Hidup di alam universiti sama ada swasta mahupun awam, anda pasti akan mempunyai roommate atau housemate. Lain cerita kalau anda anak orang kaya seperti cerita samarinda TV3, belajar Universiti swasta ulang alik dari rumah... Jadi disini ada 5 jenis roommate/housemate yang anda bakal temui dan telah aku temui di alam universiti
Seorang yang baik dan berprinsip. Sangat prihatin dan baik hati. Tapi hati-hati, jangan sesekali melanggar sebarang hukum hakam dan peraturan sudah ditetapkannya. Break the law on your own risk. Dia tidak akan bertoleransi dengan sebarang cacat cela dan kekurangan. Jangan sesekali cuba mencabar kredibilitinya dengan melakukan perkara seperti tidur tak tutup lampu, biar bilik bersepah, biar baju tak basuh berbulan. Maut mungkin menunggu. *aku boleh dikategorikan dalam senarai ini , jadi awas siapa yang sebilik / serumah dengan aku !! *
Sangat sukar untuk anda membuktikan kewujudannya. Anda dapat merasakan kehadirannya dalam persekitaran di bilik anda. Tapi anda jarang bertemu dengannya. Mungkin kah dia lepak di bilik membernya yang lain? Mungkin kah dia keluar? Tapi kenapa dia tak pernah tidur di bilik bersama anda? Persoalan yang akan terus bermain di minda anda sehingga lah sem break..
Misteri. Setiap malam dia akan keluar dan kemudian bila dekat nak subuh dia akan pulang. Apa yang dia buat? Main futsal? hisap shisha? lepak bukit bintang? Anda sentiasa tertanya. Siang sememangnya bukan waktu dia keluar. Dia seakan akan anti akan cahaya matahari. Mana taknya, bangun tidur dah dekat pukul 4 petang. Anda jugak tak pernah nampak dia makan apa apa bila dia ada di nilik bersama anda. Bila anda offer janjan, dia akan menolak. Dia juga punya satu ciri ciri yang anda sangat cemburui. Charm yang sangat hebat. Saling berganti awek/pakwe setiap minggu. Sapa tak geram..
Ganjil. Sangat ganjil. Perwatakannya amat lain dari yang anda pernah temui. Pada waktu malam kadangkala anda terdengar suara yang aneh darinya seperti bercakap dalam bahasa asing. Bahasa Uganda, mungkin? Dia juga seorang yang sentiasa excited dalam apa jua keadaan. Seakan akan semua yang berlaku adalah first time baginya. Dia juga mempunyai perwatakan yang suka bertanyakan soalan-soalan yang aneh terhadap anda. Seperti ingin mendapat sesuatu dari anda. Seolah olah anda ialah bahan spesimen makmal
5.Zombie
Hah ! mana satu kategori roommate anda ??? Yang pasti aku pernah mempunyai semua jenis roommate yang tersenarai di atas.. :') Tahan sabar , tahan maki , segalanya tahan aja lah......
Bergaul dengan mereka ? Pilih mana yang elok :)