Assalamualaikum dan Hi,
Ya Allah, Setelah beberapa tahun tinggalkan sekolah, hari ini masuk sekolah semula, sekolah tadika dan mengajar pulak tuh.. Terharunya sebaknya dan sedikit seram tuh ada jugak lah. Bukan sebab apa sebab tak pernah ada pengalaman kerja langsung.. totally kosong. Moga dipermudahkan segala urusan aku mendidik anak-anak syurga ini dengan tabah dan berlapang dada.
Bismillah, Oh Allah open my heart, Make easy my work, Make easy my speech, So that they will understand...
Little Caliphs Bandar Seri Alam, Johor ini baru aje dibuka Januari 2016 Persekolahannya. Yeah, aku merupakan teacher batch pertama yang mengajar di tadika ini. Banyak sangat benda yang aku kena belajar. lagi-lagi teknik mengajar. Untuk permulaan ini, aku just ikut flow aku aje.. HAHA, sebab nak kacau teacher lain pun dia sibuk handle anak murid masing-masing. takkan aku nak tinggalkan kelas dan anak murid aku yang 13 orang tuh.
The 5 Years Classroom :)
|
Kelas yang comel dihiasi dengan benda-benda yang comel untuk menarik minat si comel ni. Ini baru aje sebahagian gambar sudut kelas 5 years ini. Memang betul-betul mencabar ajar anak-anak syurga ini, ketabahan, kekuatan emosi dan fizikal sangat-sangatlah diperlukan, maklumlah dalam minda mereka hanya nak bermain bermain dan bermian. Bila tiba di sekolah kena plak belajar mengadap buku, terkejut seluruh sistem badan dia. Hari pertama adalah hari yang sangat mencabar bagi aku.
Makanya, terhasillah idea perahan aku dan en google untuk aktiviti hari kedua bersama ahli-ahli syurga ini. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,
Activities for today, day 2 of school..
1. Playing lego -rewards when done doing work.
2. Motor skill
3. Coloring
4. Sing and dance _mau semua gelakkan teacher.
Alhamdulillah, really enjoy and having fun with the cuties. So hectic day, but i enjoy myself. May Allah ease everything.
#LittleCaliphsBadarSeriAlam #TeacherNurrul