Tutorial : Blog Mesra SEO

ciri2 Blog Mesra SEO

Dari mula-mula blogging lagi, aku selalu tanya, minatang apakah yg bernama SEO ni ? Rupanya macam mana ek, nak kata tahu pasal Seo setelah sekian lama asyik skip aje kalau bab ini. Sekarang baru nak sedar sikit tentang kepentingan SEO Friendly ni, jadi samalah kita merangkak menjayakannya sampai blog kita adalah SEO Friendly. Jadi ini hasil telaah yang tak seberapa moga berguna buat semua. :P

Apa itu SEO ?
SEO itu adalah short for Optimisasi mesin pencari (bahasa Inggris: Search Engine Optimization, biasa disingkat SEO) adalah serangkaian proses yang dilakukan secara sistematis yang bertujuan untuk meningkatkan volume dan kualitas trafik kunjungan melalui mesin pencari menuju situs web tertentu dengan memanfaatkan mekanisme kerja atau algoritma mesin pencari tersebut. Tujuan dari SEO adalah menempatkan sebuah situs web pada posisi teratas, atau setidaknya halaman pertama hasil pencarian berdasarkan kata kunci tertentu yang ditargetkan. Secara logis, situs web yang menempati posisi teratas pada hasil pencarian memiliki peluang lebih besar untuk mendapatkan pengunjung.” (Sumber: Wikipedia)
Secara ringkas dan bahasa mudahnya adalah untuk memastikan blog kita mudah dijumpai di search engine Google dengan kata kunci blog kita. Semestinya nak target bila dicarian search engine google, nama blog kita paling atas gituhh.. 
Sebelum tu , bolehlah bandingkan dulu Seo blog macam mana. Ingat setiap Seo Checker berbeza result nya, yang biasa digunakan blogger2 lain Seo CHKME ataupun guna Website Grader ini. Banding beza sebelum dan selepas blog di'repair':)


1. Edit HTML untuk mesra SEO *please backup ya dan preview dulu kalau tak ada error baru save. Pergi ke Design --> Edit Template --> Crtl+f find :

Title Tag
Selalunya kalau di carian google, nama blog dulu baru tajuk article, ini tak seo friendly, so, nak buat dianya Seo Friendly contoh " Tutorial : Blog Mesra Seo | Nurrul " macam ni. Korunk cari code <title>, kalau code macam dekat bawah, abaikan. kalau tak ada lagi copy code ini di bawah dan paste di bawah <head>
<title><b:if cond='data:blog.homepageUrl == data:blog.url'><data:blog.title/><b:else/><data:blog.pageName/></b:if></title>
Meta Tag
Short description mengenai blog untuk mudah dicari. Copy code dibawah dan letak di bawah <head>
<meta content='Masukan deskripsi blog anda di sini' name='description'/>    <meta content='Masukan Kata kunci Anda di sini' name='keywords'/>    <meta content='Masukan Nama Anda di sini' name='author'/>
Gunakan rel='canonical'
Untuk elakkan duplication on the discription, bawah code <head> 
<link expr:href='data:blog.url' rel='canonical'/>
Heading Handle H1 Zero Result
Cari code ini :
<div id='header-inner'>
        <a expr:href='data:blog.homepageUrl' style='display: block'>
          <img expr:alt='data:title' expr:height='data:height' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_headerimg&quot;' expr:src='data:sourceUrl' expr:width='data:width' style='display: block'/>
        </a>
Dah jumpa ? Kalau dah jumpa, sila tambahkan code <h1> ........ </h1> antara mereka. Contoh selepas ditambah code:
<div id='header-inner'>
        <h1><a expr:href='data:blog.homepageUrl' style='display: block'>
          <img expr:alt='data:title' expr:height='data:height' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_headerimg&quot;' expr:src='data:sourceUrl' expr:width='data:width' style='display: block'/>
        </a></h1>
3. Blog mestilah Ringan.
Aku sendiri nak blogwalking mesti nak sedap mata memandang dan mudah bagi aku. Apa yang mudah ? Aku tak suka sangat menunggu terlalu lama loading page blog. Daripada tengah semangat mood nak membaca jadi terbantut. Naknak bila line tu macam siput sedutt.. menang bertambah sirapnya. >_^ Macam mana nak dapatkan blog yang ringan, boleh refer cara Ringankan Loading Blog ya.

