Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat

Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat
Assalamualaikum dan Hi,
Kecoh dengan produk-produk bermerkuri, tempoh lalu aku share pasal Tips Berhenti pakai produk bermerkuri. Ada lah orang views juga. Terima kasih ya. Disebabkan aku tak ada idea, come up dengan tengok keywords carian dari dlam blog ini, ada yang mencari Simple Skincare Penjagaan Kulit Review. Terpanggil untuk share dengan kawan-kawan alam maya aku sama ada yang dikenali atau pun tidak. Tapi Good to share with you. 

Aku memang ada pengalaman yang sangat mengerikan, Semuanya terjadi bila mana akus endiri terkejut sebab hormon aku masa tension tahun akhir diploma lalu, naik jerawat lain macam sampai buat kenyakinan diri aku jatuh teruk. Yes, orang nak sangat jaga kecantikan sebab ianya sangat berkait rapat dengan self esteem dalam diri kita. Memang orang akan cakap rupa tak penting, yang penting blaa blaa blaa... tapi bila kau alami benda tu, its normal kau akan rasa down giler dan mulalah nak bereksperimen. Cerita pasal eksperimen tu nanti lah ea dekat tajuk lain. haha :P Kejadiannya pada Oktober 2014

Tips | Simple Penjagaan Skincare untuk kulit Sihat 1
Inilah hasil muka eksperien diri, Daebak tak ? HAHAHA sebabnya nak hilangkan paru2 jerawat yang hitam tuh aje :P masa ini Decemeber 2015. Betapa lama aku kena hadap tahun dengan muka ini? Aku memang tak pakai mana2 skincare kecuali sabun dan aloe vera.

"3 CARA SIMPLE PENJAGAAN KULIT BY NH"

3 cara simple untuk penjagaan kulit muka yang Nurrul buat secara konsisten. Dari muka teruk sebab eksperiment sendiri sampai ke tahap sekarang ini. . Iye. Aku buat 3 cara ini aja. Dan aku sentiasa pastikan bahan yang digunakan SUPER NATURAL. . .

1. Cuci muka dengan sabun beras, sekarang guna sabun kayu manis,madu dan oat. 
Sila jadi pengguna yang bijak, jangan hanya tahu jaga kecantikan diluar namun yang dalamannya sakit. sebab tu sangat penting baca ingredient atau apa2 label-label yang ada di produk. Itu bukan suka2 taw. Memandangkan kita sekarang ini perlu sangat2 aware dengan setiap apa benda yang kita makan, pakai etc dalam harian kita. Tak nak kelak datang kemudaratan pada kita.

Pilihan Nurrul semestinya adalah produk yang SUPER SUPER NATURAL. 100% Nurrul akan consume dengan produk yang natural. Nurrul ada jual produk sabun yang memang Nurrul sendiri palai sekarang. Boleh visit ig :@nhmartt kalau nak tengok2 usha.

2. Sapu ALOE VERA setiap kali lepas cuci muka. 
Selalunya Nurrul guna Aloe vera dari D'Bella Cosmetic. 
Sangat digalakkan sebelum tidur tu korunk letak atau sapu aloe vera tebal. One of my friends yang belajar farmasi taught me that. Fungsinya adalah untuk melambatkan kedutan diwajah. Wajah pipi gebu gebass gituh. Lagi satu yang daripada pemerhatian Nurrul, kulit kita akan kurang berminyak sedikit. Bangun2 fefeling pegang muka macam kulit baby. Lembut aje. >_< 

3. Sapu bedak compact powder! . Angkat beg tangan, jalan. 😎😎😎 . .
Lepas muka Nurrul teruk giler sebab experiment, benda ini tak sempat nak cerita dalam blog lagi. nani kalau ada masa, Nurrul cerita ya dalam belog. Haha, not that point, pakai bedak compact powder untuk jaga kulit muka kita daripada directly terdedah dengan habuk2 atau pancaran UV.. At least tak kena directly to your skins. Nurrul biasa pakai Maybelline aje. hikhikhik
P/s: Niat nak putih tu mmg tak ada lah sebab tahu memang kulit sawo matang, just make sure kita jaga muka dengan betul. Just be your are. Alhamdulillah. Cantik Indah Allah cipta Aku. Dan kalau muka ada masalah jerawat ke apa ke yang normal dan tak terlalu teruk.. Let it be..Setiap sesuatu ada masa pulihnya sendiri. Nak cepat2 nak kemana kalau nanti...... sambung sendiri. 😌😌😌 . Ini cara aku, Korunk punya cara macam mana pulak? Share lah kalau sudi . .
Tips | Simple Penjagaan Skincare by NH
Dan, berkat kesabaran dan konsisten dalam merawat muka menggunakan bahan2 alami, Bulan 3 2017 inilah hasil kesabaran aku. Hehe. See, semua benda yang nak kena heal ada masanya tersendiri. Even hati kau remuk pun kena amek masa untuk pulihkan, begitu juga yang lainnya. So keep waiting. Lepastu ada jerawat biasa2 tu normal. its show your skin is sihat.

