Semester 3 Break

17 October 2014 tamat sudah final exam !!! Fuhh, penantian nak habis exam pun sakit juga taw.... Alhamdulillah, berakhir juga semester 3 buat aku, harap-harap keputusannya baik-baik sahaja... Cuti sem ni nak buat apa ?? huh, sedih sem nie tak dapat join Karisma macam sem 1, yelah bila ada orang yang lebih berkebolehan dari kita, mesti kita kena buang kan ? sedih... mungkin itu perasaan orang-orang yang tak dapat.. sama macam aku.. :) senyum...
Untuk sem ini banyak sangat pahit manis yang aku alami.. dari awal aku masuk sampai akhir sem ini.. sem ini banyak sangat kepahitan yang aku tempuh seorang diri.... Aku masih bersyukur Allah permudahkan segala urusan aku.. bermula dari awal-awal mendaftar pertukaran tempat belajar, masalah rumah, masalah diri dan masalah belajar... Ada masalah yang dapat aku atasi dengan baik dan ada masalah yang aku tak dapat atasi dengan baik... Semuanya kena hadap dan tempuh juga..
 Aku tak boleh mengelak..... makin meningkat umur kita makin banya dugaan yang kita akan tempuh, aku percaya segala nya itu adalah untuk membuatkan kita lagi kuat... aku percaya Allah tidak akan pernah uji hambaNya dengan ujian yang tidak boleh dihadapinya....Nak cerita dekat sini pun tak sempat... kadang-kadang aku rasa biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu.............
Emm, cukuplah.. nanti aku bebel lagi.. sekadar luahan hati... nak cerita semua memang tak akan habis.. buat sinopsis aja untuk semester 3.. haha :P poyos!


Di Atas Nama Cinta


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Inspired this song !! Ya Allah, moga masih belum terlambat untukku... Mendambakan keampunan dan keredhaan dariNya... Amin..


Design Own Photo booth Prop (DIY)

Sekarang sedang menjadi trend untuk majlis mesti ada photo booth corner.. tak kisahlah dekat majlis bertunang, kahwin atau apa-apa majlis yang berkaitan.. Mesti jadi satu kepastian untuk snap gambar-gambar sebagai kenangan.... So, jom jimatkan duit dengan buat photo booth sendiri dengan mudah tanpa sewa mahal ! :D Let begin..
Barang yang diperlukan adalah :
  • Cupboard 
  • Hot Glue Gun & Glue gun
  • Lidi sate
  • Gunting , Pisau
  • Kertas Kilat @ serbuk kilat ( untuk cantikan gambar , buat tulisan )
  • Idea , melukis @ printable prop picture...
  • Kalau nak printable prop picture, ambil di link ini : Photo Booth Prop ! , or google aja " Photo booth template" keluar semua yang korunk nak.. Just pilih...
Step DIY photo Booth :
1. Bagi yang jimat macam aku, lukis free hand jee di atas sekeping cupboard.. tak kisah lah bentuk tuh macam mana, pandai-pandai lah :)
Untuk printable , korunk lekatkan printable picture tuh dekat cupboard.. Okey.. :)

2. Bila dah penuh satu cupboard dengan lukisan, gunting lah.. Masa nie perlukan kesabaran yang tinggi sebab tangan sakit gunting benda keras.. :D

3. Siap gunting, untuk mencantikkan lukisan tadi, gunakan kertas kilat untuk hiasan. bagi yang nak buat tulisan mcm " Just Married" ; "I am yours" ; "Single" ; "I'm Next" etc. Memudahkan urusan.
4. Dah siap hiasan, lekatkan lidi sate dibelakang dengan mengunakan hot glue untuk tahan lasak bila barang bertukar tangan..
5. Photo booth prop sudah siap, dan apa lagi.. POSING lah !!! :D