melaka
- Inter Excel Advisory Sdn Bhd, Kuala Lumpur
- Mama Secret Industry, Bangi
- Nadira Shoppe (M) Sdn Bhd
- Skew works Sdn Bhd, Mitc Melaka
- AUO Sun Flower, Melaka
- Kip Hotel Management
- Cool Station Outlet
- Unifield International Collengue, Negeri Sembilan
- Utas Travel & Tour Sdn Bhn, Melaka
- Z Rich Corporation
Why syarikat atas ini tersenarai blacklisted untuk internship ? Sememangnya ada sejarah tersendiri yang pastinya memang tak patut diterima oleh pelajar. Untuk keselamatan bersama, so pihak UiTM melarang keras untuk masuk buat praktikal di syarikat-syarikat yang tersenarai diatas.
Jadinya, syarikat mana bakal mengambil ku untuk internship ni, Ohh Tidak, kena pilih betul-betul, mana tahu boleh terus serapp masuk, debaran terus terasa sebabnya beberapa bulan saja lagi semuanya akan terjadi. Apa suggestion Syarikat korunk untuk Nurrul yang berada dalam bidang Human Resourse ni ?? Any idea pliiss share taw. sangat-sangat dialaukan,
Ada lagi info tambahan ? Nanti aku hupdate yer :P
Okey jom setelkan apa-apa yang perlu untuk document internship ini. Sampai ketemu lagi ya. :)
Goos luck. Semoga memilih company yg betul utk praktikal. Mana tahu rezeki dapat diserap masuk kan? Bila dah hujung semester mesti rasa macam tak percaya and cepat je masa berlalu kan? Hehe
ReplyDeletegreat tips!
ReplyDeletebtw, jemput singgah tempat saya =)
selamat berpraktikel..
ReplyDelete