         So hope korunk get something from this tutorial, tak salah nak cantik, itu memang naluri kita sebagai manusia. Tapi make sure kita kena bijak, bak kata orang sihat luar sihat dalam kena diutamakan. Moga Allah Redha. Terima kasih sudi baca post ini :)

Cantik/Sihat di Luar, Cantik/Sihat Di Dalam


Tips : Berhenti Memakai Produk Bermerkuri


Assalamualaikum dan Hi.
  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita yang kita sendiri terperanjat apabila mendengarnya, lagi-lagi tentang produk kecantikan "skincare". Why? Sebab kita juga merupakan salah seorang "customer" yang akan tak lari dari menuggunakan produk "skincare" , lebih-lebih lagi kalau produk skincare yang kita pakai tu tersenarai dalam senarai produk2 yang mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya. Nurrul tak nak kupas panjang2 pasal info2 bahan yang berbahaya dalam sesetengah sabun yang digunakan. Fokus Nurrul adalah nak ajak korunk semua tak kisahlah lelaki ke perempuan untuk sama-sama aware tentang isu ini.
Disebabkan berita tersebut, ramai pengguna skincare yang dahulunya setia kini berlari arah, demand untuk produk yang terdiri dari bahan alami menjadi permintaan yang tinggi dipasaran ketika ini. Yelah, orang mana yang tak takut muka dia rosak hanya kerana bahan-bahan kimia yang terkandung dalam skincare itu sendiri. Senang kata, kita niat nak menjaga muka, tapi kita hanya pandang luaran, sedangkan dalaman kita rosak secara perlahan-lahan.
   Bagi sesiapa yang nak lari ke pengunaan bahan-bahan organik dalam sabun terutamanya, tak salah! Nurrul malah sangat2 menggalakkan anda semua menjaga luar dan dalaman tentang kesihatan kulit muka terutamanya. Tapi, AWAS!!! Jangan terus tukar. Semua perlukan masa. kalau nak stop sesuatu produk skincare tu, jangan terus pakai produk yang lain ya. Jom ikuti tips berharga ini.

Jika pernah pakai produk merkuri, jangan terus tukar ke produk baru walaupun organik. Mesti rehatkan muka dulu, biar kesan merkuri tu hilang. Supaya anda tak salahkan produk baru tu jika ada kesan lain.

Cara mudah :
  1. Cuci muka dengan air suam sahaja.
  2. Buat masker dengan hampas teh.
  3. Buat toner guna air kelapa. Celup kan kapas dan sapu.
  4. Sapu aloe vera gel. .
Mudah sahaja kan? Kalau boleh biarkan muka anda bebas daripada mana-mana bahan kimia selama sebulan. Jika anda yakin untuk memakai sabun organik selepas 2 minggu pun okey. Kenapa kena bagi masa untuk muka? Supaya nanti bila muka dicampurkan dengan bahan2 organik, tak adalah dia bertindak balas dengan bahan-bahan kimia yang memang dah ada dekat muka anda itu. Ibarat ais batu yang diletakkan dalam air panas, apa yang terjadi? Haa macam tulah ibaratnya.

Mana nak cari sabun yang 100% menggunakan bahan-bahan organik , 100% ekstrak tumbuhan ? Nurrul ada solusinya. Nurrul juga merupakan pengguna yang memang dari dulu lagi consume semua penjagaan diri yang 100% neutral. Kulit Nurrul sangat2 sensetif kepada bahan-bahan kimia.