4. Keyword Yang Tepat
Macam mana nak kata tepat tu ? Let say lah kita nak cerita pasal travel, jangan tulis keyword tajuk," Hari Pertama" sepatutnya kita tulis tajuk tu"lokasi travel" Kira senang cerita, tulis tajuk direct mengenai apa yang dikongsikan. Selain itu entry mesti tulis keyword berulang2 kali. Masukkan Search Description selepas entry dah siap. Penting untuk search engine crawler akan crawl search description setiap pages blog kita. :)

Ciri-ciri seo friendly


5. Alt dan Title Image
Bab gambar jika masih tak guna yang jenis responsive template, dinasihatkan untuk menggunakan saiz gambar bawah 1MB kebawah. Korunk kena resize gambar sebelum upload masuk dalam blog. ^_^ Selain itu juga gambar yang tiada alt text tidak akan dicrawl oleh search engine crawler. So please letak alt dan title image, reader tak nampak pun tapi search engine nampak. Camne nak buat tu ? Pada gambar, klik properties then isikanlah okey :) 

6. Remove Dead/ Broken Links
Kemungkinan dalam blog kita ada link yang sudah tidak wujud atau digunakan lagi. Sedikit sebanyak ianya mengganggu Seo Friendly kita. Try ke Web ini untuk detect dead/broken link. Lepas dah jumpa, rajinlah gagahkan diri untuk edit satu2 dimana terdapatnya dead/broken link dalam blog kita tu. Mau pengsan juga lah nak kerjakan benda ni. tapi tabahkanlah. ^^

7. Template Mesra SEO
Paling mudah senang dan tak pening2 sangat nak edit, gunakan aja responsive template , confirm2 sedikit sebanyak memang ianya mesra Seo. Banyak aje sekarang designer yang menyediakan template2 responsive samada free dan berbayar. Lepastu korunk editlah ikut citerasa korunk :P

8. Blogwalking
Nak orang datang blog kita, tapi tak nak ke teratak blog lain. Hmm, sila lah duduk sorang diri macam tu. Kalau ya pun rajin visit site alam maya kawan-kawan lain, silalah rajinkan tangan tu untuk bagi komen at least feedback/opinion/suggestion dari pandangan korunk.tak kena bayar kan. Aku rasa yang last ni lah tips yang boleh dikatakan sangat berkesan.
Cukuplah 8 tips dulu, Nurrul rasa korunk mesti pening juga belek2 satu2 benda ni :P Takpe, nak yang terbaik mesti kena sabar kan. ^^ Okey, jom rehatkan mata dan minda. kalau ada tambahan, boleh lah share ya. Terima kasih :)
Terima kasih ; http://blog.kangismet.net/2012/10/mengatasi-h1-zero-that-is-really-bad-di-chekme-com.html, http://belajarblogleski.blogspot.my/2013/08/9-Tips-Edit-Template-blog-agar-SEO-Friendly.html, google


18 comments

  1. Terima kasih tips ini..kak PC dah tengok juga broken link tu...sekali tengok...macam nak pitam pun ada juga...insyaAllah cuba perbaiki dan perbetulkan sikit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan pengsan kan... Nurrul pun tengah slow2 ni update semua mana yg penting untk naikkan seo punya pasal ^_^

      Delete
  2. Tinggi grad blog nurrul, jeles, akak sikit je..dia cakap request http apa entah, tak paham ler.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk perasan aje ea kak Mayy malu kite. tapi still tak dpt beat kak May yang 100% tu

      Delete
  3. Nice sharing 😍😍😍

    Nak.kena ad seo friendly pasni.

    ReplyDelete
  4. Nice infonya... kalau amalkan semua tips memang blog mudah mendapat tempat di search engine...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat2 kalau diamalkan.. tulah dulu kemain belagak buat tak taww aje >_< padan kita

      Delete
  5. tingginya score SEO.

    thank you for the tips

    ReplyDelete
  6. thanks utk ilmu yang dikongsi. Sangat bermanfaat utk blogger baru macam saya.

    ReplyDelete
  7. Saya kena cek balik la nanti...huhu

    ReplyDelete
  8. Saya tak jumpa pun word design tu...uwaaaa ada kat mana sebenarnya....huhu

    ReplyDelete
  9. terima kasih.... lepas godek2 naik rating daripada 59%.. cam xcaya lak.. harap naik balik ler ranking lepas jatuh teruk

    ReplyDelete
  10. tgh check broken links, byk jgk 165... jenuh

    ReplyDelete
  11. terima kasih untuk tutorial ni. bermanfaat esp tuk newbie macam saya.

    ReplyDelete
  12. Wow..info berguna utk saya yg masih baru berblogging ni. Tq!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menulis komen di blog Nurrul, sebarang pertanyaan akan dibalas secepatnya. Jazakallahu khairan