PETUA MENGHALAU NYAMUK CARA SEMULAJADI

Sekarang banyak kes denggi yang meningkat di negara kita.. Jom sama-sama kita elakkan dari gigitan nyamuk aedes pemusnah dengan cara yang paling ekonomi..
CARA A :  Bahan dapur sebagai alternatif kepada ubat nyamuk komersial.
Untuk Perlindungan Badan
1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak sikit lagi.

CARA B:  Minyak-minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau supermarket.
Untuk Perlindungan Badan
1. Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih ) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
2. Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air suam setekoh dan goncang.
3. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk.
AWAS : ELAKKAN DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
1. Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. ATAU
2. Bakar Lilin Serai Wangi dan Pudina di ruangan tersebut.

KURANGKAN NYAMUK DI HALAMAN RUMAH
Jangan ada air bertakung.
Kalau ada kolam jugak, belalah ikan atau gerakkan air tersebut dengan pump.

Bersihkan halaman rumah dari daun-daun, dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang jahat.

Kalau kawasan tu ada burung layang-layang atau kelawar, populasi nyamuk akan berkurangan. Kedua-dua haiwan ini suka makan nyamuk. Tapi tak payahlah kita bela mereka ini kerana banyak najis. Sebagai ganti, kita tanam saja serai wangi di tempat strategik atau pokok nyamuk ( bau macam serai wangi dan dijual di nurseri ).

Jika halaman rumah kita bersih dan berbau serai wangi tapi jiran kita dok usahatani nyamuk, parah kita nanti. Kesannya berkurangan. Nasihatkan mereka baik-baik. Jika mereka degil sangat, barulah kita bela burung layang-layang kat tepi pagar menghala halaman mereka ( kalau larat lah ).

CARA C : Cucukkan cengkih pada limau nipis.
Cara nak buat senang jer. Limau dipotong dua kemudian cucuklah cengkih seberapa banyak yang suka. Kalau dah kecut limau, buat lagilah yang baru.

Sumber : Google & FB

Jika kurang berjaya, maafkan saya kerana mungkin spesis nyamuk kita berbeza atau nyamuk dah jadi mutant. Jadinya cubalah tambah dan tukar bahan-bahan sendiri untuk lihat keberkesanannya. Hanya jangan berganjak dari bahan induk, iaitu eucalyptus ( kayu putih ) dan lemon grass ( serai atau serai wangi ).
Hidup Bebas Tanpa Gigitan Nyamuk !! :D


3 comments

  1. info yg berguna , kak nurrul. hehe. nyamuk zaman moden brtukaq jadi mutant :D

    ReplyDelete
  2. keje bahagian perhutanan.. tak dapat dipisahkan dengan nyamuk.

    ReplyDelete

ღ Nice to see , nice to read ,
Once comment , I will hit you back ! :D
Its that true my poem ? HAHA. Ignore it..

Thanks , I love you all !