Sabun cute bebas bahan kimia. 100% bahan daripada tumbuh2an. 😎 Memperkenalkan Sabun Cute  dari Saupor. Sabun berbentuk comel ini sangat sesuai untuk masalah kulit antara manfaatnya, dapat merawat:

  • jerawat (semua jenis sabun)
  • jeragat (kayu manis)
  • kulit berminyak (oat dan tomato)
  • menyingkirkan bintik hitam (oat)
  • menghaluskan kulit kasar (madu)
  • membuang sel kulit mati ( oat)
  • gatal dan ruam bayi (madu)
  • kulit kusam ( delima)
  • Kulit kering (madu)
Update : 14 November 2023 : Produk saya dah tak jual. TQ

SABUN CUTE BEBAS SLES, PARABEN DAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA


Service Laptop Terbaik Di Melaka


Assalamualaikum dan Salam sejahtera gaiss,

Welcome back Nurrul!!! Why welcome back? Memang betul kan orang cakap, selalunya detik-detik sisa yang berbaki ini lah yang banyak cabarannya. Saat kita memerlukan sesuatu tu, saat tu pulak dia nak buat semua benda jadi delay/jem. sebab tu jangan sesekali buat kijooo last minute awak2 yang student sama macam aku ini. Nasihat ikhlas dari sis ni.

Tak dapat dari kata-kata sis dekat atas? Meyhh kita buka table. open cerita. Nak dijadikan kisah, aku nak kena present kertas research dari researcher terdahulu untuk subjek Performance Management. Disebabkan minggu depan kena present, aku pun nak buat slide semua. Jem!!  Tahu tak laptop aku rosak! Masa itu hari Sabtu, aku nak present hari Selasa. CC biasa tutup, aku tak tahu lagi dekat mana CC wujud dekat tengah2 bandar Melaka ini. Library UiTM plak kalau buka pun yang for discussion aje dekat tingkat 1, Tingkat 12 ada komputer,PC tutup. Arrgghhh !!! KERAS!! 
Tak menjajau aku mencari ihsan dari insan2 yang dipilih Allah untuk menolong aku pada ketika itu. Dengan assignmnent yang menggunung bak gunung tertinggi di dunia. Kau rasa apa masa tu? Nak nangis, stress semua rasa berbaur beb!!! Tapi semua tu tak membantu siapkan slide tu pun, so take action on that. Nasiblah housemate aku ada laptop. sebab semua dah kerja, assume diorg tak guna sangat laptop. Thanks sangat2 dekat Mia. Kalau tak. memang nangis tak berlagu.
Untuk selesaikan masalah Jem yang komputer den yang mempunyai masalah tu, selagi tak buat apa2 jadi tak tenang nak buat kerja. Aku pun mulalah mencari mana2 tempat untuk hantar repair laptop ini. Memang duduk dekat Bandaraya Melaka ini, aku tak tahu banyak tempat sangat dek kekangan wang. So hasil carian google aku pun menaip : Service Laptop Bandar Melaka. Hasil dari carian itu, aku survey lah satu2 mana tahu available lagi kan.
Jumpalah dengan seorang ini, nama diberi Cik Zaha. Mula2 aku panggil abang, bila jumpa depan2 dia dah dekat2 sebaya abah aku, dia pun bahasakan diri dia Cik. Cik Zaha sangat friendly orangnya. Seronok sangat dapat kenal dan berurusan dengannya. Aku hantar laptop Hari Sabtu petang, Rabu pagi dah siap. Pantas tak kerja Cik Zaha? Aku boleh rate 5 bintang dari 5.
Cik Zaha ni bukan setakat baiki hardware. Software, upgrade android pun dia boleh buatkan. Dia siap tunjuk ajar aku lagi apa yang penting dalam laptop. Yang mana perlu alert untuk update software. Siapa nak kongsi ilmu yang boleh dibuat duit dengan secara free? Terima kasih Cik Zaha kerana membantu masalah saya. Bagi sesiapa ada masalah pasal laptop, jangan asyik nak fikir pasal format aje bila ada yang tak kena. InsyaAllah Cik Zaha ni boleh membantu. 
  • Boleh contact Cik Zaha di 017—2581282. 
  • Lokasi : Jalan Dugong, Area Melaka 20 minit dari UiTM Bandaraya Melaka.
Tuh yang jadi Welcome back Nurrul tu, aku kembali semangat untuk menulis, menyiapkan assignment dan segala2nya lah. Fuhh, Alhamdulillah sangat2. Sem akhir sebelum LI ni banyak kerja semua nak kena guna laptop. Apa2 pun nasihat aku, rajin2lah service laptop. Jangan bila ada problem, semua nak format laptop aje. It is not the way okey. >_<
SERVICE LAPTOP TEBAIK MELAKA!