Proposal Academic Trip To Acheh, Indonesia

Assalamualaikum dan Hi,

Sejujur-jujurnya post kali ini telah terdraft selama 3 tahun, dari 2015. Haha. The meaningful one taw tentang student dan campus life. Its really.  Sampai Nurrul kena buka balik semua proposal study trip acheh masa diploma semseter 5 dulu..(Nak post juga to keep this for my memory) HAHA. Okey mana nak start dulu ni?

Kita start dari sebelum nak ke sebarang ok.
Kelas kami dipilih oleh pensyarah iaitu Puan Rohana Binti Sham untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Pilihan tempat adalah Acheh, Indonesia. Alhamdulillah sangat2 sebab dari 6 kelas semester akhir (masa itu semester 5) kelas kami jadi pilihan. 
Makanya Penasihat kami terus suruh buat paperwork atau lebih dikenali sebagai kertas proposal semasa cuti semester 4. Siapa yang kena tu , yer aku orangnya yang telah diberikan amanah untuk membuat proposal memandangkan rumah aku dengan UITM Pasir Gudang dalam 45 minit aje, so senang nak ulang-alik jumpa penasihat dekat opis. Huhuhu, Plus memang kesungguhan aku sendiri dengan menawarkan diri untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.
Dalam projek academic trip ini, aku merupakan penolong ketua projek. Yer, jadi sangatlah besar tanggungjawab aku untuk memastikan projek ini berjalan seperti yang dirancangkan. 

Tajuk kertas Kerja          : RECOVERY OF TSUNAMI THROUGH AN INTEGRATED
                                              TRANSPORTATION SYSTEM (ACHEH, INDONESIA)
Peserta                             : 28 orang (Kelas JBM1175D) dan 1 pensyarah pengiring
Tarikh                              :  17 - 20 September 2015 selama 4 hari.
Anggaran Perbelanjaan : RM 23, 494.00 (Total)
Duit Sumbangan TAPA  :   RM 6,000
Kos  Seorang Pelajar      :   RM 9,000 (x 30 orang)
Baki yang diperlukan     :   RM 9,094

berniaga ais krim

Bila tengok balik anggaran perbelanjaan setelah ditolak dengan sumbangan TAPA dan peserta dan berbincang dengan penasihat, macam wow! Mampukah kita terbang ni madam? Hihi. So, passport adalah kos pelajar masing-masing. Lagi RM9,094 itu kami cari alternative lain dengan cara, cari sponsor dari luar dan berniaga ais krim.  Tok sah cerita yang busuk2 macam mana nak dapatkan supplier, siapa yang nak jaga booth bla bla bla.... kalau cerita memang panjang lah cerita nya.Ye dok? Apa yang pasti goal kami sekelas nak topup perbelanjaan tu.


Dalam masa dekat 2 bulan juga berhempas pulas jaga booth ais krim dekat kafe UiTM Pasir Gudang, alhamdulillah kami dapat kumpul sejumlah wang RM3,000 plus minus. Cukuplah buat topup anggaran kos yang kurang. Kami juga telah berjaya mendapatkan sponsor dari orang luar. Masa tuh, syukur sangat2. Terima kasih Geng !!
Jangan cakap nampak macam smooth aje yer, kami sekelas ada yang bergaduh, biasalah bila ada yang tak puas hati tak buat kerja etc. Aku yang dekat atas ini naik pening juga nak settle kan jangan bagi tambah lagi teruk. In fact, dari kisah academic trip ini, aku belajar macam-macam benda mengenai pengurusan mengendalikan sesebuah event besar secara amali / real situasi yang harus ditangani terus. Yes, dari pengalaman yang tak ternilai, kau akan belajar sesuatu yang orang lain takkan dapat sama macam yang kau alami, jadi jangan takut untuk mengetuai sesuatu. 
Geng misi berniaga ais krim
Waktu ini ialah hari terakhir kami sebagai student diploma BM1175D, Amir Fareed belanja pizza sorang satu sebagai penghargaan kerana sama-sama membanting tulang menjayakan misi trip belajar ke Acheh, 2015.
Bahagian kewangan untuk trip kami dah settle, sekarang masa untuk kita selesaikan benda-benda yang remeh pula.Contohnya money exchange untuk duit perbelanjaan/kecemasan dekat sana, transportation, travel guide, makanan, hotel dan segala bagai mak nenek untuk menjayakan trip ini. All in one, kami settle semua dengan bantuan penasihat program yang sporting. Hihihi.. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan trip kita ke Acheh, In sha Allah next post kita cerita apa yang kami lawati di sana... Daa ~ ~ ~ Inspire Us.

JBM1175D 2015 MOMENT