Yummy Yummy !! Sejak pandai buat Che Mek Molek nie kerjanya nak buat saja. Tak pelah. Sendiri nak makan... Apa salahnya?? Lepas hari itu blogwalking dekat sebuah blogger tentang kuih nie teringat masa zaman budak-budak dulu Mak suka sangat masakan kuih ini. Dengan idak semena-menanya suruh mak buatkan.. Dapat extra, bukan setakat Mak buatkan, Mak ajarkan sekali cara-caranya :D
Bahan-bahan yang diperlukan : Ubi Keledek, Tepung dan Gula. :D
Mula-mula mestilah rebus dulu ubi keledek (ikutlah berapa kuantiti yang dikehendaki). Lepas dah siap rebus
1. Kupas kulit ubi keledek yang telah direbus.
2. Sediakan bekas yang besar untuk memudahkan kerja yang seterusnya.
3. Menggunakan cawan plastik (lebih mudah) untuk melenyekkan ubi keledek tadi. Lenyek semua ubi keledek. Jangan tinggal ubi keledek pada bentuk yang asalnya walaupun sedikit.
4. Selepas itu, uli ubi keledek dengan tepung.
Sila masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam ubi keledek untuk memastikan tepung sebati bersama ubi keledek / Proses ini sangat memerlukan kekuatan tangan sebab nanti korang akan berasa lenguhhh :) /
TIDAK PERLU DICAMPURKAN BERSAMA AIR ! Uli sehingga ubi keledek tidak terlalu melekat di tangan kita.
5. Cubitkan sedikit-sedikit campuran tadi untuk dibuat bentuk bulat. Kemudian, buat lekukkan sedikit di bulatan.
6. Masukkan gula di dalamnya kemudian balut semula. ( Pastikan balutan betul-betul tertutup dengan kemas untuk megelakkan gula tumpah sewaktu menggoreng)
7. Goreng dengan api panas. :)
Selamat mencuba !!
Sedap, Si Danish makan sampai kekenyangan. Hehe.. Punya selera dia makan kuih nie.. Suka sangat ! >_< Lagipun kuih ini sangat mengenyangkan.. ^^
wah senang je rupenyee..hehe..thanx sharing resepi.. :)
ReplyDeleteHye, kenapa nama kuih nie cek mek molek??
ReplyDeleteNanti Nelly nak try buat laa..thanks kongsi..
http://cintanelly.blogspot.com/
@Nelly Sapri Err , sbb manisan kot.. haha sy pun tak taw.. ni makanan org timur.. ^^
ReplyDeletesedapnya..nyum2..
ReplyDeletesedappppp..feverett nii ..lme x makan..terliurrrrr
ReplyDeletesuka kuih nie...memang sedap...tapi jarang terdapat kat Melaka...
ReplyDeletesinggah sini...
Sedap :) Tapi sekarang tekde effect sebab memang tengah makan ni xD
ReplyDeletenampak sngt sedap!!!
ReplyDeletesalam semua...cek mek molek nie makanan ore kelate...hehe, senang kan...so semua bolehla buat lps nie..
ReplyDeletesaya dtg sini balas BW awk yg lps2..follow back awk...
Assalamualaikumm Nurrul :) wahh senangnya cara nak buatnya tu . in shaa Allah nak cuba lah nanti . . dan telah menabung nuffnang awak :)
ReplyDeleteFirst time dengar nama kuih ni.:)
ReplyDeletetak pernah makan... senang pulak nak buatnya...
ReplyDeletewaaaa.. sodap nye. lame tak buat che mek ni.. sbb mmg jarang beli ubi keledek .
ReplyDeleteoh.. gini rupanya cek mek molek..
ReplyDeletenak kena cuba buat ni, selalunya nenek aje yang selalu buat bagi, haha.. sedap oo
ReplyDeletesalam.. lama xmakan kuih ni. senang je nk buat dan bahan2 pun sikit.
ReplyDeleteni kuih orang kelate ke?
ReplyDeleteee tak pernah try kuih ni. hahaha.
tak pernah try pun kuih ni. macam sedap je. at first pkir ni karipap lpas tengok gambar -.- hee
ReplyDelete