Apa khabar semua? Hari yang indah dan bahagia buat semua orang yang mengunjungi blog Nurrul. Nurrul hari ini nak cerita mengenai kisah si bulus dengan tikus. Al maklumlah, rumah kampng mesti tak lari dari kedatangan haiwan perosak tikus. Lagi2 lah rumah dekat area pokok-pokok sawit kan.
Cerita nya start apabila Nurrul tiap-tiap malam akan tidur tak lena disebabkan bergocoh dengan tikus yang masuk dalam bilik tidur. Hampir setiap malam dalam pukul 2 ke 3 pagi mice ni akan masuk bilik dan mulalah bunyi plastik lah apalah. So telinga ini sangat alert dan terus terjaga -_-
Pulak selalu Nurrul dekat opis akan entertain pet control services around office. Suatu hari tuh ada lah tanya dengan mereka, kalau saya nak beli perangkap tikus yang gam ini korunk jual berapa? Sambil tuh cerita lah mukadimah setiap malam berperang dengan mice nih. mereka gelak saja sambil memberikan jawapan bersahaja. Lepas habis servis, pelekat tikus tuh masih berbaki tak silap ada 4 keping, mereka pun bagi dekat aku dengan percuma. hihi, Alhamdulillah.
Balik rumah bukan den rajin nak terus pasang perangkap tuh, sebab tahu dekat rumah ada anak-anak bulusku yang comel-comel ni, takut nanti aku letak gam tikus tuh esok tak sempat jengguk jadi lain pulak. Hari demi hari berganti, sampailah satu malam tengah berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik, eh ehwahhh, seronok benar tikus ini berlegar-legar menunjukkan kehadiran dia dalam rumah nih.
Nak dijadikan ceritanya, malam tuh aku geram dan letaklah perangkap pelekat tikus tuh dekat depan tempat yang biasa aku nampak si mice nie berlegar, berlari-lari dan malam tuh memang aku tidur tanpa gangguan. Muehehehe. Yang paling gempak adalah keesokan harinya, aku check yeah, memang ada yang mengena dengan perangkap aku, aku putuskan untuk biarkan dahulu pelekat tuh di situ sebab fikirkan ada orang tidur di hall depan.
Kekecohan berlaku dimana aku terdengar bunyi kucing dok berlari-lari ke depan ke belakang. Abah masa tuh saksi pertama yang melihat kucing aku berlari-lari bersama-sama pelekat gam tikus di sebelah badannya. HAHA. Abah berjaya menangkap si hitam yang berlari dan menanggalkan pelekat gam tikus dari badan cumanya gam banyak melekat dekat bulu-bulu hitam, Haih si bulusku nih.
Kekecohan berlaku dimana aku terdengar bunyi kucing dok berlari-lari ke depan ke belakang. Abah masa tuh saksi pertama yang melihat kucing aku berlari-lari bersama-sama pelekat gam tikus di sebelah badannya. HAHA. Abah berjaya menangkap si hitam yang berlari dan menanggalkan pelekat gam tikus dari badan cumanya gam banyak melekat dekat bulu-bulu hitam, Haih si bulusku nih.
Bila tengok dekat pelekat gam tikus tuh, tak sangka ada dua ekor sekali lekat dekat situ, anak tikus ajer, Oh awk lah mices yang selalu bergocoh dengan saya malam-malam yer? Haihh sabar jelah. Operasi seterusnya adalah membuang gam yang lekat di bulu si hitam. Gam tersebut memang kena buang sebab bahaya kalau Hitam jilat atau terlekat dengan barang-barang lain. Aku selaku penggunting bulu hitam yang dibantu oleh adik bongsuku. (Ingat senang ke nak gunting bulu si hitam nih? Dah lah dia memang jenis yang lasak dan tak berapa suka orang pegang dia).
Masa menggunting pun teramatlah payah sebabnya tangan aku, gunting semua nak naik melekat sama. Abah cadang sapukan minyak masak sebagai solvent untuk gam tikus dan hasil itu berjaya dengan mudah dapat aku gunting bulu si Hitam. Nasiblah ko punya bulu panjang hitam, kalau peach or Caca yang kena rasa mau kena togel bulu dia.
Alhamdulillah, selesai operasi menggunting bulus si hitam, memang tokak lah dia punya bulu, nak buat camne, dah memang itu jer caranya. Seronok aku bercerita di sini adalah di mana kesetiaan seekor haiwan (kucing) terhadap tuannya. Sangat nampak kerana Si Hitam tahu bahawa tikus itu adalah mahluk perosak kepada Tuan dan rumahnya. Jadi seboleh-boleh dia nak pastikan mice ini mati walaupun sudah melekat dekat gam tikus. Apa- apa pun , terima kasih banyak yar Hitam sebab berkorban kan diri. HAHA.
Okey, sekian dulu untuk kisah Si Hitam dan Pelekat Gam Tikus.
Setianya Seekor Kucing kepada Tuannya