INFO | Panduan Permohonan Nikah E-NCR Johor Secara Online

Permohonan Online yang telah dihantar secara online, diberikan tempoh masa sebulan untuk menghantar borang-borang yang diperlukan ke pejabat agama Johor di daerah masing-masing.

Langkah Pertama :-
  • Click E-NCR 
  • Daftar sebagai pengguna jika belum mendaftar.
  • Isi segala maklumat peribadi yang diminta click Hantar.
  • Jika pendaftaran telah berjaya, Log in semula menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah anda daftarkan.

Langkah kedua :-
  • Click PROFIL SAYA.
  • Isikan maklumat Peribadi, maklumat Wali.
  • Untuk bahagian Wali, sila ikut urutan Wali Nasab anda.

Langkah ketiga :-
  • Click NIKAH --> PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH PEREMPUAN - PERMOHONAN BARU
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan. Terdapat 5 bahagian iaitu "Pemohon, Pasangan, Perkahwinan, Senarai Semak Wali dan Wakalah Wali.
  • Bahagian Pasangan, kan ada no pendaftaran encr. Biarkan kosong kecuali pasangan berasal dari Johor juga.
  • Bahagian Wakalah Wali, perlu di isi jika wali nasab tidak dapat/tak nak hadir. Jika sebaliknya biarkan kosong.
Bahagian Pasangan, Biarkan kosong jika pasangan bukan berasal dari Johor
Bahagian Wakalah Wali, Biarkan kosong jika Wali Hadir
Langkah ke-empat:-
  • Click HANTAR PERMOHONAN
  • Selepas permohonan dihantar, boleh tekan Kembali untuk cetak semua dokumen yang diperlukan. Hanya selepas anda menghantar permohonan, baru borang-borang ini akan terpapar.
  • Boleh juga semak status permohonan dengan click nikah perempuan --> status pernikahan. Status ini akan bertukar kalau anda dah ke Pejabat Agama dengan dokumen yang lengkap.
Cetak SEMUA borang yang disenaikan.
Langkah ke Lima :-
Sila lengkapkan semua dokumen.