Assalamualaikum dan Hi ,
Apa khabar semua??? Ada yang sudi ke teratak Nurrul ni tak? Alhamdulillah, setelah sekian lama tak bersua di sini, hari ini baru berkesempatan menghadap blog kesayangan ini. Last update hari tu mas Nurrul share pengalaman interview dekat Top Glove. Allahu, pejam celik pejam celik habis dah internship period Nurrul dekat Top Glove. Okey, now nak ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang Nurrul dapat sepanjang tempoh training.
Masa hari pertama jejakan kaki dekat salah satu syraikat Top Glove tu, yeah of course sangat nervous. Itu yang aku rasakan. Maybe perkara itu normal kot untuk budak-budak yang sejenis dengan aku, yelah tak ada pengalaman kerja. Masa ini, orang kata B, kita ikut aje B. gituh lah. HAHA. Aku start praktikal pada 1/08/2017 dan berakhir pada 24/11/2017. Jujur sekali, aku suka dengan company ni.
Awal-awal bulan praktikal aku dibawah department admin. Yeah, belajar apa yang dibuat bawah kerja admin, 6 minggu juga aku dalam admin sebelum masuk ke department Sumber Manusia selama 11 minggu. Aku kerja dekat kilang hokeyy. Baru real betul-betul industrial training :P. Dekat Kilang, ada dua bahagian satunya adalah office management dan satu lagi adalah bahagian production.
Yeepp, jadi apa yang korunk kena tahu pasal kerja aku adalah aku kerja bahagian office management. So, kerja praktikal aku mostly banyak bahagian office. Masa dalam admin department aku belajar job dan roles. Masa praktikal ini jugalah, aku pernah relief kerja admin officer selama 3 minggu. Sejujurnya, tugas tu aku rasa tak mampu nak bawa, tapi alhamdulillah aku dapat laksanakan dengan tunjuk ajar dari secretary di kilang tu.
Yeepp, jadi apa yang korunk kena tahu pasal kerja aku adalah aku kerja bahagian office management. So, kerja praktikal aku mostly banyak bahagian office. Masa dalam admin department aku belajar job dan roles. Masa praktikal ini jugalah, aku pernah relief kerja admin officer selama 3 minggu. Sejujurnya, tugas tu aku rasa tak mampu nak bawa, tapi alhamdulillah aku dapat laksanakan dengan tunjuk ajar dari secretary di kilang tu.
Kalau nak cakap penat tak penat tu, ianya bergantung pada harian tu. HAHA. Well, mana ada kerja yang tak penat kan, sedangkan tidur ajee pun penat :P. Tetapi sebagai seorang pelajar ni aku rasalah, memang best lagi belajar dari bekerja. Yup, bila kerja kita dah kena ada komitmen. Bukan suka-suka hati kau nak cuti, hari ni tak nak pergi kerja macam kau ponteng kelas masa belajar dulu.. Huhu [Ehh, asal sengih. macam pernah buat aje :P]
Secara peribadi, aku lebih suka bekerja dalam Human Reosurce department, job and responsibility HR dept dekat kilang ni mostly pasal worker's welfare. So sangatlah seronok tengok ragam-ragam foreign worker ni kan, kena belajar sikit-sikit cara mereka cakap. Masa awal-awal nak berinteraksi dengan worker tu memang payah, tapi lama-lama kita belajar sesuatu kan. "Simple instruction" tu sangat penting untuk berinteraksi dengan mereka. Selain itu juga, kena buat talk, trip, aktiviti bulanan dengan mereka.
Aktiviti bowling bersama staff dan worker |
Kalau nak tahu best ke tak best, benefit company ni, silalah apply diri anda. Rasai sendiri sebab lain orang lain pengalamannya, takkan sesekali sama. Tapi tarikh yang paling sedih untuk aku tinggalkan company ni pada 24/11/17. Masa itu, ya Ampun sedih bakk hang. Supervisor aku, Kak Siti dan rakan-rakan officemate yang lain buat farewell masa waktu makan tengah hari. Sedihh Wooo.
For those yang nak tanya saya mengenai Internship.
Do read this Q&A first. Tq
"END OF INTERNSHIP TRAINING"Special thanks to my Supervisor who gives me opportunity in this company from the interview, expriences , improvements in the real working environment.Thank you HR Team and all F29. ❤❤❤#internship #end #roastoconvo
Praktikal Dah, Now turn VIVA